1. PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Tel : +603-8884 9302
ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E Fax : +603-8888 6680
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Websit : http://www.moe.gov.my
62604 PUTRAJAYA
Rujukan Kami : KP(BPSH-SPSM)303/01/06/( )
Tarikh :15 Mac 2010
Semua Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri
Y. Bhg. Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah menetapkan
syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah 2010 seperti dalam Lampiran A.
2. Untuk makluman Y. Bhg. Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan, kelayakan kemasukan
murid ke Tingkatan Enam Bawah 2010 adalah secara sistem on-line.
3. Kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dipohon untuk menguruskan
penempatan murid ke sekolah pusat Tingkatan Enam dalam negeri masing-masing
berdasarkan panduan seperti di Lampiran B.
4. Untuk penyelarasan antara negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menetapkan bahawa tarikh mula hari persekolahan Tingkatan Enam Bawah 2009
adalah pada 10 Mei 2010.
5. Sehubungan itu, kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri juga dipohon untuk
menguruskan perkara-perkara berikut:
5.1 Rayuan Daripada Calon Sekolah Kerajaan
a. Rayuan mungkin timbul bagi Kes Tertinggal (tercicir) dimana
calon yang layak mengikut syarat di Lampiran A mungkin
tertinggal (tercicir) namanya dari senarai rasmi. Dalam kes
begini, jikalau didapati tiada apa-apa keraguan, calon-calon
tersebut hendaklah diluluskan dan ditempatkan dengan
seberapa segera.
b. Bagi kes rayuan untuk kelonggaran syarat, permohonan
hendaklah dibuat melalui Borang T6BKK. Hanya kes-kes yang
berdasarkan penglibatan dalam kokurikulum sahaja seperti
dalam Lampiran C dipertimbangkan dan ditempatkan dalam
masa 2 minggu daripada tarikh permohonan dibuat.
5.2 Permohonan Daripada Calon Persendirian/Sekolah Swasta
Permohonan untuk kategori ini hendaklah menggunakan Borang
T6BCP. Setiap permohonan yang diterima hendaklah diberikan
pertimbangan segera mengikut garis panduan dalam Lampiran D. Bagi
Garis Panduan
Tingkatan Enam 2010 Halaman 1
2. mereka yang berjaya, penempatan perlu dibuat dengan segera dan
calon diarah melapor diri pada 1 Jun 2010.
(Perhatian : Untuk memproses Borang-Borang T6BKK dan T6BCP, sila
rujuk Lampiran G)
5.3 Permohonan Pertukaran Sekolah
a. Dalam Negeri - mengikut tatacara biasa dan diputuskan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan.
b. Antara Negeri pemohon perlu melapor diri terlebih dahulu di
sekolah pusat Tingkatan Enam dimana murid telah ditempatkan,
dan membuat permohonan pertukaran antara negeri melalui
Pengetua sekolah tersebut seperti biasa. Keputusan adalah
dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang menerimanya.
Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan
dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:
i. Surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah;
ii. Keputusan SPM 2009;
iii. Kad pengenalan;
iv. Sijil Kelahiran; dan
v. Jurusan dan pakej mata pelajaran yang diambil
c. Semua pertukaran sekolah hendaklah menggunakan borang
seperti Akta Pendidikan 1996 P.U. (A) 275 Jadual Ketiga.
d. Dalam kes dimana calon telah berpindah lebih awal dari surat
tawaran dikeluarkan. JPN yang menerima akan mengesahkan
kelayakan dan membuat penempatan segera.
5.4 Permohonan Pertukaran Jurusan
Permohonan pertukaran jurusan darai Jurusan Sains ke Kemanusiaan
atau sebaliknya hendaklah dikemukakan melalui Pengetua kepada
Jabatan Pelajaran Negeri berkenaan. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri
hanya dibenarkan memberikan kelulusan jika permohonan itu:
a. Mendapat sokongan Pengetua; dan
b. Calon berkenaan didapati layak masuk ke jurusan yang dipohon
mengikut syarat-syarat di Lampiran A.
c. Calon mesti mengisi inventori minat bagi menyokong
permohonan untuk ke jurusan yang dipohon.
Garis Panduan
Tingkatan Enam 2010 Halaman 2
3. Walau bagaimanapun, kelulusan bergantung kepada kekosongan
tempat belajar dalam jurusan yang berkenaan. Keputusan kelulusan
sama ada berjaya atau tidak harus dimaklumkan kepada pemohon
dalam masa 2 minggu daripada tarikh permohonan. Permohonan
pertukaran jurusan boleh dibuat pada 24 Mei hingga 27 Mei 2010.
5.5 Permohonan Mengulang Tingkatan Enam Atas 2010
Permohonan daripada calon STPM 2009 untuk mengulang belajar di
Tingkatan Enam Atas 2010 hendaklah dikemukakan melalui Pengetua
Sekolah kepada Jabatan Pelajaran Negeri. Pertimbangan hendaklah
dibuat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti dalam
Lampiran E.
5.6 Permohonan Calon SPM Ulangan 2010 Untuk Masuk Tingkatan
Enam Atas 2011
Calon yang tidak terpilih masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2009 oleh
sebab gagal memperoleh gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu SPM 2009, tetapi berjaya mendapat kepujian tersebut dalam
peperiksaan SPM Ulangan 2010, boleh dipertimbangkan untuk terus ke
Tingkatan Enam Atas bagi sesi 2011, tertakluk kepada syarat-syarat
seperti di Lampiran F.
6 Permohonan-permohonan lain hendaklah disalurkan kepada Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia (U/P:
Ketua Unit Pengurusan Tingkatan Enam) khususnya bagi kes-kes berikut:
(i) Permohonan calon lewat menerima keputusan peperiksaan SPM 2009
dengan menyertakan dua salinan dokumen yang telah disahkan:
a. Kad pengenalan;
b. Sijil kelahiran;
c. Keputusan peperiksaan SPM 2009; dan
d. Surat perakuan penerimaan keputusan lewat daripada Pengetua.
(ii) Permohonan calon untuk masuk semula ke Tingkatan Enam Bawah/Atas
hendaklah menulis surat rayuan dengan menyertakan dua salinan
dokumen yang telah disahkan:
a. Kad pengenalan;
Garis Panduan
Tingkatan Enam 2010 Halaman 3
4. b. Sijil kelahiran;
c. Keputusan/sijil SPM yang telah melayakkan calon masuk ke Tingkatan
Enam sebelumnya;
d. Maklumat terperinci daftar kedatangan sepanjang tempoh persekolahan
Tingkatan Enam;
e. Rekod pencapaian dalam ujian-ujian bulanan/penggal semasa belajar
di Tingkatan Enam; dan
f. Surat-surat perakuan/sokongan/pengesahan rekod disiplin/
kesihatan/penglibatan aktiviti pendidikan yang lain daripada pihak
sekolah atau badan kerajaan berkenaan.
7. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn. Norchahaya Abd. Ghani di talian
03-88849456, En.Md.Jamal Hj.Bongkek 016-2208322 atau En.Selamon Kosrin 03-
88849352 dan No. faks 03-88886673.
8. Kerjasama daripada Y. Bhg. Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan diminta untuk
menyampaikan maklumat yang terkandung dalam surat siaran ini kepada semua
Pengetua Sekolah Menengah Harian Biasa, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah
Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Maktab Tentera Diraja dan Maktab
Rendah Sains Mara dalam negeri Y. Bhg. Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan dengan
seberapa segera.
Sekian. Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
DATO HAJAH NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Operasi Pendidikan)
Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k.
1. Menteri Pelajaran Malaysia
2. Timbalan Menteri Pelajaran
3. Timbalan Menteri Pelajaran
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Garis Panduan
Tingkatan Enam 2010 Halaman 4
5. 5. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Timbalan Ketua Setiausaha
(Sumber Manusia)
Kementerian Pelajaran Malaysia
7. Timbalan Ketua Setiausaha
(Kewangan dan Pembangunan)
Kementerian Pelajaran Malaysia
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Kementerian Pelajaran Malaysia
9. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
(Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Kementerian Pelajaran Malaysia
10. Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
11. Pengarah
Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
12. Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pelajaran Malaysia
13. Pengarah
Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia
14. Pengarah
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
15. Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
16. Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
17. Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Garis Panduan
Tingkatan Enam 2010 Halaman 5
6. 18. Pengarah Pelajaran Bahagian
Pelajaran Swasta Kementerian
Pelajaran Malaysia
19. Penasihat Undang-Undang
Kementerian Pelajaran Malaysia
20. Pegawai Perhubungan Awam
Kementerian Pelajaran Malaysia
21. Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Menara TH SALBORN, 153, Aras 8,
Jalan Tun Razak,
50600 Kuala Lumpur.
Garis Panduan
Tingkatan Enam 2010 Halaman 6