際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 60
ANALISIS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP)
2006-2010 DIGUBAL BERDASARKAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (2001-2010), RANCANGAN
MALAYSIA KE-9 (RMK9) DAN WAWASAN 2020:
ISU DAN PELAKSANAANNYA
Shahril @ Charil Hj. Marzuki
Universiti Pendidikan Sultan Idris
dan
Norfizah Hayati Ahmad, Muhammad Faizal A. Ghani
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Abstract
This article examines and analyzes critically the National Education Blueprint
(NEB) (PIPP) (2006- 2010) which has six main trusts: (i) building the nation and
people that is united and pround of its national identity, (ii) developing human
capital that is knowledgeable and skilled with an appreciation of pure values, (iii)
strengthening national schools, making national schools the main choice without
obstructing the development of vernacular schools, (iv) narrowing the education
gap in term of location, socio-economic status and students abilities so that all
schools and students will be given the same opportunities to achieve exellence, (v)
improving teaching profession, and (vi) accelerating excellence at educational
institution, through cluster schools (which are centres of excellence) so that they
will become showcase or model schools.Whether the NEB had been formulated
based on Vision 2020, which have nine main strategies, the Education
Development Plan ( 2001- 2010 ) which has four main thrusts, namely (i) increase
acess in education, (ii) increase equity in education, (iii) improve quality in
education, and (iv) improve efficiency and effectiveness of education management
and whilst the Ninth Malaysia Plan which has six core strategies namely (i)
improveing the access to and quality of the education system at all levels, (ii)
making national schools the school of choice, (iii) Producing tertiary institution of
international standing, (iv) nurturing top quality research and development and
scientific and innovation, and (v) Empowering women and youth and (vi) fostering
a society with strong values. It is also discussed the issues and implementation of
NEB.
Pada abad ke-21 ini, Malaysia sedang menghadapi cabaran dan tekanan hebat dalam
bidang ekonomi dan tenaga kerja. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi dan politik global
yang tidak menentu. Justeru, negara perlu melakukan satu anjakan yang besar bagi
membangunkan negara khususnya dalam bidang pendidikan, untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020. Negara perlu membangunkan modal insan secara menyeluruh yang bercorak
progresif, bermoral dan beretika tinggi bagi melahirkan tenaga kerja pengetahuan atau
knowledge worker. Malah, sebuah sistem pendidikan yang mampu membangunkan
masyarakat bersatu padu dan bertolerasi turut diperlukan kerana Malaysia merupakan sebuah
negara majmuk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 61
Bagi kebanyakan negara lain khususnya negara maju, fokus utama mereka untuk
melahirkan modal insan adalah lebih tertumpu kepada pembentukan kandungan kurikulum
dan kaedah penyampaian terhadap kandungan tersebut agar produk yang dilahirkan adalah
tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Namun, pendidikan di Malaysia
bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran murid, malah
skopnya lebih meluas. Pandangan tersebut dinyatakan dalam Penyata Razak (1956) yang
menegaskan sistem pendidikan di Malaysia turut digunakan sebagai alat untuk
menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum menerusi penggunaan bahasa
kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Implikasi daripada sistem pendidikan sebegitu rupa akan melahirkan corak
masyarakat yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 dan hasrat tersebut merupakan satu tugas
yang berat. Justeru, negara memerlukan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik dan
menyeluruh. Bertepatan dengan hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang menggariskan
halatuju dan strategi sistem pendidikan negara pada masa kini dan hadapan bagi mencapai
kualiti pendidikan yang bertaraf dunia.
ANALISIS KAITAN ANTARA PIPP 2006-2010 DENGAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA (PPM) 2001-2010, RANCANGAN MALAYSIA KE-9
(RMK9) DAN WAWASAN 2020
Seperti mana yang telah sedia maklum PIPP dilancarkan pada 6 Februari 2006.
Berdasarkan kronologi pelancaran PIPP, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991
dengan menyenaraikan beberapa cabaran mengenai bidang pendidikan. Begitu juga dengan
pembentukan teras-teras dalam PPM 2001-2010 adalah turut berlandaskan Wawasan 2020.
Selanjutnya, pada tahun 2006 kerajaan telah melancarkan RMK9 dengan menggariskan lima
teras untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
Persoalannya kini, adakah PIPP digubal berasaskan PPM 2001-2010, RMK9 dan Wawasan
2020? Jawapan kepada persoalan tersebut dapat dilihat dalam Jadual 1 menerusi
perbandingan terhadap teras-teras atau cabaran bagi setiap dasar tersebut.
Jadual 1. Teras Atau Cabaran Dalam PIPP, PPM, RMK9 dan Wawasan 2020
TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
Membina negara
bangsa
Membangun modal
insane
Memperkasakan
sekolah
kebangsaan
Meningkatkan
akses kepada
pendidikan
Meningkatkan
ekuiti
Meningkatkan
kualiti pendidikan
Meningkatkan
ekonomi dan
rantaian nilai yang
lebih tinggi
Meningkatkan
keupayaan
pengetahuan dan
inovasi serta
memupuk minda
Pembentukan
masyarakat yang
bersatu padu
Pembentukan
masyarakat yang
bebas, merdeka
dan cemerlang
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 62
Jadual 1. (Sambungan)
TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
Merapatkan
jurang
pendidikan
Memartabatkan
profesion
keguruan
Melonjakkan
kecemerlangan
institusi
pendidikan
Meningkatkan
tahap kecekapan
serta keberkesanan
pengurusan
pendidikan kelas
pertama
Menangani
masalah
ketidakseimbangan
sosio-ekonomi
yang berterusan
secara membina
dan produktif
Meningkatkan
tahap dan
kemampuan kualiti
hidup
Mengukuhkan
keupayaan institusi
dan pelaksanaan
Pembentukan
masyarakat demokratik
yang matang, berakhlak
mulia dan utuh
Pembinaan masyarakat
yang bermoral dan
beretika
Pembentukan
masyarakat yang
matang dab bersifat
liberal lagi toleran
Pembangunan
masyarakat saintifik,
berdaya cipta, maju dan
berpandangan jauh
Pembinaan masyarakat
penyayang
Pembentukan
masyarakat keadilan
ekonomik-sosial
Pembentukan
masyarakat dayasaing
dan makmur
Selanjutnya, artikel ini membincangkan asas pembentukan enam teras PIPP 2006-
2010 yang bersumberkan teras atau cabaran dalam Wawasan 2020, PPM 2001-2010 dan
RMK9. Ringkasan perbincangan ditunjukkan dalam jadual-jadual berikutnya.
TERAS 1: MEMBINA NEGARA BANGSA
Teras ini merupakan kesinambungan dasar yang terdapat dalam kesemua cabaran
dalam Wawasan 2020 serta satu teras dari RMK9. Membina negara bangsa yang merupakan
teras pertama dalam PIPP telah memberikan penumpuan kepada usaha untuk
menyatupadukan kaum serta merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun
2020. Hasrat tersebut amat bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme,
lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Ianya dicapai menerusi usaha-
usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional
dan bahasa ilmu. Di samping, memupuk semangat cintakan nilai sejarah Malaysia atau value
Malaysias heritage (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Realitinya, pembentukan teras ini turut selaras dengan cabaran yang terdapat dalam
Wawasan 2020 iaitu mewujudkan negara Malaysia bersatu yang berkongsi matlamat. Hasrat
tersebut dicapai menerusi pembentukan negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah
dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan didukung oleh satu
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 63
bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Kesemua
sembilan cabaran ini hanya dapat dicapai menerusi sistem pendidikan yang cekap dan
berkesan seperti mana yang ditegaskan dalam teras kedua RMK9 iaitu meningkatkan
keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Namun,
pembentukan teras pertama PIPP tidak berasaskan secara langsung kepada teras yang
terdapat dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 kerana pembentukan PPM
adalah kesinambungan daripada Dasar Wawasan Negara. Ringasan pembincangan
ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2. Perbandingan Teras Pertama Dalam PIPP Dengan PPM, RMK9 Dan Cabaran
Wawasan 2020
TERAS 2: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Pembangunan modal insan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang
berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis
pekerjaan. Bagi mencapai hasrat tersebut PIPP berusaha untuk meningkatkan kemahiran
belajar dan kompetensi dalam kalangan murid terhadap matapelajaran tertentu khususnya
Sains dan Matematik. Justeru, usaha memperkasakan kurikulum pembelajaran telah
dilaksanakan bagi melahirkan murid yang celik IT, berkemahiran untuk berfikir secara kreatif
dan kritis serta mampu bertindak secara rasional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Kerajaan juga telah memperkenalkan konsep sekolah bestari bagi melahirkan murid yang
kreatif dan berdaya saing.
TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
Membina
negara bangsa
Meningkatkan
keupayaan
pengetahuan
dan inovasi
serta memupuk
minda kelas
pertama
Pembentukan masyarakat yang
bersatu padu
Pembentukan masyarakat yang
bebas, merdeka dan cemerlang
Pembentukan masyarakat
demokratik yang matang,
berakhlak mulia dan utuh
Pembinaan masyarakat yang
bermoral dan beretika
Pembentukan masyarakat yang
matang dan bersifat liberal lagi
toleran
Pembangunan masyarakat
saintifik, berdaya cipta, maju dan
berpandangan jauh
Pembinaan masyarakat
penyayang
Pembentukan masyarakat
keadilan ekonomik-sosial
Pembentukan masyarakat
dayasaing dan makmur.
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 64
Begitu juga dengan agenda utama RMK9 yang menekankan pembentukan modal
insan dalam kalangan rakyat Malaysia. Penekanan kepada hasrat tersebut dinyatakan dalam
teras kedua dan ketiga yang lebih memfokuskan ke arah meningkatkan kapasiti pengetahuan
dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama dalam kalangan masyarakat. Dalam usaha
untuk melahirkan masyarakat yang bermentaliti kelas pertama antara usaha berikut yang
bercorak pendidikan akan dilaksanakan iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, memperkukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D),
inovasi serta memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi menegaskan perlunya negara
kepada hasrat tersebut ketika membentangkan ucaptamanya dalam majlis pelancaran RMK9
pada 31 Mac 2006.
Pembangunan modal insan yang berkualiti akan diperluas. Pendekatan perlu bercorak
holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal
intelektual didalam bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan. Pada masa yang
sama kita mesti membangunakan satu budaya yang progresif, diiringi dengan nilai-nilai
etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan modal insan mentaliti
kelas pertama. ( Utusan Malaysia, 1 April 2006)
Jadual 3. Perbandingan Teras Kedua dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran
Wawasan 2020
TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
 Membangun
modal insan
 Meningkatkan
kualiti
pendidikan
Meningkatkan
keupayaan
pengetahuan
dan inovasi
serta memupuk
minda kelas
pertama
 Meningkatkan
tahap dan
kemampuan
kualiti hidup
 Pembentukan masyarakat
yang bersatu padu
 Pembentukan masyarakat yang
bebas, merdeka dan cemerlang
 Pembentukan masyarakat
demokratik yang matang,
berakhlak mulia dan utuh
 Pembinaan masyarakat yang
bermoral dan beretika
 Pembentukan masyarakat yang
matang dan bersifat liberal lagi
toleran
 Pembangunan masyarakat
saintifik, berdaya cipta, maju
dan berpandangan jauh
 Pembinaan masyarakat
penyayang
 Pembentukan masyarakat
keadilan ekonomik-sosial
 Pembentukan masyarakat
dayasaing dan makmur
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 65
Berikut merupakan fokus utama untuk membangunkan modal insan sepanjang
tempoh RMK9 (Unit Perancang Ekonomi, JPM, 2006).
 Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa;
 Meningkatkan keupayaan minat murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran;
 Memupuk murid supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan diri;
 Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih menyeluruh;
 Memantapkan kajian dan penyelidikan pembangunan saintifik;
 Membentuk masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang utuh.
Selanjutnya, kesembilan cabaran dalam Wawasan 2020 menunjukkan bahawa asas
pembentukan PIPP adalah berdasarkan Wawasan 2020. Manakala, teras kedua dalam PPM
iaitu meningkatkan kualiti pendidikan adalah selaras dengan teras kedua dalam PIPP. Dalam
PPM, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah
satu cabaran terbesar untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menerusi
kewujudan ekonomi negara yang berpaksikan pengetahuan. Ringkasan perbincangan ini
dapat ditunjukkan dalam Jadual 3.
TERAS 3: MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN
Dalam PIPP usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) adalah tertumpu kepada
sekolah rendah. Ini disebabkan SK merupakan peringkat awal alam persekolahan bagi murid.
Justeru, SK berperanan sebagai asas untuk menyemai serta memupuk perpaduan dalam
kalangan kaum di Malaysia. Untuk mencapai hasrat tersebut, PIPP telah menggariskan
peranan SK sebagai institusi pendidikan pilihan kepada semua masyarakat tanpa mengganggu
pembangunan sekolah vernakular. Ini dilaksanakan menerusi proses pemantauan terhadap
kepimpinan SK, membangunkan infrastruktur sekolah dan menambah program pra-sekolah.
Misalnya, program pendidikan pra-sekolah yang diperkenalkan pada tahun 2005 dengan
bilangan enrolmen sebanyak 92,303 orang kanak-kanak berumur melebihi 5 tahun dengan
penyediaan sebanyak 3,868 buah bilik darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Penekanan terhadap pendidikan pra-sekolah turut ditekankan dalam PPM, RMK9 dan
Wawasan 2020. Ini disebabkan pendidikan yang mantap haruslah bermula dari peringkat
awal alam persekolahan.
Dalam RMK9, membaikpulih kualiti sistem pendidikan pada semua peringkat
pendidikan amat ditekankan. Ini dapat dilihat melalui terasnya yang kelima iaitu
mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. RMK9 juga mencadangkan agar SK
menjadi pilihan utama kepada semua masyarakat di negara ini. Antara tiga strategi utama
dalam RMK9 untuk memperkasakan sekolah kebangsaan adalah meningkatkan keupayaan
dan penguasaan ilmu pengetahuan agar sejajar dengan matlamat pendidikan, merancang
norma penempatan guru pada kadar 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru sekolah
rendah memiliki ijazah menjelang tahun 2010 dan merangka agar semua SK dibestarikan
atau pembestarian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Di samping itu juga, kerajaan
akan berusaha untuk mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar dengan
memastikan bahawa kemudahan asas sekolah mestilah disediakan secukupnya seperti mana
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 66
di kawasan bandar. Selain itu juga, cadangan penempatan bagi guru berpengalaman di
kawasan pedalaman akan diimplimentasikan pada masa terdekat. Ringkasnya, kesemua
perancangan tersebut menunjukkan kerajaan amat bersungguh untuk memperkasakan SK
bagi meningkatkan mutu sistem pendidikan yang sedia ada (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2006).
Namun, tiada satu cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dikaitkan secara langsung
dengan pembentukan teras ketiga dalam PIPP walaupun tumpuan Wawasan 2020 adalah
untuk membangunkan masyarakat Malaysia. Kenyataan ini dapat digambarkan dalam Jadual
4.
Dalam teras pertama PPM iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan adalah selaras
dengan teras pertama PIPP. Begitu juga dengan terasnya yang keempat iaitu meningkatkan
tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan sehingga berjaya mencapai satu
tahap yang tinggi bagi menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Jadual 4.Perbandingan Teras Ketiga dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan
2020
TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan
1999)
Memperkasakan
sekolah
kebangsaan
 Meningkatkan kualiti
pendidikan
Meningkatkan tahap
kecekapan serta
keberkesanan pengurusan
pendidikan
Mengukuhkan
keupayaan
institusi dan
pelaksanaan.
TERAS 4: MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada
pembinaan sekolah di kawasan bandar yang merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi utama
negara. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar agak terhad. Situasi tersebut
menyebabkan wujud ketidaksamarataan dari aspek bilangan sekolah di kawasan bandar dan
luar bandar. Selain itu, wujud juga jurang antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf ekonomi,
tahap keupayaan murid serta jurang digital. Usaha untuk merapatkan jurang pendidikan telah
lama dijalankan semenjak RMK3 dan tugas tersebut belum selesai dan akan terus diberikan
keutamaan dalam RMK9. Begitu juga dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 yang
bertujuan untuk membentuk masyarakat keadilan ekonomik-sosial. Cabaran ini merupakan
tanggung jawab kerajaan untuk mengurangkan atau merapatkan jurang dalam kalangan
masyarakat Malaysia.
Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga ada menyentuh tentang merapatkan
jurang perbezaan pendidikan antara sekolah beruntung dengan sekolah kurang beruntung. Hal
ini ada diterangkan dalam teras pertama dan kedua iaitu meningkatkan akses kepada
pendidikan dan juga meningkatkan ekuiti dalam pendidikan. Untuk memastikan agar jurang ini
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 67
dapat dikurangkan kerajaan sedaya upaya berusaha mengenalpasti masalah serta cuba
mengatasi masalah-masalah yang timbul. Misalannya bagi sekolah kurang murid, kerajaan
cuba melengkapkan dan membaik pulih kemudahan asas bangunan sekolah yang daif dan juga
sekolah-sekolah luar bandar. Kerajaan bersedia membina asrama bagi murid yang tinggal jauh
di pedalaman bagi memudahkan mereka tinggal berdekatan dengan sekolah serta mewujudkan
suasana sekolah yang kondusif agar murid berminat untuk ke sekolah. Menurut RMK9
sebanyak 321 projek telah dirancang untuk dibina dalam tempoh tersebut dan dijangka dapat
menempatkan seramai 73,400 penghuni ( Unit Perancang Ekonomi, JPM, 2006).
Bagi mempersiapkan negara kita untuk menjadi negara maju menjelang 2020, masalah
keciciran dikalangan pelajar akan menjadi serius sekiranya ia tidak berjaya ditangani. Ini
adalah kerana pelajar sekarang adalah generasi pelapis untuk pembangunan negara pada masa
hadapan. Menurut statistik PPM, bilangan keciciran semakin meningkat dari tahun 1998
sehingga tahun 2000. Masalah keciciran dikalangan orang asli juga serius. Bilangan orang asli
yang tercicir dan tidak menamatkan sekolah diperingkat rendah adalah tinggi iaitu 62.0
peratus. Fenomena ini jika tidak ditangani secara serius akan menimbulkan impak besar
kepada ketidakseimbangan taraf pendidikan dan sosial orang asli dalam negara.
Oleh kerana itu, terdapat program-program yang diperuntukkan khas untuk menarik
minat orang asli agar mereka berusaha untuk maju dalam bidang pendidikan. Program seperti
KIA2M telah diperkenal dengan bertujuan untuk mengatasi masalah buta huruf kerana
menurut perangkaan, masalah keciciran murid menguasai kemahiran asas membaca dan
menulis adalah amat membimbangkan. Kajian Kementerian Pelajaran mendapati 138,271
murid tahun satu di Semenanjung Malaysia dengan 35.52 peratus keseluruhannya gagal
mengecam dan mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan serta
ayat tunggal dengan betul dan memahami perkara yang dibaca. Hal ini diumumkan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Ahamad Sipon yang mempunyai wawasan jauh
membantu generasi muda agar celik huruf dan menguasai kemahiran itu sepenuhnya ( Utusan
Malaysia, 3 Mac 2006).
Dalam hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang, program pendidikan khas
telah diperluaskan ke seluruh negara. Adalah dipercayai masih ramai ibubapa yang mempunyai
anak-anak istimewa tidak menghantar mereka ke sekolah. Oleh itu untuk mengatasi masalah
ini Program Pendidikan Khas dan meningkatkan peranan orang perseorangan serta pertubuhan
bukan kerajaan untuk berkongsi membiayai program pendidikan khas negara ini adalah amat
digalakkan.
Jadual 5. Perbandingan Teras Keempat dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran
Wawasan 2020.
TERAS-TERAS RANCANGAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
 Merapatkan
jurang
pendidikan
 Meningkatkan
akses kepada
pendidikan,
 Meningkatkan
ekuiti,
 Menangani masalah
ketidakseimbangan
sosio-ekonomi yang
berterusan secara
membina dan
produktif.
 Pembentukan masyarakat yang
bersatu padu
 Pembinaan masyarakat penyayang
 Pembentukan masyarakat keadilan
ekonomik-sosial
 Pembentukan masyarakat daya saing
dan makmur.
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 68
Teras keempat PIPP juga dibentuk berasaskan kepada RMK9 iaitu menangani
masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.
Manakala bagi Wawasan 2020, cabaran kepada pembentukan masyarakat bersatu padu,
pembinaan masyarakat penyayang, pembentukan masyarakat keadilan ekonomik dan
pembentukan masyarakat berdaya saing dan makmur adalah selaras dengan teras PIPP
berkenaan (Jadual 5).
TERAS 5: MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN
Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan
guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peranan guru yang suatu
masa dahulu hanyalah sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar adalah tidak lagi
relevan. Sebaliknya peranan guru kini adalah lebih luas dan mencabar. Guru haruslah kreatif,
inovatif, pemudahcara dan juga sumber inspirasi kepada pelajar. Sehubungan itu untuk
meningkat martabat profesion ini KPM telah berusaha dari segi menambah baik sistem
pemilihan calon guru. Hal ini sangat penting kerana hanya guru yang komited sahaja mampu
untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Syarat-syarat
pengambilan guru kini telah diperketatkan bagi memastikan pemilihan calon yang benar-
benar berkualiti sahaja dapat dibuat. Selain daripada itu KPM juga dalam perancangan
memantapkan latihan perguruan dengan menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut
Pendidikan Guru (IPG) dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut
Aminudin Baki (IAB) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Memantapkan kerjaya guru melalui program-program latihan dan menambahkan
perjawatan dan peluang naik pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di
Kementerian, Jabatan dan Pejabat Daerah. Menambahbaik persekitaran kerja serta kebajikan
guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru
mengikut opsyen dan keperluan dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber
manusia. Kesemuanya ini adalah antara usaha-usaha KPM dalam meningkatkan martabat
profesion keguruan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Perancangan-perancangan ini semuanya sukar djalankan sekiranya peruntukan
kewangan tidak disediakan. Oleh itu melalui RMK9, kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM310 juta berhubung dengan pelaksanaan projek pendidikan guru.
Teras ketiga dan keempat dalam PPM iaitu meningkatkan kualiti pendidikan dan
meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan juga menekankan
kepada memartabatkan profesion keguruan dalam PIPP usaha ke arah menghasilkan sistem
pendidikan bertaraf dunia telahpun diperkenalkan dalam Pembangunan Pendidikan lagi.
Secara tidak langsung sekiranya sistem pendidikan kita dapat berdiri sama rata dengan taraf
pendidikan dari negara-negara maju, kedudukan profesion ini juga akan dihormati.
Walau bagaimana pun pembentukan teras kelima PIPP tidak berasaskan kepada
Wawasan 2020. Lihat Jadual 6.
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 69
Jadual 6. Perbandingan Teras Kelima dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran
Wawasan 2020.
TERAS 6: MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN
Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan
negara, dasar KPM mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat
serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaiatu
mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Dalam hal ini kerana pada masa ini
terdapat pelbagai sekolah dalam sistem pendidikan negara.
Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat
dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan
sistem pendidikan negara disamping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat
Kecemerlangan Pendidikan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Berdasarkan kepada perbandingan yang telah dibuat secara jadual dan ulasan, adalah
jelas bahawa teras keenam ini adalah digubal berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan,
Wawasan 2020 dan juga Rancangan Malaysia Ke 9. Ini dapat ditunjukkan melalui jadual 7
dibawah.
TERAS-TERAS RANCANGAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
Memartabatkan
profesion
keguruan
Meningkatkan
kualiti
pendidikan
meningkatkan
tahap kecekapan
serta
keberkesanan
pengurusan
pendidikan
Meningkatkan ekonomi dan
rantaian nilai yang lebih
tinggi
Meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi
serta memupuk minda kelas
pertama.
Menangani masalah
ketidakseimbangan sosio-
ekonomi yang berterusan
secara membina dan
produktif.
Meningkatkan tahap dan
kemampuan kualiti hidup.
Mengukuhkan keupayaan
institusi dan pelaksanaan.
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 70
Jadual 7. Perbandingan Teras-keenam dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran
Wawasan 2020.
Berdasarkan kepada analisis dan perbincangan di atas adalah jelas bahawa PIPP
adalah di gubal berdasarkan dan berasaskan Wawasan 2020, Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPM) ( 2001-2010) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) . Ini dapat
diterangkan melalui Rajah 1 di bawah.
Rajah 1. Kerangka hubungan antara PIPP, Wawasan 2020, Pelan Pembangunan
Pendidikan (2001-2010), dan RMK Ke-9).
ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PIPP
Dalam membina sebuah negara bangsa, fokus utama adalah perpaduan, mempunyai
jatidiri serta bangga menjadi rakyat Malaysia. Hal in dapat dibina melalui sistem pendidikan
dengan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di senua sisten
persekolahan. Namun begitu persoalan yang timbul adakah Bahasa Malaysia mampu
menjadi alat perpaduan negara ?. Kejayaan negara masakini banyak tertumpu kepada
TERAS-TERAS RANCANGAN
PIPP
(2006-2010)
PPM
(2001-2010)
RMK9
(2006-2010)
Wawasan 2020
(dilancarkan 1999)
Melonjakkan
kecemerlangan
institusi
pendidikan
Meningkatkan akses
kepada pendidikan,
meningkatkan ekuiti,
meningkatkan kualiti
pendidikan
meningkatkan tahap
kecekapan serta
keberkesanan pengurusan
pendidikan
Meningkatkan
keupayaan
pengetahuan dan
inovasi serta
memupuk minda
kelas pertama.
Pembangunan
masyarakat saintifik,
berdaya cipta, maju
dan berpandangan
jauh.
Pembentukan
masyarakat
dayasaing dan
makmur.
PIPP
(2006-2010)
PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
(2001-2010)
WAWASAN
2020
RMK9
(2006-2010)
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 71
persaingan dalam ekonomi dan geo-politik dunia pada masa kini dan masa depan. Selain
Bahasa Malaysia negara haruslah juga mengutamakan bahasa lain seperti bahasa Inggeris,
Arab, Perancis, German, Cina dan Jepun dalam pendidikan agar kita tidak jauh ketinggalan
dalam memperolehi ilmu pengetahuan dalam perbagai bidang terutama Sains dan
Teknologi. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam beberapa matapelajaran terutama mata
pelajaran Matematik dan Sains di sekolah tidak akan menjadikan kita kurang patriotik, tapi
sebaliknya dapat membantu kita dalam proses perolehan ilmu yang lebih tinggi dan mantap.
Hal ini dapat membantu kita bersaing dengan negara  negara lain kerana pembentukan
negara bangsa akan menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi.
Dalam pembentukan pembangunan modal insan, negara haruslah melengkapkan
generasi yang akan datang dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam Matematik dan Sains
serta cuba menembusi dunia melalui kemajuan dunia teknologi dan kewangan dan ICT.
Dengan memperkukuhkan modal insan, secara tidak langsung akan menggalakkan
peningkatan produktiviti negara sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik disamping
mewujudkan peluang pekerjaan. Bagi negara yang mempunyai sumber alam yang rendah
seperti Singapore , Taiwan Korea Selatan dan Jepun mereka berjaya membuktikan bahawa
pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding dengan
negara maju lain. Rakyatnya mempunyai kesetiaan yang tinggi bukan setakat kepada
negaranya malah kepada pekerjaannya juga ( Shahril & Habib , 1999).
Dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan, kepimpinan Pengetua atau Guru
Besar adalah aspek yang penting untuk melihat kejayaan sesebuah sekolah. Apabila sesebuah
sekolah itu cemerlang dari pelbagai sudut; pentadbiran, akademik dan ko kurikulum secara
tidak langsung akan meningkatkan rasa yakin ibu bapa terhadap sekolah berkenaan. Selain
daripada itu tumpuan terhadap usaha dalam meningkatkan kerjaya perguruan dan
menyediakan graduan yang dikehendaki pasaran melalui usaha menambah kemahiran dan
kecekapan mereka dalam teknologi maklumat dan komunikasi harus diberikan , sebanyak
RM40 bilion telah diperuntukkan bagi pendidikan dan latihan.
Tumpuan terhadap pembangunan modal insan juga dapat mengurangkan jurang
pendidikan serta taraf hidup antara masyarakat bandar dan luar bandar. Mungkin ramai yang
tidak menyedari bahawa jurang ini semakin melebar. Dalam bidang pendidikan sebagai
contoh, walaupun ada di antara sekolah luar bandar yang mempamerkan prestasi lebih baik
berbanding sebelum ini, secara keseluruhannya perbezaan masih ketara berikutannya kurang
kemudahan serta guru berpengalaman mengjar di sekolah di luar bandar dan pedalaman (
Shahril Marzuki, 2005).
Antara usaha KPM dalam mengurangkan jurang pendidikan dikalangan rakyat
Malaysia adalah dengan memberi penumpuan terhadap kemudahan infrastuktur sehingga ke
kawasan luar bandar. Selain daripada itu jumlah guru terlatih juga telah diperbanyakkan ke
kawasan-kawasan pedalaman serta memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang
memerlukannya. Kesemua usaha ini sekiranya dijayakan mengikut perancangan boleh
menemui kejayaan namun permasalahan mungkin akan timbul di mana guru-guru yang
ditempatkan di kawasan pedalaman tidak dijaga kebajikannya. Hal seumpama ini haruslah
diambilkira kerana guru adalah pelaksana dalam sistem pendidikan kita. Sekiranya kebajikan
mereka tidak dijaga, masalah lain mungkin akan timbul (Sufean Hussin, 2004 ).
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 72
Dalam memartabatkan profesion keguruan, KPM telah mencadangkan menambahbaik
perjawatan guru, menambah perjawatan dan perluasan kenaikan pangkat dan
menambahbaikan persekitaran tempat kerja. Walaupun terdapat cadangan agar guru-guru
ditempatkan mengikut opsyen dan keperluan, namun memandangkan keperluan guru masih
tidak mencukupi bagi matapelajaran-matapelajaran tertentu, maka terdapat guru yang
terpaksa mengajar matapelajaran yang bukan opsyen mereka. Sekiranya perkara ini
berlanjutan, maka P&P tidak dapat dijalankan dengan cara berkesan. Beban kerja guru yang
semakin bertambah juga akan memberi kesan kepada prestasi guru berkenaan.
Kesimpulannya dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, banyak aspek haruslah
diambilkira agar kedua-dua pihak iaitu KPM dan juga guru berpuashati.
Dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan mampukah Pengetua dan Guru
Besar menyahut cabaran dalam menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah berwatak,
berkesan dan cemerlang seperti yang diharapkan oleh KPM didalam merangka sekolah
kluster ini .
Akhir sekali didapati jangka masa pelaksanan PIPP adalah terlalu singkat iaitu
selama lima tahun sahaja, adalah agak mustahal ke enam- enam teras dalam PIPP ini dapat
di laksanakan dengan constraint masa, kewangan, sumber manusia dan faktor lain ,
walaubagaima pun jika PIPP ini tidak dapat tercapai dan di laksankan sepenuh , adalah di
cadangkan agar PIPP ini di gubal semula untuk di jadi kan sebagai Pelam Strategi PIPP
Jangka Panjang . Walau bagaiman pun kesemuanya akan terjawab menjelang tahun 2010
akan datang.
KESIMPULAN
Kejayaan PIPP adalah bergantung kepada kefahaman dan komitmen kesemua warga
KPM terhadap dasar dan strategi pelaksaanya . PIPP adalah penting kerana ia akan
menyediakan asas yang kukuh untuk melonjatkatkan sistem pendidikan negara ke tahap yang
lebih tinggi dan bertaraf dunia . Ia nya juga akan menyediakan modal insan yang sempurna
secara menyeluruh bagi menjamin Wawasan 2020 dapat di capai.
RUJUKAN
Kad laporan pelaksanaan pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010.
http://www.moe.gov.my 20 Okt 2007, 10-26.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP
2006- 2010), Kualalumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pelan pembangunan pendidikan (2001- 2010 ),
Perancangan bersepadu penjana kecermelanganPendidikan, Kuala Lumpur,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Shahril @ Charil bin Marzuki dan Habib Mat Som ( 1999), Pendidikan di Malaysai, Isu dan
cabaran, Kuala lumpur, Utusan Publication & Distribution.
Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 73
Shahril @ Charil bin Marzuki ( 2005 ), Mengurus kewangan sekolah, Kuala Lumpur, PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Yang Pei Keng, (2003). National education after 44 years Part 1,
http://www.johorebar.org.my/content/view/101/27/, 27.7.07.
Sistem pendidikan halatuju pendidikan. http://www.moe.gov.my
Sufean Hussin (ed), (2004), Dasar pembangunan pendidikan di Malaysia, Kualalumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Unit Perancangan Ekonomi ( 2006), Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010), Kuala
Lumpur, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
o000o

More Related Content

750 2508-1-pb

  • 1. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 60 ANALISIS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) 2006-2010 DIGUBAL BERDASARKAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2001-2010), RANCANGAN MALAYSIA KE-9 (RMK9) DAN WAWASAN 2020: ISU DAN PELAKSANAANNYA Shahril @ Charil Hj. Marzuki Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Norfizah Hayati Ahmad, Muhammad Faizal A. Ghani Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Abstract This article examines and analyzes critically the National Education Blueprint (NEB) (PIPP) (2006- 2010) which has six main trusts: (i) building the nation and people that is united and pround of its national identity, (ii) developing human capital that is knowledgeable and skilled with an appreciation of pure values, (iii) strengthening national schools, making national schools the main choice without obstructing the development of vernacular schools, (iv) narrowing the education gap in term of location, socio-economic status and students abilities so that all schools and students will be given the same opportunities to achieve exellence, (v) improving teaching profession, and (vi) accelerating excellence at educational institution, through cluster schools (which are centres of excellence) so that they will become showcase or model schools.Whether the NEB had been formulated based on Vision 2020, which have nine main strategies, the Education Development Plan ( 2001- 2010 ) which has four main thrusts, namely (i) increase acess in education, (ii) increase equity in education, (iii) improve quality in education, and (iv) improve efficiency and effectiveness of education management and whilst the Ninth Malaysia Plan which has six core strategies namely (i) improveing the access to and quality of the education system at all levels, (ii) making national schools the school of choice, (iii) Producing tertiary institution of international standing, (iv) nurturing top quality research and development and scientific and innovation, and (v) Empowering women and youth and (vi) fostering a society with strong values. It is also discussed the issues and implementation of NEB. Pada abad ke-21 ini, Malaysia sedang menghadapi cabaran dan tekanan hebat dalam bidang ekonomi dan tenaga kerja. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi dan politik global yang tidak menentu. Justeru, negara perlu melakukan satu anjakan yang besar bagi membangunkan negara khususnya dalam bidang pendidikan, untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Negara perlu membangunkan modal insan secara menyeluruh yang bercorak progresif, bermoral dan beretika tinggi bagi melahirkan tenaga kerja pengetahuan atau knowledge worker. Malah, sebuah sistem pendidikan yang mampu membangunkan masyarakat bersatu padu dan bertolerasi turut diperlukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara majmuk (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
  • 2. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 61 Bagi kebanyakan negara lain khususnya negara maju, fokus utama mereka untuk melahirkan modal insan adalah lebih tertumpu kepada pembentukan kandungan kurikulum dan kaedah penyampaian terhadap kandungan tersebut agar produk yang dilahirkan adalah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Namun, pendidikan di Malaysia bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran murid, malah skopnya lebih meluas. Pandangan tersebut dinyatakan dalam Penyata Razak (1956) yang menegaskan sistem pendidikan di Malaysia turut digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum menerusi penggunaan bahasa kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Implikasi daripada sistem pendidikan sebegitu rupa akan melahirkan corak masyarakat yang dihasratkan dalam Wawasan 2020 dan hasrat tersebut merupakan satu tugas yang berat. Justeru, negara memerlukan satu sistem pendidikan yang lebih sistematik dan menyeluruh. Bertepatan dengan hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang menggariskan halatuju dan strategi sistem pendidikan negara pada masa kini dan hadapan bagi mencapai kualiti pendidikan yang bertaraf dunia. ANALISIS KAITAN ANTARA PIPP 2006-2010 DENGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPM) 2001-2010, RANCANGAN MALAYSIA KE-9 (RMK9) DAN WAWASAN 2020 Seperti mana yang telah sedia maklum PIPP dilancarkan pada 6 Februari 2006. Berdasarkan kronologi pelancaran PIPP, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991 dengan menyenaraikan beberapa cabaran mengenai bidang pendidikan. Begitu juga dengan pembentukan teras-teras dalam PPM 2001-2010 adalah turut berlandaskan Wawasan 2020. Selanjutnya, pada tahun 2006 kerajaan telah melancarkan RMK9 dengan menggariskan lima teras untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Persoalannya kini, adakah PIPP digubal berasaskan PPM 2001-2010, RMK9 dan Wawasan 2020? Jawapan kepada persoalan tersebut dapat dilihat dalam Jadual 1 menerusi perbandingan terhadap teras-teras atau cabaran bagi setiap dasar tersebut. Jadual 1. Teras Atau Cabaran Dalam PIPP, PPM, RMK9 dan Wawasan 2020 TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Membina negara bangsa Membangun modal insane Memperkasakan sekolah kebangsaan Meningkatkan akses kepada pendidikan Meningkatkan ekuiti Meningkatkan kualiti pendidikan Meningkatkan ekonomi dan rantaian nilai yang lebih tinggi Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda Pembentukan masyarakat yang bersatu padu Pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang
  • 3. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 62 Jadual 1. (Sambungan) TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan profesion keguruan Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan kelas pertama Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan Pembentukan masyarakat demokratik yang matang, berakhlak mulia dan utuh Pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika Pembentukan masyarakat yang matang dab bersifat liberal lagi toleran Pembangunan masyarakat saintifik, berdaya cipta, maju dan berpandangan jauh Pembinaan masyarakat penyayang Pembentukan masyarakat keadilan ekonomik-sosial Pembentukan masyarakat dayasaing dan makmur Selanjutnya, artikel ini membincangkan asas pembentukan enam teras PIPP 2006- 2010 yang bersumberkan teras atau cabaran dalam Wawasan 2020, PPM 2001-2010 dan RMK9. Ringkasan perbincangan ditunjukkan dalam jadual-jadual berikutnya. TERAS 1: MEMBINA NEGARA BANGSA Teras ini merupakan kesinambungan dasar yang terdapat dalam kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 serta satu teras dari RMK9. Membina negara bangsa yang merupakan teras pertama dalam PIPP telah memberikan penumpuan kepada usaha untuk menyatupadukan kaum serta merealisasikan Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Hasrat tersebut amat bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Ianya dicapai menerusi usaha- usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Di samping, memupuk semangat cintakan nilai sejarah Malaysia atau value Malaysias heritage (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Realitinya, pembentukan teras ini turut selaras dengan cabaran yang terdapat dalam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan negara Malaysia bersatu yang berkongsi matlamat. Hasrat tersebut dicapai menerusi pembentukan negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil dan didukung oleh satu
  • 4. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 63 bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Kesemua sembilan cabaran ini hanya dapat dicapai menerusi sistem pendidikan yang cekap dan berkesan seperti mana yang ditegaskan dalam teras kedua RMK9 iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Namun, pembentukan teras pertama PIPP tidak berasaskan secara langsung kepada teras yang terdapat dalam Pembangunan Pendidikan Malaysia 2001-2010 kerana pembentukan PPM adalah kesinambungan daripada Dasar Wawasan Negara. Ringasan pembincangan ditunjukkan dalam Jadual 2. Jadual 2. Perbandingan Teras Pertama Dalam PIPP Dengan PPM, RMK9 Dan Cabaran Wawasan 2020 TERAS 2: MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Pembangunan modal insan bertujuan untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang berpengetahuan dan berkepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Bagi mencapai hasrat tersebut PIPP berusaha untuk meningkatkan kemahiran belajar dan kompetensi dalam kalangan murid terhadap matapelajaran tertentu khususnya Sains dan Matematik. Justeru, usaha memperkasakan kurikulum pembelajaran telah dilaksanakan bagi melahirkan murid yang celik IT, berkemahiran untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Kerajaan juga telah memperkenalkan konsep sekolah bestari bagi melahirkan murid yang kreatif dan berdaya saing. TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Membina negara bangsa Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama Pembentukan masyarakat yang bersatu padu Pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang Pembentukan masyarakat demokratik yang matang, berakhlak mulia dan utuh Pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika Pembentukan masyarakat yang matang dan bersifat liberal lagi toleran Pembangunan masyarakat saintifik, berdaya cipta, maju dan berpandangan jauh Pembinaan masyarakat penyayang Pembentukan masyarakat keadilan ekonomik-sosial Pembentukan masyarakat dayasaing dan makmur.
  • 5. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 64 Begitu juga dengan agenda utama RMK9 yang menekankan pembentukan modal insan dalam kalangan rakyat Malaysia. Penekanan kepada hasrat tersebut dinyatakan dalam teras kedua dan ketiga yang lebih memfokuskan ke arah meningkatkan kapasiti pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama dalam kalangan masyarakat. Dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bermentaliti kelas pertama antara usaha berikut yang bercorak pendidikan akan dilaksanakan iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memperkukuhkan keupayaan sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D), inovasi serta memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi menegaskan perlunya negara kepada hasrat tersebut ketika membentangkan ucaptamanya dalam majlis pelancaran RMK9 pada 31 Mac 2006. Pembangunan modal insan yang berkualiti akan diperluas. Pendekatan perlu bercorak holistik dan memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran, modal intelektual didalam bidang seperti sains, teknologi dan keusahawanan. Pada masa yang sama kita mesti membangunakan satu budaya yang progresif, diiringi dengan nilai-nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dimaksudkan dengan modal insan mentaliti kelas pertama. ( Utusan Malaysia, 1 April 2006) Jadual 3. Perbandingan Teras Kedua dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020 TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Membangun modal insan Meningkatkan kualiti pendidikan Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup Pembentukan masyarakat yang bersatu padu Pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang Pembentukan masyarakat demokratik yang matang, berakhlak mulia dan utuh Pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika Pembentukan masyarakat yang matang dan bersifat liberal lagi toleran Pembangunan masyarakat saintifik, berdaya cipta, maju dan berpandangan jauh Pembinaan masyarakat penyayang Pembentukan masyarakat keadilan ekonomik-sosial Pembentukan masyarakat dayasaing dan makmur
  • 6. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 65 Berikut merupakan fokus utama untuk membangunkan modal insan sepanjang tempoh RMK9 (Unit Perancang Ekonomi, JPM, 2006). Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa; Meningkatkan keupayaan minat murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran; Memupuk murid supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan diri; Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih menyeluruh; Memantapkan kajian dan penyelidikan pembangunan saintifik; Membentuk masyarakat yang memiliki nilai-nilai yang utuh. Selanjutnya, kesembilan cabaran dalam Wawasan 2020 menunjukkan bahawa asas pembentukan PIPP adalah berdasarkan Wawasan 2020. Manakala, teras kedua dalam PPM iaitu meningkatkan kualiti pendidikan adalah selaras dengan teras kedua dalam PIPP. Dalam PPM, pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menerusi kewujudan ekonomi negara yang berpaksikan pengetahuan. Ringkasan perbincangan ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 3. TERAS 3: MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam PIPP usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) adalah tertumpu kepada sekolah rendah. Ini disebabkan SK merupakan peringkat awal alam persekolahan bagi murid. Justeru, SK berperanan sebagai asas untuk menyemai serta memupuk perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Untuk mencapai hasrat tersebut, PIPP telah menggariskan peranan SK sebagai institusi pendidikan pilihan kepada semua masyarakat tanpa mengganggu pembangunan sekolah vernakular. Ini dilaksanakan menerusi proses pemantauan terhadap kepimpinan SK, membangunkan infrastruktur sekolah dan menambah program pra-sekolah. Misalnya, program pendidikan pra-sekolah yang diperkenalkan pada tahun 2005 dengan bilangan enrolmen sebanyak 92,303 orang kanak-kanak berumur melebihi 5 tahun dengan penyediaan sebanyak 3,868 buah bilik darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Penekanan terhadap pendidikan pra-sekolah turut ditekankan dalam PPM, RMK9 dan Wawasan 2020. Ini disebabkan pendidikan yang mantap haruslah bermula dari peringkat awal alam persekolahan. Dalam RMK9, membaikpulih kualiti sistem pendidikan pada semua peringkat pendidikan amat ditekankan. Ini dapat dilihat melalui terasnya yang kelima iaitu mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. RMK9 juga mencadangkan agar SK menjadi pilihan utama kepada semua masyarakat di negara ini. Antara tiga strategi utama dalam RMK9 untuk memperkasakan sekolah kebangsaan adalah meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan agar sejajar dengan matlamat pendidikan, merancang norma penempatan guru pada kadar 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru sekolah rendah memiliki ijazah menjelang tahun 2010 dan merangka agar semua SK dibestarikan atau pembestarian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Di samping itu juga, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar dengan memastikan bahawa kemudahan asas sekolah mestilah disediakan secukupnya seperti mana
  • 7. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 66 di kawasan bandar. Selain itu juga, cadangan penempatan bagi guru berpengalaman di kawasan pedalaman akan diimplimentasikan pada masa terdekat. Ringkasnya, kesemua perancangan tersebut menunjukkan kerajaan amat bersungguh untuk memperkasakan SK bagi meningkatkan mutu sistem pendidikan yang sedia ada (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Namun, tiada satu cabaran dalam Wawasan 2020 dapat dikaitkan secara langsung dengan pembentukan teras ketiga dalam PIPP walaupun tumpuan Wawasan 2020 adalah untuk membangunkan masyarakat Malaysia. Kenyataan ini dapat digambarkan dalam Jadual 4. Dalam teras pertama PPM iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan adalah selaras dengan teras pertama PIPP. Begitu juga dengan terasnya yang keempat iaitu meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan sehingga berjaya mencapai satu tahap yang tinggi bagi menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Jadual 4.Perbandingan Teras Ketiga dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020 TERAS ATAU CABARAN DALAM DASAR KERAJAAAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Memperkasakan sekolah kebangsaan Meningkatkan kualiti pendidikan Meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. TERAS 4: MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN Perkembangan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar yang merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi utama negara. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar agak terhad. Situasi tersebut menyebabkan wujud ketidaksamarataan dari aspek bilangan sekolah di kawasan bandar dan luar bandar. Selain itu, wujud juga jurang antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf ekonomi, tahap keupayaan murid serta jurang digital. Usaha untuk merapatkan jurang pendidikan telah lama dijalankan semenjak RMK3 dan tugas tersebut belum selesai dan akan terus diberikan keutamaan dalam RMK9. Begitu juga dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020 yang bertujuan untuk membentuk masyarakat keadilan ekonomik-sosial. Cabaran ini merupakan tanggung jawab kerajaan untuk mengurangkan atau merapatkan jurang dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 juga ada menyentuh tentang merapatkan jurang perbezaan pendidikan antara sekolah beruntung dengan sekolah kurang beruntung. Hal ini ada diterangkan dalam teras pertama dan kedua iaitu meningkatkan akses kepada pendidikan dan juga meningkatkan ekuiti dalam pendidikan. Untuk memastikan agar jurang ini
  • 8. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 67 dapat dikurangkan kerajaan sedaya upaya berusaha mengenalpasti masalah serta cuba mengatasi masalah-masalah yang timbul. Misalannya bagi sekolah kurang murid, kerajaan cuba melengkapkan dan membaik pulih kemudahan asas bangunan sekolah yang daif dan juga sekolah-sekolah luar bandar. Kerajaan bersedia membina asrama bagi murid yang tinggal jauh di pedalaman bagi memudahkan mereka tinggal berdekatan dengan sekolah serta mewujudkan suasana sekolah yang kondusif agar murid berminat untuk ke sekolah. Menurut RMK9 sebanyak 321 projek telah dirancang untuk dibina dalam tempoh tersebut dan dijangka dapat menempatkan seramai 73,400 penghuni ( Unit Perancang Ekonomi, JPM, 2006). Bagi mempersiapkan negara kita untuk menjadi negara maju menjelang 2020, masalah keciciran dikalangan pelajar akan menjadi serius sekiranya ia tidak berjaya ditangani. Ini adalah kerana pelajar sekarang adalah generasi pelapis untuk pembangunan negara pada masa hadapan. Menurut statistik PPM, bilangan keciciran semakin meningkat dari tahun 1998 sehingga tahun 2000. Masalah keciciran dikalangan orang asli juga serius. Bilangan orang asli yang tercicir dan tidak menamatkan sekolah diperingkat rendah adalah tinggi iaitu 62.0 peratus. Fenomena ini jika tidak ditangani secara serius akan menimbulkan impak besar kepada ketidakseimbangan taraf pendidikan dan sosial orang asli dalam negara. Oleh kerana itu, terdapat program-program yang diperuntukkan khas untuk menarik minat orang asli agar mereka berusaha untuk maju dalam bidang pendidikan. Program seperti KIA2M telah diperkenal dengan bertujuan untuk mengatasi masalah buta huruf kerana menurut perangkaan, masalah keciciran murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis adalah amat membimbangkan. Kajian Kementerian Pelajaran mendapati 138,271 murid tahun satu di Semenanjung Malaysia dengan 35.52 peratus keseluruhannya gagal mengecam dan mengenal huruf dengan tepat, mengeja dan menyebut setiap perkataan serta ayat tunggal dengan betul dan memahami perkara yang dibaca. Hal ini diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Ahamad Sipon yang mempunyai wawasan jauh membantu generasi muda agar celik huruf dan menguasai kemahiran itu sepenuhnya ( Utusan Malaysia, 3 Mac 2006). Dalam hasrat kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang, program pendidikan khas telah diperluaskan ke seluruh negara. Adalah dipercayai masih ramai ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa tidak menghantar mereka ke sekolah. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini Program Pendidikan Khas dan meningkatkan peranan orang perseorangan serta pertubuhan bukan kerajaan untuk berkongsi membiayai program pendidikan khas negara ini adalah amat digalakkan. Jadual 5. Perbandingan Teras Keempat dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020. TERAS-TERAS RANCANGAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Merapatkan jurang pendidikan Meningkatkan akses kepada pendidikan, Meningkatkan ekuiti, Menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Pembentukan masyarakat yang bersatu padu Pembinaan masyarakat penyayang Pembentukan masyarakat keadilan ekonomik-sosial Pembentukan masyarakat daya saing dan makmur.
  • 9. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 68 Teras keempat PIPP juga dibentuk berasaskan kepada RMK9 iaitu menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Manakala bagi Wawasan 2020, cabaran kepada pembentukan masyarakat bersatu padu, pembinaan masyarakat penyayang, pembentukan masyarakat keadilan ekonomik dan pembentukan masyarakat berdaya saing dan makmur adalah selaras dengan teras PIPP berkenaan (Jadual 5). TERAS 5: MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini. Peranan guru yang suatu masa dahulu hanyalah sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar adalah tidak lagi relevan. Sebaliknya peranan guru kini adalah lebih luas dan mencabar. Guru haruslah kreatif, inovatif, pemudahcara dan juga sumber inspirasi kepada pelajar. Sehubungan itu untuk meningkat martabat profesion ini KPM telah berusaha dari segi menambah baik sistem pemilihan calon guru. Hal ini sangat penting kerana hanya guru yang komited sahaja mampu untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Syarat-syarat pengambilan guru kini telah diperketatkan bagi memastikan pemilihan calon yang benar- benar berkualiti sahaja dapat dibuat. Selain daripada itu KPM juga dalam perancangan memantapkan latihan perguruan dengan menaikkan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan di Institut Aminudin Baki (IAB) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Memantapkan kerjaya guru melalui program-program latihan dan menambahkan perjawatan dan peluang naik pangkat untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Kementerian, Jabatan dan Pejabat Daerah. Menambahbaik persekitaran kerja serta kebajikan guru dengan menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan dan memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Kesemuanya ini adalah antara usaha-usaha KPM dalam meningkatkan martabat profesion keguruan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Perancangan-perancangan ini semuanya sukar djalankan sekiranya peruntukan kewangan tidak disediakan. Oleh itu melalui RMK9, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM310 juta berhubung dengan pelaksanaan projek pendidikan guru. Teras ketiga dan keempat dalam PPM iaitu meningkatkan kualiti pendidikan dan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan juga menekankan kepada memartabatkan profesion keguruan dalam PIPP usaha ke arah menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia telahpun diperkenalkan dalam Pembangunan Pendidikan lagi. Secara tidak langsung sekiranya sistem pendidikan kita dapat berdiri sama rata dengan taraf pendidikan dari negara-negara maju, kedudukan profesion ini juga akan dihormati. Walau bagaimana pun pembentukan teras kelima PIPP tidak berasaskan kepada Wawasan 2020. Lihat Jadual 6.
  • 10. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 69 Jadual 6. Perbandingan Teras Kelima dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020. TERAS 6: MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar KPM mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaiatu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Dalam hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara disamping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Berdasarkan kepada perbandingan yang telah dibuat secara jadual dan ulasan, adalah jelas bahawa teras keenam ini adalah digubal berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan, Wawasan 2020 dan juga Rancangan Malaysia Ke 9. Ini dapat ditunjukkan melalui jadual 7 dibawah. TERAS-TERAS RANCANGAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Memartabatkan profesion keguruan Meningkatkan kualiti pendidikan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan Meningkatkan ekonomi dan rantaian nilai yang lebih tinggi Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Menangani masalah ketidakseimbangan sosio- ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif. Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup. Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
  • 11. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 70 Jadual 7. Perbandingan Teras-keenam dalam PIPP dengan PPM, RMK9 dan Cabaran Wawasan 2020. Berdasarkan kepada analisis dan perbincangan di atas adalah jelas bahawa PIPP adalah di gubal berdasarkan dan berasaskan Wawasan 2020, Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPM) ( 2001-2010) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) . Ini dapat diterangkan melalui Rajah 1 di bawah. Rajah 1. Kerangka hubungan antara PIPP, Wawasan 2020, Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010), dan RMK Ke-9). ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PIPP Dalam membina sebuah negara bangsa, fokus utama adalah perpaduan, mempunyai jatidiri serta bangga menjadi rakyat Malaysia. Hal in dapat dibina melalui sistem pendidikan dengan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di senua sisten persekolahan. Namun begitu persoalan yang timbul adakah Bahasa Malaysia mampu menjadi alat perpaduan negara ?. Kejayaan negara masakini banyak tertumpu kepada TERAS-TERAS RANCANGAN PIPP (2006-2010) PPM (2001-2010) RMK9 (2006-2010) Wawasan 2020 (dilancarkan 1999) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Meningkatkan akses kepada pendidikan, meningkatkan ekuiti, meningkatkan kualiti pendidikan meningkatkan tahap kecekapan serta keberkesanan pengurusan pendidikan Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Pembangunan masyarakat saintifik, berdaya cipta, maju dan berpandangan jauh. Pembentukan masyarakat dayasaing dan makmur. PIPP (2006-2010) PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (2001-2010) WAWASAN 2020 RMK9 (2006-2010)
  • 12. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 71 persaingan dalam ekonomi dan geo-politik dunia pada masa kini dan masa depan. Selain Bahasa Malaysia negara haruslah juga mengutamakan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Arab, Perancis, German, Cina dan Jepun dalam pendidikan agar kita tidak jauh ketinggalan dalam memperolehi ilmu pengetahuan dalam perbagai bidang terutama Sains dan Teknologi. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam beberapa matapelajaran terutama mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah tidak akan menjadikan kita kurang patriotik, tapi sebaliknya dapat membantu kita dalam proses perolehan ilmu yang lebih tinggi dan mantap. Hal ini dapat membantu kita bersaing dengan negara negara lain kerana pembentukan negara bangsa akan menjadi semakin mencabar terutama dalam era globalisasi. Dalam pembentukan pembangunan modal insan, negara haruslah melengkapkan generasi yang akan datang dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dalam Matematik dan Sains serta cuba menembusi dunia melalui kemajuan dunia teknologi dan kewangan dan ICT. Dengan memperkukuhkan modal insan, secara tidak langsung akan menggalakkan peningkatan produktiviti negara sekali gus akan menjana pendapatan lebih baik disamping mewujudkan peluang pekerjaan. Bagi negara yang mempunyai sumber alam yang rendah seperti Singapore , Taiwan Korea Selatan dan Jepun mereka berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan dapat membantu memajukan diri dan negara setanding dengan negara maju lain. Rakyatnya mempunyai kesetiaan yang tinggi bukan setakat kepada negaranya malah kepada pekerjaannya juga ( Shahril & Habib , 1999). Dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan, kepimpinan Pengetua atau Guru Besar adalah aspek yang penting untuk melihat kejayaan sesebuah sekolah. Apabila sesebuah sekolah itu cemerlang dari pelbagai sudut; pentadbiran, akademik dan ko kurikulum secara tidak langsung akan meningkatkan rasa yakin ibu bapa terhadap sekolah berkenaan. Selain daripada itu tumpuan terhadap usaha dalam meningkatkan kerjaya perguruan dan menyediakan graduan yang dikehendaki pasaran melalui usaha menambah kemahiran dan kecekapan mereka dalam teknologi maklumat dan komunikasi harus diberikan , sebanyak RM40 bilion telah diperuntukkan bagi pendidikan dan latihan. Tumpuan terhadap pembangunan modal insan juga dapat mengurangkan jurang pendidikan serta taraf hidup antara masyarakat bandar dan luar bandar. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa jurang ini semakin melebar. Dalam bidang pendidikan sebagai contoh, walaupun ada di antara sekolah luar bandar yang mempamerkan prestasi lebih baik berbanding sebelum ini, secara keseluruhannya perbezaan masih ketara berikutannya kurang kemudahan serta guru berpengalaman mengjar di sekolah di luar bandar dan pedalaman ( Shahril Marzuki, 2005). Antara usaha KPM dalam mengurangkan jurang pendidikan dikalangan rakyat Malaysia adalah dengan memberi penumpuan terhadap kemudahan infrastuktur sehingga ke kawasan luar bandar. Selain daripada itu jumlah guru terlatih juga telah diperbanyakkan ke kawasan-kawasan pedalaman serta memberi bantuan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya. Kesemua usaha ini sekiranya dijayakan mengikut perancangan boleh menemui kejayaan namun permasalahan mungkin akan timbul di mana guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman tidak dijaga kebajikannya. Hal seumpama ini haruslah diambilkira kerana guru adalah pelaksana dalam sistem pendidikan kita. Sekiranya kebajikan mereka tidak dijaga, masalah lain mungkin akan timbul (Sufean Hussin, 2004 ).
  • 13. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 72 Dalam memartabatkan profesion keguruan, KPM telah mencadangkan menambahbaik perjawatan guru, menambah perjawatan dan perluasan kenaikan pangkat dan menambahbaikan persekitaran tempat kerja. Walaupun terdapat cadangan agar guru-guru ditempatkan mengikut opsyen dan keperluan, namun memandangkan keperluan guru masih tidak mencukupi bagi matapelajaran-matapelajaran tertentu, maka terdapat guru yang terpaksa mengajar matapelajaran yang bukan opsyen mereka. Sekiranya perkara ini berlanjutan, maka P&P tidak dapat dijalankan dengan cara berkesan. Beban kerja guru yang semakin bertambah juga akan memberi kesan kepada prestasi guru berkenaan. Kesimpulannya dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, banyak aspek haruslah diambilkira agar kedua-dua pihak iaitu KPM dan juga guru berpuashati. Dalam usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan mampukah Pengetua dan Guru Besar menyahut cabaran dalam menjadikan sekolah mereka sebagai sekolah berwatak, berkesan dan cemerlang seperti yang diharapkan oleh KPM didalam merangka sekolah kluster ini . Akhir sekali didapati jangka masa pelaksanan PIPP adalah terlalu singkat iaitu selama lima tahun sahaja, adalah agak mustahal ke enam- enam teras dalam PIPP ini dapat di laksanakan dengan constraint masa, kewangan, sumber manusia dan faktor lain , walaubagaima pun jika PIPP ini tidak dapat tercapai dan di laksankan sepenuh , adalah di cadangkan agar PIPP ini di gubal semula untuk di jadi kan sebagai Pelam Strategi PIPP Jangka Panjang . Walau bagaiman pun kesemuanya akan terjawab menjelang tahun 2010 akan datang. KESIMPULAN Kejayaan PIPP adalah bergantung kepada kefahaman dan komitmen kesemua warga KPM terhadap dasar dan strategi pelaksaanya . PIPP adalah penting kerana ia akan menyediakan asas yang kukuh untuk melonjatkatkan sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi dan bertaraf dunia . Ia nya juga akan menyediakan modal insan yang sempurna secara menyeluruh bagi menjamin Wawasan 2020 dapat di capai. RUJUKAN Kad laporan pelaksanaan pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010. http://www.moe.gov.my 20 Okt 2007, 10-26. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006), Pelan induk pembangunan pendidikan (PIPP 2006- 2010), Kualalumpur, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pelan pembangunan pendidikan (2001- 2010 ), Perancangan bersepadu penjana kecermelanganPendidikan, Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia. Shahril @ Charil bin Marzuki dan Habib Mat Som ( 1999), Pendidikan di Malaysai, Isu dan cabaran, Kuala lumpur, Utusan Publication & Distribution.
  • 14. Jurnal Internasional | Manajemen Pendidikan 73 Shahril @ Charil bin Marzuki ( 2005 ), Mengurus kewangan sekolah, Kuala Lumpur, PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Yang Pei Keng, (2003). National education after 44 years Part 1, http://www.johorebar.org.my/content/view/101/27/, 27.7.07. Sistem pendidikan halatuju pendidikan. http://www.moe.gov.my Sufean Hussin (ed), (2004), Dasar pembangunan pendidikan di Malaysia, Kualalumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Unit Perancangan Ekonomi ( 2006), Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010), Kuala Lumpur, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri o000o