1. Ruj. Kami : SKSP/KBS/03/13/(02)
Tarikh : 25 JANUARI 2013
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah-sekolah Rendah,
Daerah Kuala Pilah.
Tuan,
KARNIVAL BOLA SEPAK 9 SEBELAH PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH
TAHUN 2013
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Seri Pilah telah dilantik oleh pihak Pejabat
Pendidikan Pelajaran Daerah Kuala Pilah untuk menganjurkan Karnival Bola Sepak
9 Sebelah Peringkat Daerah Kuala Pilah Tahun 2013 berdasarkan ketetapan yang
berikut:
Tarikh : 23 dan 24 Mac 2013
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Padang SK Seri Pilah
3. Untuk makluman tuan, setiap sekolah dikehendaki menghantar satu pasukan
sebagai wakil sekolah untuk menyertai karnival ini.
Kerjasama dan kesudian tuan menjayakan karnival ini amat dihargai.
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PILAH
KAMPUNG SERI PILAH,
72000 KUALA PILAH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
Tel : 06-4797908
Fax : 06-4790900
2. Sekian, terima kasih.
¡°BERKHIDMAT UNTUK NEGARA¡±
Saya yang menurut perintah,
(HJ. ISMAIL BIN OSMAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Seri Pilah,
Kampung Seri Pilah.