Dokumen tersebut membahas tentang pencemaran air dan cara-cara menjimatkan penggunaan air. Metode pencemaran air seperti bahan buangan industri dan domestik dibahas beserta dampaknya terhadap makhluk hidup. Cara penyucian air seperti penurasan, pendidihan, pengklorinasi dan penyulingan dijelaskan kelebihan dan kekurangannya. Langkah-langkah menjimatkan penggunaan air seperti mandi singkat, tidak membiarkan air
1 of 12
Downloaded 30 times
More Related Content
Air dan larutan
1. Puan. Suzana Mahmud~
B6D4E1 Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk
persembahan berkaitan :
Pencemaran air
Pengawalan
Pembersihan
Cara penjimatan air
Lets read~
2. a) Maksud pencemaran air
Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di
sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah
anggap sebagai tempat pembuangan sampah terutama
daripada aktiviti manusia.
b) Contoh-contoh pencemar air
1. Bahan buangan industri
Sumber : Kilang industri
Kandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau sisa radioaktif
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan manusia yang memakan
hidupan tersebut
2. Bahan buangan domestik
Sumber : Kediaman
Kandungan : Sampah sarap dan air kumbahan
Kesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan oksigen terlarut dalam
air
3. Bahan kimia pertanian
Sumber : Ladang pertanian dan sawah padi
Kandungan : Baja kimia dan pestisid
Kesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan akuatik lain
3. 4. Pengelodakan sungai
Sumber : Pembangunan dan penebangan hutan
Kandungan : Lumpur dan kelodak
Kesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin cetek
5. Tumpahan minyak
Sumber : Kapal tangki minyak
Kandungan : Minyak
Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di kawasan laut
berkenaan
c) Kesan pencemaran air ke atas benda hidup
Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium,
nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan
kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada
jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan
masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit
melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela,
cryptosporidium dan hepatitis.
Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan
membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma
laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan
kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan
ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa
toksik yang telah mengakibatkan pencemaran air yang
4. merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada
kepupusan hidupan laut.
Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah
basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan
spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan
kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan
banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan
ekosistem menjadi tidak seimbang.
5. a) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.
Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak
dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan
tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi
selaras dengan usaha negara menjadikan Malaysia sebagai pusat
bioteknologi rawatan air (Utusan Malaysia, 2006).
Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang
supaya sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan
perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan perlu dibina saluran paip
khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum
disalirkan ke dalam sistem perparitan.
b) Menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah.
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah
bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis
perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat.
Oleh itu, di peringkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu
diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai
pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
c) Pemasangan perangkap sampah.
Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah
perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di
sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga
memudahkan pengurusan penyelenggaraan.
6. d) Penyelenggaraan sistem perparitan berkala.
Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem
perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya
dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap
tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke
sistem saliran utama di sungai.
e) Kempen kesedaran melalui iklan TV.
Untuk mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap
'tidak apa' perlu ditangani. kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai
kesan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya.
Oleh itu, adalah perlu setiap individu berubah kita seharusnya tidak
mementingkan diri sendiri. Kita harus fikirkan keadaan generasi akan
datang yang terpaksa menanggung hasil tindakan yang kita buat hari ini.
Adalah menjadi harapan agar individu mula mencerminkan diri. Sudah
tiba masanya kita kembali siapa kita sebenar yang memerlukan 'soul
reawakening'.
7. a) Penurasan
Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis
semula jadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.
Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai..
Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut..
8. b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga
mencapai takat didih, 100 C.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup..
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut..
c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air
tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup..
9. Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut..
d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di
bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang
kotor.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut..
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan..
10. Air merupakan sumber asli yang terhad. Manusia sangat bergantung kepada air untuk hidup.
Dengan populasi manusia yang semakin bertambah, maka keperluan terhadap bekalan
air bersih juga sudah tentu meningkat. Oleh itu, setiap orang mempunyai tanggungjawab
untuk menjimatkan air.
a) Mandi dengan air pancuran..
b) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau
menyapu sabun pada badan..
c) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang
mengalir dari pili air..
d) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi..
e) Pasang tangki curahan air tandas dwi sistem yang menggunakan
curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najis..
f) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh..
g) Baiki pili air atau paip yang bocor..
h) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman..