1. 8.0 RUMUSAN / REFLEKSI SELEPAS DAPATAN
Penyelidikan tindakan yang telah dijalankan memberi banyak maklumat bagi menjawab
persoalan kajian. Secara keseluruhannya, pendekatan Recorder Power telah membantu 15 orang
responden dari tahun empat memberi tumpuan atau fokus dalam pengajaran dan pembelajaran
permainan rekoder. Keputusan ujian pasca pada kitaran kedua telah meningkat berbanding dengan
keputuan ujian pra dan juga keputusan ujian pasca pada kitaran pertama. Di dalam ujian pra, min
ujian yang diperoleh hanyalah 39.7 dan telah meningkat kepada 98.5 di dalam ujian pasca.
Peningkatan sebanyak 58.8 telah menunjukkan kejayaan menggunakan pendekatan Recorder Power
kepada 15 orang responden yang hilang fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekoder
lebih fokus dan sekaligus menguasai permainan rekoder. Hasil kajian mendapati aktiviti dalam
pendekatan Recorder Power telah membantu responden menguasai permainan rekoder dengan baik.
Apabila 15 orang responden sudah dapat memberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran
permainan rekoder, maka sudah tentu mereka dapat menguasai teknik penjarian, penglidahan,
pernafasan, postur, kemahiran membaca dan menunjukkan penajarian bagi not B, A, G, C’ dan D’
serta kemahiran bermain lagu dengan lancar. Oleh itu, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk
mempelajari not-not yang seterusnya iaitu not F, E dan not D pada pelajaran yang seterusnya. Mereka
juga tidak akan menghadapi masalah untuk membaca skor lagu dan sekaligus dapat bermain lagu
dengan lanacar.
Sisihan piawai yang diperoleh daripada ujian pra adalah sebanyak 17.5 telah berkurangan
kepada 3.7 dalam ujian pasca pada kitaran kedua. Sisihan piawai ini telah berkurang sebanyak 13.8.
Sisihan piawai yang lebih besar menunjukkan serakan yang lebih luas dari nilai min. Sisihan ujian pra
adalah lebih tinggi daripada ujian pasca dan ini menunjukkan markah-markah yang diperoleh oleh
responden semasa ujian pra bertaburan jauh daripada nilai min. Jurang perbezaan di antara responden
yang mendapat pencapain cemerlang dan responden yang mendapat pencapaian sangat lemah juga
jelas kelihatan. Dalam ujian pasca, sisihan piawai yang diperoleh adalah lebih rendah berbanding
ujian pra. Keadaan ini menunjukkan bahawa markah-markah yang diperoleh oleh responden semasa
ujian pasca bertaburan semakin dekat dengan nilai min. Jurang perbezaan di antara responden yang
mendapat pencapaian cemerlang dan responden yang mendapat pencapaian sangat lemah telah
berkurang. Prestasi responden telah meningkat dari tahap sangat lemah kepada tahap baik dan
cemerlang.
2. Terdapat banyak kaedah dan pendekatan dalam membantu penguasan murid dalam permainan rekoder
seperti kaedah nombor, Recorder Karate dan sebagainya, Namun, pengkaji telah memilih untuk
menggunakan pendekatan Recorder Power kerana pendekatan ini lebih sesuai kerana dapat menarik
minat responden dan sekaligus menarik tumpuan mereka untuk mempelajari sekalius menguasai
permainan rekoder. Sebagai contoh, aktiviti meneroka bunyi dalam pendekatan Recorder Power telah
menarik minat responden untuk mempelajari permainan rekoder. Secara tidak langsung, mereka dapat
menguasai teknik bermain rekoder iaitu teknik penglidahan, pernafasan, penjarian dan postur, dapat
mengenal pasti not dan penjarian bagi not B, A, G, C’ dan D’ pada rekoder dengan lebih baik.
Kajian ini turut memberi kesedaran kepada pengkaji bahawa murid-murid memerlukan
pelbagai kaedah dan pelbagai pendekatan yang mudah dan menarik serta mampu menarik minat
mereka untuk mempelajari sesuatu pelajaran. Penerokaan dan pembelajaran melalui pengalaman
adalah sangat berkesan untuk memudahkan pemahaman mereka. Kitaran ketiga tidak dijalankan
kerana seramai 15 orang responden telah memberikan tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran
permainan rekoder. Selain itu, 13 orang responden telah menguasai permainan rekoder dengan
pencapaian yang cemerlang manakala 2 orang responden lagi telah mencapai pencapaian yang baik
dalam permainan rekoder. Kitaran ketiga tidak dapat dijalankan kerana kekangan masa serta bulan
puasa yang membataskan pengkaji serta responden untuk mengikuti intervensi yang seterusnya.
Walau bagaimanapun, hasil dapatan telah menunjukkan bahawa pendekatan Recorder Power telah
membantu responden fokus dalam pengajaran dan pembelajaran permainan rekdoer dan sekaligus
menguasai permainan rekoder.
3. 9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Sekiranya kajian ini ingin diteruskan, adalah diharapkan agar masa kajian ini dijalankan lebih
daripada sebulan kerana terdapat banyak cadangan aktiviti dalam pendekatan Recorder Power yang
masih belum dijalankan dalam kajian ini. Hanya empat aktiviti sahaja yang dijalankan dalam kajian
ini. Kajian ini hanya menggunakan sampel 15 orang dan diharapkan pada kajian yang seterusnya
sampel yang lebih besar digunakan di dalam kajian supaya memperoleh keputusan dan data yang
lebih tepat berbanding dalam kajian ini. Adalah lebih baik jika kajian ini digunkan untuk keseluruhan
murid tahun 4 yang mempunyai masalah dalam permainan rekoder. Oleh itu, keputusan yang lebih
tepat dan jitu akan diperoleh.
Disamping itu, jika pemilihan sampel bertambah, maka masa yang diperuntukkan juga
perlulah lebih banyak daripada dalam kajian ini supaya kajian yang lebih mendalam dapat dijalankan.
Selain itu, masa yang diperuntukkan juga sangat penting kerana masa sebulan adalah sangat singkat
untuk memperbaiki teknik penglidahan murid-murid. Teknik penglidahan bukanlah satu teknik yang
mudah kerana untuk mendapatkan teknik penglidahan rekoder yang baik memerlukan masa yang agak
panjang. Selain itu, masa yang panjang dapat memastikan sampel benar-benar mahir bermain rekoder.
Apabila sampel telah dapat menguasai kemahiran yang dipelajari, maka keputusan yang diperoleh di
dalam ujian pasca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Selain itu, faktor puasa menjadi
penghalang kepada pengkaji untuk melaksnakan kajian kerana ibu bapa serta guru tidak
menggalakkan pengkaji untuk mengadakan kelas rekoder pada bulan puasa.
Selain itu, adalah diharapkan pendekatan Recorder Power dapat diperkenalkan dengan lebih
meluas bukan sahaja kepada murid-murid tahun empat malah kepada murid-murid tahun lima dan
enam dalam pembelajaran rekoder. Guru-guru juga patut menggunakan pendekatan ini dalam
pengajaran rekoder kerana pendekatan ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk
mempelajari permainan rekoder. Pendekatan ini sangat relevan dan bersesuaian pada peringkat awal
dalam mempelajari teknik bermain rekoder dan juga mempelajari not supaya dapat membantu murid-
murid bermain rekoder dengan lancar. Penerokaan dan pembelajaran melalui pengalaman telah
membantu murid-murid untuk meneroka dan mencuba memperbaiki diri dalam permainan rekoder.
Selain itu, pendekatan ini merupakan aktiviti yang berpusatkan murid. Jadi pendekatan ini sangat
tepat dan sesuai untuk digunakan di dalam kelas rekoder.