2. Maksud Akta Jualan Barang Barang 1957
Akta yang memperuntukkan segala
elemen yang berkaitan dengan kontrak
jualan barang yang pada mulanya dikenali
sebagai Ordinan Jualan Barang-barang
(Negeri-Negeri Melayu) 1957.
Pada tahun 1989, ordinan ini telah
disemak dan dinamakan sebagai Akta
Jualan Barang-barang 1957 (Semakan
1989)
3. Maksud Kontrak Jualan
Seksyen 4(1) dalam Akta Jualan Barang-
barang 1957 mentakrifkan kontrak jualan
barang sebagai satu kontrak yang berkaitan
dengan penjual memindahkan atau bersetuju
untuk memindahkan hak terhadap sesuatu
barang-barang kepada pembeli dengan suatu
harga tertentu.
Menurut Seksyen 6 dalam Akta Jualan
Barang-barang boleh diklasifikasikan kepada
barang sedia ada dan barang masa hadapan.
4. Barang sediaada
Barang sedia ada ialah barang yang sudahpun dimiliki
atau disimpan oleh penjual.
Barang sedia ada mungkin berbentuk barang tertentu
atau barang yang belum ditentukan.
Suatu barang itu menjadi barang tertentu setelah
barang itu dikenal pasti dan dipersetujui semasa kontrak
jualan tersebut.
Barang yang ditentukan pula ialah barang yang belum
ditentukan dan dipersetujui pada masa kontrak jualan
tersebut. Barang tesebut akan menjadi barang yang
ditentukan selepas kontrak tersebut.
5. Barangmasa hadapan
Barang masa depan ialah barang yang
dibuat atau diperoleh oleh penjual selepas
kontrak jualan tersebut.
Hal ini bermaksud semasa kontrak jualan itu
dibuat, penjual belum lagi memiliki barang
jualan itu.
6. Elemen yang Perlu Ada dalam Kontrak Jualan
Terma kontrak dibahagikan kepada dua, iaitu
syarat dan waranti.
Syarat merupakan satu stipulasi utama kontrak.
Jika satu pihak melanggar syarat dalam kontrak
jualan barang-barang, maka pihak yang tidak
bersalah berhak untuk menolak kontrak
berkenaan.
Waranti merupakan suatu stipulasi sampingan
kepada tujuan utama kontrak. Apabila suatu
pelanggaran waranti berlaku, pihak yang tidak
bersalah hanya diberi hak untuk menuntut ganti
rugi sahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak
tersebut.
7. Syarat dan waranti masing-masing boleh
dibahagikan kepada dua iaitu, syarat dan
waranti secara tersurat dan tersirat.
TERMA
KONTRAK
Syarat
Tersirat Tersurat
Waranti
Tersirat Tersurat
8. Syarat tersurat atau syarat nyata
merupakan syarat yang dinyatakan secara
jelas dalam perjanjian jualan barang.
Biasanya syarat tersurat melibatkan perkara-
perkara penting dalam perjanjian jualan
barang.
Syarat tersirat ialah syarat yang tidak
dinyatakan atau tidak ditulis dalam perjanjian
jualan barang oleh kedua-dua pihak.
Sekiranya pekara ini berlaku syarat tersirat
yang wujud dalam Akta Jualan Barang-
barang 1957 akan terpakai.
10. Syarat tersirat mengenai hak milik
Semua syarat tersirat mengenai hak milik
wujud dalam Seksyen 14(1)(a).
Syarat tersirat mengenai hak milik dalam
kontrak jualan ialah penjual berhak
menjual barang yang disenaraikan dalam
kontrak dan penjual akan mempunyai
hak menjual barang itu pada masa hak
milik barang itu berpindah kepada
pembeli.
11. Syarat tersirat mengenai jualan melalui perihalan
Syarat tersirat yang berkaitan dengan jualan barang
melalui perihalan ialah barang itu hendaklah
bersamaan atau secocok dengan perihalan atau
deskripsi.
Jika kontrak itu dibuat berdasarkan sampel dan
perihalan, adalah tidak memadai jika barang itu hanya
secocok dengan sampel tetapi tidak secocok dengan
perihalan.
Jualan barang berdasarkan perihalan merangkumi
semua kes jualan di mana pembeli tidak berpeluang
melihat barang jualan sebenar tetapi sekadar
bergantung pada perihal yang diberi oleh penjual.
Misalnya, apabila pembeli membuat pesanan barang
berpandukan risalah, katalog atau iklan di akhbar atau
majalah.
12. Syarat tersirat mengenai kualiti dan kelayakan
Menurut kaedah common law , seseorang pembeli itu perlu
berhati-hati menjaga kepentingannya sendiri apabila membeli
barang.
Jika dia gagal berbuat deemikian, akibatnya dia akan
menanggung rugi dan dia tidak boleh membuat tuntutan
terhadap orang lain.
Prinsip ini dikenali sebagai caveat emptor.
Keadaan di bawah common law ini diulangi dalam Seksyen
16 dalam Akta Jualan Barang-barang 1957.
Mengikut Seksyen 16(1), melainkan terdapat peruntukan lain
dalam Akta ini dan undang-undang lain. Tidak wujud
sebarang syarat atau waranti tersirat mengenai kualiti dan
kesesuaian/kelayakan bagi maksud barang yang dibekalkan
di bawah kontrak jualan.
13. Walau bagaimanapun, prinsip am ini
tertakluk kepada dua pengecualian
yang berikut :
Barang jualan hendaklah sesuai
atau boleh memenuhi maksud
yang dikehendaki oleh pembeli
Barang jualan hendaklah
mempunyai kualiti boleh dagang
14. Syarat tersirat mengenai jualan melalui
contoh/sampel
Suatu kontrak jualan itu dikatakan menjadi jualan
melalui contoh atau sampel jika terdapat terma
kontrak yang bermaksud sedemikian.
Dalam kontrak jualan melalui contoh atau sampel,
syarat-syarat tersirat di bawah ini adalah terpakai.
a. Keseluruhan barang perlu secocok dengan
contoh tentang mutu.
b. Pembeli hendaklah mempunyai peluang yang
berpatutan untuk membandingkan
keseluruhan barang dengan contoh sebelum
membuat penerimaan.
c. Barang itu handaklah terpelihara daripada
sebarang kecacatan yang boleh
15. Waranti tersirat biasanya melibatkan
perkara sampingan kepada tujuan utama
kontrak.
Sekiranya syarat atau waranti tersirat tidak
diperuntukkan oleh perjanjian , maka
syarat dan waranti tersirat yang
diperuntukkan oleh Akta Jualan Barang-
barang 1957 akan terpakai.
Terdapat dua waranti tersirat iaitu
berkenaan dengan milikan aman dan
bebas daripada bebanan.
16. Milikan aman/bebas dari gangguan
Pembeli berhak membeli barang yang
dibelinya itu dan menikmatinya dengan
aman, terpelihara daripada gangguan oleh
pihak lain terutamanya yang diperuntukkan
oleh Seksyen 14.
Hal ini bermakna pembeli berhak
menggunakan barang secara aman tanpa
gangguan daripada penjual, ejen, wakil atau
pihak ketiga.
Sekiranya perkara ini dilanggari, maka ini
adalah pelanggaran waranti dan pembeli
boleh menuntut ganti rugi.
17. Bebas daripada bebanan
Barang yang dijual bebas daripada
sebarang gadaian atau bebanan bagi
mana-mana pihak ketiga yang tidak
diberitahu kepada pembeli sebelumnya
atau semasa kontrak dibuat sebagaimana
yang diperuntukkan oleh Seksyen 14.
Jika perkara ini berlaku, pembeli boleh
menuntut ganti rugi.