ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
BBM 3206
SEMANTIK
0LEH :
PROF. MADYA DR. AHMAD
MAHMOOD BIN MUSANIF
KONSEP MAKNA
Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil
yang bermakna atau the smallest significant
unit of speech ialah perkataan.

Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa
terkecil yang bermakna adalah morfem.

Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran
pemikiran tentang konsep makna: aliran
anatikal @ referensial dan aliran operasional @
kontekstual.
PENGERTIAN MAKNA
SECARA ANATIKAL
 Menurut de Saussure (1959:67),bahasa
 terdiri daripada bunyi atau penanda
 (signifiant) dan makna atau petanda
 (signifie).

 Penanda adalah bayangan akustik,
 misalnya urutan bunyi m+e+j+a.
 Petanda adalah gambaran atau makna
 yang melambangkan bunyi meja.
Oleh itu, kata atau lambang linguistik
adalah bayangan akustik atau bunyi +
gambaran atau makna.
Ogden dan Richards (1949:11)
pula menerangkan makna dengan
memecahkannya kepada tiga
komponen melalui rajah tiga segi
semiotik.
Ullmann     (1962:57)    telah
mempermudah teori segi tiga
semiotik dengan melihat makna
sebagai hubungan resiprokal
antara nama dengan pengertian.
Pada hakikatnya, satu nama
boleh mempunyai lebih daripada
satu   pengertian  dan    juga
sebaliknya.
PENGERTIAN MAKNA
SECARA OPERASIONAL
 Stuart Chase (1938:7) menerangkan
 makna secara ‘operasional’, iaitu The
 true meaning of word is to be found by
 observing what the man does with it,
 not what he says about it.

 Wittgenstein   (1953)     menegaskan
 bahawa    makna   perkataan    adalah
 penggunaan perkataan dalam bahasa
 (the meaning of word is its use in the
 language).
TEORI SEMANTIK
 Teori adalah pendapat atau pandangan yang
 dikemukakan untuk menerangkan sesuatu
 perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar
 pembentukan sesuatu ilmu.

 Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar
 untuk menganalisis dan menghuraikan data
 bahasa.

 Teori semantik adalah teori yang dapat
 meletakkan makna pada setiap perkataan dan
 ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu
 bahasa.
TEORI SEMANTIK MESTI
MEMENUHI 3 SYARAT:

Mesti mencerap setiap makna perkataan
dan ayat, dan hubungan antara unsur
tersebut.

Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada
perkataan dan ayat.
Mesti mencirikan dan menjelaskan
hubungan      sistematis  antara
perkataan dan antara ayat, iaitu
hubungan sinonim, perangkuman
logis, penaabiran, pertentangan,
dan sebagainya.
KEPELBAGAIAN MAKNA
  (HUBUNGAN MAKNA DAN
  KATA-KATA)
Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang
sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratus
sama. Misalnya:

   jemput     =     undang
   kereta     =     motokar
   iktisad    =     ekonomi
   siasah     =     politik
   mangkat    =     mati
   biduan     =     penyanyi
   seniman    =     pelakon
Antonim:   Perkataan yang mempunyai
makna     yang     berlawanan  dengan
perkataan yang lain. Misalnya:

  malam        lwn      siang
  laut         lwn      darat
  menjual      lwn      membeli
  memberi      lwn      menerima
  tua          lwn      muda
  baru         lwn      lama
Antonim juga dapat dibentuk dengan
cara pengimbuhan, misalnya:

  progresif     lwn     regresif
  prasejarah    lwn     pascasejarah
  induktif      lwn     deduktif
  seniman       lwn     seniwati
Dari sudut ragamnya, antonim dapat
digolongkan kepada beberapa jenis:

  1.   Antonim komplementar
  2.   Antonim gradabel
  3.   Antonim relasional
  4.   Antonim resiprokal
POLISEM, HOMONIM, DAN
HIPONIM
 Polisem: Satu perkataan yang mempunyai
 banyak makna atau satu set makna yang
 berlainan. Misalnya, telur boleh bermakna
 ‘sesuatu yang dilahirkan oleh burung’, atau
 ‘markah kosong’, atau ‘benjol’, atau ‘hasil’,
 atau ‘sejenis karangan bunga’.

 Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan
 bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki
 ‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.
Homofon: Kata-kata yang sama bunyi,
tetapi berbeza ejaan dan maknanya.
Misalnya, menonton dengan menuntun,
dan golongan dengan gulungan.

Homograf: Kata-kata yang sama ejaan,
tetapi berbeza bunyi dan maknanya.
Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak
‘belukar’ atau ‘kusut’.
Hiponim:   Kata   yang     mempunyai
lingkungan atau pemeringkatan dalam
struktur makna. Misalnya kata bunga
yang mempunyai banyak jenis.
Ini menunjukkan kata bunga
merupakan satu golongan dan
cempaka, melur dsb. terdiri
sabagai anggotanya. Contoh
dalam BI seperti kata sheep.
Perubahan Makna
 Makna sesuatu perkataan atau
 ungkapan boleh berubah daripada
 yang asal kepada makna yang
 baharu. Namun antara unsur-unsur
 bahasa, maknalah yang paling kuat
 bertahan     terhadap      gejala
 perubahan     (Hashim      Musa,
 1994:77).
Antara faktor-faktor perubahan makna
   adalah :

   Perubahan makna kerana perkembangan
   bahasa itu sendiri.
   Perubahan makna kerana perubahan
   tanggapan penutur.
   Perubahan makna kerana perluasan
   maksud.
   Perubahan makna kerana pembatasan
   maksud.
   Perubahan makna kerana tujuan
   simbolik dan stilistik.
6753187 semantik

More Related Content

6753187 semantik

  • 1. BBM 3206 SEMANTIK 0LEH : PROF. MADYA DR. AHMAD MAHMOOD BIN MUSANIF
  • 2. KONSEP MAKNA Aristotle menyatakan bahawa unit terkecil yang bermakna atau the smallest significant unit of speech ialah perkataan. Dalam linguistik sekarang, unit tatabahasa terkecil yang bermakna adalah morfem. Menurut Ullmann (1962:55), ada dua aliran pemikiran tentang konsep makna: aliran anatikal @ referensial dan aliran operasional @ kontekstual.
  • 3. PENGERTIAN MAKNA SECARA ANATIKAL Menurut de Saussure (1959:67),bahasa terdiri daripada bunyi atau penanda (signifiant) dan makna atau petanda (signifie). Penanda adalah bayangan akustik, misalnya urutan bunyi m+e+j+a. Petanda adalah gambaran atau makna yang melambangkan bunyi meja.
  • 4. Oleh itu, kata atau lambang linguistik adalah bayangan akustik atau bunyi + gambaran atau makna.
  • 5. Ogden dan Richards (1949:11) pula menerangkan makna dengan memecahkannya kepada tiga komponen melalui rajah tiga segi semiotik.
  • 6. Ullmann (1962:57) telah mempermudah teori segi tiga semiotik dengan melihat makna sebagai hubungan resiprokal antara nama dengan pengertian.
  • 7. Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian dan juga sebaliknya.
  • 8. PENGERTIAN MAKNA SECARA OPERASIONAL Stuart Chase (1938:7) menerangkan makna secara ‘operasional’, iaitu The true meaning of word is to be found by observing what the man does with it, not what he says about it. Wittgenstein (1953) menegaskan bahawa makna perkataan adalah penggunaan perkataan dalam bahasa (the meaning of word is its use in the language).
  • 9. TEORI SEMANTIK Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.
  • 10. TEORI SEMANTIK MESTI MEMENUHI 3 SYARAT: Mesti mencerap setiap makna perkataan dan ayat, dan hubungan antara unsur tersebut. Mesti dapat meramalkan ketaksaan pada perkataan dan ayat.
  • 11. Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematis antara perkataan dan antara ayat, iaitu hubungan sinonim, perangkuman logis, penaabiran, pertentangan, dan sebagainya.
  • 12. KEPELBAGAIAN MAKNA (HUBUNGAN MAKNA DAN KATA-KATA) Sinonim: Kata-kata yang mempunyai makna yang sama. Maksud ‘sama’ tidak perlu seratus peratus sama. Misalnya: jemput = undang kereta = motokar iktisad = ekonomi siasah = politik mangkat = mati biduan = penyanyi seniman = pelakon
  • 13. Antonim: Perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan dengan perkataan yang lain. Misalnya: malam lwn siang laut lwn darat menjual lwn membeli memberi lwn menerima tua lwn muda baru lwn lama
  • 14. Antonim juga dapat dibentuk dengan cara pengimbuhan, misalnya: progresif lwn regresif prasejarah lwn pascasejarah induktif lwn deduktif seniman lwn seniwati
  • 15. Dari sudut ragamnya, antonim dapat digolongkan kepada beberapa jenis: 1. Antonim komplementar 2. Antonim gradabel 3. Antonim relasional 4. Antonim resiprokal
  • 16. POLISEM, HOMONIM, DAN HIPONIM Polisem: Satu perkataan yang mempunyai banyak makna atau satu set makna yang berlainan. Misalnya, telur boleh bermakna ‘sesuatu yang dilahirkan oleh burung’, atau ‘markah kosong’, atau ‘benjol’, atau ‘hasil’, atau ‘sejenis karangan bunga’. Homonim: Kata-kata yang sama ejaan dan bunyi, tetapi berbeza makna, misalnya daki ‘memanjat’ dengan daki ‘kotoran’.
  • 17. Homofon: Kata-kata yang sama bunyi, tetapi berbeza ejaan dan maknanya. Misalnya, menonton dengan menuntun, dan golongan dengan gulungan. Homograf: Kata-kata yang sama ejaan, tetapi berbeza bunyi dan maknanya. Misalnya, semak ‘periksa’ dengan semak ‘belukar’ atau ‘kusut’.
  • 18. Hiponim: Kata yang mempunyai lingkungan atau pemeringkatan dalam struktur makna. Misalnya kata bunga yang mempunyai banyak jenis.
  • 19. Ini menunjukkan kata bunga merupakan satu golongan dan cempaka, melur dsb. terdiri sabagai anggotanya. Contoh dalam BI seperti kata sheep.
  • 20. Perubahan Makna Makna sesuatu perkataan atau ungkapan boleh berubah daripada yang asal kepada makna yang baharu. Namun antara unsur-unsur bahasa, maknalah yang paling kuat bertahan terhadap gejala perubahan (Hashim Musa, 1994:77).
  • 21. Antara faktor-faktor perubahan makna adalah : Perubahan makna kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Perubahan makna kerana perubahan tanggapan penutur. Perubahan makna kerana perluasan maksud. Perubahan makna kerana pembatasan maksud. Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik.