1. Ruj. Kami : SKSP/KBS/03/13/(01)
Tarikh : 16 JANUARI 2013
Tuan Haji Fauzan Bin Ahmad,
Guru Besar,
SK Seri Pilah.
Tuan,
MESYUARAT JAWATANKUASA KARNIVAL BOLA SEPAK 9 SEBELAH
PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH TAHUN 2013
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 23 Januari 2013
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang
Pengerusi : Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Agenda Mesyuarat:
3.1 Ucapan Pengerusi
3.2 Lantikan Ahli Jawatankuasa
3.3 Butiran Pertandingan Peringkat Daerah
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PILAH
KAMPUNG SERI PILAH,
72000 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Tel : 06-4797908
Fax : 06-4790900
2. 4.0 Sehubungan itu, tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(HJ. ISMAIL BIN OSMAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Seri Pilah,
Kampung Seri Pilah.