Dokumen ini membahas tentang Standard Prestasi mata pelajaran Sejarah Tingkatan 2. Dokumen ini menjelaskan kerangka Standard Prestasi yang terdiri dari 6 band dan deskriptor untuk setiap band. Dokumen ini juga menjelaskan matlamat kurikulum Pendidikan Sejarah dan objektifnya serta memberikan contoh deskriptor dan evidens untuk Band 1 dan 2.
1 of 21
More Related Content
12 dsp sejarah ting 2 6 feb 2013
1. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
SEJARAH
TINGKATAN 2
2. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara."
3. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sejarah Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan
untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai
perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
4. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
4
TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan
individu.
o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan
gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang
dapat ditaksir dan dicapai.
o Evidens :
Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan
dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
5. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
6. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberikan respons kepada perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran dalam satu-satu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu
mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap
positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH
BUAT DENGAN BERADAB
MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
7. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
7
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara
Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan,
para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini bertujuan
mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara Malaysia. Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan
ingatan bersama terhadap Sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antarabangsa.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH
Kurikulum Pendidikan Sejarah membolehkan murid:
OM 1 Menyatakan kepentingan Mata Pelajaran Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan mengamalkannya sebagai pendidikan
sepanjang hayat serta mampu berdikari.
OM 2 Menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial.
OM 3 Menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OM 4 Menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan
negara dan mempertahankan maruah bangsa.
OM 5 Memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan
kemajuan negara.
OM 6 Menjelaskan kedudukan Malaysia sebagai sebahagian daripada peradaban dunia dan sumbangannya di peringkat
antarabangsa.
OM 7 Mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan.
OM 8 Mengamalkan nilai-nilai murni.
OM 9 Menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional.
8. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
8
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mengetahui fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
2 Memahami fakta sejarah, kemahiran pemikiran sejarah dan unsur patriotisme.
3 Menerangkan fakta sejarah serta mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah dan mengamalkan unsur
patriotisme .
4 Menghuraikan fakta sejarah dan mahir mengaplikasi kemahiran pemikiran sejarah serta sentiasa
mengamalkan unsur patriotisme.
5 Menghubungkait sejarah negara dengan sejarah dunia, mengamalkan unsur patriotisme secara berterusan
serta mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah.
6 Menjana idea secara rasional dan menjadi warganegara yang cinta akan negara serta berbangga sebagai
warganegara Malaysia dan warga dunia.
9. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
9
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
TAHU
B1
Mengetahui fakta sejarah,
kemahiran pemikiran sejarah dan
unsur patriotisme
B1D1
Mengetahui kemakmuran dan
kekayaan negara kita menarik
British untuk menjajah
Bab 1
B1D1E1
Menyatakan wilayah yang dikuasai oleh Syarikat
Hindia Timur Inggeris (SHTI)
B1D1E2
Melorek lokasi Negeri-Negeri Selat dalam peta
Tanah Melayu
B1D1E3
Menyenaraikan pemimpin Kedah dan Johor yang
berusaha mempertahankan kedaulatan negeri (UP)
Bab 2
B1D1E4
Menamakan Negeri-Negeri Melayu yang mengalami
ketidakstabilan politik
B1D1E5
Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu yang dikuasai
British dalam peta Tanah Melayu
Bab 3
B1D1E6
Menyenaraikan kuasa besar yang berusaha untuk
bertapak di Asia Tenggara pada awal kurun ke-20
B1D1E7
Melorek lokasi Negeri-Negeri Melayu Utara dan
Johor dalam peta Tanah Melayu
10. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B1D1E8
Menyenaraikan pemimpin Negeri-Negeri Melayu
Utara dan Johor yang mempertahankan kedaulatan
negeri (UP)
Bab 4
B1D1E9
Melorek kawasan Sarawak pada tahun 1841 dalam
peta
B1D1E10
Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sarawak (UP)
Bab 5
B1D1E11
Melorek kawasan Sabah pada tahun 1877 dalam
peta
B1D1E12
Menyenaraikan kekayaan hasil bumi Sabah (UP)
Bab 6
B1D1E13
Memerihalkan pertanian dagangan
B1D1E14
Menyenaraikan kekayaan hasil bumi di Tanah
Melayu (UP)
B1D1E15
Melorek kawasan tanaman getah dan
perlombongan bijih timah pada kurun ke-20 dalam
peta Tanah Melayu
11. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B1D2
Mengetahui tindak balas
masyarakat tempatan terhadap
penjajahan British
Bab 7
B1D2E1
Menyenaraikan pemimpin setempat yang berjuang
untuk kedaulatan bangsa
B1D2E2
Melabel lokasi kebangkitan pemimpin setempat
menentang British dalam peta Malaysia
B1D2E3
Menyenaraikan ciri patriotik pemimpin setempat
yang menentang British (UP)
Bab 8
B1D2E4
Menyatakan maksud semangat kebangsaan
B1D2E5
Melabel lokasi gerakan kebangsaan di negara luar
yang mempengaruhi kebangkitan semangat
kebangsaan di negara kita dalam peta dunia
B1D2E6
Menyenarai tokoh nasionalis di negara kita sebelum
Perang Dunia Ke-2 (UP)
12. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
12
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
TAHU DAN
FAHAM
B2
Memahami fakta sejarah,
kemahiran pemikiran sejarah dan
unsur patriotisme
B2D1
Memahami kemakmuran dan
kekayaan negara kita menarik
British untuk menjajah
Bab 1
B2D1E1
Menjelaskan faktor pertapakan Syarikat Hindia
Timur Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura
B2D1E2
Menjelaskan pertapakan Syarikat Hindia Timur
Inggeris di Negeri-Negeri Selat secara kronologi
B2D1E3
Menjelaskan tindakan pemimpin Kedah untuk
mempertahankan kedaulatan negeri (UP)
Bab 2
B2D1E4
Menjelaskan faktor campur tangan British di Negeri-
Negeri Melayu
B2D1E5
Menjelaskan keadaan di Negeri-Negeri Melayu
yang menyebabkan campur tangan British
Bab 3
B2D1E6
Menjelaskan tindakan British untuk menguasai
Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor secara
kronologi
Bab 4
B2D1E7
Menjelaskan tindakan James Brooke untuk
menguasai Sarawak
13. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D2
Memahami tindak balas
masyarakat tempatan terhadap
penjajahan British
Bab 5
B2D1E8
Menjelaskan usaha syarikat asing untuk bertapak di
Sabah
Bab 6
B2D1E9
Menjelaskan ciri ekonomi tradisional dan ekonomi
dagangan
B2D1E10
Menjelaskan perkembangan perlombongan bijih
timah di Tanah Melayu
B2D1E11
Menjelaskan unsur patriotisme yang mesti
diamalkan hasil daripada kekayaan khazanah
negara kita (UP)
Bab 7
B2D2E1
Menjelaskan sebab kebangkitan pemimpin
setempat menentang British
B2D2E2
Menjelaskan peristiwa perjuangan pemimpin
setempat menentang British
B2D2E3
Menjelaskan iktibar daripada perjuangan pemimpin
setempat menentang British (UP)
14. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
Bab 8
B2D2E4
Menjelaskan faktor yang menyemarakkan
kesedaran kebangsaan di negara kita
15. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
3
TAHU, FAHAM
DAN BOLEH
BUAT
B3
Menerangkan fakta sejarah serta
mengaplikasi kemahiran
pemikiran sejarah dan
mengamalkan unsur patriotisme
B3D1
Menerangkan kemakmuran dan
kekayaan negara kita menarik
British untuk menjajah
Bab 1
B3D1E1
Menerangkan cara Syarikat Hindia Timur Inggeris
bertapak di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka
B3D1E2
Melakar dan melorek peta pembahagian kawasan
pengaruh British dan Belanda di Kepulauan Melayu
pada tahun 1824
Bab 2
B3D1E3
Menerangkan peranan Residen dan kesan
pelaksanaan Sistem Residen di Negeri-Negeri
Melayu
B3D1E4
Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu
Bab 3
B3D1E5
Melakar dan melorek peta Negeri-Negeri Melayu
Utara dan Johor
Bab 4
B3D1E6
Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial
semasa pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak
B3D1E7
Melakar dan melorek peta wilayah Sarawak yang
dikuasai oleh keluarga Brooke
16. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
16
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B3D2
Menerangkan tindak balas
masyarakat tempatan terhadap
penjajahan British
Bab 5
B3D1E8
Menerangkan perubahan ekonomi dan sosial di
Sabah semasa pentadbiran Syarikat Borneo Utara
British
Bab 6
B3D1E9
Menerangkan perubahan sosial di Tanah Melayu
kesan daripada perkembangan ekonomi semasa
pentadbiran British
Bab 7
B3D2E1
Menerangkan kesan perjuangan pemimpin
setempat menentang British
B3D2E2
Membuat garis masa perjuangan pemimpin
setempat menentang British
Bab 8
B3D2E3
Menerangkan peranan golongan intelektual dalam
gerakan kesedaran kebangsaan di negara kita
B3D2E4
Mengamalkan ciri-ciri warganegara yang patriotik
(UP)
17. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
17
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
TAHU, FAHAM
DAN BOLEH
BUAT
DENGAN
BERADAB
B4
Menghuraikan fakta sejarah dan
mahir mengaplikasi kemahiran
pemikiran sejarah serta sentiasa
mengamalkan unsur patriotisme
B4D1
Menganalisis kemakmuran dan
kekayaan negara kita menarik
British untuk menjajah
Bab 1
B4D1E1
Membandingkan cara Syarikat Hindia Timur
Inggeris mengambil Pulau Pinang, Singapura dan
Melaka
Bab 2
B4D1E2
Menganalisis campur tangan British di Negeri-
Negeri Melayu daripada aspek sebab, pemimpin
dan kesan
B4D1E3
Menganalisis penubuhan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu atau Persekutuan 1896 daripada aspek
faktor dan kesan
Bab 3
B4D1E4
Menganalisis kewibawaan pemimpin di Negeri-
Negeri Melayu Utara dan Johor dalam
mempertahankan kedaulatan negeri daripada aspek
tindakan dan kesan (UP)
Bab 4
B4D1E5
Menganalisis tindakan keluarga Brooke
memantapkan pentadbiran untuk menguasai
Sarawak
18. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
18
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B4D2
Menganalisis tindak balas
masyarakat tempatan terhadap
penjajahan British
Bab 5
B4D1E6
Menganalisis tindakan Syarikat Borneo Utara British
memantapkan pentadbiran untuk menguasai Sabah
Bab 6
B4D1E7
Membandingkan sistem pendidikan vernakular di
Tanah Melayu
Bab 7
B4D2E1
Mengelaskan perjuangan pemimpin setempat
menentang British mengikut tokoh, lokasi, sebab
dan cara berjuang
Bab 8
B4D2E2
Mengelaskan perjuangan pertubuhan dalam
gerakan kesedaran kebangsaan berdasarkan
pemimpin, matlamat, bentuk dan kesan perjuangan
B4D2E3
Selalu mengamalkan ciri-ciri warganegara yang
patriotik (UP)
19. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
19
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
TAHU, FAHAM
DAN BOLEH
BUAT
DENGAN
BERADAB
TERPUJI
B5
Menghubungkait sejarah negara
dengan sejarah dunia,
mengamalkan unsur patriotisme
secara berterusan serta
mengambil iktibar daripada
peristiwa sejarah
B5D1
Boleh menghubungkait
perkembangan sejarah negara
dengan sejarah dunia serta
mengambil iktibar daripada
peristiwa sejarah
Bab 1
B5D1E1
Menilai keistimewaan Negeri-Negeri Selat yang
menarik campur tangan Syarikat Hindia Timur
Inggeris
Bab 2
B5D1E2
Menilai tindakan pemimpin Negeri-Negeri Melayu
menghadapi peluasan kuasa British
Bab 4
B5D1E3
Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial
semasa pentadbiran Brooke terhadap penduduk
tempatan di Sarawak (UP)
Bab 5
B5D1E4
Menilai perubahan pentadbiran, ekonomi dan sosial
Syarikat Borneo Utara British (SBUB) terhadap
penduduk tempatan di Sabah (UP)
Bab 6
B5D1E5
Menilai perubahan ekonomi dan sosial terhadap
penduduk tempatan semasa pentadbiran British di
Tanah Melayu (UP)
Bab 7
B5D1E6
Menilai keberkesanan perjuangan pemimpin
tempatan dalam mempertahankan kedaulatan
negeri daripada ancaman kuasa luar
20. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
20
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
Bab 8
B5D1E7
Menilai keberkesanan cara perjuangan kesedaran
kebangsaan di negara kita pada awal kurun ke-20
B5D1E8
Mengambil iktibar daripada kegigihan perjuangan
nasionalis mempertahankan kedaulatan bangsa
dan negara
B5D1E9
Sentiasa mengamalkan ciri-ciri warganegara yang
patriotik (UP)
21. DSP Sejarah Tingkatan 2
Februari 2013
21
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
TAHU, FAHAM
DAN BOLEH
BUAT
DENGAN
BERADAB
MITHALI
B6
Menjana idea secara rasional dan
menjadi warganegara yang cinta
akan negara serta berbangga
sebagai warganegara Malaysia
dan warga dunia
B6D1
Menjana idea untuk
kesejahteraan negara dan
menjadi warganegara yang
patriotik serta warga dunia yang
bertanggungjawab
B6D1E1
Menjana idea secara rasional untuk kemajuan dan
kemakmuran negara serta dunia (UP)
B6D1E2
Menjadi contoh dalam pengamalan unsur
patriotisme (UP):
ï‚· Berbangga sebagai rakyat Malaysia
ï‚· Bersemangat setia negara
ï‚· Bersemangat kekitaan
ï‚· Berdisiplin
ï‚· Berusaha dan produktif
Nota :
UP - Unsur Patriotisme