1. Soalan 1 hingga Soalan 18
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan
jawapan yang sesuai.
1. Ali mengayuh __________________ ke sekolah.
A basikal
B kereta
C motosikal
Soalan 2, berdasarkan gambar 1
Gambar 1
2. Emak menyiang _______________ di dapur.
A udang
B ayam
C ikan
Soalan 3, berdasarkan gambar 2.
1
2. Gambar 2
3. Pada waktu rehat, murid-murid makan di _____________
A perpustakaan
B kantin
C kelas
4. Buaya dikenali sebagai _______________ dalam cerita
binatang.
A Sang Kancil
B Sang Belang
C Sang Bedal
Soalan 5, berdasarkan gambar 3.
Gambar 3
5. Setiap hujung minggu, banyak orang pergi berkelah di
________________
A Batu Hitam
2
3. B Muzium Negara
C Masjid Negara
Soalan 6, berdasarkan gambar 4.
Gambar 4
6. _______________ berasa sungguh sedih apabila anak-
cucunya tidak pulang berhari raya bersamanya.
A Nenek Bedah
B Datuk Leman
C Kakak Suri
7. Ampun tuanku, _______________ datang mengadap,
kata hulubalang itu.
A saya
B beta
C patik
8. ________________ pergi dahulu, saya akan menyusul
kemudian, kata Aiman kepada rakan-rakannya.
A Kami
B Mereka
C Kalian
9. Di manakah _______________ tinggal?
A kami
B engkau
C saya
3
4. Soalan 10, berdasarkan gambar 5
Gambar 5
10. Farhan menyapu tingkap dengan menggunakan
se_________________ bulu ayam.
A helai
B tangkai
C batang
Soalan 11, berdasarkan gambar 6
Gambar 6
11. Amzar makan dua ________________ roti semasa
sarapan.
A keping
B papan
C buku
12. Abang menerima dua _______________ surat panggilan
temuduga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
A pucuk
B keping
C naskhah
4
5. 13. _______________kah kejadian itu boleh berlaku? tanya
Cikgu Aiman kepada anak muridnya.
A Apa
B Berapa
C Bagaimana
14. Kamu tinggal di _______________ ? tanya Mei Lin
kepada budak itu.
A apa
B mana
C siapa
15. _______________kah Siva tidak hadir ke sekolah
semalam?
A Apa
B Mengapa
C Bagaimana
16. Bau longkang itu sungguh ______________ dan
meloyakan.
A harum
B hapak
C busuk
Soalan 17, berdasarkan gambar 7.
5
6. Gambar 7
17. Zulkarnain lari lintang-pukang apabila dikejar anjing
yang ______________ itu.
A garang
B buas
C liar
Soalan 18, berdasarkan gambar 8.
Gambar 8
18. Walaupun Pak Mail sudah tua, tetapi masih
_______________.
A segar
B kuat
C lemah.
Soalan 19 dan Soalan 20.
Isi tempat kosong dengan simpulan bahasa yang sesuai.
Soalan 19, berdasarkan Gambar 9.
6
7. Gambar 9
19. Ahmad dan ayahnya tiba di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur setelah tiga hari
_______________ di Pulau Langkawi.
A cangkul angin
B ambil angin
C makan angin
Soalan 20, berdasarkan gambar 10
Gambar10
20. Pak Mail membawa _______________nya bermain di
taman permainan.
A buah hati
B anak buah
C buah tangan
Soalan 21, berdasarkan gambar 11
Gambar 11
7
8. 21. Encik Fikri _______________ sepasang kasut bola yang
diisikannya di dalam sebuah bungkusan kepada Isyraf
sempena hari lahir Isyraf.
A menyambut
B memegang
C menghadiahkan
22. Perbuatan _________________ dinding sekolah adalah
perbuatan yang dilarang.
A menconteng
B melukis
C mengecat
Soalan 23, berdasarkan gambar 12.
Gambar 12
23. Akhirnya, ahli kumpulan ekspedisi itu berjaya
________________ Gunung Everest.
A melalui
B mendaki
C merentasi
24. Adik menangis _______________ lampinnya basah.
A dan
B lalu
C kerana
25. Buku itu kecil ________________ mahal harganya.
8
9. A dan
B tetapi
C kerana
26. Awak suka makan durian _______________ rambutan?
A atau
B dan
C lalu
27. _______________, indah sungguh pemandangan di Pulau
Sentosa!
A Aduhai
B Aduh
C Wah
28. _______________, sakitnya kakiku ini!
A Eh
B Aduh
C Amboi
Soalan 29 dan Soalan 30.
Pilih kata seerti bagi perkataan berhuruf condong.
Kemudian bulatkan pada jawapan sama ada A,B atau C.
29. Pisang yang terlampau masak telah dimakan monyet.
A muda
B ranum
C mentah
30. Sawah Mak Lang terbentang luas.
A Bendang
B Kebun
C Ladang
Soalan 31 hingga Soalan 35
9
10. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang
berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B atau
C.
Alya sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah.
Tiba-tiba sebuah lori berhenti di hadapan rumahnya. Lori itu
sarat dengan barang-barang. Ada beberapa orang sedang
menurunkan barang-barang itu.
Alya sekeluarga pun berjumpa dengan jiran baru itu.
Mereka bersalaman dan memperkenalkan diri kepada jiran
baru itu. Nama jiran baru Alya ialah Encik Kumar dan Puan
Kamala. Mereka mempunyai dua orang anak iaitu David
dan Jayanti.
Ayah Alya dan beberapa orang jiran yang lain
membantu Encik Kumar mengangkat barang-barang. Ibu
Alya pula membantu Puan Kamala mengemas barang-
barang. Alya juga membantu anak-anak Encik Kumar
mengemas barang-barang mereka. Encik Kumar sekeluarga
mengucapkan terima kasih atas bantuan jiran-jirannya itu.
31. Siapakah jiran baru Alya?
A Encik Kumar sekeluarga
B Puan Kamala
C David
32. Apakah yang sedang dilakukan oleh Aya semasa jiran
barunya tiba?
A Memetik bunga.
B Menanam bunga.
C Menyiram pokok bunga.
33. Berapa orangkah ahli keluarga Encik Kumar?
10
11. A Dua orang
B Empat orang
C Enam orang
34. Perkataan sarat dalam petikan bermaksud
A melebihi
B penuh
C sesak
35. Pilih tajuk yang sesuai bagi petikan di atas.
A Membantu Jiran
B Jiran-jiran
C Jiran Baru
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca dialog di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya. Bulatkan pada jawapan sama ada A, B
atau C.
Shanti : Saya dengar kamu suka mengumpulkan bahan-
bahan pembelajaran.
Salma : Betul Shanti. Bahan-bahan itu sangat berguna
kepada kita.
Shanti : Mengapakah bahan-bahan itu sangat berguna
Salma?
Salma : Kita boleh merujuki bahan-bahan itu apabila kita
memerlukannya.
11
12. Shanti : Kalau begitu, tentu kita tidak akan membuang
masa.
Salma : Betul, bukan itu sahaja Shanti. Kerja kita juga
akan
menjadi lebih mudah.
Shanti : Saya setuju, Salma.
36. Apakah yang dikumpulkan oleh Salma?
A Bahan pembelajaran
B Bahan hiburan
C Bahan kraf tangan
37. Mengapakah bahan-bahan itu perlu dikumpulkan?
A Untuk mengisi masa lapang.
B Untuk rujukan pembelajaran.
C Untuk mengindahkan kawasan sekolah.
38. Berikut ialah bahan pembelajaran kecuali
A surat khabar
B nota-nota
C majalah hiburan
39. Beri kata lawan bagi perkataan mudah.
A susah
B senang
12
13. C berfaedah
40. Bilakah Salma mengumpulkan bahan-bahan
pembelajaran?
A Masa persekolahan
B Masa lapang
C Masa rehat
KERTAS SOALAN TAMAT
13