Dokumen tersebut memberikan ringkasan tentang 13 poin aturan berpakaian dan tatakrama bagi perempuan menurut ajaran Islam, mulai dari menutupi bulu kening, memakai gelang loceng, menggunakan wangi-wangian, menutupi dada, mengikir gigi, menutupi leher dan wajah, hanya menampakkan tangan dan wajah bagi wanita yang berhaid, larangan menyentuh kaum laki-laki, menundukkan pandangan mata, berbic
1 of 2
Download to read offline
More Related Content
13 aurat wanita
1. 1. Bulu kening Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau
menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening Petikan dari Hadis Riwayat
Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki
(atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan Petikan dari S ura h
An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan
mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah .
3. Wangian Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum
supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap
mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong
belang Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian
hadapan dada-dada mereka Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan
giginya Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya
supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
6. Muka dan leher Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up)
dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian
yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak
boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja Petikan
dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan
Baihaqi.
9. Mata Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan
sebahagian dari pemandangannya Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.
Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak
dibenarkan hukumnya haram Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-
perkataan yang baik Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang
lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka
Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka
menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka Petikan dari S ura h An Nur
Ayat 31.
2. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu
yang ia kehendakinya Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan
dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu
Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata ,
maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti Petikan dari Hadis Riwayat
Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang,
ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung
rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu
menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.