際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
7 Petua Pandai Bahasa Inggeris by Osman Affan 
Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda 
boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam 
masa kurang 6 bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 
petua ini untuk anda: 
 Petua 1  Kegagalan atau kelemahan anda 
pada masa yang lalu bukanlah petunjuk 
kepada kebolehan diri anda. 
 Petua 2  Kuasai perbendaharaan kata. 
 Petua 3  Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris. 
 Petua 4  Fikir dalam Bahasa Inggeris. 
 Petua 5  Tulis diari dalam Bahasa Inggeris. 
 Petua 6  Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa 
Inggeris. 
 Petua 7  Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian. 
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman 
dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah 
jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, 
digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku? 
Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa Inggeris? 
Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa menggunakan Bahasa Inggeris? 
Jika anda sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan satu 
subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang pandai berbahasa 
Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini begitu mencabar bukan? 
Tidak perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa Inggeris 
dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan 
bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini. 
Sebelum itu, satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah, sedar atau tidak, 
jika seseorang itu lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah, dia akan terus
lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej mahupun universiti. Pelik bukan? Benar, 
bukan semua pelajar begini tetapi majoritinya begitu. Bagi yang berjaya keluar dari 
kepompong masalah lemah subjek Bahasa Inggeris, pasti ada sesuatu yang telah mereka 
berjaya lakukan hingga mereka berubah daripada lemah subjek Bahasa Inggeris kepada hebat 
dan boleh bertutur dengan lancar dalam subjek tersebut. 
Jadi, dalam topik 7 petua pandai Bahasa Inggeris ini, saya akan kongsikan tips dan teknik 
yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berjaya memajukan pencapaian mereka dalam 
subjek Bahasa Inggeris. Mahukah anda tahu petua-petua dan tips-tips ini semua? Kita 
mulakannya esok. Selamat membaca. 
Petua 1 
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah kegagalan atau kelemahan 
anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda. Bagi saya, jika 
anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah 
petua yang paling penting. Mengapa? 
Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris be rmula di dalam 
minda anda. Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan 
atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris 
dan selalu merasa tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi 
kesukaran untuk menguasainya. 
Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada 
masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk 
mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak 
mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada awal 
petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak 
manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah.
Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada 
kebolehan diri sendiri. 
Begini. Mulai hari ini, apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda 
yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah b iasa 
bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa 
Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa seronoknya apabila 
anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah. 
Mulai hari ini, apabila anda mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan 
dahulu yang anda memang sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian 
anda. Mulai hari ini, apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan 
yang anda sedang bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut 
apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang 
anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris. 
Bunyinya mungkin agak pelik tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, 
anda akan mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini 
meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha memajukan tahap 
penguasaan bahasa Inggeris anda. 
Petua 2 
Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. 
Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku 
bahasa Melayu? Tidak bukan? Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi 
bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu 
petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary). 
Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai 
perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu 
mengucapkan saya mahu makan nasi dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan 
saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa 
Inggeris. Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, ini adalah sebab 
terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.
Jadi, setelah anda tahu petua ini iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu 
menguasai perbendaharaan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti 
yang boleh saya cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris 
anda. 
Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak 
agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil 
sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk 
menulis. Tulis tajuk ini, Things that I can see in a 
classroom, benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik 
darjah. Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, 
perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam 
sesebuah bilik darjah. Contohnya dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda 
tulis black board, chair. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja 
contohnya anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis write. 
Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataaan bahasa Inggeris ini. Saya 
cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan 
mula menulis semua perkataan bahasa Ingeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam 
bilik darjah. Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. 
Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir 
dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu. 
Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan classroom atau bilik darjah 
itu kepada playing field, supermarket, swimming pool, office dan sebagainya. Semakin 
banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan 
yakin. 
Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, 
cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah 
senarai perkataan yang anda tahu.
Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut. Satu cara paling 
cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis 
maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas. 
Begini. Semasa saya membuat 
persediaan untuk belajar ke United 
Kingdom di PP ITM Shah Alam 
pada tahun 1994-1996, tahap 
penguasaan bahasa Inggeris saya 
masih agak lemah. Saya 
sebenarnya lebih cemerlang dalam 
subjek Bahasa Arab semasa di 
tingkatan lima. Jadi, saya fikir 
semula apa yang menyebabkan 
saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang 
saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya? 
Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan 
terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk 
kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan 
tersebut di atas bahan bacaan tadi. Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, 
buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. 
Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. 
Mengapa? 
Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, 
apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk 
mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis 
terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini. 
Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih 
tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan 
tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis 
1. Perkataan itu
2. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu) 
3. Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak ada gunanya tahu maksud sesuatu 
perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya. ) 
Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, 
katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa 
perkataan cekik darah dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terla u tinggi 
hingga menganiayai orang lain. Jadi anda buat ayat begini, Ali cekik darah orang kampung 
kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat 
yang sepatutnya,Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula. 
Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, andamahu menguasai bahasa ini atau tidak? 
Anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. 
Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan 
kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu jatuh cinta 
dengan KAMUS. 
Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. 
Bagi saya, jika anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang 
belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal. Pelik bunyinya kan? Tanpa kamus, 
anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan memakan masa yang 
agak lama. 
Menurut pemerhatian saya semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa 
Inggeris untuk pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus. 
Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus. Simpati juga 
kita dengar bukan? Tetapi yang peliknya mereka ini semua masing-masing ada handphone 
dan selalu menghantar sms setiap masa. Saya tanya mereka berapa banyak prepaid 
handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut 
bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan 
harga lebih kurang RM11 sahaja.
Mulai hari ini, jika anda belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah 
milikinya, cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul 
habuk di dalam bilik anda. 
Satu tips lagi, pelajari cara menggunakan kamus dengan cepat. 
1. Belajar bagaimana cara mencari sesuatu perkataan dengan cepat. Contohnya jika anda 
cari maksud perkataan Break, cuba lihat berapa lama anda ambil masa untuk 
mencarinya. Bolehkah anda mencarinya dalam masa kurang 5 saat? Anda pasti boleh 
jika anda cuba. 
2. Cari sebuah kamus sekarang. Buka satu halaman. Jika anda lihat dibahagian atas 
sebelah kanan (seperti nombor (1) dalam rajah) anda akan lihat 2 perkataan. 
Contohnya, jika saya lihat kamus saya muka surat 98 (Kamus ini saya beli pada 21 
Januari 1990, tingkatan 2 ), tertulis perkataan bout/box. Untuk pengetahuan 
anda, perkataan bout adalah perkataan pertama yang anda akan jumpa di muka surat 
tersebut dan perkataan box adalah perkataan terakhir. Betul kan? Sama juga pada 
muka surat kanan (seperti rajah 2), anda akan lihat perkara sama. 
Jadi, jika anda mencari perkataan Break dan terbuka pada muka surat bout/box, adakah 
anda perlu buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya 
begini, perkataan break bermula dengan BR , tetapi muka surat itu BO , O dan R, yang mana 
datang dahulu dalam senarai ABCDEFG..? (hehe, anda kena nyanyikan semula lagu 
ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi, anda perlu buka muka 
surat seterusnya, bukan ke belakang. 
Jika anda tidak tahu teknik mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus 
anda. Anda juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat 
kamus anda satu persatu. Selamat mencuba. 
Petua 3
Petua ketiga ialah anda perlu kuasai English Grammar sedikit demi sedikit. Satu perkara 
yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah 
tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang. 
Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan 
berkata Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala L umpur dari? 
Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut 
kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan. 
Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah 
sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal. Namun, anda 
kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor 
satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu 
susah seperti yang anda fikirkan selama ini. 
Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan 
lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar 
tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar 
mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, 
belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini 
dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini. 
Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, alah, buku budak 
sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu. Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin 
dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar. 
Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat 
mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan 
contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan 
contoh-contoh yang mudah. 
Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada 
sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada
mereka, O hsaya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran 
saya. sambil menunjukkan muka confident. 
Petua 4 
Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah Berfikir dalam Bahasa 
Inggeris. Apakah maksudnya? 
Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda 
anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar 
Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini. 
Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, 
apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, kenapa budak ni menangis?, 
Siapa buat budak ni menangis?, Budak ni sakit ke? dan bermacam-macam lagi yang 
boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda. Namun, apabila anda mahu cepat pandai 
Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, Why is this boy crying?, What is 
happening here?, Where is his parents?, what is he doing here? dan bermacam-macam 
lagi. 
Anda mungkin kata, Macam mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana 
nak fikir dalam Bahasa Inggeris?. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila 
anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul. Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya 
ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada 
sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang 
bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. 
Apabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada 
bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa 
Inggeris. Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama 
kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi 
kosong. Anda mahu katakan Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak 
je lah duduk. Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. 
Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara 
menyebutnya.
Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang 
sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata I dont feel like 
sitting, why dont you sit.. O leh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda 
akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya. 
Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia 
asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba 
menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran 
menjadi sukar. 
Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat 
yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba. 
Petua 5 
Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya 
ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari. 
Hmm jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati 
dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan 
oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari? 
Sebenarnya tidak memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, 
mereka ada membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam 
diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau. Cari satu buku khas. 
Jika boleh, buku ini adalah buku yang berbeza dengan buku khas anda untuk perbendaharaan 
kata. 
Buku ini anda perlu jaga betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu 
orang lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku diari 
yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap dengan tarikh. Ini 
akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah sahaja. 
Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak 
yang anda tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda bersama 
keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis tentang apa yang 
berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di dalam Bahasa Inggeris.
Seperti biasa, jangan terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak 
anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa Inggeris. Anda 
akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan akhirnya anda akan 
jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris. 
Jika anda ingin tahu, petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat 
pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa 
menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke United 
Kingdom. Saya dapati teknik ini sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan 
saya yang masih agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan 
dapat membantu anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa 
Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmmsekali lagi anda pasti akan rasa lebih 
terkejut (lelaki dan perempuan juga) Takkanlah anda mahu berikan diari anda dibaca 
oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan? Jangan bimbang. Jika anda 
bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia 
dapat memberi teguran dan membantu anda memajukan lagi cara anda menulis, elakkan 
menulis sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu 
rahsiakan. Anda boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain. 
Petua 6 
Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan 
yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. 
Mengapa? 
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris, 
 anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa 
Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi 
lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda. 
 Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak 
faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, 
anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa
yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan 
bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan 
pandai. 
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris, 
 anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia 
bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda 
akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini. 
 Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk 
memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat. 
 Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa 
dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan 
tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang 
mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu. 
Mulai hari ini, cari kawan seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan 
mereka dan berlatih bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda 
berlatih, lebih banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat 
mencuba. 
Petua 7 
Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah Hafal ayat-ayat dalam 
Bahasa Ingge ris untuk kegunaan harian. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur 
dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk 
menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Contohnya kalau anda mahu kata saya rasa
tidak sihat dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, 
mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi? 
Adakah anda akan kata I am not healthy? Atau I feel not healthy? Hmmm yang mana 
satu ye? Mungkin banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat saya rasa 
tidak sihat tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah I am not feeling well. Pernahkah 
anda dengar sesiapa berkata begitu? 
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri selalu merasa sukar untuk menggambarkan sesuatu di 
dalam Bahasa Inggeris suatu masa dahulu. Ini kerana saya cuba menukarkan ayat Bahasa 
Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Jadi, kalau perkataan rasa saya akan tukar 
kepada feel, kalau perkataan sihat saya tukar kepada perkataan healthy. Apabila 
digabungkan menjadi satu ayat, ia tidak begitu tepat bukan? 
Petua terakhir ini menyuruh anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa 
Inggeris. Dalam buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga ungkapan-ungkapan 
yang anda tahu. Mula kumpul dan hafal ungkapan-ungkapan yang anda boleh 
gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, 
What time is it?, untuk memberitahu yang anda rasa begitu gembira, I feel great! dan 
sebagainya. 
Mulai hari ini, jika anda mahu gambarkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana cara 
melakukannya, tanya seseorang yang pandai Bahasa Ingeris. Lebih baik lagi, tanya guru 
Bahasa Inggeris anda. Salin apa yang anda baru belajar itu dan mula praktikkan. Setiap kali 
anda rasa tidak sihat dan mahu memberitahu perkara itu kepada kawan anda, kata I am not 
feeling well today. Katakannya dengan yakin. Bayangkan anda seperti seorang mat salleh 
yang sedang menuturkan kata-kata tersebut (Jangan risau, anda tidak akan jadi mat salleh 
betul-betul ) Cara paling mudah untuk menghafal sesuatu ialah dengan sentiasa 
mengulangnya. Gunakan ayat-ayat itu apabila sesuai.
Ad

Recommended

7 petua pandai bahasa inggeris by osman affan
7 petua pandai bahasa inggeris by osman affan
Shuhaidi Abu Seman
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
akulah27
Belajar Bahasa Inggris, download ebook gratis "7 rahasia belajar speaking bah...
Belajar Bahasa Inggris, download ebook gratis "7 rahasia belajar speaking bah...
Andrey Wardana
Saturday can speak english
Saturday can speak english
Noor Harlina Jalil
Toefl Killer PDF
Toefl Killer PDF
Campuspedia.id
Osikulwap1 Tips Menguasai Bahasa Inggris untuk Pemula
Osikulwap1 Tips Menguasai Bahasa Inggris untuk Pemula
omahpromosi
Esensi bahasa inggris (FGroupIndonesia) == English Community Session ==
Esensi bahasa inggris (FGroupIndonesia) == English Community Session ==
FgroupIndonesia
Cara belajar betul
Cara belajar betul
Pusat Kita
Tips lulus usm stan
Tips lulus usm stan
MbogdHe Atmaja
Public speaking
Public speaking
tunasjaya
Modul bahasa inggris tingkat dasar I
Modul bahasa inggris tingkat dasar I
Pusat Informasi Kesehatan Reproduksi dan Jender (PIKIR)
Public speaking
Public speaking
Aidil Akbar
Nur azizah soft skill - cara meningkatkan keterampilan sosial
Nur azizah soft skill - cara meningkatkan keterampilan sosial
NurAzizah262
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
rehansalamander
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
Eddy Ruswandi
Public speaking-dan-teknik-presentasi
Public speaking-dan-teknik-presentasi
Aryandra Anantama
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
Eddy Ruswandi
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelas
fauzydp
Tips jitu atasi gugup berbicara di depan
Tips jitu atasi gugup berbicara di depan
Ahmad Madu
Tugas10
Tugas10
Rasyada19
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Hidayati Razak
How to study_english_in_fun_fast_and_eas
How to study_english_in_fun_fast_and_eas
ssuser941a5f1
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Adi 'Dimas' Triasmara
English studytips adults_id
English studytips adults_id
Sri Hartati
3 cara cepat New 3 cara cepat New bahasa arab 2025, arab New 2025
3 cara cepat New 3 cara cepat New bahasa arab 2025, arab New 2025
omenede
Tips Belajar Bahasa Inggris
Tips Belajar Bahasa Inggris
Iis Tantri
modal-dasar-menguasai-bahasa Inggris pdf
modal-dasar-menguasai-bahasa Inggris pdf
SportMania1

More Related Content

What's hot (13)

Tips lulus usm stan
Tips lulus usm stan
MbogdHe Atmaja
Public speaking
Public speaking
tunasjaya
Modul bahasa inggris tingkat dasar I
Modul bahasa inggris tingkat dasar I
Pusat Informasi Kesehatan Reproduksi dan Jender (PIKIR)
Public speaking
Public speaking
Aidil Akbar
Nur azizah soft skill - cara meningkatkan keterampilan sosial
Nur azizah soft skill - cara meningkatkan keterampilan sosial
NurAzizah262
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
rehansalamander
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
Eddy Ruswandi
Public speaking-dan-teknik-presentasi
Public speaking-dan-teknik-presentasi
Aryandra Anantama
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
Eddy Ruswandi
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelas
fauzydp
Tips jitu atasi gugup berbicara di depan
Tips jitu atasi gugup berbicara di depan
Ahmad Madu
Tugas10
Tugas10
Rasyada19
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Hidayati Razak
Tips lulus usm stan
Tips lulus usm stan
MbogdHe Atmaja
Public speaking
Public speaking
tunasjaya
Public speaking
Public speaking
Aidil Akbar
Nur azizah soft skill - cara meningkatkan keterampilan sosial
Nur azizah soft skill - cara meningkatkan keterampilan sosial
NurAzizah262
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
rehansalamander
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
Eddy Ruswandi
Public speaking-dan-teknik-presentasi
Public speaking-dan-teknik-presentasi
Aryandra Anantama
Presentasi yang effektif
Presentasi yang effektif
Eddy Ruswandi
Petua tumpuan dalam kelas
Petua tumpuan dalam kelas
fauzydp
Tips jitu atasi gugup berbicara di depan
Tips jitu atasi gugup berbicara di depan
Ahmad Madu
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Cara menumpukan perhatian di dalam kelas
Hidayati Razak

Similar to 7petuapandaibahasainggerisbyosmanaffan (6)

How to study_english_in_fun_fast_and_eas
How to study_english_in_fun_fast_and_eas
ssuser941a5f1
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Adi 'Dimas' Triasmara
English studytips adults_id
English studytips adults_id
Sri Hartati
3 cara cepat New 3 cara cepat New bahasa arab 2025, arab New 2025
3 cara cepat New 3 cara cepat New bahasa arab 2025, arab New 2025
omenede
Tips Belajar Bahasa Inggris
Tips Belajar Bahasa Inggris
Iis Tantri
modal-dasar-menguasai-bahasa Inggris pdf
modal-dasar-menguasai-bahasa Inggris pdf
SportMania1
How to study_english_in_fun_fast_and_eas
How to study_english_in_fun_fast_and_eas
ssuser941a5f1
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Adi 'Dimas' Triasmara
English studytips adults_id
English studytips adults_id
Sri Hartati
3 cara cepat New 3 cara cepat New bahasa arab 2025, arab New 2025
3 cara cepat New 3 cara cepat New bahasa arab 2025, arab New 2025
omenede
Tips Belajar Bahasa Inggris
Tips Belajar Bahasa Inggris
Iis Tantri
modal-dasar-menguasai-bahasa Inggris pdf
modal-dasar-menguasai-bahasa Inggris pdf
SportMania1
Ad

7petuapandaibahasainggerisbyosmanaffan

  • 1. 7 Petua Pandai Bahasa Inggeris by Osman Affan Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda: Petua 1 Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda. Petua 2 Kuasai perbendaharaan kata. Petua 3 Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris. Petua 4 Fikir dalam Bahasa Inggeris. Petua 5 Tulis diari dalam Bahasa Inggeris. Petua 6 Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris. Petua 7 Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian. Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku? Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa Inggeris? Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa menggunakan Bahasa Inggeris? Jika anda sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan satu subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang pandai berbahasa Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini begitu mencabar bukan? Tidak perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini. Sebelum itu, satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah, sedar atau tidak, jika seseorang itu lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah, dia akan terus
  • 2. lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej mahupun universiti. Pelik bukan? Benar, bukan semua pelajar begini tetapi majoritinya begitu. Bagi yang berjaya keluar dari kepompong masalah lemah subjek Bahasa Inggeris, pasti ada sesuatu yang telah mereka berjaya lakukan hingga mereka berubah daripada lemah subjek Bahasa Inggeris kepada hebat dan boleh bertutur dengan lancar dalam subjek tersebut. Jadi, dalam topik 7 petua pandai Bahasa Inggeris ini, saya akan kongsikan tips dan teknik yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berjaya memajukan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Inggeris. Mahukah anda tahu petua-petua dan tips-tips ini semua? Kita mulakannya esok. Selamat membaca. Petua 1 Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda. Bagi saya, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa? Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris be rmula di dalam minda anda. Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris dan selalu merasa tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran untuk menguasainya. Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah.
  • 3. Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri. Begini. Mulai hari ini, apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah b iasa bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah. Mulai hari ini, apabila anda mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan dahulu yang anda memang sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian anda. Mulai hari ini, apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang bercakap dalam bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris. Bunyinya mungkin agak pelik tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, anda akan mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha memajukan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda. Petua 2 Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan? Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary). Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan saya mahu makan nasi dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris. Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, ini adalah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.
  • 4. Jadi, setelah anda tahu petua ini iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu menguasai perbendaharaan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti yang boleh saya cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda. Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis tajuk ini, Things that I can see in a classroom, benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik darjah. Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis black board, chair. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja contohnya anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis write. Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataaan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula menulis semua perkataan bahasa Ingeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam bilik darjah. Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu. Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan classroom atau bilik darjah itu kepada playing field, supermarket, swimming pool, office dan sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin. Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai perkataan yang anda tahu.
  • 5. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut. Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas. Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima. Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya? Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi. Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa? Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini. Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis 1. Perkataan itu
  • 6. 2. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu) 3. Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak ada gunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya. ) Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan cekik darah dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terla u tinggi hingga menganiayai orang lain. Jadi anda buat ayat begini, Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula. Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, andamahu menguasai bahasa ini atau tidak? Anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu jatuh cinta dengan KAMUS. Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. Bagi saya, jika anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal. Pelik bunyinya kan? Tanpa kamus, anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan memakan masa yang agak lama. Menurut pemerhatian saya semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus. Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus. Simpati juga kita dengar bukan? Tetapi yang peliknya mereka ini semua masing-masing ada handphone dan selalu menghantar sms setiap masa. Saya tanya mereka berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang RM11 sahaja.
  • 7. Mulai hari ini, jika anda belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah milikinya, cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul habuk di dalam bilik anda. Satu tips lagi, pelajari cara menggunakan kamus dengan cepat. 1. Belajar bagaimana cara mencari sesuatu perkataan dengan cepat. Contohnya jika anda cari maksud perkataan Break, cuba lihat berapa lama anda ambil masa untuk mencarinya. Bolehkah anda mencarinya dalam masa kurang 5 saat? Anda pasti boleh jika anda cuba. 2. Cari sebuah kamus sekarang. Buka satu halaman. Jika anda lihat dibahagian atas sebelah kanan (seperti nombor (1) dalam rajah) anda akan lihat 2 perkataan. Contohnya, jika saya lihat kamus saya muka surat 98 (Kamus ini saya beli pada 21 Januari 1990, tingkatan 2 ), tertulis perkataan bout/box. Untuk pengetahuan anda, perkataan bout adalah perkataan pertama yang anda akan jumpa di muka surat tersebut dan perkataan box adalah perkataan terakhir. Betul kan? Sama juga pada muka surat kanan (seperti rajah 2), anda akan lihat perkara sama. Jadi, jika anda mencari perkataan Break dan terbuka pada muka surat bout/box, adakah anda perlu buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya begini, perkataan break bermula dengan BR , tetapi muka surat itu BO , O dan R, yang mana datang dahulu dalam senarai ABCDEFG..? (hehe, anda kena nyanyikan semula lagu ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi, anda perlu buka muka surat seterusnya, bukan ke belakang. Jika anda tidak tahu teknik mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus anda. Anda juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat kamus anda satu persatu. Selamat mencuba. Petua 3
  • 8. Petua ketiga ialah anda perlu kuasai English Grammar sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang. Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala L umpur dari? Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan. Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal. Namun, anda kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini. Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini. Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, alah, buku budak sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu. Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar. Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan contoh-contoh yang mudah. Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada
  • 9. mereka, O hsaya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran saya. sambil menunjukkan muka confident. Petua 4 Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah Berfikir dalam Bahasa Inggeris. Apakah maksudnya? Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini. Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, kenapa budak ni menangis?, Siapa buat budak ni menangis?, Budak ni sakit ke? dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda. Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, Why is this boy crying?, What is happening here?, Where is his parents?, what is he doing here? dan bermacam-macam lagi. Anda mungkin kata, Macam mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam Bahasa Inggeris?. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul. Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Apabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong. Anda mahu katakan Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk. Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.
  • 10. Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata I dont feel like sitting, why dont you sit.. O leh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya. Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar. Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba. Petua 5 Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari. Hmm jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari? Sebenarnya tidak memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, mereka ada membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau. Cari satu buku khas. Jika boleh, buku ini adalah buku yang berbeza dengan buku khas anda untuk perbendaharaan kata. Buku ini anda perlu jaga betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu orang lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku diari yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap dengan tarikh. Ini akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah sahaja. Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak yang anda tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda bersama keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis tentang apa yang berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di dalam Bahasa Inggeris.
  • 11. Seperti biasa, jangan terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa Inggeris. Anda akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan akhirnya anda akan jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris. Jika anda ingin tahu, petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Saya dapati teknik ini sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan saya yang masih agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan dapat membantu anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmmsekali lagi anda pasti akan rasa lebih terkejut (lelaki dan perempuan juga) Takkanlah anda mahu berikan diari anda dibaca oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan? Jangan bimbang. Jika anda bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia dapat memberi teguran dan membantu anda memajukan lagi cara anda menulis, elakkan menulis sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu rahsiakan. Anda boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain. Petua 6 Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa? Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris, anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda. Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa
  • 12. yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan pandai. Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris, anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini. Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat. Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu. Mulai hari ini, cari kawan seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan mereka dan berlatih bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda berlatih, lebih banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat mencuba. Petua 7 Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Ingge ris untuk kegunaan harian. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris. Contohnya kalau anda mahu kata saya rasa
  • 13. tidak sihat dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi? Adakah anda akan kata I am not healthy? Atau I feel not healthy? Hmmm yang mana satu ye? Mungkin banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat saya rasa tidak sihat tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah I am not feeling well. Pernahkah anda dengar sesiapa berkata begitu? Untuk pengetahuan anda, saya sendiri selalu merasa sukar untuk menggambarkan sesuatu di dalam Bahasa Inggeris suatu masa dahulu. Ini kerana saya cuba menukarkan ayat Bahasa Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Jadi, kalau perkataan rasa saya akan tukar kepada feel, kalau perkataan sihat saya tukar kepada perkataan healthy. Apabila digabungkan menjadi satu ayat, ia tidak begitu tepat bukan? Petua terakhir ini menyuruh anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa Inggeris. Dalam buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga ungkapan-ungkapan yang anda tahu. Mula kumpul dan hafal ungkapan-ungkapan yang anda boleh gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, What time is it?, untuk memberitahu yang anda rasa begitu gembira, I feel great! dan sebagainya. Mulai hari ini, jika anda mahu gambarkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana cara melakukannya, tanya seseorang yang pandai Bahasa Ingeris. Lebih baik lagi, tanya guru Bahasa Inggeris anda. Salin apa yang anda baru belajar itu dan mula praktikkan. Setiap kali anda rasa tidak sihat dan mahu memberitahu perkara itu kepada kawan anda, kata I am not feeling well today. Katakannya dengan yakin. Bayangkan anda seperti seorang mat salleh yang sedang menuturkan kata-kata tersebut (Jangan risau, anda tidak akan jadi mat salleh betul-betul ) Cara paling mudah untuk menghafal sesuatu ialah dengan sentiasa mengulangnya. Gunakan ayat-ayat itu apabila sesuai.