1. Program 5 MinitAnti Dadah
ISNIN RUPA DAN KEADAAN PENAGIH DADAH
1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:
*
Sudah Penagih dadah tidak menjaga diri. Pakaiannya kotor dan berbau
Belum busuk, rambut tidak terurus, hidung sentiasa berair, air liur
meleleh dengan mulut berbau busuk. Duduk dan baring tidak kira
tempat.
Tandatangan Guru 2. RUMUSAN : Penagih dadah akan menjadi seorang yang
pengotor.
DADAH MEMBAWA MAUT
SELASA
1. Jelaskan kepada murid-murid :
* Penagih dadah akan mati sebelum ajal. Penagih dadah yang
Sudah sedang khayal akan hilang daya tumpuan fikiran. Tenaga lemah,
Belum jalan terhoyong-hayang. Mereka tidak hiraukan keselamatan
diri. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh tersungkur ke dalam
parit, longkang dan jalan raya. Akibatnya mereka akan luka,
Tandatangan Guru cedera-parah dan akhirnya membawa maut.
2. RUMUSAN : Kita juga akan mati tetapi janganlah mati seperti
seorang penagih dadah.
CARA-CARA MENGENAL PENAGIH DADAH
RABU
1. Minta murid senaraikan mengenai rupa dan keadaan penagih
* dadah. Semak jawapan murid berdasarkan senarai berikut :
Sudah Bajunya kotor dan berbau busuk
Belum Matanya merah dan kuyu
Air liur meleleh
Jalan terhoyong-hayang
Tandatangan Guru Percakapan meleret-leret
Tempat tidurnya di tepi parit, bawah jambatan, tepi
tangga atau kaki lima.
Selalu minta duit dengan alasan sudah tiga hari tidak
makan atau tiada duit tambang bas.
2. RUMUSAN : Penagih dadah tidak boleh mengurus diri
*Sila tandakan () jika sudah dibaca atau () jika belum dibaca.
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
2. Program 5 MinitAnti Dadah
KHAMIS MASA DEPAN SEORANG PENAGIH DADAH
1. Jelaskan kepada murid-murid mengenai masa depan penagih
* dadah seperti berikut:
Sudah Jadi seorang pemalas
Belum Susah untuk lulus peperiksaan
Daya tahan diri kepada penyakit sangat lemah
Dipulaukan oleh masyarakat
Tandatangan Guru Susah dapat kerja
Sering dicaci dan dicurigai
Dibenci dan dihina
Dibuang kerja atau sekolah
Tidak dipercayai oleh rakan-rakan
Masa depan gelap
2. RUMUSAN : Pelajar sekolah yang ditangkap kerana
mengguna/mengedar dadah akan dibuang sekolah dan dijadikan
kes polis
JUMAAT NASIB KELUARGA PENAGIH DADAH
1. Jelaskan kepada murid-murid nasib keluarga penagih adalah
* seperti berikut :
Sudah Hubungan anak yang menagih dengan ibu bapa atau adik-
Belum beradik yang lain akan renggang
Fikiran dan perasaan anggota keluarga tidak tenteram
dan terancam
Tandatangan Guru Keluarganya akan dibenci dan dipulau oleh masyarakat
Keluarganya jadi huru-hara
Harta benda keluarga tidak selamat
2. RUMUSAN : Kerana penagih, keluarga yang tidak berdosa
menjadi mangsa. Siapa yang malu? Mereka dan keluarga mereka
juga...
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
3. Program 5 MinitAnti Dadah
ISNIN PENGEDARAN DADAH DI MALAYSIA
1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:
* Jenis dadah seperti heroin, morfin, candu dan ganja
Sudah yang digunakan oleh penagih diseludup dari luar negara
Belum oleh pengedar dadah
Pokok ganja ada ditanam secara haram di Malaysia dan
biasanya terletak di kawasan pedalaman
Tandatangan Guru Penagih-penagih yang sudah tidak mampu membeli dadah
kerana harganya terlalu mahal akan membeli pil-pil
psikoterapik dan memakannya secara berlebihan sebagai
ganti
Dadah akan dijual kepada penagih melalui pengedar
dadah yang cuba membuat seberapa banyak keuntungan
yang boleh, terutamanya kepada penagih yang meluap-
luap ketagihannya
2. RUMUSAN : Pengedaran dadah di Malaysia masih berleluasa
SELASA CARA PENGEDAR DADAH MEMPENGARUHI PELANGGAN
BARU YANG TERDIRI DARIPADA PARA PELAJAR
1. Jelaskan kepada murid-murid cara pengedar dadah mencari
* pelanggan baru seperti berikut :
Sudah 1. Pengedar dadah akan mengenalpasti pelajar yang
Belum bermasalah di rumah atau di sekolah
2. Pengedar dadah akan berbuat baik dan cuba berdamping
selalu dengan pelajar yang dikenal pasti
Tandatangan Guru 3. Pengedar dadah akan mulakan dengan belanja pelajar
tersebut sehingga dirinya dipercayai dan diterima
sebagai sahabat
4. Pengedar dadah akan mulakan pengaruhnya dengan
belanja rokok semewah-mewahnya
5. Kemudian pengedar dadah akan beri peluang mencuba
dadah dengan percuma. Bila pelanggan baru sudah mula
seronok barulah dikenakan bayaran. Selagi pelanggan
baru belum ketagih, harga tetap murah. Bila sudah mula
ketagihan, harga dadah melambung
2. RUMUSAN : Pengedar dadah adalah menusia kejam yang
mengaut keuntungan di atas penderitaan orang lain. AWAS!
PENGEDAR DADAH SANGAT LICIK DAN CEKAP
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
4. Program 5 MinitAnti Dadah
RABU CIRI-CIRI PELAJAR YANG MENJADI SASARAN
PENGEDAR DADAH
1. Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
* Kawalan ibu bapa yang terlalu longgar
Sudah Ibu bapa yang selalu bergaduh
Belum Suka ponteng kelas atau ponteng sekolah
Nakal
Merokok
Tandatangan Guru Suka buang masa
Suka berfoya-foya
Suka merancang untuk bersuka-ria
Berpakaian tidak kemas dan bertampal-tampal
Beg sekolah juga bertampal-tampal
Menggunakan perkataan Lu atau Gua bila bercakap
sesama rakan
Pelajaran merosot
Selalu melanggar peraturan sekolah
2. RUMUSAN :Prinsip pengedar dadah : TIADA PENAGIH,
TIADA PERNIAGAAN. BILA TIADA PERNIAGAAN, HIDUP
SUSAH. APA PEDULI ORANG MENDERITA, ASALKAN AKU
KAYA
KHAMIS MENGAPA PELAJAR SEKOLAH MENJADI SASARAN
PENGEDAR DADAH
1. Jelaskan kepada murid-murid perkara yang berikut :
* Pelajar sekolah adalah golongan yang mudah dipengaruhi
Sudah Golongan remaja suka kepada keseronokan
Belum Golongan remaja suka mencuba-cuba
Remaja suka kepada cara hidup bebas
Daya tahan remaja kepada godaan tidak kuat
Tandatangan Guru Mudah dapat wang daripada ibu bapa
Sudah ada tabiat asas kepada menagih iaitu tabiat
merokok daripada ahli keluarga
Tidak suka kepada perkara-perkara yang membebankan
diri atau fikiran seperti belajar
Suka kepada kawan-kawan yang menyeronokkan
2. RUMUSAN : Pengedar dadah menganggap bahawa pelajar
sekolah yang bermasalah adalah bakal pelanggan mereka yang
setia, walaupun mereka tahu bahawa menagih dadah banyak
keburukannya
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
5. Program 5 MinitAnti Dadah
JUMAAT MENGENAL PELAJAR YANG MENGGUNAKAN DADAH
1. Ciri-cirinya adalah seperti berikut :
* Selalu atau suka ponteng sekolah
Sudah Pandai berdalih
Belum Merokok
Selalu pinjam atau minta wang
Selalu bercakap bohong
Tandatangan Guru Pakaian tidak kemas
Jadi murid yang pendiam atau memilih kawan yang
tertentu sahaja
Menjual barang curi
Selalu membawa pakaian harian ke sekolah
Pelajaran semakin merosot
Enggan bertentang mata bila bercakap engan orang lain
Memilki wang yang banyak
Menyorok-nyorokkan barang yang mencurigakan deperti
pil, serbuk putih seperti tepung atau daun kering pokok
ganja
2. RUMUSAN :Pelajar yang menggunakan dadah selalu berada
dalam keadaan gelisah, bimbang dan takut walaupun dia cuba
menyembunyikan perasaannya. Dia berperasaan demukian sebab
takut ditangkap oleh pihak sekolah. Dia tahu kalau kena tangkap
hukumannya ialah buang sekolah atau jadi kes polis
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
6. Program 5 MinitAnti Dadah
ISNIN APA ITU DADAH
1. Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri
* berikut :
Sudah Mengganggu keseimbangan kimia dalam tubuh badan
Belum manusia
Boleh merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf
tunjang)
Tandatangan Guru Mengakibatkan pergantungan fizikal (idak boleh buat
kerja atau lemah badan jika tidak makan dadah)
Mengakibatkan pergantungan psikologikal (fikiran,
peresaan, emosi dan personaliti yang dikawal oleh dadah)
Memberi kesan buruk kepada kesihatan (sakit lain
seperti AIDS dsb)
Emberi kesan buruk kepada fungsi sosial (bersendirian,
menyusahkan orang lain dan sebagainya)
2. RUMUSAN : Dadah diharamkan sebab banyak mendatangkan
keburukan
SELASA KESAN BURUK GANJA
1. Terangkan apa itu ganja.
* Ganja ialah daunpokok ganja yang dikeringkan.
Sudah Warnanya hijau pucat. Biasanya dibungkus dengan kertas coklat
Belum seperti bentuk rokok. Ganja juga dipanggil dengan nama sateh
atau barang dan lain-lain lagi
2. Terangkan bahawa ganja membawa kesan-kesan buruk seperi
Tandatangan Guru berikut :
Hilang persepsi masa dan ini menyebabkan penagih jalan
terhoyong-hayang
Boleh menyebabkan penyakit bronkotis, sakit dada, lelah
dan kanser sebab asap ganja mengandungi THC
(TETRAHYDROCANNABINOL)
Melemah dan merokkan daya pemikiran, pemahaman,
percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan
masalah
Menyebabkan pengeluaran hormon lelaki merosot.
Bilangan sperma akan kurang dan jadi cacat serta boleh
menyebabkan mandul
..........sambung pada waktu ke-3..............
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
7. Program 5 MinitAnti Dadah
RABU KESAN BURUK GANJA (sambungan)
1. Terangkan kesan bruk ganja selanjutnya :
* Merosakkan pertimbangan, persepsi dan motivasi
Sudah Menimbulkan sikap tidak peduli dan kurang sihat untuk
Belum bergaul dengan kawan-kawan
Menyebabkan kedatangan haid yang tidak menentu dan
mengurangkan telur dalam ovari. Mengurangkan susu
Tandatangan Guru badan dan boleh menyebabkan mecacatan pada janin
2. RUMUSAN : pelajar sekolah biasanya diumpan dengan ganja
terlebih dahulu sebelum dikenalkan kepada dadah yang lebih
kuat dan mahal
KHAMIS KESAN BURUK CANDU
1. Jelaskan apa itu candu :
* Candu berasal dari getah bunga popi yang banyak ditanam di
Sudah kawasan TIGA SEGI MAUT di utara Thailand. Getah bunga
Belum popi ini diproses (dimasak) menjadi candu masak.
2. Keburukan candu :
Boleh menyebabkan mati mengejut
Tandatangan Guru Menyebabkan khayal dan tidak boleh mengawal
pergerakan badan dan mudah mendapat kemalangan
Hilang selera makan dan berat badan merosot dengan
banyak
Menjadi sesak nafas
Mudah diserang penyakit sebab kurang daya ketahanan
diri terhadap penyakit
3. RUMUSAN : Candu juga salah satu daripada jenis dadah yang
merbahaya
JUMAAT KESAN BURUK MORFIN
1. Terangkan :
* a) Morfin ialah hasilan yang diproses daripada candu.
Sudah Terdapat dalam bentuk serbuk putih seperti tepung
Belum atau cecair atau ketulan hitam. Kesannya kira-kira lapan
kali lebih kuat daripada candu.
b) Kesan buruk mengambil dadah morfin kepada penagih :
Tandatangan Guru - Selalu menganuk
- Berat badan merosot
- Tidak berupaya mengurus diri
- Mudah diserang penyakit
- Mati mengeju
2. RUMUSAN : Harga morfin juga mahal. Pengedar dadah akan
jual kepada penagih yang tidak berkesan dengan jenis-jenis
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
8. Program 5 MinitAnti Dadah
dadah yang lain. Penagih-penagih akan menyebabkan pengedar
dadah lebih kaya.
ISNIN AKTA DADAH BERBAHAYA 1952
1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:
* Undang-undang dadah yang paling keras sekali di dunia
Sudah Akta ini bertujuan menyekat atau mengawal kegiatan
Belum pengimportan, pembuatan, penjualan, pemilikan, pengeksportan
dan penggunaan segala jenis dadah dan campuran dadah
Tandatangan Guru Hukuman di bawah undang-undang ini :
Seksyen 39B (pengedar)
HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI MANDATORI ( tiada
hukuman lain)
Seksyen 39A (penjual)
HUKUMAN PENJARA SEUMUR HIDUP
2. RUMUSAN : Yng banyak mengaut keuntungan di atas
penderitaan orang lain ialah pengedar dan penjual dadah. Jika
anda tahu, laporkan kepada polis secara senyap-senyap
SELASA AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983
1. Jelaskan kepada murid-murid :
* Akta ini membolehkan pihak berkuasa menangkap
Sudah penagih dadah dan dihantar ke pusat pemulihan selama 2
Belum tahun
Di pusat pemulihan penagih dadah diberi pemulihan
fizikal, psikologikal, mental dan rohani
Tandatangan Guru 2. RUMUSAN : Penagih-penagih yang sudah parah memang sukar
untuk dipulihkan. Mereka akan ulang semula tabiat lama setelah
keluar dari pusat pemulihan. Mereka hanya menanti maut
RABU AKTA DADAH BERBAHAYA (PERLUCUTAN HAK HARTA)
1988
* 1. Akta ini memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengesan,
Sudah membeku dan merampas harta (aset) pengedar dadah samada di
Belum dalam atau di luar negeri, selain daripada hukuman yang
dijatuhkan ke atas dirinya
2. RUMUSAN : Pengedar dadah tidak patut dibiarkan hidup
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
9. Program 5 MinitAnti Dadah
Tandatangan Guru senang-lenang hasil daripada jualan dadah
KHAMIS AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN KHAS) 1985
1. Akta ini membolehkan Menteri Dalam Negeri menahan
* pengedar-pengedar dadah selama 2 tahun tanpa bicara.
Sudah Seksyen 6(1). Penahanan ini boleh dilanjutkan selepas
Belum tamat tempoh penahanan yang pertama
Seksyen 6(3) pula membolehkan Menteri Dalam Negeri
mengenakan perintah sekatan selepas tamat penahanan
Tandatangan Guru tanpa bicara
2. RUMUSAN : Pengedar dadah yang ditahan tanpa bicara adalah
pengedar dadah yang cukup licin dan sukar untuk dibuktikan
kesalahannya. Jika anda dapat memberikan maklumat, manusia
durjana ini akan mati di tali gantung
JUMAAT DADAH MUSUH UTAMA NEGARA
1. Jelaskan kepada murid-murid perkara berikut :
* Dadah adalah musuh utama negara
Sudah Ramai tenaga pekerja tidak dapat digunakan untuk
Belum pembangunan kerana ketagihan dadah
Negara-negara luar hilang keyakinan untuk melabur di
Malaysia menyebabkan ekonomi merosot dan meleset
Tandatangan Guru Bila pengangguran meningkat, masalah sosial akan
meningkat seperti merompak, mencuri,
menyamun,membunuh, melacur dan lain-lain lagi
2. RUMUSAN : Sekarang negara kita aman dan makmur, tetapi
jika kegiatan pengedaran dadah tidak dihapuskan, negara akan
jadi huru-hara
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
10. Program 5 MinitAnti Dadah
ISNIN BAHAYA MEROKOK
1. Jelaskan kepada murid-murid perkara-perkara berikut:
*
Sudah Pelajar bawah 18 tahun akan ditangkap kerana merokok
Belum dan sudah ramai orang mati kerana merokok
Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan,
tetapi ramai orang yang sanggup menggadaikan nyawa
Tandatangan Guru sengan merokok
Ada tiga bahan bahaya dalam setiap batang rokok iaitu
nikotin, karbon monoksid dan tar
Nikotin adalah sejenis dadah yang boleh menyebabkan
degupan jantung menjadi cepat, mengecutkan salur-salur
darah dan meninggikan tekanan darah
Karbon monoksid adalah sejenis gas yang boleh
menyebabkan keupayaan darah membawa oksigen
menurun. Bila darah kurang membawa oksigen, badan
akan menjadi letih dan mengantuk
Tar adalah bahan perangsang yang menyebabkan barah
paru-paru, usus atau mulut
2. RUMUSAN : Undang-undang di negara kita sudah memulakan
larangan merokok. Peraturan sekolah juga tetap melarang
pelajar merokok. Pelajar yang melanggar peraturan ini akan
dibuang sekolah
SELASA CARA MENGESAN KEGIATAN MEROKOK DAN
MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH
1. Biasanya kegiatan menagih dadah di sekolah dilakukan secara
* sulit tetapi kegiatan ini masih dapat dikesan jika terdapat :
Sudah Alat Suntikan
Belum Straw, sudu, pelepah betik
Mancis Lilin
Tembakau
Tandatangan Guru Rokok, rokok daun, timah rokok
Sudu
Limau Nipis
Tali
2. RUMUSAN : Barang-barang atau alat tersebut biasanya
disorok ditempat sulit. Cuba buat tinjauan
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3
11. Program 5 MinitAnti Dadah
RABU PERANAN PELAJAR MENGHAPUSKAN KEGIATAN
MEROKOK DAN MENGGUNAKAN DADAH DI SEKOLAH
1. Peranan pelajar adalah seperti berikut :
* Pilih seorang murid yang berkelakuan luar biasa dan
Sudah awasi gerak-gerinya sepanjang hari tanpa disedari
Belum Bantu sekolah menjalankan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah di sekolah
Beri nasihat secara tidak langsung kepada rakan-rakan
Tandatangan Guru sebaya supaya tidak merokok atau mencuba dadah
Jadikan diri sendiri sebagai murid contoh dalam segala
hal
2. RUMUSAN :Kerja mengawas perbuatan merokok dan
menggunakan dadah adalah bahaya. Sebaliknya jika anda
menyelamatkan rakan anda daripada terlibat dengan dadah,
bererti anda telah memberi sumbangan yang amat bermakna
KHAMIS CARA MEMPENGARUHI RAKAN SEBAYA SUPAYA
MENJAUHI DIRI DARI DADAH
1. Cara-caranya adalah seperti berikut :
* Sampaikan maklumat bahaya dadah kepada rakan sebaya
Sudah secara tidak langsung
Belum Mengajak rakan sebaya menyertai pelbagai aktiviti
kelab, persatuan dan sukan di sekolah
Rancang aktiviti berfaedah untuk menghabiskan masa
Tandatangan Guru cuti sekolah
Pujuk rakan sebaya yang bermasalah jumpa kaunselor
atau mana-mana guru yang dipercayai supaya dapat
berbincang
2. RUMUSAN : Untuk berjaya dalam usaha ini, anda mestilah
bersifat jujur, ikhlas, mesra, ambil berat dan simpati. Semua
sifat-sifat tersebut menyebabkan rakan sebaya yakin dan
percaya kepada anda
JUMAAT AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENJAUHKAN DIRI
DARI DADAH
1. Antara aktivitinya adalah seperti berikut :
* Libatkan diri dalam permainan tiap-tiap petang supaya
Sudah badan sentiasa sihat
Belum Adakan perkhemahan atau melancong dalam cuti sekolah
Penuhkan masa lapang dengan hobi
Anjurkan perkelahan atau kembara
Tandatangan Guru Aktiviti riadah yang berfaedah
2. RUMUSAN : Bila masa lapang kita penuhi dengan aktiviti yang
berfaedah, sudah pasti pengaruh dadah dapat anda jauhi
Unit Hem..PPDa Sekolah Kebangsaan Changkat Lada 3