1. Nama : Tarikh : Masa :
Kelas : Markah :
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan terbaik bagi
tiap-tiap soalan.
Unit 8 : Perubahan Penduduk
1. Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan kadar kelahiran semakin rendah di Malaysia?
I Bencana alam
II Perkahwinan lewat
III Amalan perancangan keluarga
IV Amalan pemakanan yang seimbang
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
2.
Kadar pertumbuhan penduduk negara P pada tahun 2006 ialah
A 30.5 bagi setiap 1 000 orang
B 55.7 bagi setiap 1 000 orang
C 68.3 bagi setiap 1 000 orang
D 75.3 bagi setiap 1 000 orang
3.
Kadar kematian negara P pada tahun 2006 ialah
A 2.8 bagi setiap 1 000 orang
B 4.0 bagi setiap 1 000 orang
C 6.0 bagi setiap 1 000 orang
D 8.0 bagi setiap 1 000 orang
4.
Kawasan berlorek mungkin sekali mewakili
A kepadatan penduduk
B komposisi penduduk
C perubahan penduduk
1
2. D taburan penduduk
5. Nisbah seorang doktor pakar di Malaysia sekarang ialah
A 500 orang untuk seorang doktor
B 1 480 orang untuk seorang doktor
C 2 500 orang untuk seorang doktor
D 5 000 orang untuk seorang doktor
6.
Huraian di atas merujuk kepada
A migran C imigrasi
B migrasi D emigrasi
7.
Faktor penolak bagi migrasi dalaman seperti pola di atas ialah
A udara yang nyaman
B penduduk berlebihan
C kos hidup yang tinggi
D kekurangan peluang pekerjaan
8. Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia adalah kira-kira
A 1% C 3%
B 2% D 4%
9.
Jadual di atas menunjukkan data terkumpul melalui bancian tentang
A kadar kematian di Malaysia
B kadar kelahiran di Malaysia
C jumlah penduduk di Malaysia
D kadar warga asing di Malaysia
2
3. 10. Emigrasi bermaksud
A orang yang berhijrah
B pergerakan penduduk
C perpindahan masuk penduduk dari luar negara
ke Malaysia
D perpindahan keluar penduduk Malaysia ke luar
negara
11. Antara berikut, yang manakah menerangkan kadar pertumbuhan penduduk Malaysia?
A Positif C Sifar
B Negatif D Perlahan
12.
Formula di atas merujuk kepada
A kadar kelahiran kasar
B kadar kematian kasar
C kadar kelahiran bersih
D kadar pertumbuhan semula jadi kasar
13.
Maklumat di atas merujuk kepada migrasi dalaman yang berlaku di
A felda
B ibu kota
C bandar baru
D luar bandar
14. Apakah yang akan berlaku sekiranya penduduk semakin berkurang?
A Kemasukan buruh asing
B Kos kesihatan semakin meningkat
C Sektor pertanian semakin berkembang
D Perbelanjaan untuk golongan kanak-kanak
semakin meningkat
15. Perubahan penduduk merujuk kepada
I pergerakan penduduk dalam negeri
II jumlah penduduk berkurang dalam setahun
III jumlah penduduk bertambah dalam setahun
IV perbezaan antara kadar kelahiran dengan kadar
kematian
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
16. Faktor sosial yang mempengaruhi kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian di Malaysia ialah
3
4. A pekerjaan
B budaya hidup
C dasar kerajaan
D sumber dalam negeri
17. Antara berikut, faktor yang manakah mungkin menyebabkan kadar kematian sesebuah negara meningkat?
I Kekurangan makanan
II Wabak penyakit
III Bencana alam
IV Kos hidup
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
18. Pertambahan penduduk Malaysia disebabkan oleh faktor
I migrasi dalaman
II emigran dari luar
III kadar kelahiran meningkat
IV kadar kematian meningkat
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
19. Faktor budaya yang mempengaruhi pengurangan kadar kematian bayi di Malaysia ialah
A tradisi keluarga kecil
B amalan pemakanan seimbang
C umur perkahwinan yang lewat
D amalan perancangan keluarga
20. Pertumbuhan penduduk di Malaysia membawa manfaat dari segi
A peningkatan taraf hidup
B bekalan tenaga buruh mahir
C kemasukan imigran dari luar negara
D pembinaan infrastruktur yang canggih
21. Kadar kematian bayi di Malaysia telah menurun pada tahun 2000 kerana
I peningkatan taraf kesihatan
II pencegahan penyakit berjangkit
III tiada bencana alam yang buruk
IV klinik bergerak ke kawasan pedalaman
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4
5. 22.
Faktor X dalam rajah di atas mungkin sekali ialah
I taraf pendidikan
II kekurangan makanan
III amalan perancangan keluarga
IV Dasar Kependudukan Negara
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
23.
Senarai di atas akan memberi kesan iaitu
A kadar kematian menurun
B kadar kelahiran menurun
C kadar kematian meningkat
D kadar kelahiran meningkat
24.
Kadar kematian kasar di atas semakin menurun kerana
I kemudahan pendidikan bertambah banyak
II bilangan hospital semakin bertambah
III kemajuan dalam bidang perubatan
IV peluang pekerjaan yang banyak
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
25. Peningkatan jumlah penduduk Malaysia dipengaruhi oleh faktor
A kekurangan warga tua
B perkahwinan yang terlalu awal
C kadar kematian bayi yang rendah
D peningkatan tahap penduduk optimum
26. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan akibat daripada golongan wanita lewat berkahwin?
I Kadar kesuburan akan menjadi rendah
II Kadar kelahiran akan menjadi rendah
III Kadar kematian akan meningkat
IV Penduduk akan bertambah
5
6. A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
27. Kerajaan telah berusaha meningkatkan taraf kesihatan penduduk dengan
I menyediakan sistem pembetungan dan
pembersihan sampah yang teratur
II menambah bilangan institusi pengajian
tinggi
III menambah kakitangan perubatan
IV menyediakan bekalan air bersih
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
28. Apakah suntikan awal yang diberi kepada bayi atau kanak-kanak yang dapat mengurangkan kadar kematian?
I BCG III Tetanus
II Denggi IV Hepatitis B
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
29. Migrasi yang memberi banyak perubahan terhadap jumlah penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara
I Bangladesh
II Indonesia
III Filipina
IV Jerman
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
30. Proses imigrasi akan menyebabkan
A penduduk sesebuah negara bertambah
B penduduk sesebuah negara berkurang
C penduduk sesebuah negara tidak berubah
D penduduk sesebuah negara berkurang secara
mendadak
31.
Jangka hayat bagi lelaki telah meningkat disebabkan oleh
I kemudahan perubatan
II pemakanan yang baik dan seimbang
III kesedaran tentang gaya hidup yang sihat
IV kempen antimerokok yang kurang berkesan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
32. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertambahan semula jadi penduduk negara Malaysia ialah
6
7. I migrasi keluar
II taraf kesihatan
III taraf pendidikan
IV umur perkahwinan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
33.
X dalam rajah di atas ialah faktor yang berkaitan dengan
A migrasi dalaman
B penghijrahan ke bandar
C imigran dari luar negara
D pergerakan ke luar Bandar
34. Warga asing yang paling ramai datang bekerja di negara ini ialah
A Nepal C Filipina
B Myanmar D Indonesia
35. Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi kadar kematian menurun?
I Kemajuan dalam teknologi pengawalan
penyakit
II Pendapatan penduduk meningkat
III Amalan perancangan keluarga
IV Bekalan air bersih
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
36. Antara berikut, yang manakah merupakan galakan kerajaan melalui Dasar Kependudukan Negara?
I Mengenakan bayaran rawatan yang rendah
II Menambahkan bilangan hari cuti bersalin
III Pengecualian cukai tanggungan
IV Meningkatkan kadar celik huruf
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
37. Pihak kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen kesihatan untuk menyedarkan masyarakat seperti
I kempen AIDS
II kempen perancangan keluarga
III kempen penyakit kencing manis
IV kempen amalan pemakanan seimbang
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
7
8. D II, III dan IV
38. Antara berikut, faktor yang manakah menggalakkan migrasi?
I Politik yang stabil
II Melanjutkan pelajaran
III Paksaan daripada kerajaan
IV Peluang pekerjaan yang banyak
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
39.
Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan yang akan dihadapi oleh negara X?
I Migrasi ke bandar utama
II Peluang pekerjaan yang terhad
III Kekurangan tenaga kerja murah
IV Ramai penduduk yang produktif
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
40. Antara berikut, faktor yang manakah menyebabkan generasi masa kini mempunyai keluarga yang kecil?
I Kos membesarkan anak-anak semakin
meningkat
II Kesukaran mendapatkan pembantu rumah
III Kadar upah yang semakin tinggi
IV Kos hidup yang tinggi
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
41. Pada masa kini, golongan wanita berkahwin lewat kerana
I menjawat jawatan tinggi
II kos perkahwinan yang tinggi
III keadaan ekonomi yang tidak stabil
IV melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
42. Golongan emigran yang profesional dari Malaysia berhijrah ke luar negara terdiri daripada
I doktor III jurutera
II akauntan IV peladang
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
8
9. 43. Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi pertambahan semula jadi penduduk Malaysia?
A Pertambahan warga tua
B Pertambahan wang asing
C Pertambahan kelahiran bayi
D Pertambahan kemudahan pendidikan
44.
Kadar mortaliti bayi rendah di Malaysia kerana
I kawalan penyakit yang baik
II umur kahwin yang lewat
III kemudahan pengangkutan yang baik
IV kemajuan dalam bidang perubatan
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
45. Jangka hayat penduduk negara Malaysia dapat dilanjutkan dengan faktor
I pemakanan
II taraf kesihatan
III perumahan selesa
IV perkhidmatan kesihatan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D I, III dan IV
46. Antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja pada masa hadapan di
Malaysia ialah
A menggalakkan penduduk berhijrah ke luar
negara
B menggunakan robot dan jentera
C meningkatkan kos kesihatan
D mengecilkan saiz keluarga
47. Antara berikut, faktor yang manakah mempengaruhi perubahan penduduk Malaysia?
I Migrasi
II Kadar kelahiran
III Kadar kematian
IV Warga tua yang ramai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
48. Antara berikut, yang manakah tujuan kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk Malaysia sehingga 70
juta orang menjelang akhir abad ke - 21?
9
10. I Memenuhi keperluan tenaga kerja negara
II Menghantar tenaga kerja ke negara asing
III Meningkatkan pendapatan per kapita
penduduk negara
IV Meningkatkan permintaan terhadap keluaran
indusri negara
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
49. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang perubahan penduduk Malaysia?
I Jangka hayat penduduk Malaysia semakin
bertambah
II Kemiskinan menghalang pertumbuhan
penduduk Malaysia
III Penduduk Malaysia tidak mengalami
pertumbuhan positif
IV Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia
adalah tinggi
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
50. Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kadar kematian meningkat?
I Kebuluran III Wabak penyakit
II Bencana alam IV Perkahwinan lewat
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
51. Kebanyakan pekerja tidak mahir datang ke Malaysia bekerja dalam sektor
I pengurusan
II perladangan
III pembinaan
IV pembantu rumah
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
52.
Kawasan berlorek mungkin sekali mewakili
A taburan penduduk
B kepadatan penduduk
C komposisi penduduk
D perubahan penduduk
10
11. 53. Kebanyakan penduduk Malaysia berhijrah ke luar negara kerana
I faktor peribadi
II melanjutkan pelajaran
III masalah pengangguran
IV memperoleh peluang kerja yang lebih baik
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
54. Kemasukan buruh asing ke negara ini boleh dielakkan dengan
I mengadakan khidmat layan diri di sesetengah
perkhidmatan
II menggunakan jentera moden di kilang
III mengurangkan aktiviti ekonomi
IV menurunkan kadar upah
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
55. Antara berikut, galakan yang manakah diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi meningkatkan jumlah
penduduk?
I Menggalakkan migrasi tanpa izin tinggal
sementara
II Menggalakkan perkahwinan campur
III Potongan cukai pendapatan kepada anak-anak
IV Memberi cuti khas bergaji kepada isteri
bersalin
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV
56. Pilih kombinasi yang benar.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
57. Apakah ciri penduduk Malaysia pada masa hadapan?
I Peningkatan warga tua
II Kekurangan tenaga buruh
III Peningkatan kos perubatan
IV Pengurangan kemasukan buruh asing
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
11
12. 58.
Apakah kesan daripada keadaan tersebut?
I Peningkatan warga tua
II Penurunan kos rawatan
III Kekurangan tenaga buruh
IV Pengangguran meningkat
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
59. Antara berikut, yang manakah merupakan faktor penarik migrasi di Malaysia?
I Taraf hidup tinggi
II Banyak lebihan tenaga buruh
III Banyak peluang pekerjaan di kilang
IV Peluang melanjutkan pelajaran
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
60. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah kekurangan penduduk ialah
I penggunaan robot di kilang
II tawaran gaji yang lebih baik
III khidmat layan diri di restoran
IV memendekkan usia persaraan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV
12
13. Jawapan Unit 8
Question No: Answer:
1 B
2 D
3 D
4 C
5 B
6 B
7 D
8 B
9 C
10 D
Question No: Answer:
11 A
12 A
13 A
14 A
15 B
16 B
17 A
18 A
19 B
20 A
Question No: Answer:
21 B
22 C
23 D
24 B
25 C
26 A
27 C
28 C
29 A
30 A
Question No: Answer:
31 A
32 C
33 C
34 B
35 B
36 A
37 C
38 B
39 B
40 B
Question No: Answer:
41 D
42 A
43 C
44 D
45 B
46 B
47 A
48 D
49 D
50 A
Question No: Answer:
51 D
52 D
53 B
54 A
55 C
56 A
57 A
58 B
59 D
60 A
13