Dokumen tersebut memberikan informasi tentang jenis-jenis sistem pendingin udara yang digunakan, termasuk unit tingkap, unit terpisah, unit terpisah berbilang, dan unit komersial. Komponen utama sistem pendingin udara dijelaskan sebagai penyejat, kondensor, kompresor, dan tabung kapiler.
1 of 14
Downloaded 304 times
More Related Content
2.jenis air cond
1. Jenis Jenis Air Cond
BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
(KEMAHIRAN) MARA
KERTAS PENERANGAN
2. JENIS- JENIS AIR COND
AIR CONDITION
IKML 1
2. Jenis Jenis Air Cond
SISTEM PENYAMANAN UDARA
JENIS-JENIS SISTEM PENYAMANAN UDARA
Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di
negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial . Bab ini diterangkan sistem
penyamanan udara komersial dan domestik yang merupakan asas dalam teknologi
sistem penyamanan udara.
Sistem penyamanan udara terbahagi kepada empat bahagian:
1. Sistem penyamanan udara unit tingkap ( Window unit )
2. Sistem penyamanan udara unit pisah ( Split unit )
3. Sistem penyamanan udara unit pisah berbilang ( Multi split unit )
4. Sistem penyamanan udara unit bungkus / kemas siap ( Package unit )
5. Sistem penyamanan udara unit komersial ( Perdagangan )
Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap
Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah
bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas
memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang
kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak
digunakan lebih daripada sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya
dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan
untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan
sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya.
Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal
suhu secara berasingan.
(ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang
banyak.
(iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubah-
ubah (kekal).
Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
IKML 2
3. Jenis Jenis Air Cond
(ii) Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii) Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa
dipecahkan.
IKML 3
4. Jenis Jenis Air Cond
Penyamanan Udara Unit Terpisah
Unit terpisah (split unit) adalah sistem penyamanan udara yang berasingan
unit penyejatan dan pemeluwapan. Unit ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit
dalam dan unit luar. Unit dalam terdiri daripada penyejat dan kipas penyejat. Unit luar
pula terdiri daripada pemeluwap, pemaipan, kipas pemeluwap serta alat tambah lain
yang dipasangkan setempat. Kedua-dua unit dalam dan luar dipasangkan berasingan.
Unit dalam dipasangkan di dalam bilik yang hendak dinyamankan sementara unit luar
dipasangkan di luar bilik .
Terdapat tiga jenis reka bentuk unit terpisah:
(i) Lekapan dinding.
(ii) Lekapan lantai.
(iii) Gantungan siling.
IKML 4
7. Jenis Jenis Air Cond
Ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah ini semakin popular digunakan dewasa
ini kerana :
(i) Pemasangannya lebih mudah dan cepat.
(ii) Tidak perlu menebuk dinding atau tingkap untuk pemasangan, hanya
sekadar menebuk lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm.
(iii) Unit dalam tidak mengeluarkan bunyi bising semasa beroperasi.
Kedudukankedua-dua unit dalam dan unit luar boleh diubah-ubah
mengikut kehendak pengguna.
(v) Kadar penyejukan dan penyerapan haba lebih tinggi daripada unit tingkap.
Sungguhpun harga sistem penyamanan udara unit terpisah lebih tinggi daripada unit
tingkap, sistem tersebut lebih digemari oleh para pengguna yang mementingkan
konsep keselesaan, sunyi dan daya penyerapan haba yang baik.
Pemaipan unit luar dan unit dalam
Untuk melengkapkan pemaipan unit luar dan unit dalam. Unit luar dan unit
dalam dihubungkan melalui paip cecair dan paip gas kedua-dua unit. Untuk
menyambungkannya, lubang bergaris pusat 5cm hingga 6cm diperlukan.
IKML 7
8. Jenis Jenis Air Cond
Pada amnya unit luar sudah dicaskan dengan bahan pendingin yang cukup
untuk kitarannya. Oleh itu sistem tidak perlu dicas lagi semasa kerja-kerja
pemasangan kecuali melakukan sedikit pembersihan (purging) pada unit dalam untuk
menyambungkannya dengan unit luar. Berbanding dengan unit tingkap, pemasangan
unit terpisah memerlukan masa yang agak panjang untuk menebuk dinding atau
tingkap.
Penyamanan Udara Unit Terpisah Berbilang
Penyamanan udara unit terpisah berbilang (multi split unit) mempunyai satu
unit luar dan beberapa unit dalam. Biasanya unit dalam yang digunakan ialah dua unit
dan tidak melebihi tiga unit. Unit dalam yang digunakan boleh didapati daripada
ketiga-tiga reka bentuk unit terpisah mengikut citarasa pengguna. Unit terpisah
berbilang ini digunakan pada kediaman atau pejabat yang mempunyai bilik yang
banyak. Unit terpisah berbilang mempunyai beberapa kebaikan walaupun harganya
tinggi. Di samping itu ia lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang.
IKML 8
9. Jenis Jenis Air Cond
Kebaikan unit terpisah berbilang:
(i) Satu pemampat boleh digunakan untuk dua atau tiga penyejat.
(ii) Pemasangan lebih mudah jika dibandingkan dengan pemasangan unit
tingkap.
(iii) Kos penggunaan kuasa elektrik lebih rendah Sistem pemaipan unit ini
tidak jauh bezanva daripada unit terpisah kecuali
unit luarnya disambungkan dengan dua atau tiga unit dalam . Unit Iuarnva
pula mestilah berkeupayaan untuk memampat dan menyingkirkan haba
dan dua atau tiga penyejat. Oleh itu, banyak alat tambah digunakan,
seperti subakumulator, injap solenoid, pengatur tekanan rendah,
pemindah haba,dan penerima. Tujuannya ialah untuk meninggikan
keupayaan dan sebagai langkah keselamatan untuk menjaga unit tersebut
IKML 9
10. Jenis Jenis Air Cond
Basic Component Air Cond
1. Evaporator ( dipanggil juga Penyejat )
2. Condesor ( dipanggil juga Pemelupwapan )
3. Compressor
4. Capillary Tiub
IKML 10