Dokumen ini menyediakan kerangka Standard Prestasi untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Tahun 1. Ia membincangkan matlamat kurikulum, objektif, band prestasi, standard, deskriptor dan bukti pencapaian. Dokumen ini bertujuan membantu guru menilai pencapaian murid mengikut kurikulum baharu dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan secara sistematik.
1 of 15
Download to read offline
More Related Content
1 dsp bahasa malaysia sk tahun 1
1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA
UNTUK KEGUNAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAHUN 1
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
2
3. PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru
menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
3
4. TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi
memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu
tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
4
5. KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
5
6. TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
1 TAHU respons terhadap perkara yang asas.
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
2 TAHU DAN FAHAM
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
pada suatu situasi.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
4
DENGAN BERADAB prosedur atau secara sistematik.
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut
5
DENGAN BERADAB TERPUJI prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
6 cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
DENGAN BERADAB MITHALI
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
6
7. MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan
boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta
hubungan sosial dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal
dengan betul secara bertatasusila;
v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara
bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
7
8. ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;
x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons
dengan betul;
xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xvi. menulis imlak dengan tepat.
xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun;
xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan
xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti
berbahasa.
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
8
9. BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis.
2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
3 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
4 Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
dalam pelbagai situasi dengan betul.
5 Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca
dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
6 Memahami, menaakul dan menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca
dan ditulis dengan bertatasusila.
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
9
10. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1 B1
Mengetahui asas mendengar- B1 DL1 B1 DL1 E1
Tahu bertutur, membaca dan menulis. Mengecam, mengajuk dan mengesan Mengajuk bunyi yang didengar
bunyi yang didengar
B1DL1 E2
Menentukan arah bunyi yang didengar
B1 DB1 B1 DB1 E1
Membunyikan huruf, mengeja suku Membunyikan huruf vokal dan menamakan
kata dan membaca perkataan konsonan
BI DB1 E2
Mengeja dan membatang suku kata terbuka
dan tertutup
B1 DB1 E3
Membaca perkataan yang terdiri daripada kata
nama
B1 DT1 B1 DT1 E1
Menulis huruf, suku kata dan Menulis huruf, suku kata dan perkataan
perkataan.
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
10
11. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2 B2
Mengetahui dan memahami B2 DL1 B2 DL1 E1
Tahu dan perkara yang didengar-ditutur, Mendengar, menyebut dan Mendengar dan menyebut perkataan yang
Faham dibaca dan ditulis memahami perkataan mengandungi diftong dan vokal berganding
B2 DL1 E2
Memahami perkataan yang didengar dan
dinyanyikan
B2 DB1 B2 DB1 E1
Membaca dan memahami perkataan Membaca dan memahami perkataan yang
serta ayat mengandungi diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung
B2 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat yang
mengandungi diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung
B2 DT1 B2 DT1 E1
Menulis perkataan dan ayat dengan Menulis dan memahami perkataan
betul serta memahaminya
B2 DT1 E2
Menulis dan memahami ayat tunggal yang
mengandungi kata nama am, kata nama khas
dan tanda baca (Huruf besar dan noktah)
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
11
12. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3 B3
Mengetahui, memahami dan B3 DL1 B3 DL1 E1
Tahu, memberikan respons terhadap Mendengar dan memberikan respons Memberikan respons secara lisan dan / atau
Faham dan perkara yang didengar-ditutur, terhadap sesuatu arahan, soalan dan gerak laku terhadap arahan, soalan dan
Boleh Buat dibaca dan ditulis pesanan pesanan
B3 DB1 B3 DB1 E1
Membaca ayat dengan sebutan dan Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk
intonasi yang betul serta dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang
memahaminya betul
B3 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat tunggal dan
ayat majmuk
B3 DT1 B3 DT1 E1
Mencatat maklumat yang difahami Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
12
13. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4 B4 B4 DL1 B4 DL1 E1
Mengetahui , memahami dan Berkomunikasi dengan menggunakan Berkomunikasi secara lisan menggunakan
Tahu, memberikan respons terhadap bahasa yang betul dalam pelbagai bahasa yang betul
Faham, maklumat yang didengar-ditutur, situasi
Boleh Buat dibaca dan ditulis dalam pelbagai B4 DL1 E2
dengan situasi dengan betul Berkomunikasi secara lisan menggunakan kata
Beradab panggilan yang betul secara bertatasusila
B4 DL1 E3
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan
intonasi yang betul secara sopan
B4 DL2 B4 DL2 E1
Bercerita tentang sesuatu perkara Menyampaikan cerita yang sesuai dengan
dengan sebutan dan intonasi yang sebutan dan intonasi yang betul
betul
B4 DB1 B4 DB1 E1
Membaca, memahami dan Membaca, memahami dan menyatakan
menyatakan maklumat daripada maklumat yang tersurat daripada bahan yang
bahan yang sesuai sesuai
B4 DT1 B4 DT1 E1
Mencatat maklumat dengan betul Mencatat pelbagai maklumat dengan betul
menggunakan bahasa yang santun
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
13
14. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5 B5
Memahami, menaakul dan B5 DL1 B5 DL1 E1
Tahu, memberikan respons / Menceritakan sesuatu perkara Menceritakan sesuatu perkara yang didengar
Faham dan menyampaikan sesuatu perkara semula dengan tepat dengan tepat
Boleh Buat yang didengar-ditutur, dibaca
dengan Beradab dan ditulis dalam pelbagai situasi
Terpuji dengan betul dan tepat B5 DB1 B5 DB1 E1
Membaca, memahami dan menaakul Memahami dan memindahkan maklumat
untuk memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik
dengan tepat
B5 DB1 E2
Memahami dan menilai maklumat daripada
bahan grafik menggunakan perkataan
berimbuhan akhiran -an dan -i
B5 DT1 B5 DT1 E1
Menyampaikan pelbagai maklumat Menyampaikan pelbagai maklumat secara
secara bertulis dengan tepat. bertulis dengan tepat menggunakan bahasa
yang santun
B5 DT1 E2
Menghasilkan penulisan yang sesuai secara
terkawal menggunakan pola ayat FN+FN,
FN+FK
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
14
15. BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6 B6
Memahami, menaakul dan B6 DL1 B6 DL1 E1
Tahu, menilai sesuatu perkara Bercerita tentang perkara yang Menyampaikan cerita yang mengandungi nilai
Faham Dan daripada sumber yang didengar- mengandungi nilai murni yang dapat murni dengan penuh keyakinan, kreatif dan
Boleh Buat ditutur, dibaca dan ditulis dengan mempengaruhi khalayak mempengaruhi khalayak
dengan Beradab bertatasusila
Mithali B6 DL2 B6 DL2 E1
Berbicara untuk mendapatkan dan Berbicara untuk menyampaikan maklumat
menyampaikan maklumat secara tentang sesuatu perkara dengan tepat secara
bertatasusila bertatasusila menggunakan bahasa yang
sesuai
B6 DB1 B6 DB1 E1
Membaca dan memahami pelbagai Bercerita atau menyampaikan maklumat yang
bahan bacaan sastera dan bukan dibaca secara bertatasusila menggunakan
sastera kosa kata yang luas dan tepat
B6 DT1 B6 DT1 E1
Menghasilkan karya yang sesuai Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk
yang dapat mempengaruhi khalayak cereka dan puisi yang bertatasusila
menggunakan gaya bahasa yang menarik
B6 DT2 B6 DT2 E1
Mengedit hasil penulisan dari segi Mengedit hasil penulisan dari segi ejaan
bahasa
DSP B Malaysia SK Tahun 1
5 Januari 2012
15