2. Soalan:
• Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar
telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 thaun lalu.
Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang panjang,
ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar kerana
arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi perunding,
tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk mengurangkan
atau mengatasi masalah ini.
• Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan mitigasi
dan adaptasi.
3. Pada pendapat saya,kenaikan paras laut ini disebabkan oleh
pemanasan global iaitu suhu di permukaan bumi menjadi
lebih panas berbanding dengan suhu normal dan
menyebabkan pencairan bongkah ais di kutub Utara dan
Selatan akhirnya terjadinya kenaikan paras laut.
Dua tindakan yang boleh mengurangkan fenomena ini adalah
i. tindakan mitigasi
Keupayaan atau kebolehan untuk mengurangkan risiko
bencana melalui pembangunan fizikal mahupun
kesedaran atau peningkatan kemampuan untuk
menghadapi bencana.
i. tindakan adaptasi
Menyesuaikan diri terhadap persekitaran untuk
menangani masalah.
4. Pelan Tindakan Mitigasi
1. Penggunaan sumber tenaga alternative
Pihak berkuasa harus mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan
sumber tenaga alternative seperti tenaga angin dan tenaga solar boleh
digalakkan di kawasan pantai bagi mengganti pembakaran fosil.
2. Mengalakkan penggunaan kenderaan awam atau berbasikal dalam kalangan penduduk
Cara ini dapat mengurangkan penggunaan petrol dan pelepasan haba- haba yang
akan mengaibatkan pemanasan global. Oleh itu, pihak berkuasa harus
menaiktarafkan infrastruktur dan memperluaskan sistem pengangkutan awam.
3. Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau
Pokok-pokok dan tumbuhan hijau dapat mengurangkan gas rumah hijua iaitu CO2
yang menyebabkan pemanasan global.
4. Mengalakkan kitar semula
Kitar semula dapat mengurangkan sampah yang dihasilkan. Kertas yang dikitar
semula dapat mengurangkan pokok-pokok diterbang.
5. Pelan Tindakan Adaptasi
1. Menggalakkan penduduk di tepi pantai untuk berpindah ke kawasan lebih tinggi
Pembinaan rumah kos rendah bagi memindahkan penduduk di tepi pantai ke
kawasan yang lebih tinggi supaya mereka tidak kehilangan tempat tinggal apabila
paras air laut meningkat.
2. Pembinaan system perairan dan peparitan yang lebih sistematik
Bagi mengurangkan kerugian dan masalah sekiranya berlaku banjir di kawasan
rendah.
3. Membina tembok di tepi pinggir laut bagi meringankan kesan peningkatan air laut
Pembinaan tembok dapat mengelakkan air laut untuk masuk ke dalam kawasan
Bandar.
4. Memberi ilmu pencegahan penyakit-penyakit akibat pemanasan global terhadap
penduduk
Penduduk dapat mengetahui kesan dan punca penyakit tersebut dan dapat
mendapat rawatan segera sekiranya mendapat penyakit tersebut.
6. Kesimpulan
Semua pihak mempunyai peranan masing-
masing untuk meringankan isu pemanasan
global ini. Kita haruslah bertindak wajar
untuk mengawal isu ini daripada menjadi
semakin parah.