ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 747
AKTA KESALAHAN KESELAMATAN
(LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012
2 Undang-Undang Malaysia2 Akta 747
Tarikh Perkenan Diraja	 ...	 ...	 18 Jun 2012
Tarikh penyiaran dalam Warta	 ...	 22 Jun 2012
Hakcipta Pencetak H
percetakan nasional malaysia berhad
Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau
sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 3
undang-undang malaysia
Akta 747
AKTA KESALAHAN KESELAMATAN
(LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012
SUSUNAN seksyen
Bahagian I
PERMULAAN
	 Seksyen
	 1.	 Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
	 2.	 Pemakaian
	 3.	 Tafsiran
Bahagian II
KUASA KHAS BAGI KESALAHAN KESELAMATAN
	 4.	 Kuasa penangkapan dan penahanan
	 5.	 Pemberitahuan kepada waris kadim dan rundingan dengan pengamal
undang-undang
	 6.	 Kuasa untuk memintas komunikasi
Bahagian III
TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERANTI PENGAWASAN
ELEKTRONIK
	 7.	 Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan
elektronik
Bahagian IV
TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN MAKLUMAT SENSITIF
	 8.	 Maklumat sensitif yang hendak digunakan sebagai keterangan oleh
Pendakwa Raya
	 9.	 Notis mengenai niat tertuduh untuk menzahirkan maklumat sensitif
	 10.	 Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh tertuduh
	 11.	 Maklumat sensitif yang berbangkit semasa perbicaraan
4 Undang-Undang Malaysia4 Akta 747
Bahagian V
PERBICARAAN
	 Seksyen
	 12.	 Perbicaraan kesalahan keselamatan
	 13.	 Jaminan
Bahagian VI
TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN SAKSI YANG DILINDUNGI
	 14.	 Keterangan saksi diberikan dengan cara khas
	 15.	 Pengecaman oleh saksi jika keterangan diambil secara tertutup
	 16.	 Perlindungan identiti saksi
Bahagian VII
KETERANGAN
	 17.	 Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950
	 18.	 Pernyataan mana-mana orang yang sudah mati, dsb.
	 19.	 Sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak dalam usia mentah
	 20.	 Dokumen yang disita semasa serbuan atau semasa penyiasatan
	 21.	 Keterangan mengenai pengecaman tertuduh atau orang lain
	 22.	 Senarai penggeledahan hendaklah diterima sebagai keterangan
	 23.	 Tidak mengemukakan ekshibit
	 24.	 Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas
	 25.	 Kebolehterimaan dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan pernyataan
yang terkandung dalamnya
	 26.	 Keterangan oleh rakan sejenayah dan ejen provokasi
Bahagian VIII
PELBAGAI
	 27.	 Kuasa untuk merekod pernyataan dan pengakuan salah
	 28.	 Perlindungan pemberi maklumat
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 5
	 29.	 Akses oleh polis kepada tahanan atau banduan
	 30.	 Penahanan sementara menunggu proses undang-undang habis
	 31.	 Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
	 32.	 Pemansuhan dan kecualian
		 Jadual Pertama
		 Jadual Kedua
	 Seksyen
6 Undang-Undang Malaysia6 Akta 747
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 7
UNDANG-UNDANG malaysia
Akta 747
AKTA KESALAHAN Keselamatan
(LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah
khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi
maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan
bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
	 [	 ]
BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan lanjut
diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar
Malaysia¡ª
	 (1)	 untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar
warganegara takut akan keganasan itu;
	 (2)	 untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang
di-Pertuan Agong;
	 (3)	 yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan
atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
atau
	 (4)	 untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah,
apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
	 DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat bahawa adalah
perlu tindakan itu dihentikan;
8 Undang-Undang Malaysia8 Akta 747
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 149
Perlembagaan Persekutuan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia
seperti yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1.? (1)? Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012.
? (2)? Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan
oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
2.? Akta ini hendaklah terpakai bagi kesalahan keselamatan.
Tafsiran
3.? Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki
makna yang lain¡ª
	 ¡°kesalahan keselamatan¡± ertinya kesalahan sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual Pertama;
	 ¡°Mahkamah¡± ertinya Mahkamah Sesyen;
	 ¡°maklumat sensitif¡± ertinya apa-apa dokumen, maklumat dan
bahan¡ª
	 (a)	 yang berhubungan dengan Jemaah Menteri, jawatankuasa
Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri;
atau
	 (b)	 yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan,
ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa,
sama ada atau tidak dikelaskan sebagai ¡°Rahsia Besar¡±, ¡°Rahsia¡±,
¡°Sulit¡± atau ¡°Terhad¡± oleh seorang menteri, Menteri Besar atau
Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam
yang dilantik oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua
Menteri sesuatu Negeri;
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 9
	 ¡°Menteri¡± ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan
tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
	 ¡°saksi yang dilindungi¡± ertinya seorang saksi yang pendedahannya
akan menjejaskan pengumpulan keterangan atau risikan atau
membahayakan nyawa dan keselamatan dirinya.
Bahagian II
KUASA KHAS BAGI KESALAHAN KESELAMATAN
Kuasa penangkapan dan penahanan
4.? (1)? Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap
dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia
mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan
keselamatan.
? (2)? Seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) hendaklah
dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh alasan dia
ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu.
? (3)? Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah
seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti
politiknya.
? (4)? Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1)
itu boleh ditahan untuk tempoh selama dua puluh empat jam bagi
maksud penyiasatan.
? (5)? Walau apa pun subseksyen (4), seorang pegawai polis yang
berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada
Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh
yang tidak lebih daripada dua puluh lapan hari, bagi maksud
penyiasatan.
? (6)? Jika pegawai polis itu berpendapat bahawa tahanan lanjut
tidak diperlukan di bawah subseksyen (5), orang itu boleh
dilepaskan tetapi suatu peranti pengawasan elektronik boleh
dipasangkan pada orang itu mengikut subseksyen (7) dan (8)
bagi maksud penyiasatan.
? (7)? Jika pegawai polis itu bercadang untuk memasang suatu
peranti pengawasan elektronik kepada orang itu apabila orang
itu dilepaskan, pegawai polis itu hendaklah mengemukakan suatu
laporan mengenai penyiasatan itu kepada Pendakwa Raya.
10 Undang-Undang Malaysia10 Akta 747
? (8)? Apabila laporan di bawah subseksyen (7) diterima, Pendakwa
Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya orang itu dipasangkan
dengan peranti pengawasan elektronik mengikut peruntukan dalam
Bahagian III bagi suatu tempoh yang tidak melebihi baki tempoh
tahanan yang dibenarkan di bawah subseksyen (5).
MISALAN
	 D telah ditahan untuk kesalahan keselamatan. Selepas tahanan selama dua
puluh empat jam seorang Penguasa Polis melanjutkan tahanannya selama
tujuh hari lagi. Apabila habis tempoh tujuh hari D telah dilepaskan tetapi
dia masih diperlukan untuk membantu penyiasatan. Apabila laporan oleh
pegawai polis diterima, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah
supaya suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada D. Mahkamah
boleh membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada D sehingga
tempoh dua puluh satu hari.
	 (9)	 Satu minggu sebelum habis tempoh tahanan di bawah
subseksyen (5), pegawai polis yang menjalankan penyiasatan
itu hendaklah mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa
Raya.
	 (10)	Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun jua yang
berlawanan dengan Perkara 5 dan 9 Perlembagaan Persekutuan
dan seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
	 (11)	 Subseksyen (5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun
dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika, apabila
semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua
Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan
itu.
	 (12)	 Bagi maksud seksyen ini, ¡°kepercayaan politik atau
aktiviti politik¡± ertinya penglibatan dalam aktiviti yang sah di
sisi undang-undang melalui¡ª
	 (a)	 pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang
dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa
yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan
1966 [Akta 335] yang terbukti melalui¡ª
	 (i)	 keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu;
atau
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 11
	 (ii)	 penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal
parti itu;
	 (b)	 pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana
Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
	 (c)	 pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana
Kerajaan di dalam Persekutuan.
Pemberitahuan kepada waris kadim dan rundingan dengan
pengamal undang-undang
5.? (1)? Apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen
4, pegawai polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah¡ª
	 (a)	 dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang
itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu; dan
	 (b)	 tertakluk kepada subseksyen (2), membenarkan orang
itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang
pilihannya.
? (2)? Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah
daripada Penguasa Polis boleh membenarkan penangguhan tidak
lebih daripada empat puluh lapan jam untuk rundingan di bawah
perenggan (1)(b) jika pegawai polis itu berpendapat bahawa¡ª
	 (a)	 terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa
penggunaan hak itu akan mengganggu keterangan yang
berkaitan dengan kesalahan keselamatan;
	 (b)	 ia akan menyebabkan kecederaan kepada orang lain;
	 (c)	 ia akan menyebabkan amaran diberikan kepada orang
lain yang disyaki melakukan kesalahan itu tetapi masih
belum ditangkap; atau
	 (d)	 ia akan menghalang harta yang diperoleh akibat kesalahan
itu daripada didapatkan.
? (3)? Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang
berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
12 Undang-Undang Malaysia12 Akta 747
Kuasa untuk memintas komunikasi
6.	 (1)	 Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang
lain, Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa
sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang
berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan keselamatan,
boleh membenarkan mana-mana pegawai polis¡ª
	 (a)	 untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang
pos dalam masa penghantaran melalui pos;
	 (b)	 untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima
oleh mana-mana komunikasi; atau
	 (c)	 untuk memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui
mana-mana komunikasi.
? (2)? Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa
sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang
berhubungan dengan komunikasi suatu kesalahan keselamatan,
boleh¡ª
	 (a)	 menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk
memintas dan menyimpan perihalan yang diterima atau
dihantar yang tertentu, atau yang akan diterima atau
dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu;
atau
	 (b)	 membenarkan pegawai polis untuk memasuki mana-mana
premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti
bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu
atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan
untuk memindahkan dan menyimpan keterangan itu.
? (3)? Walau apa pun subseksyen (1), seorang pegawai polis
berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis boleh¡ª
	 (a)	 memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos
dalam masa penghantaran melalui pos;
	 (b)	 memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh
mana-mana komunikasi; atau
	 (c)	 memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui
mana-mana komunikasi,
tanpa kebenaran Pendakwa Raya dalam hal mendesak dan
mendadak yang memerlukan tindakan segera tanpa masa untuk
berfikir panjang.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 13
	 (4)	 Jika seorang pegawai polis telah bertindak di bawah
subseksyen (3), pegawai polis itu hendaklah dengan segera
memaklumkan Pendakwa Raya mengenai tindakannya itu dan
sesudah itu dia hendaklah disifatkan sebagai telah bertindak di
bawah kebenaran Pendakwa Raya.
	 (5)	 Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang apa-apa
kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini.
	 (6)	 Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang
berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
	 (7)	 Bagi maksud seksyen ini¡ª
	 ¡°komunikasi¡± ertinya suatu komunikasi yang diterima atau
dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, komunikasi
telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui
cara elektrik, magnetik atau cara lain;
	 ¡°pemberi perkhidmatan komunikasi¡± ertinya seseorang yang
memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan
komunikasi.
Bahagian III
TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERANTI
PENGAWASAN ELEKTRONIK
Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan
elektronik
7.? (1)? Apabila permohonan oleh Pendakwa Raya dibuat di bawah
seksyen 4, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya orang
itu dipasangkan dengan suatu peranti pengawasan elektronik
bagi tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah tetapi
tempoh itu hendaklah tidak melebihi baki tempoh tahanan yang
dibenarkan di bawah subseksyen 4(5) bagi maksud penyiasatan.
	 (2)	 Mahkamah hendaklah menjelaskan pengendalian peranti
pengawasan elektronik serta terma dan syarat peranti pengawasan
elektronik itu kepada orang itu.
	 (3)	 Orang itu hendaklah menandatangani suatu borang sebagaimana
yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan mendepositkan borang
itu dengan Mahkamah.
14 Undang-Undang Malaysia14 Akta 747
	 (4)	 Orang itu hendaklah dipasangkan dengan peranti pengawasan
elektronik oleh seorang pegawai polis.
	 (5)	 Orang itu hendaklah mematuhi semua terma dan syarat
peranti pengawasan elektronik dan hendaklah melaporkan diri
di balai polis yang terdekat pada masa yang dinyatakan dalam
borang itu.
	 (6)	 Mana-mana orang yang tidak mematuhi terma dan syarat
di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga tahun.
	 (7)	 Mana-mana orang yang mengganggu atau merosakkan
peranti pengawasan elektronik melakukan suatu kesalahan dan
boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun dan orang itu bolehlah dipertanggungkan
untuk membayar apa-apa kerosakan kepada peranti pengawasan
elektronik itu yang berbangkit daripada perbuatannya.
	 (8)	 Apabila habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (1),
orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat
untuk membuka peranti pengawasan elektronik itu.
	 (9)	 Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang
berlawanan dengan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan.
Bahagian IV
TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN MAKLUMAT
SENSITIF
Maklumat sensitif yang hendak digunakan sebagai keterangan
oleh Pendakwa Raya
8.? (1)? Walau apa pun seksyen 51a Kanun Tatacara Jenayah,
jika perbicaraan kesalahan keselamatan melibatkan perkara yang
berhubungan dengan maklumat sensitif Pendakwa Raya boleh,
sebelum permulaan perbicaraan, memohon melalui permohonan
ex parte kepada mahkamah untuk dikecualikan daripada kewajipan
di bawah seksyen 51a Kanun Tatacara Jenayah.
? (2)? Pendakwa Raya hendaklah menzahirkan kepada mahkamah
niat untuk mengemukakan maklumat sensitif sebagai keterangan
terhadap tertuduh itu semasa perbicaraan dan mahkamah hendaklah
membenarkan permohonan di bawah subseksyen (1) itu.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 15
? (3)? Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan
dokumen lain yang berhubungan dengan maklumat sensitif itu
dan mahkamah hendaklah, sebagai ganti serahan dokumen oleh
Pendakwa Raya kepada tertuduh itu, memerintahkan Pendakwa
Raya supaya mengemukakan¡ª
	 (a)	 suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang
akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
	 (b)	 suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu,
untuk diterima sebagai keterangan.
? (4)? Apabila pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat
sensitif itu diserahkan menurut seksyen 51a Kanun Tatacara
Jenayah, jika tertuduh membantah terhadap penerimaan masuk
pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu sebagai
keterangan, peguam tertuduh itu hendaklah dibenarkan untuk¡ª
	 (a)	 melihat maklumat sensitif itu;
	 (b)	 mengemukakan hujah membantah penerimaan masuk
pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif
itu dalam perbicaraan; dan
	 (c)	 mengemukakan hujah supaya maklumat sensitif itu
dizahirkan kepada tertuduh.
? (5)? Pendakwa Raya hendaklah kemudiannya mengemukakan
penghujahan pematahan.
? (6)? Pendengaran itu hendaklah diadakan secara tertutup.
? (7)? Selepas pendengaran penghujahan Pendakwa Raya, mahkamah
hendaklah memutuskan sama ada¡ª
	 (a)	 pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif
itu boleh diterima sebagai keterangan; atau
	 (b)	 maklumat sensitif itu hendaklah dizahirkan kepada tertuduh
itu.
? (8)? Keputusan mahkamah di bawah seksyen ini tidak boleh
dirayu.
16 Undang-Undang Malaysia16 Akta 747
Notis mengenai niat tertuduh untuk menzahirkan maklumat
sensitif
9.? (1)? Jika seorang tertuduh semunasabahnya menjangkakan untuk
menzahirkan atau menyebabkan dizahirkan maklumat sensitif
dengan apa-apa cara dalam pembelaannya, tertuduh itu hendaklah,
memberikan dua hari notis kepada Pendakwa Raya dan mahkamah
secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian.
	 (2)	 Notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai
maklumat sensitif itu.
	 (3)	 Apabila seorang tertuduh mengetahui adanya maklumat
sensitif tambahan yang dia semunasabahnya menjangkakan
untuk menzahirkan dalam perbicaraannya, tertuduh itu hendaklah
memberikan dua hari notis kepada Pendakwa Raya dan mahkamah
secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan notis
itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat
sensitif itu.
	 (4)	 Tiada seorang tertuduh pun boleh menzahirkan apa-apa
maklumat yang diketahui atau dipercayai sebagai sensitif berkaitan
dengan perbicaraannya sehingga notis diberikan di bawah seksyen
ini dan sehingga mahkamah membuat keputusan menurut tatacara
dalam seksyen 10.
	 (5)	 Jika tertuduh itu tidak mematuhi kehendak dalam seksyen
ini, mahkamah boleh menghalang penzahiran apa-apa maklumat
sensitif yang tidak menjadi subjek notis dan boleh melarang
pemeriksaan mana-mana saksi mengenai apa-apa maklumat
sedemikan oleh tertuduh itu.
Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh
tertuduh
10.? (1)? Apabila notis di bawah seksyen 9 diterima daripada
tertuduh mahkamah hendaklah menjalankan pendengaran secara
tertutup.
? (2)? Tertuduh itu hendaklah mengemukakan maklumat sensitif
itu kepada mahkamah.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 17
? (3)? Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu
dan memutuskan keberkaitan maklumat sensitif itu dalam
perbicaraan.
? (4)? Jika mahkamah memutuskan bahawa maklumat sensitif itu
adalah berkaitan mahkamah hendaklah menjalankan perbicaraan
secara tertutup.
Maklumat sensitif yang berbangkit semasa perbicaraan
11.? (1)? Jika dalam masa menjalankan perbicaraan mahkamah
mengeluarkan saman kepada Pendakwa Raya supaya mengemukakan
suatu dokumen di bawah seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah dan
dokumen itu mengandungi maklumat sensitif, Pendakwa Raya
hendaklah mengemukakan dokumen itu untuk mahkamah merujuk
kepada dokumen itu.
? (2)? Mahkamah setelah merujuk kepada dokumen itu hendaklah
memutuskan keberkaitan dokumen itu dalam perbicaraan itu.
? (3)? Tertakluk kepada subseksyen (4), jika mahkamah
memutuskan bahawa dokumen itu adalah berkaitan mahkamah
hendaklah kemudiannya memerintahkan Pendakwa Raya untuk
mengemukakan¡ª
	 (a)	 suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang
akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
	 (b)	 suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu,
untuk diterima sebagai keterangan.
? (4)? Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya
untuk mengemukakan apa-apa¡ª
	 (a)	 pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan
dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau
	 (b)	 ringkasan mengenai maklumat sensitif itu,
jika Menteri memperakui bahawa pengemukaan pernyataan
atau ringkasan itu akan memudaratkan keselamatan negara atau
kepentingan negara.
18 Undang-Undang Malaysia18 Akta 747
Bahagian V
PERBICARAAN
Perbicaraan kesalahan keselamatan
12.? Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh
Mahkamah Tinggi.
Jaminan
13.? (1)? Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang
dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan.
? (2)? Walau apa pun subseksyen (1)¡ª
	 (a)	 seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun;
	 (b)	 seorang perempuan; atau
	 (c)	 seorang yang sakit atau seorang yang uzur,
yang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan, selain suatu
kesalahan di bawah Bab VIa Kanun Keseksaan [Akta 574], boleh
dilepaskan dengan jaminan tertakluk kepada suatu permohonan oleh
Pendakwa Raya supaya peranti pengawasan elektronik dipasangkan
kepada orang itu mengikut Kanun Tatacara Jenayah.
Bahagian VI
TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN SAKSI YANG
DILINDUNGI
Keterangan saksi diberikan dengan cara khas
14.? (1)? Walau apa pun Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan
seksyen 264 Kanun Tatacara Jenayah, jika pada bila-bila masa
semasa perbicaraan bagi kesalahan keselamatan, mana-mana
saksi pendakwaan yang enggan identitinya didedahkan dan mahu
memberikan keterangan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat
atau didengar oleh kedua-dua tertuduh dan peguamnya, Pendakwa
Raya boleh membuat suatu permohonan secara lisan kepada
mahkamah supaya tatacara dalam seksyen ini terpakai.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 19
	 (2)	 Bagi maksud memuaskan hatinya tentang keperluan untuk
melindungi identiti saksi itu, mahkamah hendaklah mengadakan
suatu siasatan secara tertutup dengan menyoal saksi yang berkenaan
itu atau mana-mana saksi lain tanpa kehadiran tertuduh dan
peguamnya.
	 (3)	 Jika selepas siasatan itu mahkamah berpuas hati tentang
keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, keterangan saksi
itu hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat
oleh tertuduh dan peguamnya tetapi boleh dilihat oleh mahkamah;
dan selanjutnya jika saksi itu bimbang suaranya akan dicam,
keterangannya hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak
dapat didengar oleh tertuduh dan peguamnya.
	 (4)	 Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan untuk dikemukakan
kepada saksi itu tentang nama, alamat, umur, pekerjaan, rasnya
atau butir-butir lain atau apa-apa soalan lain yang pada pendapat
mahkamah akan menyebabkan saksi itu dicam.
Pengecaman oleh saksi jika keterangan diambil secara
tertutup
15.	 Jika semasa mengambil keterangan di bawah seksyen 14
tertuduh atau mana-mana orang lain dikehendaki untuk dicam oleh
saksi yang memberikan keterangan dengan cara yang diperuntukkan
dalam seksyen itu, pengecaman itu boleh dibuat oleh saksi melalui
seorang jurubahasa atau pegawai lain mahkamah.
Perlindungan identiti saksi
16.? (1)? Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang
berlawanan, apa-apa laporan melalui apa-apa cara mengenai saksi
yang dilindungi tidak boleh mendedahkan atau mengandungi¡ª
	 (a)	 nama;
	 (b)	 alamat;
	 (c)	 gambar saksi yang dilindungi atau mana-mana orang
lain, tempat atau benda yang boleh menyebabkan saksi
yang dilindungi itu dicam; atau
	 (d)	 apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang
berkemungkinan menyebabkan saksi yang dilindungi itu
dicam.
20 Undang-Undang Malaysia20 Akta 747
? (2)? Mana-mana orang yang menyediakan laporan berlanggaran
dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima
tahun dan juga didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Bahagian VII
KETERANGAN
Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950
17.	 Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa
ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Pernyataan oleh mana-mana orang yang sudah mati, dsb.
18.	 Suatu pernyataan yang dibuat sama ada secara lisan atau
bertulis, semasa, atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan
tentang suatu kesalahan keselamatan oleh mana-mana orang yang
sudah mati atau yang tidak dijumpai, atau yang menjadi tidak
berupaya untuk memberikan keterangan hendaklah boleh diterima
sebagai keterangan.
Sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak dalam usia
mentah
19.	 Suatu sabitan yang diperoleh berdasarkan testimoni yang
tidak disokong oleh kanak-kanak dalam usia mentah tidaklah
menyalahi undang-undang, walaupun tidak diberikan secara
bersumpah, jika mahkamah berpendapat bahawa kanak-kanak itu
mempunyai kepintaran yang mencukupi dan memahami kewajipan
untuk bercakap benar.
Dokumen yang disita semasa serbuan atau semasa
penyiasatan
20.	 Semua dokumen yang disita semasa serbuan atau semasa
penyiasatan dan kandungan dokumen itu hendaklah boleh diterima
sebagai keterangan.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 21
Keterangan mengenai pengecaman tertuduh atau orang lain
21.	 Keterangan mengenai pengecaman seseorang tertuduh atau
orang lain sebelum perbicaraan hendaklah boleh diterima sebagai
keterangan walaupun pengecaman itu dilakukan melalui gambar
foto atau kaedah lain atau dijalankan dalam hal keadaan yang
dalamnya saksi yang mengecam tertuduh atau orang lain itu tidak
dapat dilihat oleh tertuduh atau orang lain itu.
Senarai penggeledahan hendaklah diterima sebagai
keterangan
22.	 Senarai penggeledahan semua dokumen dan benda yang disita
semasa serbuan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan di
mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda
yang disita itu yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab
sifat dokumen dan benda itu.
Tidak mengemukakan ekshibit
23.	 Tidak mengemukakan ekshibit sebenar yang dilindungi
di bawah seksyen 8 dan 11 tidak menjejaskan kes pendakwaan.
Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas
24.	 Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan,
apa-apa maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi
di bawah seksyen 6 hendaklah boleh diterima sebagai keterangan
semasa perbicaraannya dan tiada seorang pun atau pegawai polis
berada di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti atau
dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam
apa-apa prosiding tatacara, kaedah, cara atau apa-apa jalan atau
peranti, atau apa-apa perkara jua pun mengenai apa-apa perkara
yang dilakukan di bawah seksyen 6.
Kebolehterimaan dokumen yang dihasilkan oleh komputer
dan pernyataan yang terkandung dalamnya
25.	 Apa-apa dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan
pernyataan yang terkandung dalamnya hendaklah boleh diterima
sebagai keterangan.
22 Undang-Undang Malaysia22 Akta 747
Keterangan oleh rakan sejenayah dan ejen provokasi
26.? (1)? Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana-
mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana-
mana prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan
keselamatan¡ª
	 (a)	 tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya
oleh sebab saksi itu telah dengan apa-apa cara terlibat
dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu atau mempunyai
pengetahuan tentang pelakuan kesalahan keselamatan
itu; dan
	 (b)	 tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai
hanya oleh sebab dia telah cuba untuk bersubahat dalam
atau telah menyubahati dalam pelakuan kesalahan
keselamatan itu oleh mana-mana orang jika percubaan
untuk bersubahat atau penyubahatan itu adalah bagi
maksud semata-mata untuk mendapatkan keterangan
terhadap orang itu.
? (2)? Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana-mana
undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun ejen
provokasi itu ialah seorang pegawai polis tidak kira pangkatnya,
apa-apa pernyataan, sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat
kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya
dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan hendaklah boleh
diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Bahagian VIII
PELBAGAI
Kuasa untuk merekod pernyataan dan pengakuan salah
27.? (1)? Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan
apa-apa pernyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya
pada bila-bila masa sebelum permulaan perbicaraan.
	 (2)	 Pernyataan atau pengakuan salah itu hendaklah direkodkan
sepenuhnya secara bertulis oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang
kepadanya pernyataan atau pengakuan salah itu dibuat dan
hendaklah kemudiannya dikemukakan kepada mahkamah yang
di hadapannya kes itu akan dibicarakan.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 23
	 (3)	 Tiada Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan apa-apa
pernyataan atau pengakuan salah melainkan jika, apabila menyoal
orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah itu, dia
berpuas hati bahawa pernyataan atau pengakuan salah itu telah
dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji pada masa itu.
	 (4)	 Apabila Hakim Mahkamah Sesyen merekodkan apa-apa
pengakuan salah dia hendaklah membuat suatu memorandum
di kaki rekod itu seperti yang berikut:
	 ¡°Saya berpuas hati bahawa pengakuan salah ini telah dibuat
tanpa ugutan, dorongan atau janji. Pengakuan salah itu telah
dibuat dalam kehadiran dan pendengaran saya dan telah dibacakan
semula kepada orang yang membuatnya dan diakui oleh orang itu
sebagai betul dan pengakuan salah itu mengandungi kenyataan
yang lengkap dan benar mengenai apa yang dikatakannya.
	 (Ditandatangani) A.B.
	 Hakim Mahkamah Sesyen.¡±.
? (5)? Sumpah atau ikrar hendaklah diangkat atau dibuat oleh
mana-mana orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah
di bawah seksyen ini.
Perlindungan pemberi maklumat
28.? (1)? Tiada aduan oleh pemberi maklumat tentang kesalahan
keselamatan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan
dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah, dan tiada saksi
boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau
alamat mana-mana pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa
perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui.
? (2)? Jika mana-mana buku, dokumen atau kertas yang menjadi
keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding
sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang dalamnya
mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau
yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di
hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua
petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan
setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada
diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.
24 Undang-Undang Malaysia24 Akta 747
Akses oleh polis kepada tahanan atau banduan
29.	 Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain,
pegawai polis yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta
ini hendaklah diberi akses kepada mana-mana orang yang dia
mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan
keselamatan yang¡ª
	 (a)	 ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain;
atau
	 (b)	 di bawah pengurungan dalam penjara, sama ada telah
disabitkan atau tidak.
Penahanan sementara menunggu proses undang-undang
habis
30.? (1)? Walau apa pun Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, jika
mahkamah perbicaraan membebaskan tertuduh bagi kesalahan
keselamatan Pendakwa Raya boleh memohon secara lisan kepada
mahkamah untuk tertuduh direman di dalam penjara sementara
menunggu notis rayuan difailkan terhadap pembebasan tertuduh
itu oleh Pendakwa Raya.
	 (2)	 Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah
subseksyen (1), mahkamah hendaklah memerintahkan tertuduh
itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan
difailkan.
	 (3)	 Apabila Pendakwa Raya memfailkan rayuan terhadap
pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah
perbicaraan bagi suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh itu
sementara menunggu beresnya rayuan itu.
	 (4)	 Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (3),
mahkamah hendaklah memenjarakan tertuduh itu sementara
menunggu beresnya rayuan itu.
	 (5)	 Jika rayuan oleh Pendakwa Raya ditolak dan perintah
pembebasan itu disahkan, Pendakwa Raya boleh membuat
permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tertuduh itu
direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan
difailkan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan oleh Pendakwa
Raya.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 25
	 (6)	 Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah
subseksyen (5), mahkamah hendaklah mereman tertuduh di dalam
penjara sementara menunggu pemfailan notis rayuan itu.
	 (7)	 Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen
ini hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
31.	 Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau
suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan
peruntukan Akta ini.
Pemansuhan dan kecualian
32.? (1)? Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82]
dimansuhkan.
	 (2)	 Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidaklah
menjejaskan¡ª
	 (a)	 apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah
Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan
kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dibatalkan terlebih
dahulu oleh Menteri; dan
	 (b)	 apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan
kuat kuasa Akta ini.
26 Undang-Undang Malaysia26 Akta 747
Jadual Pertama
(Seksyen 3)
KESALAHAN KESELAMATAN
Kanun Keseksaan [Akta 574]:
	 (i)	 Kesalahan di bawah Bab VI
	 (ii)	 Kesalahan di bawah Bab VIa
Jadual Kedua
(Seksyen 7)
BORANG
PERANTI PENGAWASAN ELEKTRONIK
dalam MAHKAMAH sesyen di ................. dalam negeri .................
1.	 Nama:.......................................................................................................
2.	 No. Kes: .................................................................................................
3.	 No. Kad Pengenalan: ..............................................................................
4.	 Alamat: ...................................................................................................
	 .................................................................................................................
	 .................................................................................................................
5.	 No. Telefon: ............................................................................................
6.	 Anggota keluarga untuk dihubungi: .......................................................
	 .................................................................................................................
7.	 Tempoh peranti pengawasan elektronik (¡°peranti¡±) dipasang: ...............
8.	 Terma-terma dan syarat-syarat¡ª
	 (a)	 untuk melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada/bagi tiap-tiap
¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­;
	 (b)	 memahami bahawa semua pergerakan akan dijejaki dan disimpan
sebagai rekod rasmi;
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 27
	 (c)	 bersetuju untuk dikehendaki untuk melaporkan diri bagi pemeriksaan
kelengkapan peranti jika perlu;
	 (d)	 untuk memberitahu pegawai polis jika terdapat apa-apa perubahan
alamat;
	 (e)	 untuk membenarkan pemeriksaan peranti oleh pegawai polis;
	 (f)	 untuk melaporkan diri di balai polis yang terdekat bagi peranti itu
dibuka;
	 (g)	 untuk memulangkan semua kelengkapan peranti kepada pegawai
polis;
	 (h)	 untuk mematuhi tatacara yang dikehendaki oleh pegawai polis;
	 (i)	 untuk menyenggara peranti sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai
polis;
	 (j)	 untuk mematuhi apa-apa arahan pegawai polis;
	 (k)	 untuk mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh
mahkamah.
9.	 Ketidakpatuhan terma-terma dan syarat-syarat ini merupakan suatu kesalahan
di bawah subseksyen 7(6) Akta ini.
Saya dengan ini bersetuju dan akan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat
sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang ini.
¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­
(					 )

More Related Content

Akta 747 sosma bm

  • 1. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 747 AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012
  • 2. 2 Undang-Undang Malaysia2 Akta 747 Tarikh Perkenan Diraja ... ... 18 Jun 2012 Tarikh penyiaran dalam Warta ... 22 Jun 2012 Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
  • 3. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 3 undang-undang malaysia Akta 747 AKTA KESALAHAN KESELAMATAN (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 SUSUNAN seksyen Bahagian I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 2. Pemakaian 3. Tafsiran Bahagian II KUASA KHAS BAGI KESALAHAN KESELAMATAN 4. Kuasa penangkapan dan penahanan 5. Pemberitahuan kepada waris kadim dan rundingan dengan pengamal undang-undang 6. Kuasa untuk memintas komunikasi Bahagian III TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERANTI PENGAWASAN ELEKTRONIK 7. Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan elektronik Bahagian IV TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN MAKLUMAT SENSITIF 8. Maklumat sensitif yang hendak digunakan sebagai keterangan oleh Pendakwa Raya 9. Notis mengenai niat tertuduh untuk menzahirkan maklumat sensitif 10. Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh tertuduh 11. Maklumat sensitif yang berbangkit semasa perbicaraan
  • 4. 4 Undang-Undang Malaysia4 Akta 747 Bahagian V PERBICARAAN Seksyen 12. Perbicaraan kesalahan keselamatan 13. Jaminan Bahagian VI TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN SAKSI YANG DILINDUNGI 14. Keterangan saksi diberikan dengan cara khas 15. Pengecaman oleh saksi jika keterangan diambil secara tertutup 16. Perlindungan identiti saksi Bahagian VII KETERANGAN 17. Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 18. Pernyataan mana-mana orang yang sudah mati, dsb. 19. Sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak dalam usia mentah 20. Dokumen yang disita semasa serbuan atau semasa penyiasatan 21. Keterangan mengenai pengecaman tertuduh atau orang lain 22. Senarai penggeledahan hendaklah diterima sebagai keterangan 23. Tidak mengemukakan ekshibit 24. Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas 25. Kebolehterimaan dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung dalamnya 26. Keterangan oleh rakan sejenayah dan ejen provokasi Bahagian VIII PELBAGAI 27. Kuasa untuk merekod pernyataan dan pengakuan salah 28. Perlindungan pemberi maklumat
  • 5. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 5 29. Akses oleh polis kepada tahanan atau banduan 30. Penahanan sementara menunggu proses undang-undang habis 31. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 32. Pemansuhan dan kecualian Jadual Pertama Jadual Kedua Seksyen
  • 7. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 7 UNDANG-UNDANG malaysia Akta 747 AKTA KESALAHAN Keselamatan (LANGKAH-LANGKAH KHAS) 2012 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah khas yang berhubungan dengan kesalahan keselamatan bagi maksud mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. [ ] BAHAWASANYA tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia¡ª (1) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; (2) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong; (3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau (4) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; DAN BAHAWASANYA Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan;
  • 8. 8 Undang-Undang Malaysia8 Akta 747 MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Bahagian I PERMULAAN Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1.? (1)? Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. ? (2)? Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pemakaian 2.? Akta ini hendaklah terpakai bagi kesalahan keselamatan. Tafsiran 3.? Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain¡ª ¡°kesalahan keselamatan¡± ertinya kesalahan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; ¡°Mahkamah¡± ertinya Mahkamah Sesyen; ¡°maklumat sensitif¡± ertinya apa-apa dokumen, maklumat dan bahan¡ª (a) yang berhubungan dengan Jemaah Menteri, jawatankuasa Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; atau (b) yang menyentuh kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa, sama ada atau tidak dikelaskan sebagai ¡°Rahsia Besar¡±, ¡°Rahsia¡±, ¡°Sulit¡± atau ¡°Terhad¡± oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik oleh seorang menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri;
  • 9. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 9 ¡°Menteri¡± ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri; ¡°saksi yang dilindungi¡± ertinya seorang saksi yang pendedahannya akan menjejaskan pengumpulan keterangan atau risikan atau membahayakan nyawa dan keselamatan dirinya. Bahagian II KUASA KHAS BAGI KESALAHAN KESELAMATAN Kuasa penangkapan dan penahanan 4.? (1)? Seorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap dan menahan mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan. ? (2)? Seseorang yang ditangkap di bawah subseksyen (1) hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera yang boleh alasan dia ditangkap oleh pegawai polis yang membuat tangkapan itu. ? (3)? Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya. ? (4)? Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen (1) itu boleh ditahan untuk tempoh selama dua puluh empat jam bagi maksud penyiasatan. ? (5)? Walau apa pun subseksyen (4), seorang pegawai polis yang berpangkat Penguasa Polis atau berpangkat lebih tinggi daripada Penguasa Polis boleh melanjutkan tempoh tahanan untuk tempoh yang tidak lebih daripada dua puluh lapan hari, bagi maksud penyiasatan. ? (6)? Jika pegawai polis itu berpendapat bahawa tahanan lanjut tidak diperlukan di bawah subseksyen (5), orang itu boleh dilepaskan tetapi suatu peranti pengawasan elektronik boleh dipasangkan pada orang itu mengikut subseksyen (7) dan (8) bagi maksud penyiasatan. ? (7)? Jika pegawai polis itu bercadang untuk memasang suatu peranti pengawasan elektronik kepada orang itu apabila orang itu dilepaskan, pegawai polis itu hendaklah mengemukakan suatu laporan mengenai penyiasatan itu kepada Pendakwa Raya.
  • 10. 10 Undang-Undang Malaysia10 Akta 747 ? (8)? Apabila laporan di bawah subseksyen (7) diterima, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya orang itu dipasangkan dengan peranti pengawasan elektronik mengikut peruntukan dalam Bahagian III bagi suatu tempoh yang tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan di bawah subseksyen (5). MISALAN D telah ditahan untuk kesalahan keselamatan. Selepas tahanan selama dua puluh empat jam seorang Penguasa Polis melanjutkan tahanannya selama tujuh hari lagi. Apabila habis tempoh tujuh hari D telah dilepaskan tetapi dia masih diperlukan untuk membantu penyiasatan. Apabila laporan oleh pegawai polis diterima, Pendakwa Raya boleh memohon kepada Mahkamah supaya suatu peranti pengawasan elektronik dipasang pada D. Mahkamah boleh membenarkan peranti pengawasan elektronik dipasang pada D sehingga tempoh dua puluh satu hari. (9) Satu minggu sebelum habis tempoh tahanan di bawah subseksyen (5), pegawai polis yang menjalankan penyiasatan itu hendaklah mengemukakan kertas siasatan kepada Pendakwa Raya. (10) Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun jua yang berlawanan dengan Perkara 5 dan 9 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. (11) Subseksyen (5) hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu. (12) Bagi maksud seksyen ini, ¡°kepercayaan politik atau aktiviti politik¡± ertinya penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui¡ª (a) pernyataan pendapat atau pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun sesuatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui¡ª (i) keanggotaan atau sumbangan kepada parti itu; atau
  • 11. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 11 (ii) penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu; (b) pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau (c) pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan. Pemberitahuan kepada waris kadim dan rundingan dengan pengamal undang-undang 5.? (1)? Apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah seksyen 4, pegawai polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah¡ª (a) dengan segera memberitahu waris kadim kepada orang itu mengenai tangkapan dan penahanan orang itu; dan (b) tertakluk kepada subseksyen (2), membenarkan orang itu untuk berunding dengan pengamal undang-undang pilihannya. ? (2)? Seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis boleh membenarkan penangguhan tidak lebih daripada empat puluh lapan jam untuk rundingan di bawah perenggan (1)(b) jika pegawai polis itu berpendapat bahawa¡ª (a) terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa penggunaan hak itu akan mengganggu keterangan yang berkaitan dengan kesalahan keselamatan; (b) ia akan menyebabkan kecederaan kepada orang lain; (c) ia akan menyebabkan amaran diberikan kepada orang lain yang disyaki melakukan kesalahan itu tetapi masih belum ditangkap; atau (d) ia akan menghalang harta yang diperoleh akibat kesalahan itu daripada didapatkan. ? (3)? Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.
  • 12. 12 Undang-Undang Malaysia12 Akta 747 Kuasa untuk memintas komunikasi 6. (1) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan keselamatan, boleh membenarkan mana-mana pegawai polis¡ª (a) untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos; (b) untuk memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau (c) untuk memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi. ? (2)? Pendakwa Raya, jika Pendakwa Raya berpendapat bahawa sesuatu berkemungkinan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan komunikasi suatu kesalahan keselamatan, boleh¡ª (a) menghendaki pemberi perkhidmatan komunikasi untuk memintas dan menyimpan perihalan yang diterima atau dihantar yang tertentu, atau yang akan diterima atau dihantar oleh pemberi perkhidmatan komunikasi itu; atau (b) membenarkan pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis dan untuk memasang di premis itu, apa-apa peranti bagi pemintasan dan penyimpanan komunikasi tertentu atau komunikasi daripada perihalan yang tertentu dan untuk memindahkan dan menyimpan keterangan itu. ? (3)? Walau apa pun subseksyen (1), seorang pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Polis boleh¡ª (a) memintas, menahan dan membuka apa-apa barang pos dalam masa penghantaran melalui pos; (b) memintas apa-apa mesej yang dihantar atau diterima oleh mana-mana komunikasi; atau (c) memintas atau mendengar apa-apa perbualan melalui mana-mana komunikasi, tanpa kebenaran Pendakwa Raya dalam hal mendesak dan mendadak yang memerlukan tindakan segera tanpa masa untuk berfikir panjang.
  • 13. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 13 (4) Jika seorang pegawai polis telah bertindak di bawah subseksyen (3), pegawai polis itu hendaklah dengan segera memaklumkan Pendakwa Raya mengenai tindakannya itu dan sesudah itu dia hendaklah disifatkan sebagai telah bertindak di bawah kebenaran Pendakwa Raya. (5) Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang apa-apa kebenaran oleh Pendakwa Raya di bawah seksyen ini. (6) Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. (7) Bagi maksud seksyen ini¡ª ¡°komunikasi¡± ertinya suatu komunikasi yang diterima atau dihantar melalui pos atau suatu komunikasi telegraf, komunikasi telefon atau komunikasi lain yang diterima atau dihantar melalui cara elektrik, magnetik atau cara lain; ¡°pemberi perkhidmatan komunikasi¡± ertinya seseorang yang memberikan perkhidmatan bagi penghantaran atau penerimaan komunikasi. Bahagian III TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN PERANTI PENGAWASAN ELEKTRONIK Tatacara khas yang berhubungan dengan peranti pengawasan elektronik 7.? (1)? Apabila permohonan oleh Pendakwa Raya dibuat di bawah seksyen 4, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya orang itu dipasangkan dengan suatu peranti pengawasan elektronik bagi tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah tetapi tempoh itu hendaklah tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan di bawah subseksyen 4(5) bagi maksud penyiasatan. (2) Mahkamah hendaklah menjelaskan pengendalian peranti pengawasan elektronik serta terma dan syarat peranti pengawasan elektronik itu kepada orang itu. (3) Orang itu hendaklah menandatangani suatu borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan mendepositkan borang itu dengan Mahkamah.
  • 14. 14 Undang-Undang Malaysia14 Akta 747 (4) Orang itu hendaklah dipasangkan dengan peranti pengawasan elektronik oleh seorang pegawai polis. (5) Orang itu hendaklah mematuhi semua terma dan syarat peranti pengawasan elektronik dan hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada masa yang dinyatakan dalam borang itu. (6) Mana-mana orang yang tidak mematuhi terma dan syarat di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. (7) Mana-mana orang yang mengganggu atau merosakkan peranti pengawasan elektronik melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan orang itu bolehlah dipertanggungkan untuk membayar apa-apa kerosakan kepada peranti pengawasan elektronik itu yang berbangkit daripada perbuatannya. (8) Apabila habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang terdekat untuk membuka peranti pengawasan elektronik itu. (9) Seksyen ini mempunyai kuat kuasa walau apa pun yang berlawanan dengan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan. Bahagian IV TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN MAKLUMAT SENSITIF Maklumat sensitif yang hendak digunakan sebagai keterangan oleh Pendakwa Raya 8.? (1)? Walau apa pun seksyen 51a Kanun Tatacara Jenayah, jika perbicaraan kesalahan keselamatan melibatkan perkara yang berhubungan dengan maklumat sensitif Pendakwa Raya boleh, sebelum permulaan perbicaraan, memohon melalui permohonan ex parte kepada mahkamah untuk dikecualikan daripada kewajipan di bawah seksyen 51a Kanun Tatacara Jenayah. ? (2)? Pendakwa Raya hendaklah menzahirkan kepada mahkamah niat untuk mengemukakan maklumat sensitif sebagai keterangan terhadap tertuduh itu semasa perbicaraan dan mahkamah hendaklah membenarkan permohonan di bawah subseksyen (1) itu.
  • 15. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 15 ? (3)? Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan dokumen lain yang berhubungan dengan maklumat sensitif itu dan mahkamah hendaklah, sebagai ganti serahan dokumen oleh Pendakwa Raya kepada tertuduh itu, memerintahkan Pendakwa Raya supaya mengemukakan¡ª (a) suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau (b) suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan. ? (4)? Apabila pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu diserahkan menurut seksyen 51a Kanun Tatacara Jenayah, jika tertuduh membantah terhadap penerimaan masuk pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu sebagai keterangan, peguam tertuduh itu hendaklah dibenarkan untuk¡ª (a) melihat maklumat sensitif itu; (b) mengemukakan hujah membantah penerimaan masuk pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu dalam perbicaraan; dan (c) mengemukakan hujah supaya maklumat sensitif itu dizahirkan kepada tertuduh. ? (5)? Pendakwa Raya hendaklah kemudiannya mengemukakan penghujahan pematahan. ? (6)? Pendengaran itu hendaklah diadakan secara tertutup. ? (7)? Selepas pendengaran penghujahan Pendakwa Raya, mahkamah hendaklah memutuskan sama ada¡ª (a) pernyataan atau ringkasan mengenai maklumat sensitif itu boleh diterima sebagai keterangan; atau (b) maklumat sensitif itu hendaklah dizahirkan kepada tertuduh itu. ? (8)? Keputusan mahkamah di bawah seksyen ini tidak boleh dirayu.
  • 16. 16 Undang-Undang Malaysia16 Akta 747 Notis mengenai niat tertuduh untuk menzahirkan maklumat sensitif 9.? (1)? Jika seorang tertuduh semunasabahnya menjangkakan untuk menzahirkan atau menyebabkan dizahirkan maklumat sensitif dengan apa-apa cara dalam pembelaannya, tertuduh itu hendaklah, memberikan dua hari notis kepada Pendakwa Raya dan mahkamah secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian. (2) Notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat sensitif itu. (3) Apabila seorang tertuduh mengetahui adanya maklumat sensitif tambahan yang dia semunasabahnya menjangkakan untuk menzahirkan dalam perbicaraannya, tertuduh itu hendaklah memberikan dua hari notis kepada Pendakwa Raya dan mahkamah secara bertulis mengenai niatnya untuk berbuat demikian dan notis itu hendaklah termasuk perihalan ringkas mengenai maklumat sensitif itu. (4) Tiada seorang tertuduh pun boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diketahui atau dipercayai sebagai sensitif berkaitan dengan perbicaraannya sehingga notis diberikan di bawah seksyen ini dan sehingga mahkamah membuat keputusan menurut tatacara dalam seksyen 10. (5) Jika tertuduh itu tidak mematuhi kehendak dalam seksyen ini, mahkamah boleh menghalang penzahiran apa-apa maklumat sensitif yang tidak menjadi subjek notis dan boleh melarang pemeriksaan mana-mana saksi mengenai apa-apa maklumat sedemikan oleh tertuduh itu. Pendengaran mengenai penzahiran maklumat sensitif oleh tertuduh 10.? (1)? Apabila notis di bawah seksyen 9 diterima daripada tertuduh mahkamah hendaklah menjalankan pendengaran secara tertutup. ? (2)? Tertuduh itu hendaklah mengemukakan maklumat sensitif itu kepada mahkamah.
  • 17. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 17 ? (3)? Mahkamah hendaklah melihat maklumat sensitif itu dan memutuskan keberkaitan maklumat sensitif itu dalam perbicaraan. ? (4)? Jika mahkamah memutuskan bahawa maklumat sensitif itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah menjalankan perbicaraan secara tertutup. Maklumat sensitif yang berbangkit semasa perbicaraan 11.? (1)? Jika dalam masa menjalankan perbicaraan mahkamah mengeluarkan saman kepada Pendakwa Raya supaya mengemukakan suatu dokumen di bawah seksyen 51 Kanun Tatacara Jenayah dan dokumen itu mengandungi maklumat sensitif, Pendakwa Raya hendaklah mengemukakan dokumen itu untuk mahkamah merujuk kepada dokumen itu. ? (2)? Mahkamah setelah merujuk kepada dokumen itu hendaklah memutuskan keberkaitan dokumen itu dalam perbicaraan itu. ? (3)? Tertakluk kepada subseksyen (4), jika mahkamah memutuskan bahawa dokumen itu adalah berkaitan mahkamah hendaklah kemudiannya memerintahkan Pendakwa Raya untuk mengemukakan¡ª (a) suatu pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau (b) suatu ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, untuk diterima sebagai keterangan. ? (4)? Mahkamah tidak boleh memerintahkan Pendakwa Raya untuk mengemukakan apa-apa¡ª (a) pernyataan yang menyatakan fakta berkaitan yang akan dibuktikan oleh maklumat sensitif itu; atau (b) ringkasan mengenai maklumat sensitif itu, jika Menteri memperakui bahawa pengemukaan pernyataan atau ringkasan itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara.
  • 18. 18 Undang-Undang Malaysia18 Akta 747 Bahagian V PERBICARAAN Perbicaraan kesalahan keselamatan 12.? Semua kesalahan keselamatan hendaklah dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Jaminan 13.? (1)? Jaminan tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan. ? (2)? Walau apa pun subseksyen (1)¡ª (a) seorang yang berumur di bawah lapan belas tahun; (b) seorang perempuan; atau (c) seorang yang sakit atau seorang yang uzur, yang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan, selain suatu kesalahan di bawah Bab VIa Kanun Keseksaan [Akta 574], boleh dilepaskan dengan jaminan tertakluk kepada suatu permohonan oleh Pendakwa Raya supaya peranti pengawasan elektronik dipasangkan kepada orang itu mengikut Kanun Tatacara Jenayah. Bahagian VI TATACARA KHAS YANG BERHUBUNGAN DENGAN SAKSI YANG DILINDUNGI Keterangan saksi diberikan dengan cara khas 14.? (1)? Walau apa pun Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan seksyen 264 Kanun Tatacara Jenayah, jika pada bila-bila masa semasa perbicaraan bagi kesalahan keselamatan, mana-mana saksi pendakwaan yang enggan identitinya didedahkan dan mahu memberikan keterangan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat atau didengar oleh kedua-dua tertuduh dan peguamnya, Pendakwa Raya boleh membuat suatu permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tatacara dalam seksyen ini terpakai.
  • 19. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 19 (2) Bagi maksud memuaskan hatinya tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, mahkamah hendaklah mengadakan suatu siasatan secara tertutup dengan menyoal saksi yang berkenaan itu atau mana-mana saksi lain tanpa kehadiran tertuduh dan peguamnya. (3) Jika selepas siasatan itu mahkamah berpuas hati tentang keperluan untuk melindungi identiti saksi itu, keterangan saksi itu hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat dilihat oleh tertuduh dan peguamnya tetapi boleh dilihat oleh mahkamah; dan selanjutnya jika saksi itu bimbang suaranya akan dicam, keterangannya hendaklah diberikan dalam cara yang dia tidak dapat didengar oleh tertuduh dan peguamnya. (4) Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan untuk dikemukakan kepada saksi itu tentang nama, alamat, umur, pekerjaan, rasnya atau butir-butir lain atau apa-apa soalan lain yang pada pendapat mahkamah akan menyebabkan saksi itu dicam. Pengecaman oleh saksi jika keterangan diambil secara tertutup 15. Jika semasa mengambil keterangan di bawah seksyen 14 tertuduh atau mana-mana orang lain dikehendaki untuk dicam oleh saksi yang memberikan keterangan dengan cara yang diperuntukkan dalam seksyen itu, pengecaman itu boleh dibuat oleh saksi melalui seorang jurubahasa atau pegawai lain mahkamah. Perlindungan identiti saksi 16.? (1)? Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan melalui apa-apa cara mengenai saksi yang dilindungi tidak boleh mendedahkan atau mengandungi¡ª (a) nama; (b) alamat; (c) gambar saksi yang dilindungi atau mana-mana orang lain, tempat atau benda yang boleh menyebabkan saksi yang dilindungi itu dicam; atau (d) apa-apa keterangan atau apa-apa benda lain yang berkemungkinan menyebabkan saksi yang dilindungi itu dicam.
  • 20. 20 Undang-Undang Malaysia20 Akta 747 ? (2)? Mana-mana orang yang menyediakan laporan berlanggaran dengan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan juga didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit. Bahagian VII KETERANGAN Ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 17. Bahagian ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa ketidakselarasan dengan Akta Keterangan 1950 [Akta 56]. Pernyataan oleh mana-mana orang yang sudah mati, dsb. 18. Suatu pernyataan yang dibuat sama ada secara lisan atau bertulis, semasa, atau bagi maksud, suatu penyiasatan atau siasatan tentang suatu kesalahan keselamatan oleh mana-mana orang yang sudah mati atau yang tidak dijumpai, atau yang menjadi tidak berupaya untuk memberikan keterangan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan. Sabitan berdasarkan testimoni kanak-kanak dalam usia mentah 19. Suatu sabitan yang diperoleh berdasarkan testimoni yang tidak disokong oleh kanak-kanak dalam usia mentah tidaklah menyalahi undang-undang, walaupun tidak diberikan secara bersumpah, jika mahkamah berpendapat bahawa kanak-kanak itu mempunyai kepintaran yang mencukupi dan memahami kewajipan untuk bercakap benar. Dokumen yang disita semasa serbuan atau semasa penyiasatan 20. Semua dokumen yang disita semasa serbuan atau semasa penyiasatan dan kandungan dokumen itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.
  • 21. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 21 Keterangan mengenai pengecaman tertuduh atau orang lain 21. Keterangan mengenai pengecaman seseorang tertuduh atau orang lain sebelum perbicaraan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan walaupun pengecaman itu dilakukan melalui gambar foto atau kaedah lain atau dijalankan dalam hal keadaan yang dalamnya saksi yang mengecam tertuduh atau orang lain itu tidak dapat dilihat oleh tertuduh atau orang lain itu. Senarai penggeledahan hendaklah diterima sebagai keterangan 22. Senarai penggeledahan semua dokumen dan benda yang disita semasa serbuan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita itu yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu. Tidak mengemukakan ekshibit 23. Tidak mengemukakan ekshibit sebenar yang dilindungi di bawah seksyen 8 dan 11 tidak menjejaskan kes pendakwaan. Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas 24. Jika seseorang dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan, apa-apa maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hendaklah boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya dan tiada seorang pun atau pegawai polis berada di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti atau dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding tatacara, kaedah, cara atau apa-apa jalan atau peranti, atau apa-apa perkara jua pun mengenai apa-apa perkara yang dilakukan di bawah seksyen 6. Kebolehterimaan dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung dalamnya 25. Apa-apa dokumen yang dihasilkan oleh komputer dan pernyataan yang terkandung dalamnya hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.
  • 22. 22 Undang-Undang Malaysia22 Akta 747 Keterangan oleh rakan sejenayah dan ejen provokasi 26.? (1)? Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana- mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dalam mana- mana prosiding terhadap mana-mana orang atas suatu kesalahan keselamatan¡ª (a) tiada saksi boleh dianggap sebagai rakan sejenayah hanya oleh sebab saksi itu telah dengan apa-apa cara terlibat dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu atau mempunyai pengetahuan tentang pelakuan kesalahan keselamatan itu; dan (b) tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia telah cuba untuk bersubahat dalam atau telah menyubahati dalam pelakuan kesalahan keselamatan itu oleh mana-mana orang jika percubaan untuk bersubahat atau penyubahatan itu adalah bagi maksud semata-mata untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu. ? (2)? Walau apa pun apa-apa rukun undang-undang atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan walaupun ejen provokasi itu ialah seorang pegawai polis tidak kira pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya. Bahagian VIII PELBAGAI Kuasa untuk merekod pernyataan dan pengakuan salah 27.? (1)? Mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan apa-apa pernyataan atau pengakuan salah yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum permulaan perbicaraan. (2) Pernyataan atau pengakuan salah itu hendaklah direkodkan sepenuhnya secara bertulis oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya pernyataan atau pengakuan salah itu dibuat dan hendaklah kemudiannya dikemukakan kepada mahkamah yang di hadapannya kes itu akan dibicarakan.
  • 23. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 23 (3) Tiada Hakim Mahkamah Sesyen boleh merekodkan apa-apa pernyataan atau pengakuan salah melainkan jika, apabila menyoal orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah itu, dia berpuas hati bahawa pernyataan atau pengakuan salah itu telah dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji pada masa itu. (4) Apabila Hakim Mahkamah Sesyen merekodkan apa-apa pengakuan salah dia hendaklah membuat suatu memorandum di kaki rekod itu seperti yang berikut: ¡°Saya berpuas hati bahawa pengakuan salah ini telah dibuat tanpa ugutan, dorongan atau janji. Pengakuan salah itu telah dibuat dalam kehadiran dan pendengaran saya dan telah dibacakan semula kepada orang yang membuatnya dan diakui oleh orang itu sebagai betul dan pengakuan salah itu mengandungi kenyataan yang lengkap dan benar mengenai apa yang dikatakannya. (Ditandatangani) A.B. Hakim Mahkamah Sesyen.¡±. ? (5)? Sumpah atau ikrar hendaklah diangkat atau dibuat oleh mana-mana orang yang membuat pernyataan atau pengakuan salah di bawah seksyen ini. Perlindungan pemberi maklumat 28.? (1)? Tiada aduan oleh pemberi maklumat tentang kesalahan keselamatan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah, dan tiada saksi boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk menzahirkan nama atau alamat mana-mana pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan dia diketahui. ? (2)? Jika mana-mana buku, dokumen atau kertas yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana jua prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa entri yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan semua petikan sedemikian ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada itu.
  • 24. 24 Undang-Undang Malaysia24 Akta 747 Akses oleh polis kepada tahanan atau banduan 29. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, pegawai polis yang menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah diberi akses kepada mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai terlibat dalam kesalahan keselamatan yang¡ª (a) ditahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau (b) di bawah pengurungan dalam penjara, sama ada telah disabitkan atau tidak. Penahanan sementara menunggu proses undang-undang habis 30.? (1)? Walau apa pun Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, jika mahkamah perbicaraan membebaskan tertuduh bagi kesalahan keselamatan Pendakwa Raya boleh memohon secara lisan kepada mahkamah untuk tertuduh direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan terhadap pembebasan tertuduh itu oleh Pendakwa Raya. (2) Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah memerintahkan tertuduh itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan. (3) Apabila Pendakwa Raya memfailkan rayuan terhadap pembebasan itu, Pendakwa Raya boleh memohon kepada mahkamah perbicaraan bagi suatu perintah untuk memenjarakan tertuduh itu sementara menunggu beresnya rayuan itu. (4) Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (3), mahkamah hendaklah memenjarakan tertuduh itu sementara menunggu beresnya rayuan itu. (5) Jika rayuan oleh Pendakwa Raya ditolak dan perintah pembebasan itu disahkan, Pendakwa Raya boleh membuat permohonan secara lisan kepada mahkamah supaya tertuduh itu direman di dalam penjara sementara menunggu notis rayuan difailkan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan oleh Pendakwa Raya.
  • 25. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 25 (6) Atas permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (5), mahkamah hendaklah mereman tertuduh di dalam penjara sementara menunggu pemfailan notis rayuan itu. (7) Seseorang tertuduh yang dipenjarakan di bawah seksyen ini hendaklah ditahan sehingga semua rayuan dibereskan. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 31. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini. Pemansuhan dan kecualian 32.? (1)? Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] dimansuhkan. (2) Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tidaklah menjejaskan¡ª (a) apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri; dan (b) apa-apa tindakan atau prosiding yang diambil di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
  • 26. 26 Undang-Undang Malaysia26 Akta 747 Jadual Pertama (Seksyen 3) KESALAHAN KESELAMATAN Kanun Keseksaan [Akta 574]: (i) Kesalahan di bawah Bab VI (ii) Kesalahan di bawah Bab VIa Jadual Kedua (Seksyen 7) BORANG PERANTI PENGAWASAN ELEKTRONIK dalam MAHKAMAH sesyen di ................. dalam negeri ................. 1. Nama:....................................................................................................... 2. No. Kes: ................................................................................................. 3. No. Kad Pengenalan: .............................................................................. 4. Alamat: ................................................................................................... ................................................................................................................. ................................................................................................................. 5. No. Telefon: ............................................................................................ 6. Anggota keluarga untuk dihubungi: ....................................................... ................................................................................................................. 7. Tempoh peranti pengawasan elektronik (¡°peranti¡±) dipasang: ............... 8. Terma-terma dan syarat-syarat¡ª (a) untuk melaporkan diri di balai polis yang terdekat pada/bagi tiap-tiap ¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­; (b) memahami bahawa semua pergerakan akan dijejaki dan disimpan sebagai rekod rasmi;
  • 27. Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 27 (c) bersetuju untuk dikehendaki untuk melaporkan diri bagi pemeriksaan kelengkapan peranti jika perlu; (d) untuk memberitahu pegawai polis jika terdapat apa-apa perubahan alamat; (e) untuk membenarkan pemeriksaan peranti oleh pegawai polis; (f) untuk melaporkan diri di balai polis yang terdekat bagi peranti itu dibuka; (g) untuk memulangkan semua kelengkapan peranti kepada pegawai polis; (h) untuk mematuhi tatacara yang dikehendaki oleh pegawai polis; (i) untuk menyenggara peranti sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis; (j) untuk mematuhi apa-apa arahan pegawai polis; (k) untuk mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang ditentukan oleh mahkamah. 9. Ketidakpatuhan terma-terma dan syarat-syarat ini merupakan suatu kesalahan di bawah subseksyen 7(6) Akta ini. Saya dengan ini bersetuju dan akan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam Borang ini. ¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­¡­ ( )