1. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
Mata Pelajaran dan
Kelas
Bahasa Malaysia Tahun 3 Bestari
Tema/Tajuk Sains, teknologi dan inovasi Kereta Buatan Malaysia
Masa 9.00 10.00 pagi
Standard
Pembelajaran
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan
betul.
Objektif
Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;
1. Bercerita mengenai gambar kereta menggunakan ayat
tunggal dengan betul.
2. Bercerita mengenai gambar kereta menggunakan ayat
tunggal dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan
betul
Aktiviti 1. Set induksi- Guru menunjukkan tayangan video Upin Ipin
Kereta Baru dan memaparkan gambar-gambar kereta.
2. Murid menyebut dan membina ayat tunggal tentang kereta
buatan Malaysia yang dipaparkan.
3. Murid dalam kumpulan bercerita tentang kereta buatan
Malaysia berdasarkan gambar.
4. Wakil kumpulan bercerita di hadapan kelas menggunakan
ayat tunggal dengan intonasi dan sebutan yang jelas dan
betul.
5. Murid mencatat idea utama yang diceritakan oleh rakan.
6. Murid bercerita semula idea utama yang telah dicatat.
7. Penutup menyanyikan lagu Kereta Baru sambil melakonkan
aksi memandu kereta.
EMK Nilai murni : Patriotisme, sains dan teknologi ,
TMK : Belajar melalui TMK.
Keusahawanan :
Bahan Bantu Belajar Gambar paparan media, kad gambar kereta.
Penilaian Pengajaran
dan Pembelajaran
Murid bercerita menggunakan ayat tunggal dengan jelas dan
intonasi yang betul berdasarkan gambar.
Refleksi 1. 35 orang murid daripada 40 orang murid boleh bercerita
dengan menggunakan ayat tunggal dengan intonasi dan
sebutan yang jelas dan betul.
2. Murid yang belum menguasai diberi bimbingan.