際際滷

際際滷Share a Scribd company logo
Aktiviti Pengamatan Pendengaran
Membezakan perkataan kepala dan kelapa.


Langkah-langkah:


1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk Kelapa.
Kelapa, kelapa,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
L, a, la,
P, a, pa
itu kelapa.


2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan kelapa kepada
kepala.
Kepala, kepala,
Heiyo.. heiyo.. kelapa,
K, e, ke,
P, a, pa
L, a, la,
itu kepala.


3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kelapa.
4. Guru membaca perkataan kelapa dan murid pun ikut baca berulang kali.
5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kepala.
6. Guru membaca perkataan kepala dan murid pun ikut baca berulang kali.
7. Guru menguji kefahaman murid secara lisan dengan menyebut perkataan dan
seterusnya murid menuju jari ke kad gambar yang betul.


8. Guru menguji murid secara individu dengan memberi kedua-dua kad gambar
kepada murid tersebut.


9. Apabila guru menyebut perkataan, murid dikehendaki mengangkat kad gambar
yang betul.
KELAPA




KEPALA
AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN

Tajuk Bahan: Siapa Saya?


Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang diperdengarkan oleh
guru dengan menggoncang bekas bertutup yang mengandungi
bahan ujikaji, kemudian menyatakan gambar yang padan
dengan bunyi yang diperdengarkan.


Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih
berfikir tentang bunyi apa yang sedang diperdengarkan.
Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik perhatian
mereka menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada
tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam
sistem pendengarannya sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula.


Tambahan dan pandangan: Guru-guru juga boleh
menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif
lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio yang
mana bersesuaian dengan tajuk yang di ajar. Contohnya bunyi
haiwan, bunyi kenderaan dan lain-lain lagi.
Masalah Gangguan Pendengaran

Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan
jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana
bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap
kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika
seseorang :
       Tidak menoleh kepada sumber bunyi
     Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan
     Membuka tv terlalu kuat
     Menunjukkan tanda-tanda keliru
     Tidak memahami pertuturan
     Meminta percakapan diulang-ulang
     Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
     Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami
arahan
     Sukar memahami perbualan di tempat bising
     Sukar memahami perbualan telefon
     Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
     Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
     Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha
untuk memahami apa yang didengar



Jenis Masalah Pendengaran
Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu :

1. Masalah pendengaran konduktif

Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar

atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke

telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada

laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas.

Contohnya

     Ketiadaan lubang telinga (atresia)
Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau

anotia)

     Sumbatan tahi telinga di salur telinga

     Jangkitan kuman pada salur telinga

     Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah.

Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara

perubatan atau pembedahan.



2. Masalah Pendengaran Sensorineural

Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga

dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada.

Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat

dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh.

Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau

laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran

kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami

pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu

dengan alat bantu pendengaran.



3. Masalah Pendengaran Campuran

Berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran

serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural

hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah

pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga

dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
Penyebab Masalah Pendengaran
  Antara penyebab masalah pendengaran ialah :

   Jangkitan telinga kronik  telinga bernanah

   Faktor keturunan  diwarisi daripada ahli keluarga terdekat

   Kecacatan kongenital

   Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan  contohnya di

  kilang

   Proses penuaan  umur yang semakin meningkat atau tua dan

  hilang deria pendengaran



  Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran

1. Diskriminasi pendengaran

2. Penerimaan pendengaran (auditori reception)

3. Perhubungan pendengaran (auditori association)

4. Rumusan / melengkap pendengaran

5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran

6. Ingatan pendengaran (auditori memory)
DEFINISI

Terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar.

Barker (1971) merumuskan       mendengar sebagai suatu         proses yang aktif

dan dengar adalah satu proses yang pasif.

Chuah    (1987) mengatakan     dengar    adalah satu   proses     fisiologi yang

melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu

proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi.

Pendengaran ialah apa yang didengari dan ditafsirkan di otak.

Menurut Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 

Pendengaran ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa

yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari

aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek

yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah

untuk    membezakan        bunyi,    bunyi      phonological     (diskriminasi

pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan

(ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan

abjad (intergrasi visual pendengaran)

Menurut Durell dan Marphy (1953), dalam kajian mereka menyatakan

kebanyakan      kanak-kanak        bermasalah      dalam    menaakul        dan

mendiskriminasikan bunyi merupakan pembaca yang terencat pencapaian

bacaannya iaitu mengalami masalah kecacatan fokus(regractive errors) dan

masalah pendengaran.

Tiga cara untuk mengenal pasti masalah ketajaman pendengaran, iaitu :

(a) meneliti petanda atau gejala

(b) memberi ujian diagnosis

(c) mendapatkan pengesahan dan rawatan doktor atau pakar perubatan.
Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran

       1. Diskriminasi pendengaran

       2. Penerimaan pendengaran (auditori reception)

       3. Perhubungan pendengaran (auditori association)

       4. Rumusan / melengkap pendengaran

       5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran

       6. Ingatan pendengaran (auditori memory)

More Related Content

Aktiviti pengamatan pendengaran

  • 1. Aktiviti Pengamatan Pendengaran Membezakan perkataan kepala dan kelapa. Langkah-langkah: 1. Guru mengajar murid sebuah lagu yang bertajuk Kelapa. Kelapa, kelapa, Heiyo.. heiyo.. kelapa, K, e, ke, L, a, la, P, a, pa itu kelapa. 2. Guru mengulangi langkah 1 dengan menukarkan perkataan kelapa kepada kepala. Kepala, kepala, Heiyo.. heiyo.. kelapa, K, e, ke, P, a, pa L, a, la, itu kepala. 3. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kelapa. 4. Guru membaca perkataan kelapa dan murid pun ikut baca berulang kali. 5. Guru menunjukkan gambar dan kad perkataan kepala. 6. Guru membaca perkataan kepala dan murid pun ikut baca berulang kali.
  • 2. 7. Guru menguji kefahaman murid secara lisan dengan menyebut perkataan dan seterusnya murid menuju jari ke kad gambar yang betul. 8. Guru menguji murid secara individu dengan memberi kedua-dua kad gambar kepada murid tersebut. 9. Apabila guru menyebut perkataan, murid dikehendaki mengangkat kad gambar yang betul.
  • 4. AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Tajuk Bahan: Siapa Saya? Aktiviti: Murid mengecam bunyi yang diperdengarkan oleh guru dengan menggoncang bekas bertutup yang mengandungi bahan ujikaji, kemudian menyatakan gambar yang padan dengan bunyi yang diperdengarkan. Keistimewaan: Memberi peluang kepada murid untuk berlatih berfikir tentang bunyi apa yang sedang diperdengarkan. Gambar-gambar dan bunyi-bunyi yang menarik perhatian mereka menambahkan lagi minat murid untuk fokus kepada tajuk. Guru juga dapat mengenal pasti murid yang lemah dalam sistem pendengarannya sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Tambahan dan pandangan: Guru-guru juga boleh menggunakan bunyi alam yang sering didengar bagi alternatif lain ketika ketiadaan bekalan elektrik atau pemain audio yang mana bersesuaian dengan tajuk yang di ajar. Contohnya bunyi haiwan, bunyi kenderaan dan lain-lain lagi.
  • 5. Masalah Gangguan Pendengaran Mereka yang mengalami masalah ini tidak dapat mendengar dengan jelas. Gangguan seperti ini boleh diperolehi pada tahap sedikit dimana bunyi pertuturan didengar lebih perlahan sehingga pada tahap kepekakan yang sangat teruk. Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang : Tidak menoleh kepada sumber bunyi Seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan Membuka tv terlalu kuat Menunjukkan tanda-tanda keliru Tidak memahami pertuturan Meminta percakapan diulang-ulang Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan Sukar memahami perbualan di tempat bising Sukar memahami perbualan telefon Toleransi terhadap bunyi bising berkurang Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual Terpaksa memalingkan kepala kearah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengar Jenis Masalah Pendengaran Terdapat 3 jenis masalah pendengaran iaitu : 1. Masalah pendengaran konduktif Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga luar atau dalam dimana bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisyen kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Contohnya Ketiadaan lubang telinga (atresia)
  • 6. Cuping telinga kecil atau tiada lubang telinga (microtia atau anotia) Sumbatan tahi telinga di salur telinga Jangkitan kuman pada salur telinga Telinga tengah dan gegendang telinga bocor atau pecah. Kehilangan pendengaran jenis ini selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 2. Masalah Pendengaran Sensorineural Berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada telinga dalam, tempat dimana koklea dan saraf pendengaran berada. Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh. Masalah ini juga disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Sesetengah bunyi pendengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah ini tidak dapat dirawat tetapi ia dapat dibantu dengan alat bantu pendengaran. 3. Masalah Pendengaran Campuran Berlaku apabila terdapat kehadiran kedua-dua masalah pendengaran serentak iaitu masalah pendengaran konduktif dan sensorineural hadir sama. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah pendengaran sensorineural juga mempunyai mampatan tahi telinga dikategorikan sebagai mempunyai masalah pendengaran campuran.
  • 7. Penyebab Masalah Pendengaran Antara penyebab masalah pendengaran ialah : Jangkitan telinga kronik telinga bernanah Faktor keturunan diwarisi daripada ahli keluarga terdekat Kecacatan kongenital Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan contohnya di kilang Proses penuaan umur yang semakin meningkat atau tua dan hilang deria pendengaran Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran 1. Diskriminasi pendengaran 2. Penerimaan pendengaran (auditori reception) 3. Perhubungan pendengaran (auditori association) 4. Rumusan / melengkap pendengaran 5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran 6. Ingatan pendengaran (auditori memory)
  • 8. DEFINISI Terdapat perbezaan yang besar antara proses mendengar dan dengar. Barker (1971) merumuskan mendengar sebagai suatu proses yang aktif dan dengar adalah satu proses yang pasif. Chuah (1987) mengatakan dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Pendengaran ialah apa yang didengari dan ditafsirkan di otak. Menurut Ball & Blachman, 1991:Lyon, 1998: Sthal & Murry, 1994 Pendengaran ialah keupayaan mengesan atau mengenalpasti apa yang didengar. Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah dari aspek auditori, linguistik dan masalah phonologikal. Antara aspek yang terdapat di dalam masalah pengamatan auditori ialah masalah untuk membezakan bunyi, bunyi phonological (diskriminasi pendengaran), mengingat apa yang di dengar, mengingat urutan (ingatan pendengaran) dan membentuk perkataan dari gabungan abjad (intergrasi visual pendengaran) Menurut Durell dan Marphy (1953), dalam kajian mereka menyatakan kebanyakan kanak-kanak bermasalah dalam menaakul dan mendiskriminasikan bunyi merupakan pembaca yang terencat pencapaian bacaannya iaitu mengalami masalah kecacatan fokus(regractive errors) dan masalah pendengaran. Tiga cara untuk mengenal pasti masalah ketajaman pendengaran, iaitu : (a) meneliti petanda atau gejala (b) memberi ujian diagnosis (c) mendapatkan pengesahan dan rawatan doktor atau pakar perubatan.
  • 9. Terdapat 5 Kelemahan dalam Pengamatan Pendengaran 1. Diskriminasi pendengaran 2. Penerimaan pendengaran (auditori reception) 3. Perhubungan pendengaran (auditori association) 4. Rumusan / melengkap pendengaran 5. Cantuman bunyi atau percantuman pendengaran 6. Ingatan pendengaran (auditori memory)