2. Perkembangan Diri
1.1Kepercayaan kepada Tuhan
1.2 Amanah 1.6 Toleransi 1.10 Keadilan
1.3 Harga diri 1.7 Berdikari 1.11 Rasional
1.4 Bertanggungjawab 1.8 Kerajinan
1.12 Kesederhanaan
1.5 Hemah tinggi 1.9 Kasih sayang
3. 1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
•Bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan
sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara
4. Ciri-ciri Amalan Nilai Kepercayaan Kepada
Tuhan
• Mempunyai keyakinan yang teguh bahawa
Tuhan wujud dan berkuasa
• Mengikut segala suruhan Tuhan untuk berbuat
baik sesama manusia dan makhluk yang lain
• Meninggalkan segala yang dilarang oleh
Tuhan demi menjaga maruah diri dan
keharmonian hidup
5. 1.2 Amanah
• Bermaksud sikap bertanggungjawab yang
boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain
Ciri-ciri Amalan Nilai amanah
• Tahu dan sedar akan tanggungjawab yang
perlu dipikul
• Berusaha melaksanakan tugas
• Tidak menyalahgunakan kuasa
6. 1.3 Harga Diri
• Bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan
Ciri-ciri amalan nilai harga diri
• Menyedari dan dapat menentukan matlamat
hidup
• Perlakuan sopan dan tidak mencemarkan
maruah diri dan keluarga
• Mengamalkan ajaran agama dan
mempertahankan maruah diri
7. 1.4 Bertanggungjawab
• Bermaksud kesanggupan diri seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna
Ciri-ciri amalan nilai bertanggungjawab
• Mengurus masa dengan bijak
• Merancang aktiviti dengan bijak dan tidak
menangguh kerja
• Mengisi masa terluang dengan kerja berfaedah
• Berfikiran positif dalam semua bidang yang diceburi
8. 1.5 Hemah Tinggi
• Bermaksud beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia dalam pergaulan seharian
Ciri-ciri amalan nilai hemah tinggi
• Sentiasa bersopan apabila berinteraksi dengan
orang lain
• Tidak kasar dan menggunakan bahasa yang
sopan serta tidak menyinggung perasaan orang
lain
• Tidak sombong atau menunjuk-nunjuk
• Mudah bergaul mesra tanpa mengira
agama,bangsa dan kedudukan
9. 1.6 Toleransi
• Bermaksud kesanggupan bertolak ansur,sabar
dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup
10. Ciri-ciri amalan nilai toleransi
• Suka bertolak ansur dan tidak membesar-
besarkan perkara kecil
• Tidak mudah dipengaruhi emosi dan sentiasa
bersabar apabila berhadapan dengan masalah
• Tidak mudah marah,mengawal diri,berfikir
dan menyiasat untuk mendapatkan kebenaran
sebelum bertindak
• Berusaha untuk mengelakkan pertelingkahan
dan perselisihan faham dengan orang lain
11. 1.7 Berdikari
• Bermaksud kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain
Ciri-ciri amalan nilai berdikari
• Boleh berfikir secara positif bagi mencapai
cita-cita
• Sanggup bertindak sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain dalam membuat keputusan
• Menggunakan pengetahuan,pengalaman dan
kebolehan sendiri
12. 1.8 Kerajinan
• Bermaksud usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan,dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
Ciri-ciri amalan nilai kerajinan
• Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-
sungguh
• Mempunyai semangat bersaing untuk maju
• Tidak mudah berasa jemu atau bosan
• Sikap tabah,cekal, gigih dan tidak mudah putus asa
13. 1.9 Kasih sayang
• Bermaksud kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas
Ciri-ciri amalan nilai kasih sayang
• Sentiasa tulus dan ikhlas dalam perasaan kasih
• Bersikap peri kemanusiaan terhadap semua makhluk
• Prihatin terhadap seseorang atau sesuatu yang
disayangi dan menjaganya dengan baik
14. 1.10 Keadilan
• Bermaksud tindakan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah
Ciri-ciri amalan nilai keadilan
• Membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan yang objektif,teliti dan wajar
• Tindakan dan keputusan yang saksama
serta tidak berat sebelah
• Membuat penyiasatan sebelum bertindak
atau membuat keputusan
15. 1.11 Rasional
• Bermaksud boleh berfikir berdasarkan alasan
dan bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
Ciri-ciri amalan nilai rasional
• Berupaya mengambil kira baik buruk sebelum
membuat keputusan
• Berfikiran matang dan tenang tanpa
dipengaruhi oleh emosi
• Membuat pertimbangan berdasarkan bukti
konkrit dan kesedaran sivik
16. 1.12 Kesederhanaan
• Bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
Ciri-ciri amalan nilai kesederhanaan
• Tidak keterlaluan dalam pemikiran dan tindakan
• Membuat keputusan dengan menimbang
kepentingan diri dan orang lain
• Pertuturan dan tingkah laku yang sopan serta tidak
menyinggung perasaan orang lain
17. Soalan Esei
Manusia memikul satu tanggungjawab yang
besar untuk menguruskan alam secara
bijaksana.
Jelaskan nilai-nilai yang perlu diamalkan
dalam melaksanakan tanggungjawab ini.