1. Bidang Pembelajaran 7
Nilai Berkaitan Dengan Keamanan Dan
Keharmonian
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
7.2 Saling Membantu Dan Bekerjasama
7.3 Saling Menghormati Antara Negara
2. 7.1 Hidup Bersama Secara Aman
• Bermaksud hidup berbaik-baik antara satu
sama lain dengan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa
mengira agama,bangsa dan budaya.
3. Ciri-ciri Amalan Nilai Hidup Bersama Secara Aman
• Sentiasa hidup berbaik-baik antara satu
sama lain.
• Utamakan kedamaian dan keharmonian.
• Sentiasa menghormati individu tanpa kira
bangsa,agama dan budaya.
4. 7.2 Saling Membantu Dan Bekerjasama
• Bermaksud usaha yang baik dan membina
yang dilakukan bersama pada peringkat
individu,komuniti atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat.
5. Ciri-ciri Amalan Nilai Saling Membantu Dan
Bekerjasama
• Sentiasa berusaha untuk meningkatkan taraf
hidup dan berani menyahut seruan kerajaan.
• Berperanan untuk memajukan masyarakat
dan negara.
• Menjalinkan hubungan baik dengan negara-
negara lain .
6. 7.3 Saling Menghormati Antara Negara
• Bermaksud menghargai dan memuliakan
hubungan antara negara untuk menjamin
kesejahteraan sejagat.
7. Ciri-ciri Amalan Saling Menghormati Antara Negara
• Berhubungan baik dengan negara-negara lain.
• Menghargai keamanan dunia.
• Sentiasa memastikan dasar yang diamalkan
tidak mengugat keamanan sejagat.
• Menjaga kepentingan negara sendiri dan negara
lain.
• Sentiasa memuliakan dan menolong negara
jiran.