Dokumen tersebut memberikan lima petua untuk menjaga sarung tangan sofbol agar tahan lama, termasuk jangan duduk atau meletakkan bola di atas sarung tangan, simpan bola di dalam sarung tangan bila tidak digunakan, bersihkan sarung tangan secara berkala, dan letakkan sarung tangan dengan poket menghadap ke atas."
1 of 10
More Related Content
5 petua mengekalkan sarung tangan sofbol tahan lama
1. 5 Petua Mengekalkan Sarung Tangan Sofbol Tahan Lama
Terdapat beberapa sebab mengapa menjaga sarung tangan sofbol anda
sangat penting?
Pertamanya, sarung tangan membantu anda menangkap atau menghentikan
lebih banyak bola untuk anda jika dijaga dengan baik. Keduanya, sarung
tangan sofbol harganya mahal dan jika dijaga dengan baik, anda tidak perlu
menggantikannya dengan yang baru. Ketiganya, menjaga sarung tangan
sofbol menunjukkan hormat, hargai dan bangga dengan penglibatan anda
dalam permainan sofbol, alat-alatan dan apa yang anda buat.
Di sini, terdapat lima panduan untuk mengekalkan sarung tangan sofbol anda
tahan lama untuk terus digunakan, iaitu:
1. Jangan duduk di atas sarung tangan sofbol anda. Hal ini seharusnya tidak
dilakukan. Jangan anda atau sesiapapun duduk di atas sarung tangan anda
atau sesiapapun.
2. Simpan sebiji bola sofbol dalam sarung tangan bila anda tidak
menggunakannya. Hal ini akan membantu mengelakkan sarung tangan
terhempap dalam bentuk yang pelbagai dalam beg, kereta atau mana-mana
anda letakkan bila tidak digunakan.
3. Jangan baling sarung tangan atau campakkan ke lantai (terutamanya atas
padang yang kotaor atau konkrit.
4. Bersihkan sarung tangan anda – bersihkan dengan menggunakan sedikit
sabun dan tuala lembab adalah lebih baik.
5. Bila meletakkan sarung tangan anda atas tanah/lantai, pastikan poket
sarung tangan anda menghala ke atas.
Posted by zar at 6:43 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Tips Softball
Thursday, November 4, 2010
Kemahiran Asas Sofbol 5: Pitching
Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu
pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi
pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab
itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan
padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang
lebih untuk menang.
2. Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh
perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam
melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.
Gaya Pitching
Terdapat dua gaya pitching iaitu:
1. Gaya Ayunan (Slingshot).
2. Gaya Kipas angin (Windmill).
Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh
kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk
daripada lakaran yang lebih besar.
Cara Melakukan Pitching
Gaya Ayunan (Slingshot).
Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang
wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas
tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill).
1.1 Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.
1.2 Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras
bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.
1.3 Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil
melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa
melintasi sisi peha.
Gaya Kipas Angin (Windmill).
2.1 Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan
yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan
bola ke dalam sarung tangan.
2.2 Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil
membongkokkan sedikit badannya.
2.3 Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola
ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.
2.4 Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil
memusingkan badan ke kanan sedikit.
3. 2.5 Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi
peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama,
pusingkan semula badan ke kanan.
Posted by zar at 4:09 AM 3 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Softball 5
Kemahiran Asas Sofbol 4: memadang (Pertahanan)
Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang
yang terdiri daripada 9 orang pemain. Pemadang mestilah berusaha
mematikan tiga orang penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka
mendapatkan giliran memukul. Oleh sebab itu, setiap pemadang mestilah
mempunyai kemahiran menangkap dan membaling bola dengan cepat dan
tepat.
1. Tugas pemadang:
- Pitcher - pitching bola dengan baik.
- membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola
melayang jauh.
- catcher - memberi panduan dan sokongan kepada pitcher.
- menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat
oleh pitcher.
- menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada
mendapatkan mata.
- pemadang bes 1 - menerima semua balingan yang diarahkan ke
bes 1.
- mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan.
- member sokongan kepada catcher kepada bola balingan
jauh.
- pemadang bes 2 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh
(tag) pelari di bes 2.
- bersedia menerima balingan bola daripada pemadang
luar.
- memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan 3.
4. - pemadang bes 3 - bersedia untuk mematikan atau menyentuh
(tag) pelari di bes 3.
- membantu catcher mematikan pelari daripada
mendapatkan mata.
- pemadang dekat - mematikan pelari dengan lemparan ke bes-
bes.
- membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3.
- membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha
mematikan pelari.
- pemadang luar (7,8 dan 9) - sentiasa bersedia untuk menangkap bola
pukulan jauh.
- sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul.
- bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan
pemukul.
- membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.
Posted by zar at 4:03 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Softball 4
Kemahiran Asas Sofbol 3: Larian Bes
Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di
antara kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling. Oleh
sebab itu, tindakan dan gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah
pantas dan tepat.
1. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes
pertama, kedua, ketiga dan plet rumah mengikut urutan dengan memijak
setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes
atau plet rumah atau dimatikan atau disentuh (tagging).
2. Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah
terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke
arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk
maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh
pemadang.
3. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas
balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada
tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).
5. 4. Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak
yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung
dengan pemadang.
5. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes
sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.
6. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes
hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya.
7. Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk
pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat
selepas tiga pemain Berjaya dimatikan.
8. Satu ‘inning’ dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran
memukul.
9. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa
yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada
peraturan kejohanan pihak penganjur.
Posted by zar at 4:01 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Softball 3
Kemahiran Asas Sofbol 2: Memukul
Di antara kemahiran-kemahiran dalam permainan sofbol, kemahiran memukul
adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. ‘Pitcher’ akan cuba
membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal untuk dipukul
oleh pemukul.
Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang,
pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan
permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang.
Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi
memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan yang ketara
bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran
memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul.
Pemukul mestilah menumpukan perhatian kepada bola yang akan dibaling
kerana balingan yang baik akan mencapai kelajuan 80 kmj. Penglihatan yang
baik serta kebolehan dan kepantasan bila, mana dan cara bola dibaling
adalah penting.
1. Persediaan Sebelum Memukul:
6. 1.1. Memegang ‘Bet’
- Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah
tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari
hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.
1.2 Gaya Dirian
- Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak
bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan
pada kedua-dua belah kaki.
2. Langkah-langkah Memukul
2.1 Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan
hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi paras
bahu.
2.2 Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki
depan digerakkan ke arah pembaling bola.
2.3 Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan
bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.
Contoh T-Off bagi latih tubi pemukul dalam kemahiran memukul bola sofbol.
Posted by zar at 3:59 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Softball 2
Wednesday, November 3, 2010
Kemahiran Asas Sofbol 1: Membaling dan Menangkap Bola
Membaling Bola
1. Cara Menggenggam bola:
7. Bola digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan
ibu jari.
Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.
Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.
2. Cara Melakukan Balingan:
Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah
di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola.
Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan
tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.
Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku
berada separas dengan bahu ke arah belakang.
3. Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat
badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan
tangan.
4. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola
dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini
sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).
Menangkap Bola
Menangkap bola adalah merupakan satu kemahiran penting dalam
permainan ini. Pemadang hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap
datangnya daripada berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti
deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun.
Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam
poket sarung tangan (untuk mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak
digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk menangkap bola
kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan muda dan
badannya.
1. Persediaan Menangkap Bola: Pemadang hendaklah sentiasa bersedia
dengan sarung tangan dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap
latihan atau pertandingan.
Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran
dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan
menangkap bola tersebut).
Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat
dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar
8. tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat
dilakukan dengan cepat.
Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling
dengan cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan
membaling adalah satu gerakan yang bersambungan.
2. Cara menangkap bola:
Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan
badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung
tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang.
Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah
berada di sisi pemain.
Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung
tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah.
Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke
bawah hingga mencecah tanah.
Posted by zar at 7:44 AM 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Softball 1
Peralatan Sofbol
Glove - sarung tangan untuk semua pemain.
Mit - sarung tangan untuk 'catcher' dan pemadang bes pertama.
Bola - bola kulit untuk pertandingan/bola getah untuk latihan.
Pemukul/'Bet' - daripada logam.
Adang Muka - untuk 'catcher' dan pengadil tapak rumah.
Adang Dada - untuk 'catcher' dan pengadil tapak rumah.
Adang Kaki - untuk 'catcher' dan pengadil tapak rumah.
Adang Kerongkong - untuk 'catcher' dan pengadil plet.
Topi Memukul - untuk pemukul dan pelari bes.
Ball Guard - untuk semua pemain lelaki.
Plet Rumah
Plet Pitcher
Plet Pertama
Plet Kedua
Plet Ketiga
Posted by zar at 2:30 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Labels: Softball Basic
Sejarah Perkembangan Sofbol di Malaysia
9. Peringkat Awal - dimainkan sebagai satu sukan rekreasi oleh mubaligh-
mubaligh Amerika (1939) di ACS Kampar, Perak.
Perang Dunia Kedua - permainan sofbol terhenti. Tetapi tentera Jepun yang
menggemari permainan ini telah meneruskannya dengan menggunakan bola
tenis.
Pada tahun 1960 - Mr. Jack Robinson telah mengadakan klinik Sofbol di seluruh
Tanah Melayu dalam usaha untuk menghidupkan semula permainan ini.
Berbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempopularkan permainan ini
termasuk memasukkannya ke dalam program MSSM namun masih tidak dapat
sambutan yang mengalakkan dari beberapa buah negeri.
Pada akhir tahun 1960an, negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang telah
mengambil inisiatif mempopularkan permainan ini antara tahun 1970 hingga
1973.
Pada tahun 1972, negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan
satu perjumpaan di Kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan
Persatuan Sofbol Malaysia (SAM), di mana Dato' Sri Haji Mohd Isa, Menteri Besar
Perak pada waktu itu sebagai pengerusi dan didaftarkan pada 16 Mac 1997.
Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan
serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perakk yang
hanya disertai oleh pasukan lelaki dari tiga buah negeri iaitu Perak, Pulau
Pinang dan Selangor.
Kemudian, beberapa buah negeri lain turut berminat menjadi anggota SAM
termasuk RAAF Softball Association of Malaysia.
Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN pertama telah diadakan di Kuala
Lumpur dan telah disertai oleh lima buah pasukan. Malaysia telah memperolehi
tempat ketiga.
Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan Sofbol buat pertama
kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila,
Filipina. Pada tahun tersebut, Kejohanan sofbol ASEAN untuk wanita yang
pertama juga telah diadakan.
Pada tahun 1979, permainan sofbol telah diterima bagi pertama kali
dimasukkan ke dalam sukan SEA. Malaysia hanya menyertai acara lelaki sahaja
dan berjaya menduduki tempat ketiga.
10. Pada tahun1982, pasukan Sofbol Wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan
Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.
Kini, permainan sofbol telah berkembang di seluruh tanah air.
Sumber: Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Sofbol, Jabatan Pelajaran Negeri
Johor.