際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
PRASEKOLAH SK KRAIT
94700 SERIAN, SARAWAK
YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN SK KRAIT
94700 SERIAN,
SARAWAK 12 NOVEMBER 2018
Tuan,
Aduan Kerosakan Peralatan Di Prasekolah Sk Krait
Saya mewakili semua pihak Prasekolah Sk Krait, ingin membuat aduan tentang kerosakan
peralatan di Prasekolah setelah perbincangan dijalankan dengan Guru Besar Sk Krait.
2. Keadaan dinding Prasekolah telah pudar, suis-suis elektrik juga telah rosak dan
membahayakan murid-murid di Prasekolah sekiranya tersentuh suis dengan tidak sengaja. Selain
daripada itu, cerek elektrik turut rosak selama 6 bulan dan lampu-lampu di prasekolah telah
banyak mengalami kerosakan dan tidak dipasang dengan sempurna.
3. Di samping itu, pencetak komputer dan CPU computer telah mengalami kerosakan yang
kritikal dan didapati tidak dapat dibaiki oleh pihak kedai komputer. Keadaan Prasekolah yang
mengalami kerosakan peralatan ini telah menyebabkan sesetengah kerja PPM dan Guru
Prasekolah menjadi tidak sempurna dan terganggu.
4. Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya supaya kami
turut dapat menikmati pembangunan Prasekolah dan keselesaan murid-murid Prasekolah yang
menjalankan pembelajaran serta pengajaran akan lebih terjamin. Saya juga ingin memohon
jutaan jasa baik daripada pihak tuan memberi kebenaran meluluskan dan memberi peruntukan
bagi mengatasi semua perkara yang telah diadukan kepada pihak tuan dalam masa yang singkat.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

(CIK JOYCE ROBERT)
PEMBANTU PENGURUSAN MURID
GRED N19
PRASEKOLAH SK KRAIT
94700 SERIAN,
SARAWAK
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah

More Related Content

aduan kerosakan peralatan di Prasekolah

  • 1. PRASEKOLAH SK KRAIT 94700 SERIAN, SARAWAK YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SK KRAIT 94700 SERIAN, SARAWAK 12 NOVEMBER 2018 Tuan, Aduan Kerosakan Peralatan Di Prasekolah Sk Krait Saya mewakili semua pihak Prasekolah Sk Krait, ingin membuat aduan tentang kerosakan peralatan di Prasekolah setelah perbincangan dijalankan dengan Guru Besar Sk Krait. 2. Keadaan dinding Prasekolah telah pudar, suis-suis elektrik juga telah rosak dan membahayakan murid-murid di Prasekolah sekiranya tersentuh suis dengan tidak sengaja. Selain daripada itu, cerek elektrik turut rosak selama 6 bulan dan lampu-lampu di prasekolah telah banyak mengalami kerosakan dan tidak dipasang dengan sempurna. 3. Di samping itu, pencetak komputer dan CPU computer telah mengalami kerosakan yang kritikal dan didapati tidak dapat dibaiki oleh pihak kedai komputer. Keadaan Prasekolah yang mengalami kerosakan peralatan ini telah menyebabkan sesetengah kerja PPM dan Guru Prasekolah menjadi tidak sempurna dan terganggu. 4. Saya berharap agar aduan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya supaya kami turut dapat menikmati pembangunan Prasekolah dan keselesaan murid-murid Prasekolah yang menjalankan pembelajaran serta pengajaran akan lebih terjamin. Saya juga ingin memohon jutaan jasa baik daripada pihak tuan memberi kebenaran meluluskan dan memberi peruntukan bagi mengatasi semua perkara yang telah diadukan kepada pihak tuan dalam masa yang singkat. Sekian, terima kasih. Yang benar, (CIK JOYCE ROBERT) PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N19 PRASEKOLAH SK KRAIT 94700 SERIAN, SARAWAK