1. Bismillahirahmanirahim..
Khalifah Usman ibn Affan r.a. berkata, "Hendaknya seorang mukmin merasa takut dalam
6 perkara iaitu :
1. Takut kepada Allah kalau-kalau Allah mencabut keimanan darinya.
2. Takut kepada malaikat khafadah kalau-kalau mereka menuliskan sesuatu yang
memalukan pada hari kiamat.
3. Takut kepada syaitan kalau-kalau dia merosak akan pahala amalnya.
4. Takut malaikat Izra'il kalau-kalau dia mencabut nyawa dalam keadaan lupa diri kepada
Allah.
5. Takut kepada dunia kalau-kalau dunia itu membuat dia terlena.
6. Takut kepada keluarganya sendiri kalau-kalau dia menyibukkan mereka dan mereka
pun menyibukkannya, sehingga mereka lupa akan mengingat Allah.
Catatan :
Malaikat Hafadhah ialah malaikat penulis amal sesuai dengan perkataan Usman ibn
Affan bahawa Ibnu Mas'ud suka berdoa dengan doa berikut ini.
愀リル
悸ル 菏 ル 愀 ル 愀ル
愀 菏 ル 愀 悋 愀 愀 ル 愀 ル 愀 愀 菏 ル 悋 愀 愀 ル 愀
愀
悸ル 愀 愀 ル 愀 愀 ル 愀 菏
悋 悋 悋愕悧 悋 悋 悋悋惘惠莝 惺 悋 悋悵 惘悸惺 悋愀惺
愀
愀 愀 愀 愀 愀 菏 愀
愀 悸ル 惶悸ル
愀ル愀 ル 愀 愀リル 愀 菏 愀 ル愀 菏 愀 菏 ル
ル 菏
惘悋悸 惡 忰莝 愀ル 悋 惺 愕 悋惺 悴 悋 悋悽莝
2. "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keimanan kepada~Mu yang tidak pernah pudar,
kenikmatan yang tidak pernah habis, bidadari syurga yang selalu suci dan berilah aku
kedudukan yang dapat mendampingi kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. di dalam syurga
yang paling tinggi dan kekal abadi."
[ Petikan dari Kitab Nashaihul Ibad karangan Ibnu Hajar al-Asqalani ]
Teman, jangan berpuas hati berada di jalan yang lurus sekarang, takut-takut ia bengkok di
penghujungnya. Biarlah lurus dan terus kekal lurus sampai ajal datang menjemput. Ingat
pesanan Rasulullah s.a.w., "Ada di kalangan kamu yang melakukan amalan ahli syurga
sehingga dia dengan syurga hanya tinggal sehasta untuk memasukinya, datang baginya
ketentuan maka dia berubah melakukan amalan ahli neraka. Lantas dia dimasukkan ke
dalam neraka!" [Riwayat Bukhari dan Muslim]