3. Maksud motivasi diambil daripada perkataan lain
movere yang bermaksud to move.
Menurut Alderman(1974), motivasi ialah
kecenderungan tingkah laku dan pilihan yang
dikawal oleh hubungan akibat dan
kecenderungan tingkah laku yang berterusan
sehingga matlamat dicapai.
Cox(1994), mendefinisikan motivasi sebagai
sumber atau alat yang mengalakkan seseorang
untuk mencapai matlamat dan seterusnya
berusaha mancapai matlamat tersebut sehingga
berjaya.
4. Motivasi dianggap sebagai pencetus
pergerakan atau keinginan individu
untuk mencapai sesuatu matlamat.
Bagi seorang jurulatih, motivasi bererti
usaha untuk melakukan sesuatu tugasan
dengan baik dan sempurna.
5. Motivasi Dalaman(Intrinsik)
Motivasi intrinsik dikaitkan dengan
keseronokan dan pengalaman kecekapan
dan minat yang diperoleh daripada
melakukan aktiviti tersebut.
Menurut Singer(1988), motivasi dalaman
ialah motivasi yang timbul atau wujud
dalam diri seseorang itu sendiri.
6. Motivasi luaran(Ekstrinsik)
Motivasi ekstrinsik ialah ransangan oleh
elemen-elemen luar seperti hadiah atau
ganjaran.
Bentuk ganjaran luaran adalah pemberian
hadiah atau ganjaran diperoleh daripada guru,
jurulatih, ibu bapa dan majikan.
Motivasi ini kekal seketika kerana
mengharapkan ganjaran.
Bentuk ganjaran ugutan atau dendaan,
digunakan oleh jurulatih sebagai dorongan
untuk mencapai kejayaan.
Jika keterlaluan akan menjejaskan dan
mendatangkan kesan negatif untuk jangka
masa panjang.
7. Terdapat alat pengukuran motivasi dihasilkan untuk
mengukur serta menilai motivasi atlet yang terlibat
dalam sukan.
Skala Persepsi Kecekapan untuk Kanak-kanak yang
dihasilkan oleh Harter(1982), telah digunakan untuk
menilai kanak-kanak dalam 3 aspek iaitu:
Fizikal(kemahiran dalam sukan)
Sosial(kecekapan berkaitan dengan raka sebaya)
Kognitif(kecekapan berasaskan sekolah)
Weiss dan Horn(1990), menggunakan alat ini dalam
kajian mereka dan mendapati kanak-kanak lelaki dan
perempuan yang menjangkakan bahawa tahap
kecekapan mereka rendah biasanya akan tercicir
dalam sukan.