1. SAIDATUL ASMA’ BINTI MOHAMAD ALI 13BIO3047
NUR SYAHIRAH BINTI HIBIR 13BI03059
SITI FATIMAH BINTI ISNIN 13BIO3046
4. • Diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada 1889
• Perkataan AHMADIYAH adalah perkataan yang disandarkan kepada
nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran sesat.
• QADIANI pula adalah yang diambil daripada nama kampung atau
kawasan tempat lahirnya Mirza Ahmad yang terletak di daerah
Gardaspur, India.
• Ajaran ini telah tersebar hampir keseluruh dunia sejak awal abad ke
20 oleh mubaligh atau pengikut ajaran ini atas nama agama islam
walaupun ianya tidak pernah di iktiraf oleh agama islam sendiri.
• Bertapak di Malaysia tahun 1930 ( lebih kurang 80 tahun ). Sekarang
berpusat di kg Nakhoda, Batu Caves. Merupakan Jemaat Ahmadiyah.
5. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul.Tidak berapa
lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa
beliau berasal dari bangsa Parsi.
Pendidikan awal : pengajian membaca Al-Quran dan beberapa
buah buku Parsi.
umur 10 tahun : belajar bahasa Arab.
umur 17 tahun : belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah
secara berguru. Beliau belajar ilmu perubatan dengan ayahnya
sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang
berpengalaman. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan
sesiapa pun cuma belajar sendiri sahaja. Beliau menerima
pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah (Middle Class).
Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-
orang biasa. Hanya setelah dakwaan-dakwaannya mendapat
perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang.
6. Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun
1852 atau 1853 iaitu dengan seorang daripada
kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua
orang anak. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan
isterinya.Tahun 1884 beliau mengahwini anak
perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang
lain adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang.
Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-
Masih yang dijanjikan (The Promised Messiah)
pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada
tahun 1901, maka ulama-ulama Islam mula
menyerang dakwaannya itu. Antara mereka
termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari,
pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.
Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang
menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di
atas tuduhannya itu.Tetapi setahun selepas itu
iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit
akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Pada masa
itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah
(taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908,
Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir.
10. Liga Muslim Sedunia, di dalam seminar tahunannya di Mekah pada 14hb – 18hb
Rabiulawal 1394 H ( bersamaan April 1974 ), di mana 140
delegasi dari negara-negara Islam serta organisasi-organisasi serata
dunia telah mengambil bahagian dan mengeluarkan resolusi berikut:
Qadianiah atau Ahmadiah merupakan suatu gerakan subversif yang
menentang Islam dan Muslim sedunia. Ia, dengan penuh penipuan,
mendakwa bahawa sebagai salah satu gerakan Islam. Bersembunyi di
sebalik topeng Islam demi mencapai tujuan tertentu serta merancang
untuk menghancurkan Islam daripada asasnya lagi.
Berdasarkan keputusan Raja-raja dan Musyawwarah yang ke 101 diadakan pada
18 Jun 1975 menyetujui pendapat Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal mengenai puak Qadiani keluar dari Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak
sebagai seorang Islam, termasuk pengkebumian di tanah perkuburan Islam.
Rujukan : MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA 1981
11. Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989, FatwaTentang
Ajaran Ahmadiah / Qadiani. Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen 31 (1)
dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989. Mufti bagi Negeri
Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’,
memperaku dan menerima pakai keputusan Jawatankuasa Undang-Undang 1975
seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang
sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh
ulama-ulama Islam serata dunia.
2. Jabatan Agama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-
pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 / 12 /
1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan D.Y.M.M
Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama di Negeri Selangor ini. Setiap
orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad (keluar
dari agama Islam). Maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada
Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadah.
FATWA SELANGOR
12. Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah, bil 3/2006 telah bersidang pada
13-14 Disember 2006 Miladiah / 22-23 Zulkaedah 1427 Hijriah, bertempat di Bilik
Mesyuarat, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah bagi membincangkan
mengenai perkara 'AJARAN QADIANI dan telah memutuskan untuk diwartakan di
Negeri Sabah bahawa:
Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat dan boleh membawa kepada murtad. Mana-
mana orang Islam yang terlibat dengannya boleh mejadi murtad. Oleh itu, umat
Islam adalah dilarang dan haram melibatkan diri dengannya dan siapa yang telah
terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama
Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan
perkenanYang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –
Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang
Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat
boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan
bertaubat.
FATWA SABAH
FATWA NEGERI SEMBILAN
14. • Responden 1
Nama : ustaz salladdin
Umur : 35 tahun
Pendidikan : lepasan UIA dan menyambung pelajaran di India
Mula terlibat 1997
• Responden 2
Nama : Hajiran
Umur : 52 tahun
Kerjaya : techno-crat (pengurusan project)
Mula terlibat tahun 1993
• Responden 3
Nama : Puan Jamariah
Pendidikan : lulusan Canada
Jawatan : setiausaha Lajnah Khidmat Wanita
15. SoalanYang Diajukan :
1. Adakah Hazrat Mirza Ghulam Ahmd nabi atau imam mahdi ?
2. Bagaimanakah boleh ada nabi lain setelah nabi Muhammad ?
3. Adakah terhapus syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad setelah kerasulan
Hazrat Mirza ?
4. Apakah konsep yang digunakan oleh Hazrat Mirza sehinggakan digelar Al-Mahdi.
5. Dimanakah dajjal ?
6. Apakah pandangan mereka tentang mubalah
7. Jawapan tentang kenyataan MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA
ISLAM MALAYSIA berkaitan dengan qadiani
8. Jawapan tentang kenyataan Hazrat Mirza adalah imam untuk kristian dan hindu.
9. Kenapa wujud tanah perkuburan khas untuk pengikut Qadiani
10. Adakah tempat solat jumaat dikhususkan untuk pengikut qadiani
11. Pandangan tentang konsep jihad ?
12. Tuduhan kepada Hazrat Mirza berkaitan tentang agen British
13. Pandangan tentang pengharaman yang telah difatwakan
14. Konsep Khalifah yang diamalkan dalam qadiani
15. Syarat keahlian qadiani.
16. 1. Adakah Hazrat Mirza Ghulam Ahmd nabi atau imam mahdi ?
Menurut responden Hazrat Mirza Ghulam Ahmad seorang nabi.
2. Bagaimanakah boleh ada nabi lain setelah nabi Muhammad ?
Mereka menggunakan konsep nabi yang membawa syariat dan nabi yang tidak membawa
syariat. Menurut responden nabi Muhammad s.a.w adalah nabi yang membawa syariat
manakala Mirza Ghulam Ahmad merupakan nabi yang tidak membawa syariat hanya
sekadar menyambung syariat.
3. Adakah terhapus syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad setelah kerasulan Hazrat
Mirza ?
Tidak terhampus syariat kerana Hazrat Mirza Ghulam Ahmad menyambung syariat yang di
bawa oleh nabi Muhammad.
5. Dimanakah dajjal ?
Menurut responden dajjal itu adalah orang Barat. Bukan seperti yang bermata satu,
bertubuh besar, di ikat di satu tempat seperti yang biasa kita dengar.
6. Apakah pandangan mereka tentang mubalah
Pandangan responden bahawa kematian Hazrat Ghulam Ahmad lebih awal
Menurut mereka mubahalah ini tidak terjadi .
17. 7. Jawapan tentang kenyataan MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM
MALAYSIA berkaitan dengan qadiani
7.a Pandangan tentang pengharaman yang telah difatwakan
Menurut mereka fatwa mengatakan mereka sesat .Tetapi apabila di ajak bermuzakarah
berkenaan isu-isu yang menyebabkan mereka dituduh sesat pihak fatwa Malaysia tidak
mahu. Mereka tidak boleh buat apa-apa kerana apabila diajak berbincang fatwa
kebangsaan tidak mahu.
8. Jawapan tentang kenyataan Hazrat Mirza adalah imam untuk kristian dan hindu.
Harzat Mirza bukanlah imam bagi kristian dan hindu tetapi imam yang akan membawa
kaum-kaum ini ke arah kebenaran kerana mereka mengatakan Harzat Mirza adalah imam
Mahdi yang turun di akhir zaman ( iaitu pada abad ini ) untuk membawa dan menyatukan
semua manusia ke arah kebenaran.
9. Kenapa wujud tanah perkuburan khas untuk pengikut Qadiani?
Kerana fatwa telah mengharamkan ajaran Qadiani ini dari sebab inilah mereka tidak
diterima kalau mereka hendak mengkuburkan mayat ahli mereka di tanah perkuburan
Islam di Malaysia.
10. Adakah tempat solat jumaat dikhususkan untuk pengikut qadiani?
Balasan yang sama kerand ajaran mereka telah diharamkan , mereka tidak dibenarkan
solat Jumaat di masjid biasa kalau orang tahu mereka ini pengikut Qadiani.
18. 11. Pandangan tentang konsep jihad ?
Mereka tidak menolak jihad sebagaimana yang di tuduh. Mereka hanya tidak bersetuju
dengan jihad yang mengunakan senjata kerana menurut mereka jihad menggunakan
senjata tidak sesuai pada abad ini. Menurut mereka pada abad ini jihad menggunakan pena
lebih sesuai.
12.Tuduhan kepada Hazrat Mirza berkaitan tentang agen British
Harzat Mirza bukanlah agen British tetapi pada masa itu umat Islam di India tidak dapat
mengamalkan ajaran Islam secara terbuka kerana akan di tindas oleh agama hindu. Oleh
itu Harzat Mirza mengadakan perjanjian dengan pihak British ( tidak dinyatakan apakah
perjanjiannya ) daripada inisiati inilah umat Islam di India pada masa itu dapat
menjalankan ajaran Islam secara bebas.
13. Konsep Khalifah yang diamalkan dalam qadiani
Sama seperti khalifah pada zaman dahulu. Sekarang mereka sudah mempunyai 5 orang
khalifah. Khalifah di ganti selepas meningalnya seorang khalifah . Khalifah sekarang
berada di London kerana pusat ajaran qadiani ini di sana.
14. Syarat keahlian qadiani.
mereka perlu baiah kepada guru mereka.