1. KPS3014: PENGURUSAN PEMBELAJARAN
PENGURUSAN MURID
PELBAGAI UPAYA
DISEDIAKAN OLEH
NURULNADYA BINTI HASSAN D20132065259
NUR SALIZA BINTI SAZALI D20132065264
MOHAMAD HILMI B. ABD. WAHAB D20132065266
4. 1) APA ITU
PENDIDIKAN
KHAS?
Pendidikan
Khas
DEFINISI DAN
KONSEP
PENDIDIKAN
KHAS
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KHAS:
OBJEKTIF
PENDIDIKAN
KHAS
CIRI-CIRI
KHAS
PENDIDIKAN
KHAS
KATEGORI KANAK-
KANAK
BERMASALAH
PEMBELAJARAN DI
BAWAH
TANGGUNGJAWAB
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
KONSEP PROGRAM
KHAS MENURUT
AKTA PENDIDIKAN
1996
Konsep Sekolah
Khas menurut Akta
Pendidikan 1961
Ali Khuli, M. (1986). Asaalib
Tadries al Lughah al Arabiyyah.
Riyadl: Maktab Al-Faraj Daar al
Tijariyyah.
5. DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak
dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai
masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah
dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas
menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,
penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran
perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu
menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
6. Special education means specially designed instruction that meets the
unusual needs of exceptional children. (Hallahan & Kauffman, 1994.
"...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi
keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid
kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak
dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa."
(Culcatta, R.A., & Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999)
7. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
" Pendidikan khas di Malaysai adalah satu usaha yang berterusan
untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan
serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan
peroduktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
8. OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS
Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk
murid-murid dengan keperluan khas
Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap
murid dengan keperluan khas
Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi
murid dengan keperluan khas
Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini
Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam
bidang pendidikan khas
9. CIRI-CIRI KHAS PENDIDIKAN KHAS
1. Guru-guru terlatih khas
2. Pendekatan pelbagai disiplin
3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education
Programme)
4. Kurikulum yang khas
5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka
pendek.
6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian
yang sesuai
8. Kaedah pengajaran yang khas
9. Kaunseling ibu bapa
10. KONSEP PROGRAM KHAS MENURUT AKTA
PENDIDIKAN 1996
Program Khas bererti:
1. Satu program yang disediakan di sekolah khas* bagi murid yang
mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran.
2. Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan
pendengaran atau masalah pembelajaran; dan
3. Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan
khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.
11. KONSEP SEKOLAH KHAS MENURUT AKTA PENDIDIKAN
1961
Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan
yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.
12. 2. APAKAH PERBEZAAN ANTARA MURID
BERKEPERLUAN KHAS DENGAN MURID KURANG
UPAYA DARIPADA SEGI KONSEP DAN CIRI?
Perbezaan
murid
berkeperluan
khas
Murid kurang
upaya
13. MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak luar biasa
(exceptional children)
Kanak-kanak berisiko (at risk
children)
Kanak-kanak yang berbeza
daripada kanak-kanak biasa;
merangkumi mereka yang
mengalami kesukaran dalam
pembelajaran dan juga mereka
yang menunjukkan pencapaian
yang tinggi daripada kanak-
kanak biasa.
Kanak-kanak berisiko (at risk
children)
Mereka tidak mengalami
kecacatan tetapi dianggap
mempunyai kemungkinan yang
besar mengalami sesuatu
kecacatan. Mereka menghadapi
masalah dalam kelas biasa dan
berisiko untuk menjadi cacat.
14. MURID KURANG UPAYA
Kanak-kanak kurang upaya (children
with disabilities)
Kanak-kanak yang mengalami
kecacatan (handicapped Children
Kekurangan atau kehilangan fungsi
anggota badan atau organ sering
digunakan secara sinonim dgn mereka
yang mempunyai ketidakupayaan atau
ketidaksempurnaan. Ketidakupayaan ini
menghalang dan menghadkan
keupayaan mereka dalam
melaksanakan tugas-tugas yang dapat
dilakukan oleh orang biasa.
Masalah yang dihadapi oleh mereka
yang mempunyai ketidakupayaan atau
kecacatan ketika berinteraksi dengan
dengan persekitaran.
15. 3)SIAPAKAH YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH PENUH KERAJAAN DAN
APAKAH SYARAT PENYERTAAN PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS?
PENDIDIKAN
KHAS
SIAPAKAH
YANG LAYAK
SYARAT
PENYERTAAN
16. SIAPAKAH YANG LAYAK MENGIKUTI PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS DI SEKOLAH PENUH
KERAJAAN?
Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah
tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid
yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah
pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang
dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap
boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan
formal yang merangkumi:
18. SYARAT PENYERTAAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS
Bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di Malaysia, kanak-kanak
yang boleh dididik adalah layak untuk mengikuti program khas, kecuali
mereka yang:
(a) cacat angota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
seperti murid biasa .
(b) mempunyai pelbagai kecacatan atau yang mengalami kecacatan
anggota yang terlalau serius, atau yang terencat akal yang berat
(homes/hospital/bawah JKM).
Murid berkeperluan khas adalah mereka yang boleh dididik jika mereka
mampu mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang
lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada : pengamal perubatan,
pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai
berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.
19. 4. JENIS PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS YANG
DIWUJUDKAN?
JENIS
PROGRAM
SEKOLAH
PENDIDIKAN
KHAS (SPK)
PROGRAM
PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI
PROGRAM
INKLUSIF (PI)
PROGRAM
PEMULIHAN
KHAS
PROGRAM
BERMASALAH
PEMBELAJARAN
SPESIFIK
DISLEKSIA
20. SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS (SPK)
Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Khas (JPK)
Sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid
bermasalah pendengaran dan penglihatan (rendah dan menengah).
SPK
Prasekolah
Pendidikan
Rendah
Pendidikan
Menengah
Pendidikan
Pasca
Menengah
21. PRASEKOLAH
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah
Pendidikan Khas ialah:
- berumur tidak kurang dari lima (5) tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan
- boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
22. PENDIDIKAN RENDAH
Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun.
Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan
hingga 2 tahun maksimum).
Disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa
bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan &
pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan
Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa
Tahun Enam. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat
sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma,
dan bantuan kewangan RM200 sebulan (bagi mereka yang berdaftar
sebagai OKU).
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh
mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif
23. PENDIDIKAN MENENGAH
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah:
berumur 13+ hingga 19+ tahun
Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2
tahun maksimum)
disahkan oleh pengamal perubatan
boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan
vokasional.
Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh mengikuti
pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang
mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau di Sekolah
Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang atau SMPK
Setapak)
24. Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) spt
murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan
mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat
berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk
meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid
bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya
mengambil STPM bagi yang layak.
Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke
sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai
program Pendidikan Khas Integrasi.
25. PENDIDIKAN PASCA MENENGAH
Jabatan Pendidikan Teknikal juga memberi peluang kepada
murid-murid bemasalah pendengaran untuk melanjutkan
pelajaran di politeknik dengan menawarkan kursus-kursus
teknikal, elektrik, perhotelan dan rekaan fesyen.
Politeknik yang terlibat ialah: Kursus yang ditawarkan ialah:
Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Johor Bharu.
Politeknik Shah Alam
Penyelenggaraan mekanikal
Awam Pembinaan
Rekaan dan Fesyen dan Pakaian
Hotel dan Ketering
Rekabentuk grafik
26. PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.
Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran
terhadap yang minimum (LRE).
Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka
dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir.
Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan
sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
27. PROGRAM INKLUSIF (PI)
Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid
berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: satu program pendidikan
inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di
dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian
Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang
mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.
Ditadbir oleh JPN
Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan
diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas.
28. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki
dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-
membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan
atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj
Awang,1996)
Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar
biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua
kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu.
Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk
membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal
yang boleh.
Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak
murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.
29. PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Merupakan program yanG disediakan bagi membantu murid-murid
mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Murid yang telah
dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M
pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas.
Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang
dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS).
Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2
(murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3).
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan
sistem pengasingan sementara (withdrawal)
30. PROGRAM BERMASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK
DISLEKSIA
KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran
disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas
atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam
kemahiran mengeja, membaca, dan menulis.
Syarat kemasukan ke program ini:
Murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1
sekurang-kurangnya 6 bulan.
Murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik
darjah atau pemulihan khas,
Keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia, dan disahkan
mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.
Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas
Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan
31. 5)BAGAIMANAKAH FUNGSI GURU
DALAM MENJAYAKAN KELAS
PEMULIHAN?
Menggunakan strategi
pengajaran dan pembelajaran
yang berlainan mengikut
personaliti murid-murid
Guru yang sensitif dan peka
akan mengenal pasti
personaliti seseorang murid
melalui pemerhatian dan
interaksi dengan murid-
muridnya
Menolong membentuk
personaliti baik dalam diri
setiap orang murid
Contohnya apabila murid
berjaya mengeja satu
perkataan yang disoal dengan
betul ucapkan tahniah kamu
memeng pandai,kamu berjaya
mengeja dengan tepat
Guru jangan sekali-kali
merendahkan kemampuan
murid dan mematahkan
semangat dan minat murid
untuk belajar lagi
32. SOALAN 6
Apakah peranan guru
untuk mendorong murid
ke arah kecemerlangan
diri berdasarkan
kepelbagaian yang
dimiliki oleh murid-
murid?
33. Pengajar
Pendekatan kreatif dan
kritis dalam
pembelajaran
Pengurus
Bertanggungjawab untuk
menyimpan rekod-rekod
peribadi murid mereka.
Dianggap kaunselor
39. ADAKAH PELAJAR YANG KURANG UPAYA MASIH
BOLEH MENERUSKAN PELAJARAN MEREKA
SEHINGGA MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI
SEKOLAH?
Soalan 9
40. YA, PELAJAR YANG KURANG UPAYA MASIH BOLEH MENERUSKAN
PELAJARAN MEREKA SEHINGGA MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI SEKOLAH.
SEBAGAI CONTOH, SAYA MENYEDIAKAN VIDEO SUASANA DAN KEADAAN
PEPERIKSAAN UPSR YANG DIJALANKAN DISEBUAH SEKOLAH ORANG
KURANG UPAYA.
VIDEO UPSR DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS
SUMBER DARIPADA RAKAMAN
KETIKA PEPERIKSAAN UPSR DI SEKOLAH
PENDIDIKAN KHAS ALMA, PULAU PINANG.
41. JIKA SEORANG INDIVIDU ITU ADALAH
ORANG KURANG UPAYA ADAKAH DIA MASIH
BOLEH BERJAYA?
Soalan 10
42. BOLEH, KEJAYAAN ADALAH ATAS USAHA KITA SENDIRI. JADI TIDAK KIRALAH
SESIAPAPUN YANG BERUSAHA PASTI AKAN BERJAYA. IA TERMASUKLAH INDIVIDU
KURANG UPAYA. MALAH ADA YANG LEBIH BERJAYA DARIPADA MANUSIA NORMAL.
VIDEO PELAJAR OKU BERJAYA
VIDEO USAHAWAN OKU BERJAYA
43. KESIMPULAN
Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan
yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang
realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya.
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal
ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan
mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya
memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi
pentadbiran dan penyelenggaraan. Jadi walaubagaimanapun dengan
usaha yang dijalankan dan ditambahbaikan ia akan membantu ramai
individu kurang upaya untuk turut berjaya didalam akedemik.