Program-program yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan di sekolah termasuk solat tarawih setiap malam, menyebarkan maklumat tentang kelebihan Ramadhan, tadarus Al-Quran setiap hari, ceramah mengenai Nuzul Al-Quran, dan sumbangan untuk anak yatim dan murid kurang mampu.
1 of 3
More Related Content
Aktiviti sepanjang bulan ramadhan
1. Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan
Solat Terawih
PELAKSANAAN PROGRAM:
Mengadakan solat sunat tarawih setiap malam di surau Istiqamah , seramai 25-30
secara purata kehadiran ahli jemaah daripada warga flat,murid, ibubapa dan
masyarakat setempat. Jamuan moreh disediakan selepas solat tarawih.
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Mengimarahkan surau sekolah dengan aktiviti keagamaan pada bulan ramadhan.
2. Memberi peluang kepada guru-guru, untuk menjadi imam dan bilal solat fardhu dan
solat sunat tarawih.
Syiar Ramadhan
PELAKSANAAN PROGRAM:
Menyebarkan maklumat mengenai kelebihan berpuasa dan kelebihan beribadat di
bulan ramadhan melalui risalah, banner , tazkirah selepas bacaan Yaasin dan kuiz
ramadhan.
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Memberi peringatan tatacara melaksanakan puasa dengan sempurna serta
kelebihan bulan Ramadhan.
2. Menggalakkan murid dan warga sekolah untuk melakukan pelbagai amalan ibadah
kepada Allah.
2. Tadarus Al-Quran
PELAKSANAAN PROGRAM:
Melaksanakan tadarus al-Quran setiap hari 30 minit di akhir waktu persekolahan
khusus untuk murid tahun 6 secara bergilir mengikut kelas di surau Istiqamah dengan
diawasi oleh ustaz dan ustazah .
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Membiasakan murid untuk bertadarus di bulan Ramadhan di sekolah atau di rumah.
2. Memberi ruang untuk murid solat zohor berjamaah.
Ceramah Nuzul Al-Quran
PELAKSANAAN PROGRAM:
Mengadakan ceramah berkaitan Nuzul al-Quran di dewan besar sekolah yang
melibatkan semua murid dan guru yang agama Islam.
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Mendedahkan ilmu pengetahuan mengenai kehebatan dan keagungan al-Quran
sebagai mukjizat nabi Muhammad .
2. Menceritakan bagaimana proses penurunan al-Quran dan kelebihan membaca al-
Quran.
3. Program Bersamamu
PELAKSANAAN PROGRAM:
Merupakan acara tahunan di bulan Ramadhan melalui sumbanganderma ikhlas
daripada seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat untuk diberikan khusus
kepada anak yatim dan murid yang kurang kemampuan.
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Membantu meringankan beban anak-anak murid yatim dan miskin untuk menyambut
hari raya aidil fitri.
2. Menyemai sifat prihatin warga sekolah dan masyarakat setempat kepada anak-anak
yatim dan anak-anak yang kurang kemampuan.