1. Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia, terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat ilahi
atas limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan saya yang bertajuk Pendidikan Inklusif.
Walaupun pada permulaannya saya rasa tugasan amat sukar untuk disiapkan tetapi dengan
sokongan rakan-rakan dan pensyarah. Kalau bukan dengan bimbingan mereka mungkin sukar
bagi saya untuk menyiapkan tugasan ini. Sepanjang saya mencari maklumat atau bahan tugasan
saya, banyak cabaran yang telah saya tempuhi kerana ia perlu masa dan tenaga untuk bergerak
mencari bahan-bahan tugasan saya.
Berbalik kepada kandungan jurnal refleksi ini, saya telah diberi tugasan untuk
merugkaikan berkenaan dengan pelaksanaan Pendidikan Inklusif di sekolah Kelas Perdana.
Tugasan tersebut telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama tugasan ingin
kami menghuraikan tentang susunatur adat perkahwinan dari mula hingga akhir majlis
perkahwinan. Peringkat yang kedua pula, kami telah disuruh untuk mendapat gambar-gambar
yang terdapat dalam adat-adat perkahwinan iaitu. Tugasan tersebut telah dibahagikan kepada tiga
peringkat iaitu peringkat pertama tugasan ingin kami menghuraikan tentang susunatur adat
perkahwinan dari mula hingga akhir majlis perkahwinan. Peringkat yang kedua pula, kami telah
disuruh untuk mendapat gambar-gambar yang terdapat dalam adat-adat perkahwinan iaitu
bermula dari majlis pertunangan hingga kemajlis perkahwinan selesai. Hasil daripada kegigihan
dan ketabahan hati yang kuat serta sokongan dari rakan-rakan, terhasil juga tugasan dengan
menapati masa yang telah ditetapkan.
Berdasarkan tugasan telah diberikan saya telah memilih adat resam perkahwinan orang
Melayu Sarawak. Adat perkahwinan orang Melayu di Sarawak menjadi pilihan saya kerana ia
akan dijadikan satu cabaran kepada saya kerana saya bukan dari kaum Melayu Sarawak.
Sepanjang saya menbuat penyelidikan dan kajian tentang adat perkahwinan kaum Melayu di
Sarawak banyak adat-adat yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Dalam liku-liku perjalanan
untuk menyiapkan tugasan ini saya telah menggunakan beberapa keadah, antaranya ialah
soaljawab, temuramah dan melalui bahan-bahan yang diperolehi daripada internet.Tanpa
sokongan orang tau penduduk kampung mungkin sukar untuk saya mendapat malumat yang
diingini.
Bermula dari adat merisik, adat ini adalah adat yang pertama kali dijalankan dalam
perkahwinan orang Melayu. Menurut temubual yang telah saya buat, adat merisik ini dilakukan
2. oleh kedua ibubapa pihak lelaki yang berkunjung kerumah pihak perempuan. Dalam adat merisik
ini banyak kata kiasan akan digunakan. Bagi majlis pertunangan pula, pihak lelaki akan
menghantar barang tunangan yang terletak di dalam dulang. Mengikut adat pertunangan orang
Melayu jumlah dulang yang hantar adalah dalam bentuk angka ganjil begitu juga hantaran balas
dari sebelah pihak perempuan dalam jumlah angka ganjil juga. Adat berbalas hantaran juga
merupakan satu adat yang menjadi ikutan dan amalan sepanjang zaman.
Sedar tak sedar, setelah bebberapa minggu saya menemubual dan bersoaljawab bagi
mendapat bahan tugasan dan tentang adat resam perkahwinan orang Melayu kini, majlis hari
perkahwinan akan tiba. Bagi majlis perkahwinan tersebut saya sendiri akan hadir dan
menyaksikan perjalanan majlis perkahwinan tersebut. Pada hari majlis perkahwinan itu
dijalankan dari mula hingga akhir majlis sememangnya orang Melayu penuh dengan adat resam
perkahwinan. Walaupun kita telah berhijrah ke zaman serba moden tetapi adat-adat peninggalan
nenek moyang tetap diteruskan. Ini menunjukkan betapa adat-adat resam yang di amalkan amat
penting dalam majlis perkahwinan sehingga masa kini.
Bemula dari adat menyambut tetamu dimana, penyambut tetamu lengkap menggunakan
baju melayu dan bersampin serta bersongkok. Dengan sapaan memek muka yang amat ceria
sebagai penyambut tetamu. Sepanjang hari majlis perkahwinan yang saya hadiri terbuktilah
bahawa bahan yang saya perolehi tentang adat-adat perkahwinan orang Melayu sememang
terjawab dalam majlis yang telah saya hadiri. Contohnya adat tepung tawar, bersanding, makan
beradat dan lain-lain lagi sememang telah terjawab dalam majlis tersebut. Ia merupakan satu
pengalaman baru yang saya perolehi melalui tugasan yang telah diberikan kepada saya.
Dapat disimpulkan, sepanjang saya menyiapkan tugasan yang dibahagikan kepada tiga
peringkat, banyak ilmu yang berjaya saya pelajari melalui tajuk adat resan perkahwinan orang
Melayu. Antara tahu dan tidak tahu tentang adat resan tersebut telah mematangkan pemikiran
saya untuk lebih mendalami adat resam perkahwinan orang melayu dan kaum lain di Sarawak di
Semenanjung Malaysia. Pada hakikatnya adat-adat perkahwinan ini perlu diketahui oleh semua
kaum kerana di negara kita Malaysia telah dilanda sunami perkahwinan yang tidak sama bangsa
dan agama. Walaupun kaumnya sama Melayu pada hakikatnya terdapat perbezaan dalam adat
resamnya. Ini adalah bergantung kepada tempat asal bangsa Melayu tersebut.
3. Akhir sekali, dalam ruangan ini sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih sekali lagi
ditujukan kepada Pensyarah, rakan-rakan dan penduduk kampung yang telah memberi kerjasama
yang tidak terhingga sehinggalah tugasan ini selesai. Segala tunjuk ajar yang diperolehi akan
menjadi panduan di masa hadapan. Segala salah silap berbentuk kata-kata mahupun tindakan
yang tidak disedari harap dimaafkan.
Sekian dan moga berjumpa lagi.