1. SAINS/P.Shutdown15Jun2021/ICU-Seremban
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan:
1-800-88-6982
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA
Kepada Pelanggan-pelanggan SAINS yang dihormati,
PENUTUPAN SEMENTARA BEKALAN AIR DI SEBAHAGIAN KAWASAN SEREMBAN
BERIKUTAN KERJA-KERJA PEMASANGAN PAIP DI TANGKI SEDUTAN BANDAR PENDIDIKAN
ENSTEK PADA 15 JUN 2021
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ingin memaklumkan kepada semua pelanggan kami bahawa
SAINS akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air yang dijangka akan mengakibatkan gangguan
bagi beberapa kawasan di Seremban seperti yang dinyatakan di bawah. Maklumat penutupan adalah seperti
berikut:
Tarikh : 15 Jun 2021 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi (15 Jun 2021) 8.00 pagi (16 Jun 2021)
Maklumat kerja Kawasan terlibat Langkah Kontigensi
Lokasi:
Kompleks
Pendidikan
Enstek, Mukim
Labu Seremban
Jenis Kerja:
Kerja-Kerja
Pemasangan
Paip 500mm di
Tangki Sedutan
Bandar
Pendidikan
Enstek
Sebahagian Daerah Seremban:
Seluruh kawasan Perindustrian Eco Park (termasuk
Kilang Kellogs, Ajinomoto), Kg. Jijan, Kg. LBJ, Bandar
Pendidikan Enstek Nilai, Tiara Sendayan, Tmn. Cermai
Gadong, Kawasan Industri Tech Valley 1,2 & 3, Hijayu
Aman, Hijayu Suriaman 1,2 & 3, Ara Sendayan, Bkt.
Sendayan, Sendayan Indah, Iringan Bayu, Nusari Bayu
dan Kawasan sekitar.
Pengambilan air
melalui lori tangki yang
di sewa oleh pihak
industri di Water
Feeder Station di Loji
Rawatan Air (LRA)
Ngoi-Ngoi
Akan dilaksanakan
sekiranya gangguan
melebihi 24 jam
(selepas tempoh
penutupan)
Langkah Kontigensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan).
Pihak INDUSTRI hendaklah mengemukakan surat permohonan pengambilan air lebih awal kepada pihak SAINS
dengan menyatakan jumlah trip dan kapasiti lori tangki yang disewa. Caj jumlah isipadu air yang diambil akan
dikenakan mengikut kadar semasa.
Lori tangki yang disewa oleh pihak INDUSTRI untuk mengambil air di Water Feeder Station yang ditetapkan
oleh pihak SAINS hendaklah terjamin kebersihan daripada sebarang pencemaran bagi memastikan kualiti air
yang dibekalkan oleh SAINS tidak terjejas. Sebarang perubahan pada kualiti air SAINS akibat dari keadaan lori
tangki yang disewa yang tidak mematuhi standard kualiti kebersihan dari pihak SAINS adalah dibawah
tanggungjawab pihak INDUSTRI.
Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat.
Walaubagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama. Untuk
makluman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu
bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Sekiranya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari yang bermula pada
1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dilanjutkan, maka penutupan berjadual ini akan DITUNDA pada tarikh yang akan
dimaklumkan kemudian.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami ditalian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan
sebarang bantuan lanjut.
Hajah Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.