Khutbah ini membahaskan pentingnya air dan jaminan makanan serta mengingatkan tanggungjawab manusia untuk menjaga sumber daya alam. Ia juga menyentuh tentang ancaman perubahan iklim, bencana alam dan krisis global yang boleh mengancam bekalan makanan. Ayat-ayat Al-Quran turut dibacakan yang menekankan tanggungjawab manusia terhadap bumi.
2. Marilah kita:
Memantapkan keimanan.
Memantapkan ketaqwaan.
Melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.
3. Tanggal 22 Mac setiap tahun adalah
merupakan tarikh yang ditetapkan sebagai
Sambutan Hari Air Sedunia
Tema sambutan tahun ini ialah Air dan
Jaminan Makanan
4. Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-
bangsa Bersatu (FAO) melaporkan bahawa pada
masa ini hampir 1 bilion orang penduduk dunia
menghadapi masalah kekurangan makanan
walaupun secara keseluruhannya pengeluaran
makanan dunia semakin meningkat.
Antara faktornya ialah:
Perubahan iklim
Bencana alam
Ketidakstabilan harga barangan
Krisis kewangan dunia
Peperangan
5. SURAH AL-ANBIYA (30)
Dan tidakkah orang kafir itu memikirkan
dan mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asal mulanya
bercantum lalu Kami pisahkan antara
keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-
tiap benda yang hidup. Maka mengapa
mereka tidak mahu beriman?.
6. AL-MULK (15)
Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu:
mudah digunakan, maka berjalanlah di
merat-rata ceruk rantaunya, serta makanlah
dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan
(ingatlah), kepada Allah jualah (tempat
kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan
takutilah kemurkaan-Nya)
7. SURAH YUSUF (47)
Yusuf menjawab: hendaklah kamu
menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang kamu
ketam biarkanlah dia pada tangkai-
tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian
yang kamu jadikan untuk makan.
8. SURAH YUSUF (48)
Kemudian akan datang selepas tempoh itu,
tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan
menghabiskan makanan yang kamu
sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa
yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
9. SURAH YUSUF (49)
Kemudian akan datang pula sesudah itu
tahun yang padanya orang ramai beroleh
rahmat hujan, dan padanya mereka dapat
memerah (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya).
10. Mengikut laporan Jabatan Pengairan dan
Saliran Malaysia, negara kita dianggarkan
mengalami purata hujan tahunan
sebanyak 3000 mm dan purata kuantiti
hujan tahunan sebanyak 990 bilion meter
padu
Kita tidak berhadapan dengan risiko cuaca
yang teruk seperti kemarau yang
berpanjangan
11. Kesimpulan yang dapat diambil daripada
keseluruhan khutbah ialah :
a) Khalifah yang diamanahkan oleh Allah SWT untuk
mentadbir di muka bumi , maka tanggungjawab
ini wajib dipikul dengan amanah dan berlaku adil
kepada semua manusia.
b) Kita diperintah berbuat baik terhadap segala
makhluk Allah
c) Aktiviti pertanian secara terurus bagi
memperolehi jaminan bekalan makanan adalah
tuntutan Fardhu Kifayah.
d) Kita haruslah memperkayakan serta
meningkatkan kesedaran bagi membantu usaha
kerajaan menjaga dan menguruskan sumber
alam
12. SURAH AR-RUM (41)
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala
bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan
manusia; kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan
buruk mereka, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat).