1. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
215
KAJIAN KES KE ATAS KEKEMASAN TULISAN MURID TAHUN 2
DALAM KELAS PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU
Oleh
Noraini Binti Ombi
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji punca masalah tulisan
tidak kemas seorang murid pemulihan yang bernama Nur. Beliau
merupakan seorang murid yang dimasukkan ke kelas Pemulihan
Khas disebabkan tulisan yang tidak kemas. Kajian ini dijalankan
berdasarkan kajian terdahulu yang dilaksanakan oleh Levine
(1987) serta Pressey dan Pressey (1926). Saya telah mengambil
tindakan untuk membantu Nur memperbaiki tulisannya sepanjang
tempoh praktikum saya di SK SEM. Berdasarkan pemerhatian
yang saya buat, didapati murid ini sebenarnya tidak memegang
pensel dengan betul ketika menulis. Saya telah melaksanakan
beberapa tindakan iaitu mengajar cara memegang pensel dengan
betul, menulis dengan postur badan yang betul, serta
menyediakan banyak latihan menulis. Setelah menjalankan
bimbingan selama 11 minggu, saya mendapati Nur telah dapat
memperbaiki tulisannya. Berdasarkan hasil kajian ini, saya dapati
cara memegang pensel akan mempengaruhi kekemasan tulisan
murid.
1.0 Pengenalan
Sekolah Kebangsaan SEM (SK SEM) terletak kira-kira 20 kilometer dari
bandaraya Kuching. Sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah bandar
ini mempunyai kira-kira 1,009 orang murid. Terdapat seramai 65 orang guru
di sekolah ini. Sekolah ini mempunyai 24 kelas biasa, dua buah kelas
prasekolah, sebuah kelas pendidikan khas dan sebuah kelas pemulihan
khas. Saya telah berpeluang menjalani praktikum di sekolah ini selama 13
minggu bermula daripada 22 Jun 2009 sehinggga 18 September 2009.
Saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
untuk kelas pemulihan.
Walaupun sekolah ini terletak tidak jauh dari bandaraya, masih terdapat
murid yang memerlukan pemulihan. Bagaimanapun untuk kelas pemulihan
Bahasa Melayu Tahun 2, masalah yang menjadi fokus saya adalah masalah
tulisan murid yang tidak kemas walaupun kebanyakan murid telah
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Jumlah murid yang ramai
sehingga mencecah 45 orang dalam sekelas menyebabkan guru tidak
dapat memberikan tumpuan kepada setiap murid. Murid-murid yang tidak
mendapat tumpuan inilah yang kadang-kadang keciciran di dalam proses
2. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
216
pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang kemudiannya dihantar ke kelas
Pemulihan Khas.
1.2 Fokus kajian
Kajian ini bermula apabila saya memulakan latihan mengajar di kelas Tahun
2. Terdapat enam orang murid dari kelas Tahun 2 yang dihantar ke kelas
Pemulihan Khas untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya mendapati
murid-murid ini sebenarnya tidak bermasalah dalam bacaan, tetapi
bermasalah dengan tulisan. Murid-murid ini boleh dikategorikan sebagai
murid berpotensi kerana kesemua mereka boleh membaca dengan baik.
Menurut guru pemulihan SK SEM, sebab utama murid-murid ini dihantar ke
kelas pemulihan ialah kerana mereka tidak menulis dengan kemas ataupun
dikatakan mempunyai tulisan cakar ayam. Tulisan yang tidak kemas
menyukarkan guru-guru kelas biasa untuk menyemak hasil kerja murid-
murid ini.
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis.
Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah.
Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana
terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang
susah hendak dibaca. Dengan itu, saya merancang beberapa tindakan bagi
membantu murid-murid ini untuk memperbaiki tulisan mereka. Saya
merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini berdasarkan
pembacaan saya mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian
terdahulu. Matlamat utama saya ialah, di akhir praktikum, murid-murid ini
dapat memperbaiki tulisan mereka.
Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada Nur. Rajah 1 menunjukkan
hasil tulisan Nur pada 13 Julai 2009 iaitu sebelum pelaksanaan tindakan
saya.
Rajah 1: Hasil tulisan Nur sebelum tindakan pada 13 Julai 2009
3. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
217
Nur, seorang murid kelas Tahun 2, petah bercakap dan bijak. Dia amat aktif
semasa proses p&p berlangsung. Nur juga mempunyai keyakinan diri yang
sangat tinggi. Semasa dalam kelas, dia suka bertanya dan menjawab
soalan. Di samping itu juga, saya dapati dia amat suka membaca.
Kebanyakan masa di dalam kelas pemulihan, Nur amat suka membaca
buku-buku cerita yang terdapat pada rak bacaan. Pada pendapat saya, Nur
adalah murid yang sangat bijak dan amat rugi apabila beliau dihantar ke
kelas pemulihan kerana tulisannya yang tidak kemas. Oleh kerana itu, saya
bertekad untuk membantunya memperbaiki tulisannya sepanjang praktikum
ini, agar dia dapat kembali belajar di dalam kelas biasa.
Tinjauan awal saya mendapati cara Nur memegang pensel adalah salah.
Menurut Levin (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus
menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,
memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang
menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkan kelemahan dalam
koordinasi motor.
Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman
pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal
saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-
kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan
lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman
yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan
mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine
(1987), semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan
huruf yang kurang cantik.
Pemerhatian saya mendapati Nur sering menggenggam keseluruhan
penselnya. Teknik memegang pensel secara menggenggam ini
menyebabkan Nur merasa sakit pada jarinya. Selain itu, Nur juga
mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf
yang dia kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak
memegang pensel dengan cengkaman yang kurang kemas menyebabkan
pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan
meletakkan ibu jari di atas jari telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat
tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana aktiviti ini menjadi
pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.
Di samping itu, saya mendapati Nur suka menggunakan pensel yang amat
pendek menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi
Sarponen (2009), penggunaan pensel yang kurang sesuai juga merupakan
4. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
218
salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis.
Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa
menulis. Gambar 1 menunjukkan contoh Nur berbuat demikian.
Gambar 1: Cara memegang pensel serta
postur badan Nur yang salah
Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada
pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan
betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz
huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak
sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat
awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan
yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah
dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang.
Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan
cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang
kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut
pergerakan yang betul.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memastikan Nur memegang pensel dengan betul
semasa menulis; dan memperbaiki tulisan Nur agar menjadi lebih kemas
dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang kerap.
1.4 Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan kajian berikut.
Adakah wujud hubungan cara memegang pensel (dyspraxia) Nur
dengan kekemasan tulisannya?
Bagaimanakah latihan menulis yang kerap membantu murid memegang
pensel dengan betul serta mempertingkatkan kekemasan tulisan Nur?
2.0 Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
2.1 Perancangan tindakan
Bagi mencapai objektif kajian ini, saya telah merancang beberapa aktiviti
bimbingan untuk Nur. Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid
5. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
219
sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan
kukuh. Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat
pratulisan, peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat
pertama iaitu pratulisan adalah tempoh masa murid-murid disediakan
dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan
kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari
serta koordinasi tangan dan mata dilaksanakan dalam kalangan murid dari
awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran
membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang
dirancang haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti
pratulisan yang berbentuk bebas.
Latihan-latihan pratulisan menitikberatkan beberapa perkara seperti
melakukan latihan-latihan pergerakan tangan terlebih dahulu seperti
mengerakkan jari di atas garisan atau corak yang dilakarkan pada kertas.
Tujuannya ialah supaya murid-murid dapat menguasai gerak tangan yang
bebas untuk menulis dengan selesa dan sempurna. Latihan seperti
membentuk bulatan di udara, meja, lantai, dan di atas pasir atau rumput
tanpa mengunakan alat tulis seperti melukis bulatan besar dan kecil juga
boleh dilakukan. Di samping itu, murid-murid boleh melakukan latihan
pergerakan jari dengan memainkan jari, menekan jari, mengoyangkan
tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya. Setelah mahir dalam aktiviti-
aktiviti tersebut, murid-murid boleh melakukan latihan-latihan pergerakan
mata dan seterusnya melakukan latihan-latihan yang melibatkan koordinasi
tangan dan mata. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti latihan
mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan
membentuk garisan lurus, latihan mewarnakan rajah berbentuk mudah dari
kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri dan seterusnya membentuk corak-corak
gabungan antara bulatan dan garis lurus secara bebas.
Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri
penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubungkan bahasa lisan
dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha
pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun
murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran
bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelajari ketika murid masih
kanak-kanak lagi, seperti pada umur empat tahun setengah. Latihan
permulaan untuk kanak-kanak ini haruslah menggunakan pensel, atau
krayon.
Untuk kes Nur, saya menggunakan langkah-langkah ini bagi membantunya
menulis dengan betul. Oleh kerana Nur adalah murid yang cepat belajar,
saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang pensel ini sekali
sahaja dan dia dapat melakukannya dengan baik. Langkah-langkah yang
6. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
220
saya praktikkan untuk mengajar Nur memegang pensil dengan betul adalah
seperti berikut.
1. Nur diminta memegang pensel dengan semua jari mengelilingi pensel
tersebut. Kemudian, dia diberitahu supaya membayangkan bahawa dia
sedang mengacau kuih. Dia patut mengacau dari kanan ke kiri dalam
besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun, bukan
setakat tapak tangan sahaja.
2. Apabila Nur mahir membuat pergerakan bulat ini, dia ditunjukkan
bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensel. Pensel
harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Nur diminta menggerakkan pensel secara naik dan turun dengan
menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang
lain berada dalam keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, Nur diminta meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir
dengan mata pensel dan diminta melatih kawalan jari di kedudukan ini.
5. Setelah itu,Nur diajar melonggarkan pegangan pensel oleh ibu jari serta
jari telunjuk supaya pensel dapat bersandar ke atas jari tengah (jari
hantu) di kedudukan yang betul.
Selain itu, saya juga turut memastikan Nur duduk dengan postur badan
yang betul ketika menulis. Postur badan yang betul adalah murid tidak
terlalu tunduk ke meja serta memastikan lengannya berada di atas meja
semasa menulis. Saya turut memberikan pensel yang lebih panjang untuk
Nur menulis. Apabila Nur dapat memegang pensel dengan cara yang betul
serta duduk pada postur badan yang betul, saya memastikan akan ada
aktiviti atau latihan yang melibatkan penulisan pada setiap hari. Saya
mengambil masa selama 5 minit untuk menerangkan kepada Nur serta
memberikan teguran sekiranya tulisannya tidak kemas.
2.2 Pelaksanaan tindakan
Pelaksanaan tindakan ini saya mulakan pada minggu ketiga saya menjalani
praktikum. Pada minggu pertama, saya membuat pemerhatian terhadap
tulisan tangan yang dibuat oleh Nur pada buku-buku latihannya. Saya
mendapati hasil tulisan Nur memang tidak kemas serta sukar untuk dibaca.
Pada minggu kedua praktikum, saya membuat pemerhatian terhadap sikap
Nur apabila saya memberikan tugasan yang melibatkan kerja bertulis.
Daripada pemerhatian inilah saya mendapati cara Nur memegang pensel
adalah salah, di samping postur badannya ketika menulis yang terlalu
7. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
221
tunduk menyebabkan tulisannya tidak kemas. Saya juga mendapati pensel
yang digunakan untuk menulis terlalu pendek.
Pada minggu ketiga, saya mula memberikan bimbingan kepada Nur tentang
cara menghasilkan tulisan yang kemas. Saya menunjukkan kepadanya hasil
tulisan tangannya sebelum ini dan memintanya membaca tulisan tersebut.
Ternyata dia sendiri tidak dapat membaca tulisan tersebut. Saya
kemudiannya mengajar Nur cara memegang pensel dan cara duduk dengan
postur yang betul semasa menulis. Saya turut memberikan pensel baru
kepada Nur untuk menulis.
Oleh kerana Nur adalah murid yang berpotensi, saya tidak hendak dia
membuat latihan menulis ayat berulang-ulang. Saya hendak Nur mengikuti
pelajaran dan silibus yang sepatutnya. Oleh kerana itu, saya memastikan
setiap latihan yang melibatkan aktiviti menulis pada akhir sesi pengajaran
dan pembelajaran (p&p) adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang
sepatutnya. Saya mula mengutip contoh tulisan Nur pada minggu keempat
praktikum iaitu pada 13 Julai 2009 sehingga minggu akhir praktikum iaitu 14
September 2009.
Seterusnya, saya meluangkan masa selama 5 minit untuk Nur selepas
menyemak hasil kerjanya. Saya turut menerangkan kesilapan-kesilapan
yang dibuat oleh Nur dalam hasil tulisannya, contohnya, perkataan terlalu
dekat, tulisan terlalu condong atau penggunaan huruf besar dan kecil yang
salah. Sasaran saya ialah pada minggu ke-11 saya berpraktikum di SK
SEM, Nur dapat menulis dengan kemas dan menggunakan tanda bacaan
yang betul.
3.0 Metodologi
3.1 Teknik Mengumpul Data
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk
menghasilkan data deskriptif agar gambaran yang lebih menyeluruh tentang
proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan tersebut, tiga
teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya
gunakan iaitu:
3.1.1 Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah,
pemerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data.
Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat, mendengar, memerhati
dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apa
yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat
merapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara Nur menulis.
8. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
222
3.1.2 Temu Bual
Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual
melibatkan perbualan antara saya dengan guru pemulihan serta Nur untuk
mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam kajian ini, saya
adalah guru (guru pelatih) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Nur
tentang pendapat atau pemahamannya tentang pengajaran penulisan yang
dilaluinya.
3.1.3 Bukti Dokumen
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data
daripada dokumen. Pengutipan maklumat daripada dokumen ini
membolehkan saya menambah, membandingkan dan memperkukuh lagi
data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual.
Dokumen ini kemudiannya saya analisis untuk melihat bentuk, pola dan
trend yang berlaku selain menyediakan bukti kukuh untuk menguatkan
kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen yang
saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.
3.2 Teknik Menganalisis Data
Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid
dalam bentuk tulisan, saya analisis berdasarkan carta yang dinamakan The
Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwritng. Carta ini boleh
disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan
berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.
Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebut
adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 1.
Jadual 1: Carta berbagai jenis tulisan dan
bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca
Kesalahan tulisan Semak
1. Perkataan terlalu rapat
2. Terlalu condong
3. Perkataan berpecah
4. Huruf-huruf terlalu dekat
5. Barisan terlalu dekat
6. a seperti u
7. e tertutup
8. a seperti o
9. a seperti oI
10. b seperti Ii
11. b seperti I
12. b seperti k
13. b seperti f
14. n seperti u
15. c seperti e
16. c seperti i
17. c seperti a
9. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
223
18. d seperti cI
19. d sepeti l
20. d seperti a
21. e seperti o
22. e terlalu tinggi
23. e seperti c
24. f seperti b
25. g seperti y
26. h seperti li
27. h seperti p
28. h seperti b
29. h seperti l
30. i seperti c
31. i tanpa titik
32. k seperti h
33. l tertutup
34. m seperti w
35. n seperti v
36. n seperti s
37. o seperti a
38. o seperti r
39. o tidak tertutup
40. o seperti u
41. r seperti s
42. r seperti i
43. r terlalu kecil
44. r seperti n
45. r seperti u
46. r seperti e
47. s tidak jelas
48. s seperti r
49. s sperti c
50. t seperti l
51. t tangkai jauh
52. t tiada tangkai
53. t tangkai di kanan
54. t tangkai di kiri
55. u seperti oi
56. ur seperti w
57. v seperti n
58. v seperti r
59. w seperti v
60. w seperti m
61. wr seperti ur
62. d tidak ditutup
63. I seperti cI
64. T seperti I
Daripada penyelidikan Pressey (1926), saya telah menyediakan carta untuk
menganalisis tulisan Nur. Beberapa huruf didapati sering menimbulkan
kerumitan, sebagai contohnya, huruf kecil r, n, e, a, o, s dan t
menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50 peratus (%). Huruf yang
10. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
224
paling menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan
yang sering berlaku ialah menulis r seperti I; n seperti u; menutup e;
membuat d seperti cl; o seperti a; dan a seperti u. Huruf besar
biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan
satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah
munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada
menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah
menyebabkan Nur menghasilkan tulisan yang memuaskan.
4.0 Dapatan dan Refleksi
4.1 Dapatan Kajian
Berdasarkan analisis yang saya jalankan terhadap hasil tulisan Nur
menggunakan carta The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in
Handwriting, saya dapati wujud hubungan cara memegang pensel
(dyspraxia) dengan kekemasan tulisan murid. Saya juga dapati latihan
menulis dengan kerap membantu Nur mempertingkatkan kekemasan
tulisannya. Banyak hasil tulisan Nur yang dikumpul sepanjang praktikum
kerana banyak latihan menulis yang dibuat olehnya. Walau bagaimanapun,
untuk tujuan kajian tindakan ini, saya hanya menganalisis tiga sampel
tulisan Nur iaitu tulisan yang dihasilkan pada bulan Julai, Ogos dan
September.
Gambar 2 menunjukkan cara Nur memegang pensel selepas pelaksanaan
tindakan.
Gambar 2: Cara Nur memegang pensel yang betul
Rajah 2 menunjukkan hasil tulisan Nur pada 21 Julai 2009. Ini merupakan
hasil daripada tindakan saya untuk minggu pertama Nur menulis dengan
cara memegang pensel yang saya ajar. Saya dapati Nur amat kekok untuk
menulis dengan cara yang saya ajar kerana kerana Nur telah terbiasa
menulis mengikut caranya sendiri. Terdapat beberapa kesalahan yang
dibuat oleh Nur dalam tulisannya. Huruf F yang berada di tengah-tengah
ditulis dengan huruf besar, jarak antara huruf terlalu dekat, u seperti n,
11. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
225
huruf y kecil ditulis di atas garisan, N seperi Z manakala jarak perkataan
juga terlalu rapat.
Rajah 2: Hasil tulisan Nur selepas tindakan pada 21 Julai 2009
Tulisan Nur pada 17 Ogos 2009 adalah seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 3. Saya melihat terdapat peningkatan dari segi kekemasan tulisan
Nur. Namun, masih terdapat kesalahan yang Nur buat semasa menulis iaitu
menulis huruf a seperti o, manakala r masih ditulis seperti I dan huruf u
seperti n. Walau bagaimanapun, Nur dapat menulis huruf e, t dan s
dengan kemas. Nur juga mula menulis di atas garisan. Jarak di antara
huruf juga tidak terlalu dekat atau terlalu renggang.
Rajah 3: Hasil tulisan Nur selepas tindakan pada 17 Ogos 2009
12. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
226
Hasil tulisan Nur pada 14 September 2009 menunjukkan peningkatan yang
ketara. Rajah 4 menunjukkan hasil tulisan Nur.
Rajah 4: Hasil tulisan Nur selepas tindakan pada 14 September 2009
Saya telah meminta Nur menulis lirik lagu Lenggang Kangkung. Saya
dapati tulisan Nur boleh dibaca. Nur juga telah dapat menjarakkan setiap
perkataan. Nur juga telah mula menulis menggunakan tanda bacaan,
contohnya, menggunakan huruf besar pada awal ayat. Walau
bagaimanapun, saya dapati Nur masih menulis menggunakan tulisan yang
saiznya kecil serta kadang-kadang ada perkataan yang tidak dijarakkannya.
Saya percaya tulisannya akan kelihatan lebih kemas sekiranya beliau
dibiasakan menulis menggunakan saiz tulisan yang lebih besar.
4.2 Pembelajaran saya
Tiga minggu sebelum saya tamat praktikum, Nur turut mengambil ujian
Bahasa Melayu untuk kelas biasa. Saya telah dimaklumkan bahawa Nur
telah lulus dengan baik dengan mendapat markah 68%. Saya amat gembira
kerana menurut guru pemulihan, Nur akan dikeluarkan dari kelas pemulihan
menjelang akhir tahun berikutan peningkatan mendadaknya dalam ujian
kelas biasa.
Kesimpulannya, p&p akan berjaya mencapai objektifnya apabila guru
memberikan bimbingan berterusan kepada murid. Tidak boleh wujud
perkataan mustahil dalam kalangan guru dalam membimbing murid. Guru
perlu sentiasa positif dalam usaha membantu murid ke arah perubahan
yang lebih baik.
Saya merasa amat gembira dan puas hati kerana berjaya menyumbangkan
sesuatu yang bermakna kepada murid bernama Nur iaitu melihat perubahan
yang ketara dalam kualiti tulisan Nur sepanjang tempoh praktikum saya.
13. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.215-
227.
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009I IPGM KBL
227
Saya percaya setiap murid ada potensi sendiri, maka guru perlu melihat
murid mengikut keupayaan dan potensi diri murid tersebut.
BIbliografi
Pressey & Pressey. (1926). Analyses of Three Thousand Illegibilities in the
Handwriting of Children and Adults, Educational Research Bulletin, VI
(13).
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.
Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat
turun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-
pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009.
Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran asas menulis. Dimuat turun
daripada http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantu-
mengajar/ html pada 20 Oktober 2009.
Sassoon, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun
daripada http://books.google.com.my/books?id=7CZF2vcg7soC&pg=
RA1-PA132&lpg=RA1-PA132&dq= sassoon+1993&source pada 20
Oktober 2009.