1. BAHAGIAN A​ [50 MARKAH]
1) Terangkan kepentingan persekitaran prasarana dan persekitaran sosiobudaya kepada
syarikat pengeluar makanan laut. (4)
2) Terangkan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad
Dari aspek bilangan keahlian dan aspek saham. (4)
3) Dengan menggunakan satu contoh, jelaskan perkaitan antara tahap perniagaan primer,
sekunder dan tertiar. (6)
4) Huraikan cabaran dari aspek isu alam sekitar dan perkhidmatan tambahan dalam
pengurusan pengeluaran . (6)
5) Kawalan inventori bermaksud pengurusan stok atau inventori sesebuah perniagaan.
Huraikan lima objektif kawalan inventori. (5)
6) a) Berikan maksud merekayasa atau reengeenering (2)
b) Terangkan tiga kebaikan merekayasa (3)
7) Terangkan empat langkah pertama dalam proses penyelidikan pemasaran (4)
8) Huraikan dua pendekatan pemasaran (4)
9) Terangkan tiga langkah dalam proses pengurusan sumber manusia strategik (6)
10) a ) Berikan maksud tindakan disiplin (2)
b) Terangkan masalah tindakan disiplin dalam organisasi. (4)
2. BAHAGIAN B
SOALAN 11
Sulaman Indah Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluar dan memasarkan
produk pakaian untuk pasaran dalam dan luar negara. Kejayaan Sulaman Indah Sdn Bhd
banyak dipengaruhi oleh kecekapan pihak pengurusan pemasaran. Strategi pemasaran yang
sangat efektif digunakan untuk memastikan produk yang dipasarkan sentiasa mendapat
sambutan sama ada dalam atau luar negara.
Produk yang dihasilkan adalah mengikut keadaan pasaran. Pasaran seperti di utara
tanah air seperti Kedah dan Perlis, baju kurung Kedah banyak dipasarkan di sana. Sementara
itu, di kawasan selatan seperti Melaka, kebaya nyonya dipasarkan dan di Johor, baju Melayu
Johor dipasarkan di sana. Syarikat Sulaman Indah sangat menjaga kualiti produk yang
dihasilkan. Penjagaan kualiti produk secara berterusan dapat memastikan permintaan
terhadap produk sentiasa ada.
Pasaran luar negara bagi produk pakaian ialah Benua Eropah. Oleh kerana iklim di
sana sentiasa sejuk, pakaian baju panas dipasarkan di sana. Permintaan terhadap baju panas
mendapat sambutan di sana kerana harga yang ditawarkan oleh Syarikat Sulaman Indah Sdn
Bhd sangat berpatutan dan murah dibandingkan dengan kualiti produk yang dipasarkan.
Strategi promosi yang berkesan menarik minat pengguna untuk membeli. Pengiklanan di
surat khabar dan media massa tempatan dapat membantu menarik minat pelanggan untuk
membeli.
Laman web yang begitu interaktif dan menarik berjaya membantu meningkatkan
lagi jualan syarikat. Syarikat Indah Sdn Bhd menggunakan saluran pengedaran yang
terbaik untuk memastikan bekalan stok pakaian sentiasa mencukupi supaya kepercayaan
pengguna tidak terjejas. Pakaian kanak-kanak seperti baju yang dipasarkan di pasar raya
di seluruh negara. Corak dan fesyen pakaian kanak-kanak yang dipasarkan oleh Syarikat
Sulaman Insah Sdn Bhd adalah terkini dan berkualiti. Pakaian untuk golongan wanita
pula, syarikat telah membuat kajian keperluan dengan membuat soal selidik ke atas
golongan wanita untuk mendapatkan fesyen terkini pakaian wanita.
Pasaran pakaian Sulaman Indah Sdn Bhd juga termasuk golongan elit dan kaya. Bagi
golongan ini, syarikat telah menyediakan perkhidmatan tempahan khas mengikut keperluan
golongan ini. Di samping itu, terdapat juga golongan artis membuat tempahan khas untuk
majlis-majils konsert dan jamuan.
Berdasarkan kes di atas,
a) Huraikan asas-asas segmentasi yang digunakan oleh Sulaman Indah Sdn Bhd untuk
memasarkan produk pakaian. (18)
b) b)​Terangkan elemen-elemen campuran pemasaran yang digunakan oleh Sulaman
Indah Sdn Bhd untuk memastikan produknya sentiasa menjadi perhatian (12)
3. 12. a) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan proses perniagaan gula-gula Jelly
Pop. (12)
b)Terangkan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran. (8)
13. a) Huraikan empat kepentingan latihan kepada sesebuah organisasi (12)
b) Huraikan rekabentuk pengeluaran (8m)
4. SKEMA PERMARKAHAN
BAHAGIAN A​ [50 MARKAH]
1) Terangkan kepentingan persekitaran prasarana dan persekitaran sosiobudaya kepada
syarikat pengeluar makanan laut. (4)
kepentingan persekitaran prasarana dan persekitaran sosiobudaya kepada syarikat
pengeluar makanan laut adalah :
#Persekitaran prasarana
M/H1= persekitaran prasarana adalah merangkumi kemudahan fizikal/infrastruktur
yang telah tersedia /telah disediakan oleh kerajaan ada bagi melancarkan
proses/operasi perniagaan. [1m]
H2= kepentingannya adalah untuk menghantar makanan laut seperti keropok, budu
dan sebagainya kepada pengguna tepat pada masa/ dalam keadaan yang baik
(cth / kaitan)[1m]
#persekitaran sosiobudaya
M/H1= Merangkumi nilai2 bersama yang dikongsi dalam masyarakat iaitu
kepercayaan agama/pegangan hidup, adat resam. Budaya dari segi makanan, pakaian,
gaya hidup, cita rasa. [1m]
H2= Perniagaan makanan laut yang dijalankan mesti memenuhi cita rasa pengguna
dan tidak menyinggung atau menyentuh sensitiviti pengguna seperti produk
makanan/keropok yang halal kepada penggun Islam/ atau
- Tidak wujud perasaan tidak puas hati/ tidak bertentangan dengan sosiobudaya
masyarakat tempatan. [1m]
[M/H1 = 2M, H2= 2M, JUMLAH = 4M)
2) Terangkan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad
dari aspek bilangan keahlian dan aspek saham. (4)
-_Perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad
dari aspek bilangan keahlian dan aspek saham adalah :
Dimensi Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad
1. Bilangan pemegang
saham
Sekurang2nya 2 orang tetapi tidak
boleh melebihi 50 orang
Sekurang2nya 2 orangdan tiada had
maksimium
2. Pemilik saham Terdiri daripada ahli keluarga
terdekat, saudara dan rakan
Terdiri daripada orang ramai yang
berminat untuk melabur
3. Pemindahan hak
milik saham
Perlu mendapat persetujuan daripada
pemegang saham yang lain
Saham bebas dijual kepada sesiapa
sahaja tanpa perlu mendapat
persetujuan daripada pemegang
saham yang lain.
5. [H=1M , 4H x 1m=4m]
3) Dengan menggunakan satu contoh, jelaskan perkaitan antara tahap perniagaan primer,
sekunder dan tertiar. (6)
Perkaitan antara tahap perniagaan primer, sekunder dan tertiar adalah :-
Dengan menggunakan contoh : minyak kelapa sawit/keropok/kasut/tayar
kereta/perabot/ pakaian atau apa2 contoh yang sesuai.
##[contoh wajib ada, jika contoh tidak diberi @ contoh tidak sesuai, hanya markah
untuk maksud@H1 sahaja diberi jika jawapannya betul]
#F1 Tahap perniagaan primer
H1= Tahap perniagaan primer adalah aktiviti mengekstrak/mengeluarkan bahan
mentah dari perut bumi/atas bumi tanpa mengubah bentuk asalnya untuk proses
pengeluaran selanjutnya [1m];
H2=contohnya aktiviti penangkapan ikan di laut/penanaman kapas/penebangan kayu
balak/penanaman kelapa sawit/getah dll [1m].
#F2 Tahap perniagaan sekunder
H1= Tahap perniagaan sekunder adalah aktiviti ialah memproses bahan mentah hasil
daripada aktiviti primer menjadi barang siap atau separuh siap. Dan juga merangkumi
ativiti pembuatan dan perkilangan [1m]
H2= contohnya aktiviti memproses ikan untuk dijadikan keropok/aktivit I
penghasilan kain @pakaian/ memproses kayu dan papan untukdijadikan meja/kerusi/
perabot/kilang minyak kelapa sawit@ margerin/planta/kilang menghasilkan kasut @
tayar kereta dll [1m]
#F1 Tahap perniagaan tertiar
H1=​Tahap perniagaan tertiar ialah aktiviti melibatkan produk tidak kerata @
perkhidmatan yang tidak perlu diproses lagi atau produk tidak ketara yang menjadi
sokongan kepada perniagaan tahap primer dan sekunder supaya barang yang
dihasikan [1m]
H2= ​Contohnya ialah aktiviti yang melibatkan produk tida ketara @perkhidmatan
produk yang tidak perlu diproses lagi. Contohnya pengangkutan, insurans perbankan
promosi dan pergudangan yang terlibat dalam menyampaikan barangan
siap@keropok/minyak masak/perabot/kasut/tayar kereta dll dari pengeluar kepada
pengguna akhir[1m]
4) Huraikan cabaran dari aspek isu alam sekitar dan perkhidmatan tambahan dalam
pengurusan pengeluaran . (6)
# Cabaran dari aspek isu alam sekitar dalam pengurusan pengeluaran​ :
M/H1=Adalah kepekaan pihak luar seperti kerajaan dan masyarakat tentang
kebersihan alam sekitar telah memberi tekanan kpd pihak pengurusan pengeluaran utk
mengendalikan sisa pengeluaran/pencemaran mengikut peraturan(1m)
H2/C1= Pihak pengurusan pengeluaran/kilang perabot/minyak masak/sebarang cth
yang sesuai sesebuah organisasi perlu mengambil kira aspek keindahan dan
kebersihan alam sekitar semasa menghasilkan keluaran [2M] ATAU
4. Penyenaraian saham
di bursa saham
Tidak dibenarkan untuk
menyenaraikan saham di bursa saham
Saham syarikat boleh disenaraikan
di bursa saham
6. H3/C2= Contohnya pihak pengurus pengeluaran kilang makanan/perabot/kilang
minyak tidak boleh membuang sisa pengeluaran sewenang2nya dan menetapkan
bahawa organisasi mempunyai tempat buangan sisa pepejal/ dilupuskan di tempat
yang betul/sah/dibenarkan/ditetapkan oleh pihak berkaitan. [2m]
# [maksud /H1= 1m, Huraian2/contoh lengkap = 2m, jumlah=3m]
Cabaran dari aspek isu ​perkhidmatan tambahan ​dalam pengurusan pengeluaran​ :
M/H1= Pengurusan pengeluaran mesti memastikan organisasi menawarkan
perkhidmatan tambahan dalam setiap pembelian barangan bagi memastikan tiada
sebarang masalah penggunaan dan keluaran dapat bertahan lama di pasaran.[1M]
Atau
Perkhidmatan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna seperti pembungkusan
dan penghantaran cepat dan selamat tanpa melibatkan kos tambahan yang akan
menambahkan lagi nilai sesuatu produk berbanding produk pesaing.[1M]
H2/C= Dalam penjualan komputer/pintu pagar rumah/perabot/barangan elektrik
kepada pelanggan , syarikat akan memasang komputer dan mengendalikan bagi
memastikan tiada masalah penggunaan komputer/pintu pagar rumah/perabot/barangan
elektrik tanpa sebarang kos tambahan.
# [maksud /H1= 1m, Huraian2/contoh lengkap = 2m, jumlah=3m
5) Kawalan inventori bermaksud pengurusan stok atau inventori sesebuah perniagaan.
Huraikan lima objektif kawalan inventori. (5)
Lima objektif kawalan inventori adalah :
1) Memastikan inventori berada pada tahap optimum iaitu inventori/stok sentiasa
pada tahap yang diperlukan oleh perniagaan @ seperti
contohnya………………berada pada tahap yang diperlukan oleh perniagaan
2) Memenuhi keperluan pasaran apabila diperlukan….barang disimpan di dalam
gudang dan dikeluaran apabila diperlukan/kekurangan dalam pasaran
3) Mengelakkan kerosakan dan pembaziran dan menjaga keselamatan stok/kecurian
stok
4) Meminimakan kos pemegangan inventori …berserta…..huraian/ contoh
5) Memastikan aktiviti pengeluaran dijalankan secara berterusan…..supaya bekalan
bahan mentah mencukupi
6) Menstabilkan harga barang di pasaran kerana kuantiti barang yang cukup
menjamin/dapat memenuhi permintaan di pasaran
(1m = 1huraian, terima 5 huraian yang pertama=5m)
6) a) Berikan maksud merekayasa atau reengeenering (2)
- ialah ​proses merekabentuk semula / kajian semula secara menyeluruh ke atas
proses kerja yang kritikal​ (1m)
dalam ​organisasi supaya proses kerja akan menjadi lebih cekap dan boleh
menjadi kualiti yang lebih baik.​ (1m)
b)Terangkan tiga kebaikan merekayasa (3)
1)Dapat menghasilkan produk yang berkualiti yang telah direka bentuk semula
pada kos yang minima/jimatkan kos
2) Mengurus aktiviti yang dapat membantu untuk mnegurangkan kos operasi dan
pengendalian organiasi
7. 3) Meningkatkan produktiviti kerana proses dapat diimplementasikan dengan
lebih cekap
4) Dapat memuaskan kehendak pelanggan iaitu pekerja akan lebih fokus kepada
keperluan pelanggan dalam membentuk proses asas kerja
5) Dapat mengubah pemikiran pengurus di mana pengurus dapat membentuk
semula proses perniagaan
(1m = 1huraian, terima 3 huraian yang pertama=3m)
7)Terangkan empat langkah pertama dalam proses penyelidikan pemasaran (4)
Empat langkah pertama dalam proses penyelidikan pemasaran adalah :
1) Mengenalpasti masalah dan menetapkan oMemilih sasaran pasaran iaitu dengan
merujuk kepada segektif
2) Membentu rancangan penyelidikan
3) Melaksanakan penyelidikan
4) Mengintreprestasi/melapor/membuat laporan
[1 huraian = 1m, jumlah = 4m]
8)Huraikan dua pendekatan pemasaran (4)
Dua pendekatan pemasaran adalah :
PENDEKATAN PENGELUARAN
H1=Pendekatan ​pemasaran pengeluaran (1m​) iaitu perniagaan mengandaikan pengguna
akan membeli sahaja produk yang dipasarkan di pasaran
H2= perniagaan akan mengeluarkan produk dalam skala yang besar/kuantiti yang besar bg
memenuhi permintaan pengguna
H3= pengguna lebih suka membeli produk yang murah
[pilih mana-mana 2 huraian yang pertama= 2m]
PENDEKATAN PRODUK
H1= pendekatan pemasaran produk (1m) iatu andaian bahawa pengguna lebih suka produk
yang berkualiti dan ada cirri inovatif
H2= -pengeluar menumpukan kpd penghasilan produk bermutu tinggi dan berinovasi secara
berterusan
H3= produk dapat dijual mudah sekiranya adanya kualiti dan pelbagai fungsi produk
H4=cth …. Samsung……….dll
PENDEKATAN PENJUALAN
H1= ​Andaian bahawa pengguna kan membeli dari pengeluar yang menawarkan promosi
yang aktif terhadap produk
H2= menekankan kpd teknik dan cara menjual / termasuk cara memujuk sebelum membeli
8. H3= reka bentuk iklan yang kreatif dll bentuk promosi akan menyakinkan pelanggan
PENDEKATAN PEMASARAN
H1= komitmen seluruh organisasi memenuhi kehendak pelanggan utk mencapai untung
H2= perniagaan akan fokus cara memenhi kehendak pelanggan yang berkesan berbanding
pesaing / peka kpd citarasa pengguna
H3= membetuk usaha campuran pemasaran…4ps
PENDEKATAN PEMASARAN KEMASYARAKATAN
H1= perniagaan yang mengambil kira isu2 kemasyarakatan / kebajikan masyarakat
H2= perniagaan akan fokus cara memenhi kehendak pelanggan utk jangka masa panjang
H3= perniagaan mempertimbangkan aspek persekitaran, sumber yang terhad dan
kesejahteraan pengguna
[pilih mana2 dua pendekatan dan 2 huraian yang pertama setiap satu,
2m x 2 huraian = 4m.]
9)Terangkan tiga langkah dalam proses pengurusan sumber manusia strategik (6)
Tiga langkah dalam proses pengurusan sumber manusia strategic adalah :
F1= Menarik sumber manusia
H1= sumber manusia menggunakan kaedah yang berkesan utk menarik sm sepeti hebahan
,iklan, media cetak,elektronik dll
F2= membangun sumber manusia
H1= menyediakan program latihan dan pembangunan…….huraian lagi…
F3= mengekal sumber manusia
H1= memberi ganjaran dan kemudahan yang sesuai supaya pekerja kekal di dalam organisasi
[3 FAKTA , 3 HURAIAN = 6M] MESTI IKUT SUSUNAN/PROSES
10 a ) Berikan maksud tindakan disiplin (2)
Adalah hukuman /denda/ tindakan tatatertib yang dikenakan oleh majikan kepada kakitangan
(1m) yang melakukan kesalahan salah laku atau melanggar standard atau peraturan
organisasi. [1m]
b) Terangkan masalah tindakan disiplin dalam organisasi. (4)
F1= pembuktian salah laku
H1= rekod dan bukti yang jelas mesti dikemukakan
F2= maklumat tentang peraturan dan prosedur tingkah laku
H1= pekrja mesti diberi taklimat dan penerangan secukupnya
F3= cabaran perundangan
H1= majikan mesti memastikan tindakan disiplin diambil selepas pekerja diberi hak untuk
membela diri selaras dengan undang2
F4= proses yang mesti diikuti
9. H1= langah intervensi diambil sebelum tindakan……kaunseling.nasihat…….
H2= kesan terhadap kos yang tinggi…. dan risiko …
[pilih mana-mana 2 fakta dan huraian = 4m]
soalan 11.
a) Asas-asas segmentasi yang digunakan leh Syarikat Sulaman Indah Sdn Bhd untuk
memasarkan produk pakaian adalah
Fakta [1m] Huraian [1m] Kaitan Kes
1. Segmentasi pasaran
berasaskan
geografi
H1=Merupakan pembahagian segmen
pasaran mengikut lokasi @ sesuatu
tempat , Bandar, daerah, negeri atau
negara atau iklim.
Atau
H2= Pengguna yang berada dalam
kawasan geografi @ kawasan yang
berlainan mempunyai keperluan dan
kehendak yang berbeza
KK1= Segmentasi pasaran
mengikut kawasan /zon/tempat.
Pasaran seperti di utara tanah air
seperti Kedah dan Perlis, baju
kurung Kedah banyak dipasarkan
di sana. [2m] ​ATAU
KK2= Sementara itu, di kawasan
selatan seperti Melaka, kebaya
nyonya dipasarkan dan di Johor,
baju Melayu Johor dipasarkan di
sana [2m] ​ATAU
KK3=Segmentasi pasaran
mengikit iklim iaitu pasaran luar
negara bagi produk pakaian ialah
Benua Eropah. Oleh kerana iklim
di sana sentiasa sejuk, pakaian
baju panas dipasarkan di
sana.[2m]
Kk=[2m x2kk]=4m[PILIH 2
SAHAJA]
2. Segmentasi pasaran
berasaskan
demografi
H1= Merupakan pembahagian segmen
pasaran kepada ciri-ciri penduduk seperti
jantina, umur dan bangsa.
Atau
H2=Melibatkan pemabhagian atau
pemetakan pasaran kepada segmen kecil
KK1= perkaitan mengikut jantina
iaitu Pakaian untuk golongan
wanita pula, syarikat telah
membuat kajian keperluan
dengan membuat soal selidik ke
atas golongan wanita untuk
mendapatkan fesyen terkini
pakaian wanita. [2m]
KK2= Perkaitan kes mengikut
umur iaitu pakaian kanak-kanak
seperti baju yang dipasarkan di
10. ​FAKTA =3M, HURAIAN=3M, KK= 12M, MAKSIMA= 18 MARKAH
b)​Terangkan elemen-elemen campuran pemasaran yang digunakan oleh Sulaman Indah Sdn
Bhd untuk memastikan produknya sentiasa menjadi perhatian (12)
elemen-elemen campuran pemasaran yang digunakan oleh Sulaman Indah Sdn Bhd untuk
memastikan produknya sentiasa menjadi perhatian adalah:-
berdasarkan faktor umur, jantina, saiz
keluarga, kitaran hidup keluaraga, latar
belakang pendidikan, pekerjaan,
pendapatan, agama dan bangsa.
pasar raya di seluruh negara.
Corak dan fesyen pakaian
kanak-kanak yang dipasarkan
oleh Syarikat Sulaman Insah Sdn
Bhd adalah terkini dan
berkualiti. [2m]
Kk= 2mx 2kk=4m
3. Segmentasi pasaran
berasaskan psikografi
H1= Merupakan pembahagian segmen
pasaran kepada kelas sosial dan
personality, gaya hidup, cita rasa
pengguna.
Atau
H2= Pengguna akan membeli produk
yang dapat menggambarkan personality
mereka seperti minyak wangi, kosmetik
dan insurans.
Kk1= kaitan kes mengikut kelas
sosial iaitu pasaran pakaian
Sulaman Indah Sdn Bhd juga
termasuk golongan elit dan kaya.
Bagi golongan ini, syarikat telah
menyediakan perkhidmatan
tempahan khas mengikut
keperluan golongan ini.
Kk2= Kaitan kes mengikut
personaliti iaitu di samping itu,
terdapat juga golongan artis
membuat tempahan khas untuk
majlis-majils konsert dan jamuan.
Kk= 2mx 2kk=4m
FAKTA [1M] HURAIAN [tiada markah] tetapi wajib
dinyatakan supaya kaitan kes disemak
dan diberikan markah
KAITAN KES [2m]
1. Strategi penetapan
harga
Kk1=Permintaan terhadap baju
panas mendapat sambutan di sana
kerana harga yang ditawarkan oleh
Syarikat Sulaman Indah Sdn Bhd
sangat berpatutan dan murah
dibandingkan dengan kualiti
produk yang dipasarkan.
2. Strategi promosi Strategi promosi yang berkesan
menarik minat pengguna untuk
membeli. Pengiklanan di surat
11. [FAKTA =4M, HURAIAN -, KAITAN KES= 4KK X 2M = 8M, JUMLAH 12
MARKAH]
12. a) Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, jelaskan proses perniagaan gula-gula Jelly
Pop. (12)
Proses perniagaan gula-gula Jelly Pop. adalah :
Input ___ proses tambah nilai _____output _____proses pemasaran ____untung atau rugi
Rajah lengkap anak panah = 3m, salah fakta = tolak 1m, tanpa anak panah= 0 markah
khabar dan media massa tempatan
dapat membantu menarik minat
pelanggan untuk membeli
Atau
Kk2= Laman web yang begitu
interaktif dan menarik berjaya
membantu meningkatkan lagi
jualan syarikat
3. Strategi
pengedaran
Kk3= Syarikat Indah Sdn Bhd
menggunakan saluran pengedaran
yang terbaik untuk memastikan
bekalan stok pakaian sentiasa
mencukupi supaya kepercayaan
pengguna tidak terjejas. Pakaian
kanak-kanak seperti baju yang
dipasarkan di pasar raya di seluruh
negara.
4. Strategi produk Kk4= Syarikat Sulaman Indah
sangat menjaga kualiti produk
yang dihasilkan. Penjagaan kualiti
produk secara berterusan dapat
memastikan permintaan terhadap
produk sentiasa ada.
12. F1=Input
H1= maksud= merupakan bahan mentah (1m)utk membuat gula-gula jelly pop iaitu
Modal, modal insan, teknologi dll (1m)
Cth = nyatakan barangan yang dihasilkan = 1m
F2= proses tambah nilai
H1= adalah proses menukarkan input kepada out put.(1m)
H2= caranya dalah…mesin pengadun bahan mentah…gula…perasa…pewarna.. dll..(1m)
H3= contohnya…nyatakan perubahan ke atas barang yang dihasilkan (1m)
F3= output
H1-= merupakan produk akhir (1m)
H2/C== iaitu gula-gula jelly pop yang boleh dimakan….sedap….lengkap…/tersedia… (1m)
F4= proses pemasaran
H1= maksud= proses pengagihkan produk melalui pemborong---peruncit--- pengguna (1m)
H2/C= proses pergudangan…promosi,…pengangkutan.,..insurans..dll (1m)
F5 = untung rugi
H1= maksud untung atau rugi…(1m)
H2= bagaiman memperolehi untung….. atau bagaiman rugi terjadi… (1m)
H3= contoh………/ atau kiraan harga…. Kos= rm ?...harga jualan….? = =untung… (1m)
[rajah= 3m, huraian setiap proses 2H x 5 proses= 10m ,
jumlah = maksima =12 markah]
b)Terangkan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran. (8)
F1= maksud jabatan pengeluaran ……………..(1m)
F2= maksud jabatan pemasaran …………………(1m)
H1= jabatan pengeluaran mengeluarkan produk mengikut spesifikasi yang diberikan oleh
jabatan pemasaran (1m)
H2 = Jabatan pemasaran membekalkan maklumat terkini kehendak pelanggan dan
jabatan pengeluaran ,membuat pengeluaran mengikut maklumat yang diberikan oleh jabatan
pemasaran (1m)
H3= jabatan pemasaran mendapatkan /promosi/tempahan produk daripada pelanggan dan
jabatan pengeluaran menghasilkan produk mengikut jumlah tempahan. (1m)
H4= jabatan pengeluaran menjalankan program penyelidikan dan pembangiunan produk
berdasarkan maklumat pelanggan drp jabatan pemasaran(1M
H5= jabatan pengeluaran membuat penambahbaiklan dan perubahan produk @
perkhidmatan berdasarkan perubahan citarasa pelanggan yang dikenalpasti oleh jabatan
pemasaran. (1m)
Contoh yang bersesuaian = 1m
[mana2 fakta dan huraian = maksima 8m]
13. 13. a) Huraikan empat kepentingan latihan kepada sesebuah organisasi (12)
Empat kepentingan latihan kepada sesebuah organisasi adalah :
H1= membentuk reputasi sebagai organisasi yang mementingkan aspek pembangunan
pekerja (1m). oleh itu dapat menarik ramai calon yang berkualiti dan kemahiran yang
diperlukan (1m)
C1=…… (1m)
H2= menyedarkan pekerja bahawa mereka dihargai (1m) dengan cara mmeberi peluang
kepada perkerja untuk menyertai program lat dan pemb (1m) atau sbg pengiktirafan kepada
pekerja (1m)
C=…… (1m)
H3= Dapat mengekalkan pekerja yang terbaik (1m).,.. dengan cara memberi kepuasan kepada
pekerja untuk terus bekerja (1m ) / mengurangkan lantik henti (1m)
C= …..(1m)
H4= Menjimatkan kos dan perbelanjaan penyelenggaraan (1m)…apabila / dengan adanya
kecekapan yang tinggi/ditingkatkan (1m)…. Kesilapan pekerja dapat dikurangkan (1m)
C=……(1m)
[ 3 markah x4 huraian = 12m]
b) Huraikan rekabentuk pengeluaran (8m)
Rekabentuk pengeluaran adalah :
F1= Simplification (1m)
H1= iaitu pengurangan atau penggabungan beberapa langkah dalam proses pengelauaran bagi
menjadikan proses pengeluaran lebih mudah dan menjimatkan (1m)/ atau keadaan ini akan
menjimatkan masa dan kos pengelauaran yang melibatkan semua sumber secara optimum
H2= contoh……pintu kereta yang tersedia siap untuk dipasang…atau lain2 contoh yang
sesuai (1m)
F2= Standardization (1m)
H1= merupakan proses penyediaan satu piawaian /standard pengeluaran (1m) /yang perlu
diikuti sepanjang proses pengeluaran supaya seragam (1m)
H2= proses penyediaan spt standard teknikal, atd spesifikasi.std prosedur, std kulaiti dll (1m)
H3= contoh….(1m)
F3= modular (1m)
H1= iaitu prose membahagikan proses pengeluaran/sistem pengeluaran (1m)kpd
bahagian/unit2 yang lebih kecil (1m) yang menggunakan sistem berbeza.
H2= tujuannya dalah spy proses pengelauaran mudah dipantau/ kesilapan lebih mudah
dikenalpasti (1m)
Contoh= komponen pra siap di kilang………………………….(1m)
[​fakta = 1m x 3=3m, huraian atau contoh 2 markah setiap satu = 6m,)
jumlah = 9m…maksima=8m]