1. Akronim ialah perkataan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata/
menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata sehingga terbentuk perkataan
baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Akronim tergolong sebagai kata
tunggal. Ada empat jenis pembentukan akronim.
JENIS PERTAMA
-Terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata.
-Lazimnya kata nama khas, oleh itu ditulis dengan huruf besar keseluruhannya
CONTOH
ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM- Institut Kefahaman Islam Malaysia
ILIM- Institut Latihan Islam Malaysia
IPTAR- Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
SDAR- Sekolah Dato’ Abdul Razak
JENIS KEDUA
-Terbentuk melalui gabungan suku kata awal sejumlah perkataan
-Jikalau kata akronim terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan huruf besar.
CONTOH
Bernama- Berita Nasional Malaysia
Perkeso- Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tadika- taman didikan kanak-kanak
Pawagam- panggung wayang gambar
Kugiran- kumpulan gitar rancak
Cerpen- cerita pendek
JENIS KETIGA
-Terbentuk melalui gabungan huruf dan suku kata sejumlah perkataan
-Membentuk kata nama khas, oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar.
CONTOH
Mara- Majlis Amanah Rakyat
Perkim- Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Intan- Institut Tadbiran Awam Negara
Proton- Perusahaan Otomobil Nasional
Mabbim- Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia, Malaysia
Perhilitan- Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
JENIS KEEMPAT
-Terbentuk melalui gabungan bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan
yang mengikutinya.
CONTOH
asbut- asap kabut
jentolak- jentera tolak
debunga- debu bunga
purata- pukul rata
jenama- jenis nama
jalurah- jalan lurah
PERHATIAN!
Terdapat juga sejumlah kata akronim yang dibentuk secara bebas.
CONTOH
pranita- perajurit wanita
2. BAKTI- Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri
BAKAT- Badan Kebajikan Angkatan Tentera
-Proses membentuk kata akronim tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, cara pembentukan
kata ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah bagi pembentukan perkataan baharu atau kata istilah
dalam BM.
Hang Danim membawa perisai,
Perisai dibawa bersama senjata;
Bentuk akronim perlu dikuasai,
Demi bahasa jiwa bangsa.