Aktiviti montaj diadakan pada 20 Oktober 2011 bagi murid-murid UPSR. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan dan diminta membuat karya seni montaj menggunakan keratan gambar dari majalah dan akhbar dengan tema seperti haiwan, kenderaan, dan lain-lain. Aktiviti ini bertujuan membantu pembangunan kreativiti murid-murid.
1 of 1
Downloaded 16 times
More Related Content
Aktiviti selepas upsr 2011
1. AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN SENI
TARIKH: 20 OKTOBER 2011( KHAMIS)
Tajuk Aktiviti : Montaj
Definisi Montaj : Montaj bermaksud aktiviti menampal dan melekatkanganbar-
gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej. Potongan gambar- gambar
yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
Aktiviti : Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang murid dikehendaki
membuat aktiviti menggambar dengan teknik montaj. Aktiviti ini menggunakan keratan
gambar-gambar yang sesuai dari akhbar, majalah lama dan lain-lain. Aktiviti ini bertujuan
membantu murid-murid menghasilkan karya yang kreatif dan bermaklumat.
Alatan dan bahan:
o Kertas lukisan, keratan gambar, Gunting, gam, Warna air, pembancuh warna
Tema Pilihan:
Alam haiwan, kenderaan, sains dan teknologi, bunga-bungaan, alatan, kehidupan dasar
laut, hobi, kelab bola sepak, diri, pakaian dan lain-lain tema yang sesuai. ( sila rujuk guru
Pendidikan Seni Anda untuk maklumat lanjut)
Langkah-langkah Penghasilan:
1. Mulakan dengan mewarnakan bahagian latar belakang kertas lukisan.(boleh dibuat
awal di rumah)
2. Mulakan dengan melekat gambar latar sebagai mesej utama.
3. Selepas itu lekatkan gambar-gambar lain yang sesuai dengan tema.
4. Akhir sekali, lengkapkan montaj anda dengan melekatkan gambar-gambar awan.
5. Hasilnya sungguh ceria montaj anda. Lukisan montaj merupakan penyampai ilmu
yang sangat berguna.
Masa:
Aktiviti penghasilan : 7.30 hingga 9.00 pagi
Sesi apresiasi : 9.30 hingga 10.30 (setiap karya akan dinilai oleh hakim yang
dilantik untuk pemberian hadiah)