1. REFLEKSI
Tugasan Pengantar Linguistik Bahasa Melayu BMM3107 untuk semester empat
ini telah memberikan pengalaman baru bagi saya. Walaupun bidang linguistik ini telah
didedahkan pada semester satu bagi Pogram Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Julai 2008 yang lepas, namun tugasan kali ini telah memberi satu
pengalaman yang baru bagi saya.
Soalan tugasan ini telah diberikan pada 24 Julai yang lepas. Waktu yang
diberikan untuk menyiapkan tugasan ini ialah selama empat minggu. Sebelum saya
memulakan tugasan ini, saya telah mendapat taklimat dari pensyarah pembimbing iaitu
Encik Muhammad Khairi bin Mohamed Nor yang merupakan pensyarah bagi subjek
BMM 3107 ini. Beliau banyak berkongsi maklumat dan menerangkan bagaimana
pemprosesan menghasilkan tugasan BMM3107 ini seperti yang dikehendaki.
Penerangan awal tersebut membantu saya dalam membuat perancangan bagi
menjalankan tugasan ini dengan baik. Setelah saya memperolehi kertas tugasan
tersebut, saya bersama rakan saya Saiful Hisyam bin Mamat membahagikan tugas
dalam pencarian maklumat daripada internet berkaitan dengan topik-topik yang
diingini. Antaranya ialah sifat bahasa, sejarah perkembangan, struktur linguistik, faktor
luaran, variasi bahasa, linguistik gunaan dan lain-lain lagi. Pembahagian kerja ini
mempercepatkan lagi proses mengumpulkan maklumat.
Selain itu, saya mendapatkan beberapa buah buku rujukan iaitu buku pada
semester satu. Tambahan pula, saya turut mendapatkan buku berkaitan Linguistik
daripada Muhammad Hafeez bin Ismail sebagai rujukan untuk tugasan BMM3107 ini.
Setelah mengumpul maklumat, saya mendapatkan nasihat daripada pensyarah
subjek ini berkaitan dengan maklumat tersebut. Kerjasama yang diberikan memberi
idea dalam menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk grafik.
Setelah tugasan saya siap sebanyak 80 %, saya mendapatkan kritikan daripada
pensyarah pembimbing untuk saya lakukan penambahbaikan dan memurnikan lagi
tugasan sehingga siap untuk dihantar dan disemak.