1. Aktiviti 7.3 (m/s 95)
1. Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia.
2. Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan.
Sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh
Weber. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal.Antara perkara-perkara yang menunjukkan
formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, manual organisasi, deskripsi tugas,
memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain.
Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Pendidikan Malaysia
boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.Sistem pendidikan
dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa
dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan
oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia
seperti di Singapura dan China.
Terdapat beberapa jenis sekolah yang ada di negara kita Malaysia.Antara sekolah-sekolah tersebut
ialah sekolah kebangsaan, sekolah kluster, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah bestari,
sekolah teknik dan vokasional dan sekolah berasrama penuh.
Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang
menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun sehingga umur dua belas
tahun.Manakala bagi sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan pula
menyediakan Pendidikan Menengah untuk pelajar yang berumur tiga belas tahun sehingga tujuh belas
tahun. Sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Manakala bagi Bahasa Inggeris pula, ianya menjadi sebagai mata pelajaran wajib. Selain itu juga, terdapat
kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina atau Tamil dimana bahasa tersebut hendaklah diadakan jika ibu
bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya. Hal ini juga perlu bagi
bahasa-bahasa ibunda kaum asli lain yang hendak mengadakan pengajaran bagi bahasa ibunda mereka
jika didapati munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu
memintanya.
Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah
kluster juga merupakan satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster
2. bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar
klusternya.Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30
Mac 2007.Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006.Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan
pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster
kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan.Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan
sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.Pengelompokan yang
dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.
Sekolah Jenis Kebangsaan pula terdiri daripada dua jenis iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kurikulum di sekolah jenis kebangsaan ini adalah sama sahaja dengan
sekolah kebangsaan. Perbezaan antara sekolah jenis kebangsaan dengan sekolah kebangsaan ialah bahasa
pengantar yang digunakan.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan
manakala Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis
Kebangsaan.
Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu
kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah
rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way).Terdapat beberapa tujuan dan matlamat sekolah wawasan diwujudkan. Antaranya
untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang,
untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, untuk melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu dan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.
Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada
pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia
merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai
potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.
Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkat
permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan
3. diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk
perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah
Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam
perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan
pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah
Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan
Negara.
Sekolah Vokasional merupakan sekolah yang lebih menjurus ke dalam bidang-bidang pertukangan
dan kemahiran.Takrif Sekolah Pendidikan Vokasional ialah kursus lepasan PMR selama 2 tahun di
Sekolah Menengah Vokasional dimana pelajar-pelajar akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat.
Di antara jurusan yang ditawarkan ialah bidang ketukangan kejuruteraan, ekonomi rumahtangga,
perdagangan, pertanian dan kejenteraan ladang.Manakala bagi Sekolah Teknik pula, pelajar-pelajarnya
terdiri dari pelajar yang berminat dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.Diantara jurusan yang
ditawarkan di sekolah teknik ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan jentera,
pertanian dan perdagangan.
Sekolah Berasrama Penuh adalah sekolah yang mengawal proses pembelajaran pelajar secara
menyeluruh dan terancang. Sekolah jenis ini terdapat dengan banyaknya di seluruh negara.Syarat-syarat
kemasukannya pula adalah agak ketat.Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha
berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan
sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah
kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan
agama, bangsa dan negara.
Ibu bapa atau penjaga murid mungkin ada banyak sebab mengapa mereka menghantar anak mereka
ke sesebuah sekolah. Ada yang memberikan sebab yang mudah seperti sudah ada abang atau kakaknya
yang belajar di sekolah yang sama. Ada juga yang mempertimbangkan faktor jarak sekolah yang dekat
dengan rumah dan memudahkan anak dihantar ke sekolah.Ada juga ibu bapa yang lebih cenderung
4. menjadikan faktor pencapaian sekolah dalam kokurikulum seperti mempunyai pasukan bola sepak yang
berjaya dan menang di peringkat daerah atau negeri sambil menaruh harapan besar agar anaknya akan
turut dipilih sebagai pemain sekolah.Tetapi kebanyakan ibu bapa lebih suka mengukur pencapaian
kurikulum sekolah terutama dalam kalangan mereka yang memberi tumpuan kepada pencapaian
akademik anak-anak mereka.
Mereka jenis ini akan memberi pertimbangan lebih halus ke atas faktor kemampuan guru dan
pengetua sebagai pemimpin instruksional dalam membantu menunaikan impian besar mereka untuk
melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran.Bagi mereka yang berorientasikan begini, itulah sebab
utama wujudnya sekolah dan atas sebab itulah mereka berhempas pulas memastikan anak-anak mereka
datang ke sekolah serta mengikuti dengan penuh tekun pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.Sebahagian besar ibu bapa dalam kategori ini hampir-hampir tidak kisah tentang kejayaan yang
dicapai oleh pihak sekolah dalam bidang kokurikulum. Mereka ini berasa sudah memadai jika anak
mereka terlibat pada kadar biasa dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, tanpa mengharapkan anak
mereka turut serta dalam aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun negara. Jika ada pun yang mereka
banggakan ialah kejayaan yang ada hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah seperti dalam
kegiatan bercorak koakademik.
Begitulah juga halnya dengan ibu bapa yang berasa yakin dengan tahap keselamatan anak-anak
mereka natijah daripada mutu disiplin murid yang semakin meningkat dan kuatnya tahap kawalan
keselamatan oleh pengawal keselamatannya serta sistem keselamatan yang wujud yang menjadi satu lagi
faktor pendorong yang kuat mengapa ibu bapa memilih sekolah A dan bukannya sekolah B.Ada yang
mungkin melihat faktor kantin sekolah yang menyediakan pelbagai menu harian yang banyak, mencukupi
dan mengenyangkan khususnya bagi mereka yang ada anak yang mempunyai selera makan yang besar.
Atau bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga urusan makan dan minum anak-anak mereka pun
diharapkan kepada kantin sekolah.
Tidak juga dinafikan ada ibu bapa yang menggunakan alasan yang agak peribadi seperti telah
mengenali guru-guru di sekolah yang dipilih, wujud di sekolah tersebut guru Matematiknya yang mahir
dan berpengalaman, atau Guru Bimbingan dan Kaunselingnya yang baik, boleh dipercayai dan sentiasa
ingin membantu atau mungkin juga kerana guru itu jiran mereka, atau sahabat mereka.Pendek kata ibu
bapa mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka memilih sesebuah sekolah bagi tujuan
penempatan anak mereka.Banyak sebab dan alasan yang diberikan, bukan terhad kepada satu atau dua
sebab sahaja.Tetapi semua itu diikat oleh satu keadaan bahawa apapun sebabnya, sebab itu bukan guru
yang menentukannya, tetapi ibu bapa sendiri yang menentukannya.
5. SEBAB PALING DOMINAN
Namun yang paling tinggi nilainya ialah apabila sebab yang diberikan itu bersangkutan dengan
kepercayaan ibu bapa bahawa pihak sekolah dapat memenuhi impian mereka dan anak mereka, sekaligus
mengharapkan anak-anak mereka tidak dipersia-siakan dan dijaga dengan baik akan kebajikan dan
keselamatan mereka.Rekod-rekod sekolah berupa pencapaian terbaiknya dalam pelbagai bidang seperti
kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain cukup membantu dan menjadi indikator yang paling jelas
dalam menarik minat seseorang ibu bapa atau penjaga menghantar anak mereka ke sesebuah
sekolah.Sebab itu mengusahakan kemenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang bukan menjadi angan-
angan lagi tetapi adalah suatu tuntutan yang perlu direalisasikan oleh setiap individu di sekolah yang
diketuai oleh Pengetuanya.
Justeru, kejayaan kecil yang diraih oleh mana-mana ahli kepada sebuah keluarga besar sekolah tidak
boleh diremehkan atau dipandang sebagai tidak penting dalam keghairahan para peneraju memburu
kejayaan besar kerana kejayaan besar biasanya bermula daripada kejayaan kecil ini.Sekolah yang terpaksa
berhempas pulas untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik dan melalui pengalaman getir untuk
memburu walaupun satu dua kejayaan boleh bergantung kepada satu dua kejayaan kecil ini sebelum
kejayaan lebih besar menjadi kenyataan.
SEKOLAH PERLU DIPASARKAN
Malahan kemenangan dan kejayaan yang diperoleh oleh sekolah merupakan alat pemasaran sekolah
yang paling ampuh bagi menarik minat ibu bapa dan penjaga murid untuk menghantar anak mereka ke
sekolah kita.Cerita-cerita baik yang cepat membiak dari mulut ke mulut akan menjadi bentuk pemasaan
pelbagai tingkat yang paling ampuh yang akan menjenamakan nama sekolah ke suatu tahap tertentu di
mana apabila disebut sahaja nama sekolah A orang ramai sudah mengetahui bahawa sekolah itu terkenal
dengan ragbinya, sekolah B pula terkenal dengan pidatonya dan banyak lagi.Jelas sekali kejayaan dan
kemenangan yang kita harapkan bukan lagi setakat terkekang dalam kepompong angan-angan, sebaliknya
benar-benar terjelma lalu menyemarak dan menyubur dalam kalangan warga sekolah atau lebih tepat lagi
menjadi budaya sekolah.Percayalah, apabila hal ini menjadi kenyataan apa pun yang kita lakukan selepas
ini akan menjadi lebih mudah daripada sebelumnya.
Natijah akhirnya keyakinan masyakarat terhadap sekolah semakin meningkat seiring dengan
meningkatnya pencapaian sekolah.Itulah yang sepatutnya berlaku kepada sesebuah sekolah.Apa yang
sepatutnya berlaku ialah semakin lama sekolah itu wujud, semakin menokoklah kejayaan yang
6. diperolehnya dan rentetan daripada itu semakin baiklah disiplin murid-muridnya yang diakhiri dengan
semakin baiklah imej sekolah itu.