1. Tuan,
PENARIKAN DIRI DARIPADA MENYERTAI PERTANDINGAN PESTA MUZIK
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2019
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pasukan tarian sekolah ini memohon penarikan diri daripada menyertai
pertandingan di atas yang akan diadakan pada 23 25 Ogos 2019 di Seremban
Prima dan SMK King George V, atas kekangan yang tidak dapat dielakkan.
3. Untuk makluman, pasukan tarian SMKTB menyertai acara tarian rampai.
Justeru pihak sekolah tidak dapat menghantar wakil penyertaan untuk
pertandingan tersebut kerana 8 daripada 10 penari kami terdiri daripada pelajar
Tingkatan 5 dan mereka sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM dan
mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk latihan.
4. Penarikan diri ini memberi ruang kepada sekolah yang mendapat tempat
kedua pada pertandingan peringkat daerah yang lalu untuk menyertai
pertandingan ini.
5. Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang benar,
.
( )
Tarikh : 05.08.2019
Guru Penasihat,
Kelab Kebudayaan,
SMK Tunku Besar,
73000 Tampin.