2. Bab 8
3. Mereka terdengar bunyi orang sedang berjalan dari
arah terowong. Ini menyebabkan mereka dalam
keadaan ketakutan kerana lembaga itu semakin
hampir ke bilik peraduan raja.
4. Lembaga itu menghalakan cahaya lampu suluhnya ke
arah Fadhil. Fadhil ketakutan dan terus menghalakan
parang ke arah pemuda itu. Akhirnya pemuda itu
memberitahu yang mereka sama-sama terperangkap
dalam bilik istana tersebut.
3. Bab 8
5. Lembaga yang dimaksudkan ialah Khairil Anuar
seorang pemuda yang sama¬sama hendak
mengetahui keunikan istana tersebut, tetapi
terperangkap dalam istana tersebut sehingga
tidak dapat melepaskan diri.
6. Mereka beranggapan mungkin Tuk Ngah yang
memerangkap mereka, tetapi semua tuduhan itu
disangkal oleh Khairil Anuar. Justeru itu mereka
berusaha untuk mencari jalan keluar tetapi tidak
berjaya.
4. Bab 9
1. Menceritakan tentang perasaan tidak puas hati
ketiga-tiga budak tersebut kepada Khairil Anuar
tentang statusnya yang sebenarnya. Mereka masih
sangsi tentang keadaan istana tersebut yang
dianggap berpuaka dan berpenunggu.
2. Khairil percaya bahawa terdapat orang lain dalam
istana tersebut selain daripada mereka. Khairil
memberitahu yang dia pelajar Universiti Putra
Malaysia yang berminat tentang penulisan sejarah
Rembau. Dia tertarik terutamanya istana lama
yang menjadi sebutan orang-orang tentang
keunikannya.
5. Bab 9
3. Ketiga-tiga budak tersebut masih berfikiran
negatif tentang pemuda bernama Khairil yang
pada anggapan mereka seorang pemuda yang
tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Ini kerana
dia seolah-olah tidak risau tentang situasi yang
mereka alami dalam bilik peraduan raja
tersebut.
4. Ah Seng merasa sakit perut dan terus menuju
ke terowong untuk membuang air besar, belum
sempat pun melepaskan hajatnya kepalanya
dipukul dari belakang. Dia telah diikat oleh
kuncu-kuncu seorang pakcik yang berada dalam
terowong tersebut.
6. Bab 9
5. Pakcik dan kuncu-kuncunya sedang mencari harta
karun yang ditanam dalam istana tersebut semasa
pemerintahan Inggeris selepas Jepun menyerah
kalah. Pakcik tersebut merupakan pejuang
tanahair berfahaman komunis yang bertujuan
untuk menghuru-harakan negara selepas, semasa
kedatangan orang Inggeris dan pendudukan
tentera Jepun di tanah melayu.
6. Kawan-kawan pakcik tersebut masih meneruskan
menggali tanah untuk mengesan harta karun
tersebut. Akhirnya mereka pergi mencari kawan-
kawan Ah Seng untuk membantu mencari di mana
letaknya harta karun tersebut.
7. Bab 10
1. Fadhil merasa risau kerana Ah Seng masih belum
balik daripada membuang air besar dalam
terowong Istana lama tersebut. Keluhan Fadhil
telah mengejutkan Khairil daripada tidurnya dan
terus bertanyakan di mana Ah seng.
2. Ramasamy juga tertanya-tanya kenapa Ah Seng
masuk dalam terowong tersebut bersendirian.
Fadhil memberi penjelasan kepada Ramasamy
tentang Ah seng yang masih belum balik lagi.
8. Bab 10
3. Mereka berusaha mencari Ah Seng dalam
terowong dengan memanggilnya dan mengesan
beberapa tapak kaki dan kasut Ah Seng berjaya
ditemui. Tiba-tiba mereka terserempak dengan
beberapa orang lelaki dan akhirnya mereka telah
ditangkap dan di bawa berjumpa dengan pakcik
yang menjadi ketua operasi mencari harta karun di
istana lama tersebut.
4. Mereka telah dipaksa untuk menggali lubang-
lubang dalam terowong tersebut yang dipercayai
tertanamnya harta karun. Fadhil dan kawan-
kawannnya terpaksa melakukan kerja-kerja
tersebut jika ingin selamat dan keluar daripada
istana lama itu.
9. BAB 11-14
Internet connection TIADA…. :-(
Semua pelajar diminta untuk
membaca bab 11-14….sila habiskan
membaca novel Istana Menanti…
Kemudian buat ringkasan setiap bab
seperti biasa….
10. PENGUMUMAN !!!!!!!!
Pada hari Selasa (14/08/12) minggu
hadapan, anda semua diminta untuk
berada di dalam kelas….sila bawa
BUKU TEKS dan buku tulis
TATABAHASA…