ݺߣ

ݺߣShare a Scribd company logo
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN TIGA
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
3
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana
murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap
pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru
tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal
insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
4
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi
tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi
memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard
dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti
boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh
buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu
tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian
bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD
1 Tahu
2 Tahu dan Faham
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
1 TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
2 TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
7
MATLAMAT KURIKULUM
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi
pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat
panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:
1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.
2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.
3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA
Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan :
1 Menjaga kebersihan anggota seksual dan kehormatan diri;
2 Mengetahui batas sentuhan dan cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat;
3 Memilih makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan dan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti;
4 Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok;
5 Mengetahui keistimewaan diri sendiri dan cara meningkatkan penghargaan kendiri menerusi amalan positif;
6 Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami
masalah kesihatan;
7 Mengetahui cara menangani konflik antara adik beradik dan rakan sebaya serta menghargai persahabatan;
8 Mencegah penyakit bawaan nyamuk daripada merebak;
9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam;
10.Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
8
BAND PERNYATAAN STANDARD
1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran
2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran
3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta
kesihatan dan keselamatan diri
4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga
dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran
5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam
mengurus hidup secara positif dan sihat
6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan
seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
9
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
1
Tahu
B1
Mempunyai pengetahuan tentang
asas kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial dan persekitaran
B1D1
Mengetahui anggota seksual
B1D2
Mengetahui kumpulan zat makanan
B1D3
Mengetahui jenis hasilan bahan
tembakau
B1D1E1
Menyatakan anggota seksual seperti bibir, payu
dara, punggung dan genital
B1D2E1
Mengenal kumpulan zat makanan seperti
karbohidrat, protein, lemak dan vitamin
B1D3E1
Menamakan bahan tembakau selain daripada
rokok iaitu rokok daun, cerut dan paip
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
10
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
2
Tahu dan
Faham
B2
Memahami aspek kesihatan
fizikal, mental, emosi, sosial dan
persekitaran
B2D1
Memahami kepentingan menjaga
kebersihan anggota seksual
B2D2
Memahami berkenaan pemakanan
yang sihat dan selamat
B2D3
Memahami jenis dan kesan
penyalahgunaan bahan
B2D4
Memahami penghargaan kendiri dan
keistimewaan diri
B2D1E1
Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan
anggota seksual
B2D2E1
Menyatakan kesan pengambilan makanan dalam
kuantiti berlebihan atau berkurangan dan
menyatakan kesan obesiti terhadap kesihatan diri
B2D3E1
Menyatakan kandungan bahan berbahaya
yang terdapat dalam rokok dan
menyatakan kesan merokok terhadap
kesihatan dan persekitaran
B2D4E1
Menyatakan maksud penghargaan kendiri dan
menyenaraikan keistimewaan diri sendiri
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
11
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
B2D5
Memahami penyakit bawaan nyamuk
dan memahami gejala dan tanda
demam denggi dan demam malaria
B2D6
Memahami situasi kecemasan dan
jenis-jenis kecederaan
B2D5E1
Menyatakan penyakit bawaan nyamuk iaitu
demam denggi dan demam malaria
B2D5E2
Mengenal pasti gejala dan tanda demam denggi
serta demam malaria
B2D6E1
Mengenal pasti situasi kecemasan dan jenis-jenis
kecederaan yang sering berlaku
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
12
BAND PERNYATAAN
STANDARD
DESKRIPTOR EVIDENS
3
Tahu, Faham dan
Boleh Buat
B3
Memahami kepentingan dan
boleh mengurus penjagaan
diri, pengurusan mental,
emosi dan sosial serta
kesihatan dan keselamatan
diri
B3D1
Menjaga dan mengamalkan kebersihan
anggota seksual
B3D2
Mengetahui dan mengamalkan
pemakanan yang sihat dan selamat
B3D3
Memainkan peranan dalam institusi
kekeluargaan
B3D4
Menjaga keselamatan diri
B3D1E1
Menyatakan cara menjaga kebersihan anggota
seksual dan mengamalkan penjagaan kebersihan
anggota seksual dalam kehidupan harian
B3D2E1
Memilih jenis makanan mengikut waktu makan
harian dan memilih makanan yang sesuai antara
waktu makan harian iaitu minum pagi, minum
petang dan makan lewat malam
B3D3E1
Menyatakan peranan keluarga dalam memberi
sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami
masalah kesihatan
B3D4E1
Mengenal pasti situasi yang boleh mengancam
keselamatan diri dan cara-cara menjaga
keselamatan diri
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
13
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
4
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
B4
Boleh memperkembangkan
aspek penjagaan diri serta
pengurusan mental, emosi dan
sosial terhadap keluarga dan
masyarakat serta memainkan
peranan mengawal aspek
kesihatan dan keselamatan
persekitaran
B4D1
Mengamalkan pemakanan yang sihat
dan selamat
B4D2
Menangani situasi berisiko terhadap
diri, keluarga, dan masyarakat
B4D3
Mengaplikasi kemahiran
interpersonal
B4D4
Mengambil tindakan menjaga
keselamatan diri
B4D5
Bertindak mengikut situasi
B4D1E1
Mengamalkan pemakanan yang sihat dengan
mengurangkan pengambilan gula, garam dan
lemak
B4D2E1
Menerangkan kepentingan berkata TIDAK kepada
pembelian dan pengambilan rokok
B4D3E1
Menyatakan konflik yang berlaku antara
adik beradik dan rakan sebaya serta cara
menangani konflik
B4D4E1
Menyatakan tindakan segera yang perlu
diambil jika berlaku ancaman terhadap
keselamatan diri
B4D5E1
Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil
jika berlaku kecemasan dan kecederaan
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
14
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
5
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji
B5
Mempunyai kemahiran
berkomunikasi, empati dengan
orang lain dan berupaya
mengendalikan emosi dalam
mengurus hidup secara positif
dan sihat
B5D1
Menghuraikan kepentingan institusi
kekeluargaan
B5D2
Mengaplikasi kemahiran
interpersonal
B5D3
Mencegah risiko penyakit bawaan
nyamuk
B5D4
Mengurus kemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan
seharian
B5D1E1
Menyatakan kepentingan dan cara mengeratkan
hubungan kekeluargaan
B5D2E1
Menyatakan kepentingan hubungan persahabatan
yang sihat dan cara menghargai persahabatan
B5D3E1
Mengenal pasti cara demam denggi dan demam
malaria merebak serta cara pencegahannya
B5D4E1
Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di
rumah, sekolah, taman permainan dan tempat
awam
DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3
Februari 2013
15
BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS
6
Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali
B6
Mempunyai keupayaan membuat
keputusan untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran
kehidupan seharian,
meningkatkan literasi kesihatan
dan mengamalkan gaya hidup
sihat
B6D1
Mengurus emosi untuk meningkatkan
kesihatan mental
B6D2
Mengaplikasi komunikasi berkesan
dalam kehidupan seharian
B6D1E1
Menyatakan cara meningkatkan penghargaan
kendiri melalui amalan positif
B6D2E1
Mengamalkan aktiviti sihat bersama rakan

More Related Content

19 dsp p kesihatan tahun 3 5 feb 2013

  • 1. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA
  • 2. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 3. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 3 PENDAHULUAN Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • 4. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 4 TAFSIRAN o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. o Evidens Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor. Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
  • 5. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 5 KERANGKA STANDARD PRESTASI BAND STANDARD 1 Tahu 2 Tahu dan Faham 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
  • 6. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 6 TAFSIRAN BAND BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN 1 TAHU Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 2 TAHU DAN FAHAM Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 4 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 5 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 6 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
  • 7. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 7 MATLAMAT KURIKULUM Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF KURIKULUM Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid: 1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran. 2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit. 3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN TIGA Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1 Menjaga kebersihan anggota seksual dan kehormatan diri; 2 Mengetahui batas sentuhan dan cara berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat; 3 Memilih makanan yang berkhasiat mengikut waktu makan dan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti; 4 Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok; 5 Mengetahui keistimewaan diri sendiri dan cara meningkatkan penghargaan kendiri menerusi amalan positif; 6 Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan; 7 Mengetahui cara menangani konflik antara adik beradik dan rakan sebaya serta menghargai persahabatan; 8 Mencegah penyakit bawaan nyamuk daripada merebak; 9. Menjaga keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam; 10.Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan.
  • 8. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 8 BAND PERNYATAAN STANDARD 1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran 2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran 3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri 4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran 5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat 6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat
  • 9. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 9 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 1 Tahu B1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran B1D1 Mengetahui anggota seksual B1D2 Mengetahui kumpulan zat makanan B1D3 Mengetahui jenis hasilan bahan tembakau B1D1E1 Menyatakan anggota seksual seperti bibir, payu dara, punggung dan genital B1D2E1 Mengenal kumpulan zat makanan seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin B1D3E1 Menamakan bahan tembakau selain daripada rokok iaitu rokok daun, cerut dan paip
  • 10. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 10 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 2 Tahu dan Faham B2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran B2D1 Memahami kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual B2D2 Memahami berkenaan pemakanan yang sihat dan selamat B2D3 Memahami jenis dan kesan penyalahgunaan bahan B2D4 Memahami penghargaan kendiri dan keistimewaan diri B2D1E1 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual B2D2E1 Menyatakan kesan pengambilan makanan dalam kuantiti berlebihan atau berkurangan dan menyatakan kesan obesiti terhadap kesihatan diri B2D3E1 Menyatakan kandungan bahan berbahaya yang terdapat dalam rokok dan menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan dan persekitaran B2D4E1 Menyatakan maksud penghargaan kendiri dan menyenaraikan keistimewaan diri sendiri
  • 11. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 11 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS B2D5 Memahami penyakit bawaan nyamuk dan memahami gejala dan tanda demam denggi dan demam malaria B2D6 Memahami situasi kecemasan dan jenis-jenis kecederaan B2D5E1 Menyatakan penyakit bawaan nyamuk iaitu demam denggi dan demam malaria B2D5E2 Mengenal pasti gejala dan tanda demam denggi serta demam malaria B2D6E1 Mengenal pasti situasi kecemasan dan jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku
  • 12. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 12 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat B3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri B3D1 Menjaga dan mengamalkan kebersihan anggota seksual B3D2 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat B3D3 Memainkan peranan dalam institusi kekeluargaan B3D4 Menjaga keselamatan diri B3D1E1 Menyatakan cara menjaga kebersihan anggota seksual dan mengamalkan penjagaan kebersihan anggota seksual dalam kehidupan harian B3D2E1 Memilih jenis makanan mengikut waktu makan harian dan memilih makanan yang sesuai antara waktu makan harian iaitu minum pagi, minum petang dan makan lewat malam B3D3E1 Menyatakan peranan keluarga dalam memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah kesihatan B3D4E1 Mengenal pasti situasi yang boleh mengancam keselamatan diri dan cara-cara menjaga keselamatan diri
  • 13. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 13 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab B4 Boleh memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran B4D1 Mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat B4D2 Menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat B4D3 Mengaplikasi kemahiran interpersonal B4D4 Mengambil tindakan menjaga keselamatan diri B4D5 Bertindak mengikut situasi B4D1E1 Mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam dan lemak B4D2E1 Menerangkan kepentingan berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok B4D3E1 Menyatakan konflik yang berlaku antara adik beradik dan rakan sebaya serta cara menangani konflik B4D4E1 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku ancaman terhadap keselamatan diri B4D5E1 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku kecemasan dan kecederaan
  • 14. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 14 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji B5 Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat B5D1 Menghuraikan kepentingan institusi kekeluargaan B5D2 Mengaplikasi kemahiran interpersonal B5D3 Mencegah risiko penyakit bawaan nyamuk B5D4 Mengurus kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan seharian B5D1E1 Menyatakan kepentingan dan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan B5D2E1 Menyatakan kepentingan hubungan persahabatan yang sihat dan cara menghargai persahabatan B5D3E1 Mengenal pasti cara demam denggi dan demam malaria merebak serta cara pencegahannya B5D4E1 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam
  • 15. DSP Pendidikan Kesihatan Tahun 3 Februari 2013 15 BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali B6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat B6D1 Mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental B6D2 Mengaplikasi komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian B6D1E1 Menyatakan cara meningkatkan penghargaan kendiri melalui amalan positif B6D2E1 Mengamalkan aktiviti sihat bersama rakan