Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain meninggalkan berbagai kesan, termasuk meluasnya empayar Islam dan penyebaran agama Islam, kontribusi besar dalam bidang agama, ekonomi, dan pendidikan, serta mempengaruhi perkembangan Zaman Renaissance di Eropa melalui penyebaran ilmu pengetahuan Islam.
2. Pada tahun 1453,Mehmed Fatih berjaya
menawan Constantinople (Istanbul).Islam
disebarkan ke kawasan Balkan atau Eropah
Timur.
Tentera islam mempunyai semangat Ghazi
(kepahlawanan) yang berani berkorban jiwa
demi penyebaran islam.
Orang islam mempunyai pegangan akidah
yang kukuh dan akhlak yang tinggi
Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya
menyebarkan ajaran islam ke Eropah
kerana:
3. ***Kejayaan peluasan kuasa islam di Eropah
membantu perkembangan agama islam ke
Eropah.Kejayaan peluasan kuasa islam disebabkan
oleh akidah yang tinggi, semangat ghazi, sistem
ketenteraan yang tersusun, mempunyai tentera
berkuda yang handal, mempunyai kumpulan infantri
yang kuat, kumpulan armada laut yang kuat, dan
mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit
yang terlatih dalam selok-belok peperangan.
***Keadaan politik di Eropah kurang stabil akibat
peperangan.Ini memudahkan peluasan kuasa islam di
Eropah.Pada peringkat awal,tentera islam Uthmaniyah
masuk ke Eropah atas permintaan Maharaja John vi
Cantacuzens.Maharaja John vi Cantacuzens membuat
perjanjian dengan Orhan pada tahun 1346 untuk
mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam
usaha menuntut takhta kerajaan Byzantine.
4. Agama islam dapat disebarkan kepada
masyarakat Balkan berikutan kelemahan dan
kejatuhan kerajaan Byzantine.
Ramai penganut kristian memeluk agama islam
kerana Gereja Greek Ortodoks tidak mampu
memberi perlindungan kepada masyarakat setelah
kejatuhan kerajaan Byzantine, berlakunya
penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para
pemimpin, masalah kewangan dalam institusi
gereja, mereka juga tertarik dengan keistimewaan
yang terdapat dalam agama islam.
Setelah menguasai kawasan Balkan, kerajaan
Uthmaniyah menjalankan dasar diplomasi dan
toleransi dalam hubungan keagamaan.ini terbukti
apabila masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk
islam, kedudukan perundangan dan harta Gereja
Ortodoks juga diiktiraf oleh kerajaan Uthmaniyah,
5. Gereja Ortodoks dibenarkan melindungi
kepentingan orang kristian di Balkan, kerajaan
Uthmaniyah juga tidak campur tangan dalam
urusan keagamaan orang kristian.
Ramai orang kristian memeluk islam kerana
tertarik dengan sistem sosialnya yang berasaskan
kecemerlangan Individu dan bukannya keturunan.
Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan
turut mengembangkan agama islam ke
Eropah,mereka berhijrah ke kawasaan Thrace,
Lembah Marista, Utara Bulgaria dan
Albania.Mereka membina petempatan di kawasan
yang didiami oleh kumpulan Sufi,kumpulan Sufi
yang menyampaikan ajaran islam melalui toleransi
dan asimilasi dapat menarik ramai orang Kristian
untuk memeluk Islam.
6. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-
Khattab ,Amr ibn al-As telah menawan Mesir pada
tahun 639 M.Dengan itu, tamadun islam
bertembung dengan tamadun Yunani dan Rom
yang sudah bertapak di Mesir.
Tamadun Islam bertembung dengan Tamadun
Parsi apabila berlakunya peluasan kawasan
kerajaaan islam ke Baghdad.
Tamadun Islam bertembung dengan Tamadun
Eropah setelah kerajaan Bani Umaiyah menawan
Qayrawan di Utara Afrika(670 M.) dan tiba di
Pantai Sepanyol(711 M.).
pertembungantamadunislam
dengantamadunlaindidunia...
8. 2. Melalui hubungan diplomatik:
a) Kumpulan peneroka islam dari kerajaan
Bani Umaiyah telah menjalin hubungan
diplomatik dengan masyarakat bukan islam di
Selatan Sepanyol seperti di Cardova,
Valencia, dan Rhonda.
b) Hubungan diplomatik ini membolehkan
berlakunya pemahaman secara aman antara
orang islam dengan orang bukan islam
tentang pentadbiran, ekonomi, keagamaan,
dan cara hidup.
3. Melalui penaklukan dan ketenteraan:
a) Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh
kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah,
Abbasiyah, dan Uthmaniyah.
b) Apabila kerajaan islam menguasai Iran
dan Iraq, tamadun islam bertembung dengan
tamadun Parsi.
9. c) Apabila tentera islam menguasai kawasan
Mesir dan Afrika Utara, tamadun islam
bertembung dengan tamadun Eropah,
khususnya tamadun Rom. Iaitu Empayar
Byzantine.
4. Pertembungan kebudayaan:
a) Pertembungan kebudayaan antara tamadun
islam dengan tamadun lain berlaku berikutan
peluasan kawasan penyebaran islam .
b) Setelah islam bertapak di Sepanyol,
munculnya kebudayaan yang baru:
i) Bahasa Arab menjadi bahasa utama di
Sepanyol ketika zaman pemerintahan
Umaiyah yang berpusat di Cardova.
ii) Lahirnya golongan Mozarab, iaitu orang
tempatan yang beragma Kristian tetapi
berbahasa Arab dan mengamalkan
kebudayaan islam.
10. 5. Pertembungan intelektual:
a) Penyebaran islam di Eropah membolehkan
para intelek islam mendalami keilmuan
tamadun Eropah.
b) Mereka mengembangkan keilmuan
tamadun Eropah mengikut pandangan
intelektual islam.
11. Pertembungan tamadun islam dengan tamadun
lain di dunia meninggalkan pelbegai kesan,
a) Pertembungan itu memberi sumbangan yang
besar dari segi keagamaan, islam mengubah
cara hidup umatnya, membawa nilai akidah,
iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t., dan
menyediakan sistem perundangan
berasaskan al-Quran dan hadis yang menjadi
pendoman umat islam.
b) Islam mudah diterima kerana bersifat
universal, tidak terbatas kepada bangsa dan
kawasan geografi, dan tidak menghapuskan
cara hidup, adat, dan budaya masyarakat
setempat.
Kesan pertembungan:
12. Peluasan empayar islam dan kawasan
penyebaran islam;
a) Lahirnya pelbagai bentuk kerajaan di dalam
dunia islam.
b) wujudnya masyarakat islam di China
sehingga kini.
c) Amalan politik dalam dunia islam berasaskan
akidah dan syariah.
Kerajaan-kerajaan islam yang menjalankan
peluasan kuasa telah membolehkan orang islam
menguasai ekonomi, khususnya perdagangan:
a) Untuk memastikan kegiatan ekonomi dan
perdagangan berjalan dengan lancar,
pemerintah islam menjaga keselamatan
laluan perdagangan di kawasan
naungannya.
13. b) Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada
laut untuk mengawasi keselamatan
kapal-kapal pedagang di Teluk Parsi, Laut
Mediterranien, Laut Merah, dan Laut Hindi.
c) Istanbul, Iskandariah, Aden, Basra, dan
Siraf menjadi pusat kegiatan ekonomi.
d) Pedagang islam menjalankan perdagangan
dengan India, Ceylon, Kepulauan Melayu,
dan China di sebelah Timur. Mereka juga
berdagang sehingga ke Sepanyol, Selatan
Perancis, Armenia, dan benua Afrika di
sebelah Barat.
Perkembangan islam di Eropah mempengaruhi
proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar
sekitarnya.
Tamadun islam mempengaruhi perkembangan
pendidikan berbentuk Agama, Sains, matematik,
dan teknologi.
14. Orang islam, khususnya golongan, Mudejar mempengaruhi
tatatertib kehidupan harian masyarakat Eropah, cara
berpolitik, bertutur, berfikir, berpakaian, dan berdagang.
Di kawasan penaklukan islam, para cendakiawan islam dan
bukan islam dapat bertukar-tukar pendapat;
a) Para cendakiawan islam mengumpul maklumat dan
hasil penulisan Para cendakiawan dari zaman awal
seperti Aristotle, Plato, Galen, dan Hipocrates.
Karya mereka diterjemahkan oleh cendakiawan
islam.
Khalifah Harun al-Rasyid telah menubuhkan sebuah
perpustakaan, iaitu baitulhikmah. Penubuhan baitulhikmah
membolehkan proses perkembangan penterjemahan dalam
intelektual orang islam dipertingkatkan.Hasil karya daripada
tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendakiawan islam.
Orang islam telah dapat menghasilkan satu budaya
keilmuan dan intelektual yang sangat tinggi melalui proses
penterjemahan hasil karya tamadun lain.
Tempoh antara abad ke-8 hingga abad ke-13 merupakan
Zaman Kemuncak Keilmuan Islam.
15. Zaman tersebut telah melahirkan ramai cendakiawan yang
pakar dalam pelbagai bidang, misalnya;
a) Bidang perubatan;
Zakaria al-Razi (865 925 M.) memberikan
sumbangan penting dalam perubatan klinikal,
menghasilkan lebih daripada 20 karya, antara
karyanya yang terkenal ialah kitab al-hawi,
sebuah ensiklopedia perubatan, dan merupakan
penterjemah utama hasil karya Galen, seorang
ahli perubatan Yunani yang terkenal.
Al-Zahrawi (936 1013 M.) merupakan pakar dalam
kajian perubatan dan farmasi.
b) Bidang matematik dan astronomi:
i) Al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq, al-Biruji dan
al-Bitruni, memberikan sumbangan yang amat
penting dalam bidang ini dan perkembangan
intelektual dunia.
16. Bidang pemikiran politik dan undang-undang;
i) al-Farabi, al-Miskawayh, dan al-Mawardi
menghasilkan karya- karya penting dalam bidang ini.
ii) Hasil karya mereka memberi kesan terhadap
pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah
orang islam dan masyarakat barat.
Bidang falsafah dan ilmu mantik;
i) Ibn Sina, al-Kindi, Fakhral-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi,
Ibn Rushd, dan Imam Ghazali memberi sumbangan
penting dalam bidang ini.
ii) Hasil karya mereka memberi kesan terhadap
perkembangan falsafah sains, pemikiran kritis,
usuluddin dan kesedaran agama.
Bidang kesusasteraan;
i) Omar Khayyam menghasilkan Rubaiyah
ii) al-Jahiz menulis kitab al-Bayan.
iii) Jalal ad-Din Runi banyak menghasilkan puisi
tentang ketuhanan.
iv) Rabiah al-Adawiah, seorang penulis puisi wanita
yang terkenal banyak menghasilkan puisi yang
bertemakan ketuhanan dan hubungan antara
manusia dengan tuhan.
17. Tamadun islam memberikan sumbangan dalam bidang
kesenian, khususnya seni bina;
a) Masjid Cardova di Sepanyol , Masjid Sultan Ahmed
(Masjid Biru) di istanbul dan Istana Alhambra dapat
melambangkan keindahan seni ukir dan seni bina
orang islam.
b) Kebanyakan cendakiawan islam memaparkan unsur
-unsur yang terdapat dalam kepercayaan akidah
dan tauhid.
Ramai cendakiawan islam mengembara dan meneroka ke
kawasan di luar naungan islam pada zaman kemuncak
kegemilangan tamadun islam.Misalnnya,
a) Ibn Battuta (1304 -1377 M.) telah mengembara ke
Afrika, India, dan China.Cacatan beliau dihargai
kerana memberikan fakta yang tepat tentang
kawasan yang dilawatinya.Hasil cacatan beliau
masih menjadi rujukan sejarawan sehingga kini.
b) al-Mascudi (945 M) mengembara ke Parsi, India,
Timur Afrika, dan China.
c) Ibn Fadhlan menggembara ke utara Eropah.
18. Keilmuan islam memberikan manafaat kepada masyarakat
Eropah sehingga berjaya membawa mereka keluar daripada
Zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan Zaman
Renaissance di Eropah.
Kemunculan, perkembangan, dan kejatuhan kerajaan
islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia
memberikan banyak pengajaran kepada manusia pada hari
ini.Zaman kerajaan islam di Madinah terutamanya selepas
kewafatan Nabi Muhanmmad s.a.w. mengajar kita bahawa
perpaduan amat penting dalam menentukan penerusan
sesuatu ummah.Perkembangan kerajaan islam juga
menunjukkan bahawa pemerintahan dan kepimpinan
kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun
sesebuah tamadun.