際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
1
4 PENGURUSAN TINGKAH LAKU
MODEL-MODEL TINGKAH LAKU
Terdapat empat jenis model tingkah laku, iaitu:
 Psikodinamik (Psychodynamic)
 Persekitaran (Environmental)
 Biofizikal (Biophysical)
 Tingkah laku (Behavioral - Model ABC)
4.1 Model Psikodinamik
Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan
yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu
berkaitan dengan personaliti seseorang. Menurut model ini, punca gangguan
tingkah laku disebabkan oleh:
 Masalah dalaman individu
 Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik
seseorang
2
Strategi-strategi pengurusan gangguan tingkah laku dalam model ini ialah:
1) Model Psikopendidikan
Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang
lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk
membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Berikut
adalah prinsip yang ditekankan dalam model ini:
 Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan
 Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang
dihadapi oleh kanak-kanak
 Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan
kanak-kanak dengan adil dan kasih saying
 Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia
mempengaruhi kanak-kanak.
2) Teknik Kaunseling
Teknik ini boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah
tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadi yang produktif.
Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan
berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah:
 Life-space Interview
3
 Reality Theraphy
3) Expressive Media
Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan
masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Teknik ini
dijalankan dalam satu keadaan yang terkawal dengan memberi kelebihan
kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan
psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan:
 Free Play
 Permainan Puppet
 Main Peranan
 Pergerakan Kreatif
 Terapi Seni
 Muzik
 Fotografi dan rakaman video
4) Teknik Pengurusan Tingkah Laku
Teknik ini dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila
masa sahaja. Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk
mengubah tingkah laku secara serta merta.
4
Antara Teknik yang boleh diguna ialah:
 Planned Ignoring
 Interest Boosting
 Tension Reduction Through Humor
 Hurdle Helping
4.2 Model Persekitaran
a. Model ini menyatakan bahawa punca gangguan tingkah laku ialah
berlakunya perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Dalam
kata lain, bermaksud kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu.
b. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai
langkah intervensi. Antara teknik yang boleh diguna ialah:
i. Intervensi berpusatkan kanak-kanak
ii. Intervensi berpusatkan persekitaran
iii. Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran
iv. Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan
persekitaran
5
4.3 Model Biofizikal
Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca daripada
faktor persekitaran dan baka. Model biofizikal menekan kepada hubungan
tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang
dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan).
Pendekatan yang diambil ialah melalui kaedah perubatan iaitu dengan
bantuan pakar perubatan. Tambahan lagi, berfokuskan kepada langkah
pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi.
Kaedah- kaedah berikut boleh digunakan untuk mencegah berlaku
ganguan tingkah laku:
i. Kaunseling genetik
ii. Ujian perubatan
iii. Pemakanan dan diet
iv. Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung)
v. Penjagaan selepas kelahiran
vi. Perubatan
vii. Terapi Mega Vitamin
6
4.4 Model Tingkah Laku
Tujuan model ini ialah mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang
positif. Ia boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah
disiplin. Pengubahsuaian tingkah laku boleh menggunakan langkah-langkah
pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi.
Terdapat tiga elemen dalam model tingkah laku, iaitu  ABC.
Antecedent , Behavior dan Consequence
Rajah 2: Model Tingkah Laku (ABC)
MODEL ABC
ANTECEDENT
(Peristiwa sebelum)
BEHAVIOR
(T/laku)
CONSEQUENCES
(Akibat)
7
4.5 Teori-Teori Berkaitan Tingkah Laku
Berdasar Abdul Ghani Abdullah Abd. Rahman Abd.Aziz( Mengurus
Tingkah Laku Pelajar), terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang
tingkah laku bermasalah pelajar, iaitu:
1. Teori Konflik
Ia bermula drp pandangan asal Karl Marx & diikuti oleh Weber. Teori ini
terbahagi kepada 2 iaitu aliran Marx dan aliran Weber. Menurut Marx, konflik
bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi satu cara
reformasi sosial. Cara ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan
memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan.
Teori ini mengkaji bagaimana hubung kait antara konflik dan perubahan.
Ketegangan dan konflik menyumbang kepada perubahan sosial. Perubahan
dapat berbentuk revolusi ataupun adaptasi. Sementara itu, menurut George
Simmel, konflik ialah sesuatu yang semula jadi dalam masyarakat.
8
Lewis Coser pula mengatakan konflik dapat mempercepat proses kesetiaan dan
kehormonian di dalam kelompok sosial. Brinkerhaff dab White (1989)
merumuskan tiga andaian penting dalam konflik iaitu:
i) Konsep dialektik iaitu evolusi bukan proses utama kepada perubahan sosial
tetapi konflik yang menghasilkan perubahan sosial.
ii) Penentuan ekonomi iaitu asas kepada perubahan sosial ditentukan oleh
faktor-faktor persaingan ekonomi.
iii) Aktiviti sosial iaitu tugas utama analisis sosial adalah kritikan sosial.
Konsep yang diketengahkan oleh Marx Weber pula hampir sama dengan
Karl Marx. Beliau dipengaruhi oleh Marx tetapi menolak konsep Marx. Cthnya,
menolak konsep materialisme sejarah Marx yang menganggap agama penting
sebagai agen perubahan. Beliau tidak bersetuju dengan revolusi dan mengkritik
sosialisisme. Beliau mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-ciri
semua institusi sosial berpunca oleh faktor ekonomi.
Beliau mengatakan perubahan sosial bukan kerana konflik kelas tetapi
pelbagai faktor lain. Menurut pandangan teori ini, masyarakat berada dalam
9
keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan
kepentingan masing-masing. Kumpulan yang kuat dan lebih berkuasa dapat
memaksa kumpulan yang lemah menerima nilai-nilainya. Mengikut teori ini,
terdapat tiga perkara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik,
perubahan dan paksaan.
2) Teori ekologi manusia
Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskan bahawa
manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan
persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan,
persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan
tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri
dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga.
Teori berhubung keluarga dan perkembangan anak serta dapatan
pelbagai kajian terdahulu menyokong kenyataan variabel proses keluarga
terutamanya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kesejahteraan anak.
10
Keutuhan dan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh dan
implikasi yang unik ke atas kehidupan ahli keluarga dan juga masyarakat.
Keluarga yang utuh dan mampu berfungsi dengan berkesan dapat membentuk
sifat, tingkah laku dan nilai yang terpuji dalam ahli keluarganya. Fungsi dan
kesejahteraan keluarga dapat dicorakkan oleh pelbagai proses yang berlaku
dalam ahli keluarga. Contohnya, interaksi antara pasangan hidup mempunyai
implikasi kepada kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga dan seterusnya
dapat mewujudkan kesejahteraan institusi keluarga itu. Komunikasi yang baik
antara ahli keluarga mampu memantapkan dan merapatkan hubungan antara
ahli keluarga.
Rumusan dan pelbagai kajian mengenai impak struktur keluarga ke atas
kesejahteraan anak menggambarkan konflik perkahwinan yang rendah,
sokongan dan pengawasan berterusan oleh ibu bapa dapat membantu kanak-
kanak dan remaja mencapai kesejahteraan dari aspek fizikal, psikologi dan
sosial. Keluarga yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang
menekankan kawalan-autonomi, skongan dan penglibatan dalam aktiviti anak
dilaporkan mempunyai fungsi keluarga yang lebih memberangsangkan (Maznah,
1998).

More Related Content

41404857 4-model-tl

  • 1. 1 4 PENGURUSAN TINGKAH LAKU MODEL-MODEL TINGKAH LAKU Terdapat empat jenis model tingkah laku, iaitu: Psikodinamik (Psychodynamic) Persekitaran (Environmental) Biofizikal (Biophysical) Tingkah laku (Behavioral - Model ABC) 4.1 Model Psikodinamik Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personaliti seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh: Masalah dalaman individu Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang
  • 2. 2 Strategi-strategi pengurusan gangguan tingkah laku dalam model ini ialah: 1) Model Psikopendidikan Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Berikut adalah prinsip yang ditekankan dalam model ini: Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih saying Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak. 2) Teknik Kaunseling Teknik ini boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadi yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah: Life-space Interview
  • 3. 3 Reality Theraphy 3) Expressive Media Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Teknik ini dijalankan dalam satu keadaan yang terkawal dengan memberi kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan: Free Play Permainan Puppet Main Peranan Pergerakan Kreatif Terapi Seni Muzik Fotografi dan rakaman video 4) Teknik Pengurusan Tingkah Laku Teknik ini dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja. Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta.
  • 4. 4 Antara Teknik yang boleh diguna ialah: Planned Ignoring Interest Boosting Tension Reduction Through Humor Hurdle Helping 4.2 Model Persekitaran a. Model ini menyatakan bahawa punca gangguan tingkah laku ialah berlakunya perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Dalam kata lain, bermaksud kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. b. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Antara teknik yang boleh diguna ialah: i. Intervensi berpusatkan kanak-kanak ii. Intervensi berpusatkan persekitaran iii. Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran iv. Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran
  • 5. 5 4.3 Model Biofizikal Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca daripada faktor persekitaran dan baka. Model biofizikal menekan kepada hubungan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Pendekatan yang diambil ialah melalui kaedah perubatan iaitu dengan bantuan pakar perubatan. Tambahan lagi, berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Kaedah- kaedah berikut boleh digunakan untuk mencegah berlaku ganguan tingkah laku: i. Kaunseling genetik ii. Ujian perubatan iii. Pemakanan dan diet iv. Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung) v. Penjagaan selepas kelahiran vi. Perubatan vii. Terapi Mega Vitamin
  • 6. 6 4.4 Model Tingkah Laku Tujuan model ini ialah mengubah tingkah laku yang negatif kepada yang positif. Ia boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin. Pengubahsuaian tingkah laku boleh menggunakan langkah-langkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Terdapat tiga elemen dalam model tingkah laku, iaitu ABC. Antecedent , Behavior dan Consequence Rajah 2: Model Tingkah Laku (ABC) MODEL ABC ANTECEDENT (Peristiwa sebelum) BEHAVIOR (T/laku) CONSEQUENCES (Akibat)
  • 7. 7 4.5 Teori-Teori Berkaitan Tingkah Laku Berdasar Abdul Ghani Abdullah Abd. Rahman Abd.Aziz( Mengurus Tingkah Laku Pelajar), terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang tingkah laku bermasalah pelajar, iaitu: 1. Teori Konflik Ia bermula drp pandangan asal Karl Marx & diikuti oleh Weber. Teori ini terbahagi kepada 2 iaitu aliran Marx dan aliran Weber. Menurut Marx, konflik bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi satu cara reformasi sosial. Cara ketegangan yang berpunca daripada ketidaksamaan memberi kesan kepada kestabilan dan perubahan. Teori ini mengkaji bagaimana hubung kait antara konflik dan perubahan. Ketegangan dan konflik menyumbang kepada perubahan sosial. Perubahan dapat berbentuk revolusi ataupun adaptasi. Sementara itu, menurut George Simmel, konflik ialah sesuatu yang semula jadi dalam masyarakat.
  • 8. 8 Lewis Coser pula mengatakan konflik dapat mempercepat proses kesetiaan dan kehormonian di dalam kelompok sosial. Brinkerhaff dab White (1989) merumuskan tiga andaian penting dalam konflik iaitu: i) Konsep dialektik iaitu evolusi bukan proses utama kepada perubahan sosial tetapi konflik yang menghasilkan perubahan sosial. ii) Penentuan ekonomi iaitu asas kepada perubahan sosial ditentukan oleh faktor-faktor persaingan ekonomi. iii) Aktiviti sosial iaitu tugas utama analisis sosial adalah kritikan sosial. Konsep yang diketengahkan oleh Marx Weber pula hampir sama dengan Karl Marx. Beliau dipengaruhi oleh Marx tetapi menolak konsep Marx. Cthnya, menolak konsep materialisme sejarah Marx yang menganggap agama penting sebagai agen perubahan. Beliau tidak bersetuju dengan revolusi dan mengkritik sosialisisme. Beliau mempersoalkan andaian Marx yang mengatakan ciri-ciri semua institusi sosial berpunca oleh faktor ekonomi. Beliau mengatakan perubahan sosial bukan kerana konflik kelas tetapi pelbagai faktor lain. Menurut pandangan teori ini, masyarakat berada dalam
  • 9. 9 keadaan berubah-ubah, berkonflik dan sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing. Kumpulan yang kuat dan lebih berkuasa dapat memaksa kumpulan yang lemah menerima nilai-nilainya. Mengikut teori ini, terdapat tiga perkara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan. 2) Teori ekologi manusia Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Teori berhubung keluarga dan perkembangan anak serta dapatan pelbagai kajian terdahulu menyokong kenyataan variabel proses keluarga terutamanya keibubapaan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesejahteraan anak.
  • 10. 10 Keutuhan dan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh dan implikasi yang unik ke atas kehidupan ahli keluarga dan juga masyarakat. Keluarga yang utuh dan mampu berfungsi dengan berkesan dapat membentuk sifat, tingkah laku dan nilai yang terpuji dalam ahli keluarganya. Fungsi dan kesejahteraan keluarga dapat dicorakkan oleh pelbagai proses yang berlaku dalam ahli keluarga. Contohnya, interaksi antara pasangan hidup mempunyai implikasi kepada kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga dan seterusnya dapat mewujudkan kesejahteraan institusi keluarga itu. Komunikasi yang baik antara ahli keluarga mampu memantapkan dan merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Rumusan dan pelbagai kajian mengenai impak struktur keluarga ke atas kesejahteraan anak menggambarkan konflik perkahwinan yang rendah, sokongan dan pengawasan berterusan oleh ibu bapa dapat membantu kanak- kanak dan remaja mencapai kesejahteraan dari aspek fizikal, psikologi dan sosial. Keluarga yang mengamalkan tingkah laku keibubapaan yang menekankan kawalan-autonomi, skongan dan penglibatan dalam aktiviti anak dilaporkan mempunyai fungsi keluarga yang lebih memberangsangkan (Maznah, 1998).