4. Dinamakan sebagai bulan Syaban kerana
terdapat kebajikan yang banyak.
Kita hendaklah melakukan amal kebajikan
untuk mendapatkan kemuliaan dan ketinggian
martabat.
Pada malam nisfu syaban buku catatan
amalan kita akan diangkat ke langit oleh
malaikat Raqib dan Atid. Buku amalan kita
akan menjadi saksi utama.
5. Terdapat 5 cara penghitungan amalan
manusia dilaksanakna oleh Allah :
Pertama
-Perhitungan amalan melalui soal jawab.
Firman Allah dalam surah Al-Hijr ayat 92-93:
Maksudnya : Demi Tuhan-Mu! Kami pasti
akan menyoal mereka. Mengenai apa yang
mereka telah lakukan
6. Kedua
-Perhitungan denagan membaca buku
catatan.
Firman Allah dalam surah Al-INFITHAR AYAT
10-11:
Maksudnya: Dan sesungguhya, ada
malaikat-malaikat yang menjaga dan
mengawasi segala perilaku kamu. (Mereka
adalah makhluk) yang mulia (disisi Allah) yang
ditugaskan menulis (amalan-amalan kamu)
7. Ketiga
-Perhitungan dengan memperdengarkan
rakaman.
Firman Allah dalam surah Al-Jatsyiah ayat 29:
Maksudnya: Inilah surat (kitab catatan
malaikat) Kami, dia memberi keterangan
terhadap kamu dengan yang benar, kerana
sesungguhnya Kami telah (perintahkan
malaikat) menulis segala yang kamu telah
lakukan (di dunia dahulu)
8. Keempat
-Perhitungan dengan mempemerkan semula
segala amalan.
Firman Allah dalam surah Al-Zalzalah ayat 6:
Maksudnya: Pada hari itu manusia akan keluar
(dari kuburnya) dalam keadaan yang
bermacam-macam, untuk memperlihatkan
kepada mereka (balasan) bagi setiap amalan
mereka
9. Kelima
-Perhitungan melalui timbangan.
-Perhitungan amalan akan ditimbang dengan
adil dan saksama.
-Diantara amalan-amalan kebajikan yang boleh
kita amalkan pada bulan yang mulia ini adalah:
Pertama : Berpuasa
Saidatina Aisyah r.a. berkata:
Tidak pernah Rasulluh s.a.w. berpuasa lebih
banyak daripada bulan Syaban (Selain bulan
Ramadhan)
10. Kedua: Beristighfar, Berselawat dan Berzikir.
Ketiga: Memperbanyakkan membaca Al-
Quran dan sedekah.
Daripada Anas Bin Malik r.a. katanya;
sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila
mereka melihat anak bulan di permulaan bulan
Syaban, mereka bersungguh-sungguh
membaca Al-Quran. Disamping itu, Umat Islam
dianjurkan mengeluarkan sedekah.
11. SEMOGA AMALAN KEBAIKAN YANG
KITA LAKUKAN DALAM BULAN SYABAN
MENJADI LATIHAN UNTUK
MEMPERTINGKATKAN AMALAN KITA
SEPANJANG BULAN RAMADHAN.