Dokumen ini berisi soalan-soalan ujian setengah tahun untuk mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 5. Terdiri dari dua bahagian, Bahagian A berisi 30 soalan pilihan ganda dan Bahagian B meminta siswa mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri, menilai tingkah laku, memberi tindakan dalam situasi tertentu, serta menyebut jenis makanan menurut piramid makanan.
1 of 11
Downloaded 11 times
More Related Content
(2) peperiksaan setengah tahun t4
1. NAMA : ............................................................... TAHUN: ....................................
PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN
PSK
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
TAHUN 5
===============================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A, dan B
2. Jawab semua soalan
3. Jawab dengan membaca dahulu arahan yang diberi
4. Tulis dengan menggunakan pensil pada ruangan yang disediakan
5. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan jawapan kamu kemudian,
tulis jawapan yang baru.
Page 1
2. BAHAGIAN A
Arahan AM : Jawab Semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A,
B, C, dan D. Pilih satu jawapan yang betul.
1 Antara yang berikut, manakah merupakan kekuatan diri?
A Boros dalam berbelanja.
B Malas membuat kerja sekolah.
C Hormat akan orang tua.
D Suka bercakap bohong.
2 Apakah tujuan kita mengenali diri sendiri?
A Berbangga dengan diri sendiri.
B Mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
C Membaiki kesilapan lalu.
D Menunjukkan kebolehan diri.
3 Kekuatan diri sangat penting supaya …………………………. .
A kita disenangi dan dihormati oleh orang lain.
B orang tidak berani membuli kita.
C orang lain takut untuk berkawan dengan kita.
D kita dapat berbangga dengan diri sendiri.
4 Sikap bertanggungjawab adalah seperti berikut, kecuali ……………………
A sedia memaafkan kesalahan orang lain.
B membantu orang yang memerlukan bantuan.
C segera meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan.
D menggunakan barang orang lain tanpa kebenaran.
5 Antara yang berikut, manakah bukan merupakan sikap bertanggungjawab
semasa
berada rumah?
A Membasuh pakaian sekolah.
B Membantu guru membawa buku latihan ke bilik guru.
C Membantu ayah mencuci kereta.
D Mengemas bilik tidur.
6 Cara belajar yang betul untuk mencapai kejayaan adalah seperti berikut,
kecuali …………………………………. .
A mendengar penerangan guru dengan teliti.
B selalu mengulang kaji pelajaran.
C rajin bertanya kepada guru.
D meniru jawapan kawan ketika peperiksaan.
7 Apakah sikap yang perlu dihindarkan dalam mencapai kejayaan dalam
pelajaran?
A Rajin bertanya guru.
B Bercita-cita tinggi.
C Mudah berputus asa
D Gigih berusaha.
Page 2
3. 8 Masalah tidak yakin untuk berucap di hadapan khalayak ramai boleh
diselesaikan dengan …………………………………… .
A minta kawan menggantikan tempat kita.
B menolak pelawaan untuk berucap.
C memperbanyakkan latihan sehingga mendapat keyakinan.
D tidak hadir pada hari tersebut.
9 Tabiat berbohong boleh menyebabkan kita ……………………….. .
A dikenali oleh orang lain.
B disayangi oleh orang lain.
C dihormati oleh orang lain.
D dibenci oleh orang lain.
10 Penampilan diri yang positif ketika menghadiri majlis adalah ………… .
A bercakap dengan kuat dalam majlis.
B memakai pakaian menjolok mata.
C berlagak sombong.
D bertutur dengan sopan.
11 Semua yang berikut merupakan tabiat makan yang sihat, kecuali ……… .
A banyak makan makanan yang manis.
B banyak makan sayur-sayuran.
C makan ketika lapar sahaja.
D banyak minum air suam.
12 Dalam susunan piramid makanan, kumpulan aras 3 berkaitan makanan dalam
kumpulan makanan …………………………. .
A mineral
B karbohidrat
C lemak
D protein
13 Antara yang berikut, manakah sumberkarbohidrat utama kepada penduduk
Malaysia?
A Nasi
B Gandum
C Ikan
D Telur
14 Apakah kebaikan melakukan aktiviti bersenam?
A Membina keyakinan diri.
B Mendapat pujian daripada rakan-rakan.
C Mengelakkan diri daripada mendapat penyakit.
D Membakar lemak berlebihan dalam tubuh badan.
Page 3
4. 15 Makan makanan yang seimbang adalah penting untuk menjaga………………
A penampilan diri
B kesihatan
C kekuatan diri
D maruah diri
16 Mengapakah kuku jari yang panjang perlu diketip?
A Menarik perhatian orang ramai.
B Mengelakkan kuman terlekat dicelah kuku.
C Menunjukkan penampilan diri yang positif.
D Kelihatan cantik dan menarik.
17 Cara bijak menguruskan diri adalah seperti berikut, kecuali ……………… .
A menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
B bersahabat dengan budak-budak nakal.
C pandai menjaga batas-batas pergaulan.
D menguruskan masa dengan bijak.
18 Siapakah yang menjadi ketua keluarga asas?
A Nenek
B Datuk
C Ibu
D Bapa
19 Keluarga asas terdiri daripada ……………………………… .
A ibu saudara, ibu dan nenek.
B abang ipar, datuk dan adik perempuan.
C bapa, ibu, abang, kakak, dan adik.
D bapa, ibu, adik, dan sepupu.
20 Yang berikut adalah tanggungjawab anak, kecuali ……………………. .
A membantu ibu menyiram pokok bunga.
B menjaga adik.
C bertengkar dengan adik-beradik.
D mengemas rumah.
21 Sikap ……………………… adalah amalan yang baik dalam hidup berjiran.
A tidak bertegur sapa
B berdengki
C pilih kasih
D saling menziarahi
22 Sikap menghormati orang tua harus ada pada diri seorang……………. .
A anak
B ayah
C ibu
D datuk
Page 4
5. 23 Seseorang yang berasa tertekan untuk menghadapi peperiksaan perlulah …….
A berkurung di dalam bilik
B berkawan dengan budak-budak nakal
C minta bantuan guru dan orang boleh dipercayai
D pendam sahaja di dalam hati
24 Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan diri?
A Merangkumi aspek kesihatan dan penampilan diri.
B Merangkumi aspek fizikal.
C Merangkumi aspek kesihatan.
D Merangkumi aspek kecerdasan sahaja.
25 Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi ……………… .
A karbohidrat sahaja
B mineral sahaja
C buah-buahan dan sayur-sayuran
D vitamin, zat dan mineral
26 Makanan manakah yang paling banyak diperlukan oleh badan?
A Lemak.
B Mineral.
C Protein.
D Karbohidrat.
27 Manakah antara yang berikut merupakan adab makan yang perlu diamalkan?
A Bercakap-cakap semasa makan.
B Duduk dengan sopan semasa makan.
C Makan dengan gelojoh.
D Tidak perlu membaca doa.
28 Apakah sikap yang perlu ada pada anggota keluarga untuk membentuk
keluarga bahagia?
A Sayang-menyayangi.
B Benci-membenci.
C Bermasam muka.
D Mementingkan diri sendiri.
29 Keluarga-keluarga asas yang berkembang akan membentuk ……………….
A keluarga kembangan
B keluarga ranting besar
C keluarga besar
D keluarga bahagia
30 Siapakah komuniti sekolah?
A Ibu, bapa, kerani dan guru.
B Guru, murid, datuk dan nenek.
C Murid, guru, kerani, dan tukang kebun.
D Murid, guru, ibu dan bapa.
( 30 markah )
Page 5
6. BAHAGIAN B
A Asingkan kekuatan diri dan kelemahan diri berdasarkan ciri-ciri yang
dinyatakan di bawah.
Amanah berjimat cermat malas membaca sombong
Degil pembohong pemboros peramah
mendengar
nasihat
pandai mengira
Kekuatan diri Kelemahan diri
1 _______________________________
2 _______________________________
3 _______________________________
4 _______________________________
5 _______________________________
6 _______________________________
7 _______________________________
8 _______________________________
9 _______________________________
10 ______________________________
( 10 markah )
Page 6
7. B Tanda ( / ) bagi tingkah laku yang baik dan ( X ) bagi tingkah laku yang tidak
baik.
11 Menyimpan duit lebihan belanja sekolah ke dalam tabung. ( )
12 Mengganggu rakan sekelas yang sedang membaca buku. ( )
13 Bergaul mesra dengan semua rakan di dalam kelas tanpa mengira
Perbezaan bangsa dan agama. (
)
14 Mudah tersinggung dan tidak mudah memaafkan kesalahan orang lain. ( )
15 Sentiasa berpakaian bersih dan kemas semasa berada di rumah atau sekolah.( )
16 Menyampuk orang dewasa yang sedang berbual-bual. ( )
17 Sering bercakap bohong untuk menyembunyikan kelemahan diri. ( )
18 Melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan
di kawasan tempat tinggal. ( )
19 Semua anggota keluarga bekerjasama menjaga kebersihan dan keceriaan
rumah. ( )
20 Anggota keluarga bermasam muka akibat berlakunya sedikit perselisihan
faham. ( )
( 10 markah )
Page 7
8. C Berdasarkan situasi di bawah , tulis apa yang perlu kamu lakukan sebagai seorang warga
sekolah yang bertanggungjawab.
SITUASI TINDAKAN SAYA
21 Seorang murid pengsan ketika beratur
semasa perhimpunan pagi.
22 Guru Pendidikan Jasmani membawa
bakul yang mengandungi peralatan
permainan ke padang.
23 Seorang pelawat sedang mencari kelas
anaknya yang berdekatan dengan bilik
darjah kamu.
24 Kamu terlihat seorang yang mencurigakan
berada di kawasan sekolah.
25 Rakan kamu terlupa membawa wang saku
ke sekolah.
26 Kamu tidak dapat hadir aktiviti
kokurikulum kerana demam.
( 6 markah )
Page 8
9. D Tulis dua jenis makanan mengikut aras berdasarkan piramid makanan di bawah.
PIRAMID MAKANAN
Khasiat makanan Jenis makanan
27 Lemak
28 Protein
29 Mineral
30 Karbohidrat
( 4 markah )
Page 9
10. SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A
1 C
2 B
3 D
4 D
5 B
6 D
7 C
8 C
9 D
10 D
11 A
12 D
13 A
14 D
15 B
16 C
17 B
18 D
19 C
20 C
21 D
22 A
23 C
24 A
25 D
26 D
27 B
28 A
29 A
30 C
Page
10
11. BAHAGIAN B
1 Amanah
2 Berjimat cermat
3 Peramah
4 Mendengar nasihat
5 Pandai mengira
6 Malas membaca
7 Sombong
8 Degil
9 Pemboros
10 Pembohong
11 /
12 X
13 /
14 X
15 /
16 X
17 X
18 /
19 /
20 X
21 Beritahu guru dan buat rawatan kecemasan
22 Membantu guru mengangkat bakul
23 Tunjukkan kelas anaknya dengan sopan
24 Beritahu pengawal keselamatan atau guru
25 Beri bekal yang dibawa atau duit
26 Beritahu guru dan buat surat
27 Keju, majerin,minyak
28 Ikan, telur, susu
29 Sayur sayuran dan buah buahan
30 Roti, nasi, mi , bijirin
* Jawapan yang bersesuaian boleh diterima
Page
11