際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
INSTITUT PENDIDIKAN GURU 
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 
08000 SUNGAI PETANI, 
KEDAH DARUL AMAN. 
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) 
(KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN) 
PRA3113 
TAJUK: KAEDAH AKTIVITI BUAT SENDIRI (D.I.Y) DALAM 
MENINGKATKAN KEMAHIRAN AWAL BACAAN KANAK-KANAK 
PRASEKOLAH. 
NAMA PENYELIDIK : NUROL FATIN BINTI KHALID 
NAMA PENYELIA : DR. AHMAD ABDUL GARNI BIN HAJI SAID 
NAMA JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH 
NAMA INSTITUSI : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 
TARIKH : 5 APRIL 2012
ISI KANDUNGAN 
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran 
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 
2.1 Isu / masalah kajian 
2.2 Fokus Kajian 
2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah 
2.4 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 
3.1 Soalan Kajian 
4.0 KUMPULAN SASARAN 
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 
5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan 
5.2 Perancangan cara mengumpul data 
5.3 Perancangan cara menganalisis data 
5.4 Perancangan jadual pelaksanaan / Carta Gantt 
5.5 Kos Kajian 
6.0 SENARAI RUJUKAN (sistem APA) 
7.0 LAMPIRAN (Instrumen, dokumen berkaitan)
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 Pengenalan 
Kebolehan membaca bergantung pada keadaan normal ketajaman deria pendengaran dan 
deria penglihatan. Jika kedua-dua saluran saraf deria ini mengalami sebarang jenis 
kecacatan, sudah pasti ketepatan pengamatan pendengaran dan penglihatan akan terjejas. 
Masalah ini akan menyulitkan proses pembelajaran kemahiran membaca (Syed Abu 
Bakar, 1994). 
Membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi 
membolehkan seseorang itu memperoleh pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar 
ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting 
untuk dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu 
dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh 
ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat prasekolah merupakan 
peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas 
ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila 
kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan 
tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum 
Standard Prasekolah (2010).
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 
Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Prasekolah, aktiviti yang berpusatkan murid 
adalah lebih diberi keutamaan supaya murid dapat pengalaman bermakna dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti berpusatkan murid seperti 
aktiviti hands-on terutamanya dapat mengembangkan daya ingatan murid terhadap hasil 
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang berpusatkan guru akan menyebabkan murid 
menjadi bosan dan mula mengganggu rakan ketika guru memberi penerangan dan 
akhirnya murid mudah lupa akan pengajaran yang telah diberikan oleh guru. 
Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar dalam praktikal fasa 1 dan 2, 
saya sering menghadapi masalah ini. Murid saya tidak dapat memberi tumpuan semasa 
saya memberi penerangan dan apabila disoal mereka tidak dapat menjawab dan 
kebanyakan daripada mereka menjadi lupa pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu. 
Pada praktikal fasa 3 ini, saya ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Bandar 
Baru Sungai Lalang, Sungai Petani yang mempunyai sebuah kelas prasekolah yang 
diberi nama Prasekolah Bestari. Prasekolah ini terdiri daripada 25 orang murid, seorang 
guru dan seorang pembantu pengurusan murid. 
Untuk praktikal ini juga, saya mengalami masalah yang sama iaitu murid gagal 
mengingat dengan baik. Pada bulan ke-3 persekolahan masih ada murid yang tidak dapat 
mengenal abjad dengan baik. Kebanyakan daripada mereka cuma membuat mimik mulut 
apabila aktiviti bacaan beramai-ramai. Ketika dipanggil ke depan, murid-murid tersebut
teragak-agak untuk membaca dan banyak menyebut huruf atau abjad yang silap 
sehingga ditegur oleh saya. Kadang-kadang mereka akan menjeling kepada rakan yang 
lebih tahu untuk mendapatkan jawapan. 
Ketika aktiviti bacaan, murid-murid ini juga tidak dapat fokuskan penglihatan 
mereka ke arah abjad yang ditunjukkan. Mereka akan menyebut nama abjad da n 
memandang ke muka saya. Perkara ini juga sering ditegur oleh saya beberapa kali 
namun masih diulang oleh murid berkenaan apabila melakukan aktiviti bacaan. Hal ini 
menyebabkan mereka tidak dapat mengingat rupa bentuk huruf yang disebut dan 
melakukan kesilapan yang sama. 
Hal ini amat merunsingkan saya, dan saya perlu mereka satu kaedah baru dalam 
pengajaran saya supaya murid dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka 
pelajari.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 
Melalui pemerhatian saya, saya beranggapan bahawa murid-murid ini haruslah berada 
pada tahap yang sama dengan rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu alternatif dalam 
menyelesaikan masalah kemahiran awal bacaan ialah menerusi Aktiviti Buat Sendiri 
(D.I.Y). 
Saya yakin bahawa murid-murid saya dapat menguasai kemahiran awal bacaan 
dengan baik jika saya menukar kaedah pengajaran saya kepada Aktiviti Buat Sendiri 
yang banyak melibatkan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 
Murid-murid dapat melakukan sendiri aktiviti semasa proses pengajaran dan 
pembelajaran dijalankan. Secara tidak langsung mereka dapat memberi tumpuan yang 
lebih kepada pembelajaran mereka dan ini dapat meningkatkan daya ingatan mereka 
terhadap pengajaran yang diberikan oleh saya. 
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 
2.1 Isu / Masalah Kajian 
Semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat 
beberapa isu serta masalah yang akan menjadi fokus kajian saya. Masalah-masalah 
diperhatikan ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran antara saya 
dengan murid.
Antara isu yang saya dapat perhatikan ialah : 
i. Murid mengalami masalah kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan 
melambatkan proses kemahiran membaca. (kognitif) 
ii. Murid mengalami masalah dalam menggunting dengan betul dan mereka 
akan menggunting mengikut garisan yang ada pada lukisan. Contohnya 
gambar gelas yang mempunyai straw, mereka akan menggunting gambar 
gelas sahaja dan meninggalkan straw di sebelah. (fizikal) 
iii. Murid sering mengganggu rakan dan berbual-bual ketika saya memberi 
penerangan untuk melakukan aktiviti. Mereka kadang-kadang akan mencuit 
rakan mereka dan tidak dapat duduk diam di tempat masing-masing. Murid 
juga sering bertindak di luar arahan saya. (tingkah laku) 
2.2 Fokus Kajian 
Daripada isu- isu yang diperhatikan, saya telah memilih untuk mengkaji masalah murid 
mempunyai kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan melambatkan proses 
kemahiran membaca.
2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah 
Saya mendapati seramai lima orang murid di dalam kelas Prasekolah Bistari masih tidak 
dapat mengenal abjad dengan baik dan selebihnya sudah boleh membaca suku kata dan 
membatang suku kata dalam perkataan. Hasil data ini saya kumpul melalui perbualan 
dengan guru berserta laporan asas awal bacaan yang disediakan di dalam kelas 
prasekolah. 
Saya juga telah membuat ujian pengesanan di mana saya telah memanggil murid 
seorang demi seorang untuk membuat bacaan abjad di hadapan saya. Berikut merupakan 
jenis data yang digunakan oleh saya dalam mengesan tahap kemahiran awal bacaan 
murid prasekolah saya.
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

More Related Content

96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (KAEDAH) (KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN) PRA3113 TAJUK: KAEDAH AKTIVITI BUAT SENDIRI (D.I.Y) DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN AWAL BACAAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH. NAMA PENYELIDIK : NUROL FATIN BINTI KHALID NAMA PENYELIA : DR. AHMAD ABDUL GARNI BIN HAJI SAID NAMA JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH NAMA INSTITUSI : IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM TARIKH : 5 APRIL 2012
  • 2. ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Isu / masalah kajian 2.2 Fokus Kajian 2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah 2.4 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Soalan Kajian 4.0 KUMPULAN SASARAN 5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan 5.2 Perancangan cara mengumpul data 5.3 Perancangan cara menganalisis data 5.4 Perancangan jadual pelaksanaan / Carta Gantt 5.5 Kos Kajian 6.0 SENARAI RUJUKAN (sistem APA) 7.0 LAMPIRAN (Instrumen, dokumen berkaitan)
  • 3. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kebolehan membaca bergantung pada keadaan normal ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan. Jika kedua-dua saluran saraf deria ini mengalami sebarang jenis kecacatan, sudah pasti ketepatan pengamatan pendengaran dan penglihatan akan terjejas. Masalah ini akan menyulitkan proses pembelajaran kemahiran membaca (Syed Abu Bakar, 1994). Membaca yang menjadi asas semua bidang pengetahuan amat penting bagi membolehkan seseorang itu memperoleh pendidikan sepanjang hayat. Sebahagian besar ilmu pengetahuan terdapat dalam bentuk tulisan. Kemahiran membaca adalah penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi. Oleh itu minat membaca perlu dipupuk sejak dari awal lagi supaya terbina asas yang kukuh. Melalui asas yang kukuh ini dapat menimbulkan minat yang berterusan. Peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina asas membaca. Pada peringkat ini, kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal. Membaca juga merupakan tumpuan utama yang terkandung dalam Tunjang Komunikasi dalam Kurikulum Standard Prasekolah (2010).
  • 4. 1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Prasekolah, aktiviti yang berpusatkan murid adalah lebih diberi keutamaan supaya murid dapat pengalaman bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti berpusatkan murid seperti aktiviti hands-on terutamanya dapat mengembangkan daya ingatan murid terhadap hasil pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang berpusatkan guru akan menyebabkan murid menjadi bosan dan mula mengganggu rakan ketika guru memberi penerangan dan akhirnya murid mudah lupa akan pengajaran yang telah diberikan oleh guru. Berdasarkan pengalaman saya semasa mengajar dalam praktikal fasa 1 dan 2, saya sering menghadapi masalah ini. Murid saya tidak dapat memberi tumpuan semasa saya memberi penerangan dan apabila disoal mereka tidak dapat menjawab dan kebanyakan daripada mereka menjadi lupa pada pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pada praktikal fasa 3 ini, saya ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Bandar Baru Sungai Lalang, Sungai Petani yang mempunyai sebuah kelas prasekolah yang diberi nama Prasekolah Bestari. Prasekolah ini terdiri daripada 25 orang murid, seorang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Untuk praktikal ini juga, saya mengalami masalah yang sama iaitu murid gagal mengingat dengan baik. Pada bulan ke-3 persekolahan masih ada murid yang tidak dapat mengenal abjad dengan baik. Kebanyakan daripada mereka cuma membuat mimik mulut apabila aktiviti bacaan beramai-ramai. Ketika dipanggil ke depan, murid-murid tersebut
  • 5. teragak-agak untuk membaca dan banyak menyebut huruf atau abjad yang silap sehingga ditegur oleh saya. Kadang-kadang mereka akan menjeling kepada rakan yang lebih tahu untuk mendapatkan jawapan. Ketika aktiviti bacaan, murid-murid ini juga tidak dapat fokuskan penglihatan mereka ke arah abjad yang ditunjukkan. Mereka akan menyebut nama abjad da n memandang ke muka saya. Perkara ini juga sering ditegur oleh saya beberapa kali namun masih diulang oleh murid berkenaan apabila melakukan aktiviti bacaan. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat mengingat rupa bentuk huruf yang disebut dan melakukan kesilapan yang sama. Hal ini amat merunsingkan saya, dan saya perlu mereka satu kaedah baru dalam pengajaran saya supaya murid dapat mengingat dengan baik apa yang telah mereka pelajari.
  • 6. 1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Melalui pemerhatian saya, saya beranggapan bahawa murid-murid ini haruslah berada pada tahap yang sama dengan rakan-rakan mereka yang lain. Salah satu alternatif dalam menyelesaikan masalah kemahiran awal bacaan ialah menerusi Aktiviti Buat Sendiri (D.I.Y). Saya yakin bahawa murid-murid saya dapat menguasai kemahiran awal bacaan dengan baik jika saya menukar kaedah pengajaran saya kepada Aktiviti Buat Sendiri yang banyak melibatkan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid dapat melakukan sendiri aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Secara tidak langsung mereka dapat memberi tumpuan yang lebih kepada pembelajaran mereka dan ini dapat meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pengajaran yang diberikan oleh saya. 2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN 2.1 Isu / Masalah Kajian Semasa menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati terdapat beberapa isu serta masalah yang akan menjadi fokus kajian saya. Masalah-masalah diperhatikan ini boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran antara saya dengan murid.
  • 7. Antara isu yang saya dapat perhatikan ialah : i. Murid mengalami masalah kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan melambatkan proses kemahiran membaca. (kognitif) ii. Murid mengalami masalah dalam menggunting dengan betul dan mereka akan menggunting mengikut garisan yang ada pada lukisan. Contohnya gambar gelas yang mempunyai straw, mereka akan menggunting gambar gelas sahaja dan meninggalkan straw di sebelah. (fizikal) iii. Murid sering mengganggu rakan dan berbual-bual ketika saya memberi penerangan untuk melakukan aktiviti. Mereka kadang-kadang akan mencuit rakan mereka dan tidak dapat duduk diam di tempat masing-masing. Murid juga sering bertindak di luar arahan saya. (tingkah laku) 2.2 Fokus Kajian Daripada isu- isu yang diperhatikan, saya telah memilih untuk mengkaji masalah murid mempunyai kurang daya ingatan dalam mengenal abjad dan melambatkan proses kemahiran membaca.
  • 8. 2.3 Tinjauan dan Analisis Masalah Saya mendapati seramai lima orang murid di dalam kelas Prasekolah Bistari masih tidak dapat mengenal abjad dengan baik dan selebihnya sudah boleh membaca suku kata dan membatang suku kata dalam perkataan. Hasil data ini saya kumpul melalui perbualan dengan guru berserta laporan asas awal bacaan yang disediakan di dalam kelas prasekolah. Saya juga telah membuat ujian pengesanan di mana saya telah memanggil murid seorang demi seorang untuk membuat bacaan abjad di hadapan saya. Berikut merupakan jenis data yang digunakan oleh saya dalam mengesan tahap kemahiran awal bacaan murid prasekolah saya.