Abstrak kesesuaian penghasilan alat bahan bantu mengajar
1. KESESUAIAN PENGHASILAN ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR (ABBM) DALAM
BENTUK MICROSOFT POWER POINT BAGI KURSUS P5127, KEWANGAN
PERNIAGAAN UNTUK PELAJAR SEMESTER LIMA DIPLOMA PENGURUSAN
PERNIAGAAN DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI, PULAU PINANG
Faizah Binti Sahbudin
Muhammad Nazri Bin Abdul Halim
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta menilai penghasilan alat bahan bantu
mengajar (ABBM) dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan
Perniagaan. ABBM dibina bersesuaian dengan isi kandungan kursus tersebut di Politeknik
Malaysia dan mesra pengguna. Cadangan kajian ini melibatkan pelajar semester lima Diploma
Pengurusan Perniagaan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai sampel kajian.
Dua instrumen kajian akan digunakan di dalam kajian ini iaitu alat bahan bantu mengajar
dalam bentuk Microsoft Power Point bagi kursus P5127, Kewangan Perniagaan dan borang
soal selidik. Data yang dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan program Statistics
Package For Social Sciences (SPSS) melibatkan Descriptive Statistics untuk mendapatkan nilai
frekuensi, min dan sisihan piawai. Pengkaji berharap agar ada usaha penambahbaikan di masa
akan datang bertujuan untuk meningkatkan lagi ABBM dalam bentuk Microsoft Power Point ini
dan boleh diaplikasikan dan diguna pakai di Politeknik Seberang Perai.
Kata Kunci: Alat Bahan Bantu Mengajar, Kewangan Perniagaan, Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang