ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
AL Fushshilat 41:47: Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari Kiamat. Dan tidak ada
buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula)
melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Pada hari Tuhan memanggil mereka:
"Dimanakah sekutu-sekutu-Ku itu?", mereka menjawab: "Kami nyatakan kepada Engkau bahwa tidak
ada seorangpun di antara kami yang memberi kesaksian (bahwa Engkau punya sekutu)."




Hikmah tarikh kiamat dirahsiakan supaya manusia sentiasa bersedia secara jujur, ikhlas kerana
percaya hidup di dunia hanya sementara kerana yang kekal adalah di akhirat.




Bagaimana kiamat berlaku?
Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Saturday, December 3, 2011

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

FIRMAN Allah SWT: Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan
gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.

Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, Dan terbelahlah langit, kerena pada hari itu langit
menjadi lemah.Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.Dan pada hari itu
delapan orang malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.Pada hari itu
kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi
(bagi Allah). Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya,
Maka dia berkata: "Ambillah, Bacalah kitabku (ini)". Sesungguhnya Aku yakin, bahwa
Sesungguhnya Aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam
kehidupan yang diredai.Dalam syurga yang tinggi.Buah-buahannya dekat. (kepada mereka
dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan
pada hari-hari yang telah lalu". (al-Haqqah: 13-24)

Selepas menceritakan perihal ketiga-tiga kisah itu dan menyatakan tentang kekuasaan dan
hikmah-Nya serta kemungkinan berlakunya hari kiamat, Allah SWT mula menyebutkan
secara terperinci keadaan hari kiamat dan kengeriannya.

Firman Allah SWT: Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan
gunung-gunung, lalu dilenturkan keduanya sekali lentur.

Ibn Jauzi berkata: Berkenaan dengan tiupan ini ada dua pendapat:

* Ia sangkakala pertama. Inilah
pendapat Ata'.

* Ia sangkakala yang akhir. Inilah

pendapat Ibn al-Saib.

Ibn Kathir berkata: "Allah menguatkan dengan tiupan ini sekali sahaja kerana perintah Allah
tidak mungkin dapat disanggah dan dihalang. Justeru, ia tidak perlu untuk pengulangan dan
penguat."

Al-Magahri berkata: "Bumi dan gunung-ganang diangkat dari tempatnya. Pun begitu kita
tidak mengetahui bagaimana keadaan bumi dan gunung-ganang itu diangkat kerana keadaan
ini dikategorikan dalam berita-berita ghaib."

Perkara itu mungkin berlaku melalui angin yang kuat mampu menerbangkan bumi dan
gunung-ganang tersebut.

Mungkin juga kedua-duanya dibawa oleh malaikat atau melalui kekuasaan Allah SWT yang
(bukan menjadi sebab lahiriah) atau melalui proses pelanggaran beberapa planet di angkasa
seperti bintang-bintang berekor.

Justeru, gunung-ganang itu akan terpisah dan terangkat disebabkan perlanggaran yang kuat,
begitu juga bumi yang berubah dari kedudukannya.

Firman Allah SWT: Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, kerana
pada hari itu langit menjadi lemah.Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru
langit.Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas (kepala)
mereka.

Al-Sobuni berkata: "Pada hari tersebut berlakunya kiamat yang besar."

Berkenaan dengan para malaikat yang berada di sisi langit dan penjurunya adalah
melaksanakan perintah Allah.Mereka turun ke bumi dan berkawan di penjurunya.Inilah
pendapat al-Dahak.

Adapun yang memikul arasy tuhan atas mereka ditafsirkan dengan tiga pendapat:

* Atas kepala mereka. Inilah pendapat Muqatil.

* Di atas mereka yang berada di penjuru bumi.

* Mereka berada di atas ahli kiamat.

Kedua-dua pendapat di atas dinyatakan oleh al-Mawardi.

Adapun perkataan lapan ada tiga pendapat:

* Lapan malaikat. Seperti disebut dalam hadis mereka pada hari ini empat dan apabila
berlakunya
kiamat ditambahkan lagi oleh Allah dengan empat yang lain. Inilah pendapat jumhur.

* Lapan saf dan barisan daripada kalangan malaikat yang tidak diketahui jumlah mereka
kecuali Allah sahaja. Inilah pendapat Ibn Abbas, Ibn Jubair dan Ikrimah.

* Mereka adalah lapan malaikat yang lain dari kalangan Karubiyin yang tidak diketahui
bilangan mereka kecuali Allah. Inilah pendapat Muqatil.

Syed Qutub berkata: "Kita tidak mengetahui secara pasti apakah hakikat langit yang
dimaksudkan dengan kata-kata al-Sama' ini dalam al-Quran.

"Namun, ayat-ayat yang seperti ini semuanya menunjukkan bahawa undang-undang yang
selama ini mengikat alam buana yang terbentang di hadapan mata akan terlucut, terombak
dan terhurai menyebabkan segala-galanya menjadi kacau bilau dan pecah bertaburan."




                                                                Feb 28, '07 12:06 PM
BAGAIMANA BERLAKUNYA HARI KIAMAT
                                                                for everyone

KEJADIAN yang maha dahsyat dan maha pedih akan tetap berlaku seperti
yang dijanjikan Allah SWT kepada manusia di dalam Al-Quran. Ia
mempunyai berbagai nama yang hebat seperti Al-Haqqah (sesuatu yang
pasti datang), Al-Qari'ah (pengegar), Al-Fauzul Akhbar (kegemparan yang
maha dahsyat), Al-Zalzalah (gempa kegoncangan bumi), Al-Shaakhkhah
(hari yang memekakkan telinga) serta berbagai nama lagi. Semua nama
yang diberikan itu sebagai menggambarkan kepada kita betapa
dahsyatnya hari kiamat itu.



Di saat itu bumi akan bergoncang dengan hebatnya, gunung-ganang
berterbangan meletus menjadi abu, terjadi letupan yang luar biasa di
langit dan di bumi, kilat dan guruh yang luar biasa tajamnya akan berlaku
hingga akan membutakan mata manusia yang ada. Jantung dan hati
manusia pula remuk redam dan hancur akibat ketakutan yang amat
sangat. Firman Allah yang bermaksud :



"Sesungguhnya kegoncangan pada hari Kiamat itu adalah satu peristiwa
yang besar (dahsyat sekali). Pada hari itu engkau semua akan melihat
kaum wanita akan melupakan anak susuannya dan semua wanita yang
hamil akan melahirkan kandungannya. Juga semua manusia berada
dalam kemabukkan padahal sebenarnya mereka itu bukan mabuk
melainkan siksa Allah SWT yang sangat besarnya".

                                               Surah Al-Haj : Ayat 1 - 2



Tiupan Sangkakala (Nafiri)



Setelah sampai waktunya dan Allah SWT telah pasti tentang bahawa
kiamat akan berlaku pada masa tersebut, Dia akan memerintahkan
Malaikat Israfil supaya meniupkan sangkakala atau disebut juga sebagai
Shur yakni terompet berbentuk seakan-akan tanduk dan amat besar
sekali saiznya.



Tiupan akan dilakukan sebanyak dua kali atas perintah Allah SWT. Tiupan
kali pertama adalah sebagai isyarat kepada terjadinya hari Kiamat di
mana apabila ia ditiup, bumi akan bergoncang dengan sehebat-hebatnya.
Gunung ganang bergoncang dan berpecah belah, sementara matahari,
bulan, bintang-bintang dan seluruh planet menjadi kacau bilau dan tidak
menentu pergerakan dan perjalanannya.



Makhluk lain seperti manusia, binatang dan tumbuhan pula berada dalam
ketakutan yang amat sangat hingga ada yang mati kerana terkejut. Ini
telah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud :



"Dan (ingatlah) hari yang akan ditiupkan sangkakala lalu terkejutlah
mereka yang berada di langit dan yang berada di bumi kecuali orang-
orang yang dikehendaki Allah.Dan tiap-tiap sesuatu akan datang
kepadaNya dengan merendahkan diri".

                                              Surah An-Naml : Ayat 87



Kemudian dalam keadaan kacau bilau dan huru hara yang tak menentu
itu, Allah SWT akan memerintahkan untuk tiupan kali kedua. Tiupan ini
akan mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Manusia,
haiwan, tumbuhan termasuk jin dan iblis. Semua bintang-bintang dan
planet akan berhenti beredar. Semua air di lautan dan celah-celah bukit
dan gunung berhenti mengalir.Begitu juga dengan matahari dan bulan
semuanya dimatikan cahayanya dan jatuh berguguran ke bumi.Lamanya
tempoh masa yang ditetapkan antara dua tiupan itu tidaklah diketahui
dengan     tepat   oleh semua   makhluk    melainkan   Allah   SWT.
Walaubagaimanapun daripada riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu
Hurairah r.a berkata :



"Bahawa lamanya antara dua tiupan itu ialah 40.Ketika ditanyakan orang
apakah 40 hari. Abu Hurairah berkata 'aku lupa'. Ketika ditanyakan
adakah 40 bulan. Abu Hurairah menjawab 'aku lupa'. Kemudian ketika
ditanya adakah 40 tahun.Ia menjawab 'aku lupa'."



Ini menunjukkan semua itu tetap menjadi rahsia Allah SWT. Menurut satu
hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a :



"Bahawa sesudah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala dan seluruh isi
langit dan isi bumi mati serentak, maka Malaikat Izrail (Malaikat Maut)
akan datang kepada Allah SWT dan melaporkan, "Ya Allah, semuanya
telah mati melainkan Engkau kerana Engkau zat Yang Maha Hidup, berdiri
sendiri dan tidak mati selama-lamanya. Juga yang masih hidup ialah
Malaikat-Malaikat yang mendukung Arasy (Hamlatul-Arsy), Jibrail, Mikail
dan aku sendiri".



Maka Allah SWT memerintahkan supaya dimatikan Jibrail dan Mikail.Lalu
matilah kedua malaikat itu.Kemudian Allah SWT memerintahkan pula
supaya     dimatikan    Malaikat     Hamlatul-Arsy.Malaikat Izrail  lalu
mematikannya.Allah perintahkan Arsy supaya merampas sangkakala yang
ada di tangan Malaikat Israfil dan mematikannya.Maka matilah Malaikat
Israfil. Kemudian Malaikat Izrail akan mengadap Allah SWT dan berkata :



"Telah mati semua yang masih hidup kecuali Engkau Zat Yang tetap
Hidup dan juga saya".Berkatalah Allah kepada Malaikat Izrail, 'Kamu juga
adalah sebahagian dari makhlukKu maka engkau juga harus mati'."Maka
matilah Malaikat Izrail.
Pada masa itu hanya Allah SWT sebagai Zat Yang Kekal sahaja yang tetap
hidup dan akan terus hidup. Lalu Allah SWT akan menggulung bumi dan
langit seperti menggulung kertas. Ini seperti yang disebutkan dalam
surah Al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud :



"Pada  hari  Kami     lipat  langit seperti melipat daftar buku-
buku.Sebagaimana Kami mulai permulaan makhluk, begitu pula Kami
mengulanginya.(Itulah) janji Kami.Sesungguhnya Kami (mesti) akan
menunaikannya".



Apakah yang akan berlaku selepas ini? Demikian pertanyaan Allah SWT
yang diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut. Kemudian Allah
menjawab kepada dirinya sendiri :



"Seluruh kekuasaan hari ini adalah dipegang oleh Allah SWT (untuk Allah)
Yang Maha Tunggal lagi Maha Perkasa".

Surah Al-Mukmin : Ayat 16



Lalu Allah SWT menggantikan bumi yang telah musnah itu dengan bumi
yang baru di mana ianya hanya mendatar dan rata sesayup mata
memandang tanpa menurun atau menanjak.Begitu juga dengan langit
yang dipenuhi dengan planet dan bintang-bintang yang baru belaka.



Lalu selepas itu barulah dihidupkan kembali semua makhluk yang lain.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, jin dan iblis serta seluruh Malaikat dan
manusia. Di dalam tafsir As-Sa'laby dinyatakan tentang kebangkitan
semula ini bermula dengan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah mengenai jangka masa tiupan sangkakala selama 40.



Mengikut tafsir itu, selepas kematian seluruh isi alam selama 40 tahun,
maka Allah akan menurunkan hujan selama 40 hari tanpa hentinya. Ini
menyebabkan seluruh permukaan bumi digenangi air sedalam 12 hasta
tingginya.Dengan air itu Allah menumbuhkan setiap jasad yang sudah
mati beribu-ribu abad lamanya.
Selepas itu Allah akan menghidupkan semua malaikat Hamlatul-Arsy,
Jibrail, Mikail, Izrail dan Israfil. Apabila Israfil hidup kembali, ia
diperintahkan untuk meniupkan sangkakala yang ketiga. Kali ini semua
roh-roh akan kembali kepada jasad masing-masing yang sudah tumbuh
dengan sempurna. Lalu sempurnalah kebangkitan semua seperti yang
Allah SWT janjikan.



Bagaimanakah jasad yang sudah hancur dimakan tanah selama berabad-
abad itu boleh hidup kembali? Mengikut satu hadis yang diriwayatkan
oleh Ahmad dan Ibnu Hibban Adri Abu Said, Rasulullah SAW berkata :



"Tanah akan memakan seluruh bahagian dari tubuh manusia selain ujung
ekornya".Mereka bertanya, "Apakah itu ya Rasulullah?"Rasulullah SAW
menjawab, "Bahagian sebesar biji bayam, dari bahagian itulah kamu akan
ditumbuhkan".



Jadi kejadian manusia untuk kali kedua seakan-akan sama dengan
kejadian awalnya. Daripada satu sel yang kecil yang tidak musnah dan
hancur walaupun dikuburkan sekian lama atau dibakar menjadi abu, ia
tetap akan hidup dengan kehendak Allah SWT. Kemudian ia akan tumbuh
menjadi jasad sebagaimana jasad seseorang itu semasa di dunia dulu.
Bayangkan betapa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.

More Related Content

Al fushshilat 41

  • 1. AL Fushshilat 41:47: Kepada-Nyalah dikembalikan pengetahuan tentang hari Kiamat. Dan tidak ada buah-buahan keluar dari kelopaknya dan tidak seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. Pada hari Tuhan memanggil mereka: "Dimanakah sekutu-sekutu-Ku itu?", mereka menjawab: "Kami nyatakan kepada Engkau bahwa tidak ada seorangpun di antara kami yang memberi kesaksian (bahwa Engkau punya sekutu)." Hikmah tarikh kiamat dirahsiakan supaya manusia sentiasa bersedia secara jujur, ikhlas kerana percaya hidup di dunia hanya sementara kerana yang kekal adalah di akhirat. Bagaimana kiamat berlaku? Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Saturday, December 3, 2011 Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI FIRMAN Allah SWT: Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, Dan terbelahlah langit, kerena pada hari itu langit menjadi lemah.Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka.Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatupun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah). Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, Maka dia berkata: "Ambillah, Bacalah kitabku (ini)". Sesungguhnya Aku yakin, bahwa Sesungguhnya Aku akan menemui hisab terhadap diriku. Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredai.Dalam syurga yang tinggi.Buah-buahannya dekat. (kepada mereka dikatakan): "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu". (al-Haqqah: 13-24) Selepas menceritakan perihal ketiga-tiga kisah itu dan menyatakan tentang kekuasaan dan hikmah-Nya serta kemungkinan berlakunya hari kiamat, Allah SWT mula menyebutkan secara terperinci keadaan hari kiamat dan kengeriannya. Firman Allah SWT: Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup. Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dilenturkan keduanya sekali lentur. Ibn Jauzi berkata: Berkenaan dengan tiupan ini ada dua pendapat: * Ia sangkakala pertama. Inilah
  • 2. pendapat Ata'. * Ia sangkakala yang akhir. Inilah pendapat Ibn al-Saib. Ibn Kathir berkata: "Allah menguatkan dengan tiupan ini sekali sahaja kerana perintah Allah tidak mungkin dapat disanggah dan dihalang. Justeru, ia tidak perlu untuk pengulangan dan penguat." Al-Magahri berkata: "Bumi dan gunung-ganang diangkat dari tempatnya. Pun begitu kita tidak mengetahui bagaimana keadaan bumi dan gunung-ganang itu diangkat kerana keadaan ini dikategorikan dalam berita-berita ghaib." Perkara itu mungkin berlaku melalui angin yang kuat mampu menerbangkan bumi dan gunung-ganang tersebut. Mungkin juga kedua-duanya dibawa oleh malaikat atau melalui kekuasaan Allah SWT yang (bukan menjadi sebab lahiriah) atau melalui proses pelanggaran beberapa planet di angkasa seperti bintang-bintang berekor. Justeru, gunung-ganang itu akan terpisah dan terangkat disebabkan perlanggaran yang kuat, begitu juga bumi yang berubah dari kedudukannya. Firman Allah SWT: Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah.Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit.Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka. Al-Sobuni berkata: "Pada hari tersebut berlakunya kiamat yang besar." Berkenaan dengan para malaikat yang berada di sisi langit dan penjurunya adalah melaksanakan perintah Allah.Mereka turun ke bumi dan berkawan di penjurunya.Inilah pendapat al-Dahak. Adapun yang memikul arasy tuhan atas mereka ditafsirkan dengan tiga pendapat: * Atas kepala mereka. Inilah pendapat Muqatil. * Di atas mereka yang berada di penjuru bumi. * Mereka berada di atas ahli kiamat. Kedua-dua pendapat di atas dinyatakan oleh al-Mawardi. Adapun perkataan lapan ada tiga pendapat: * Lapan malaikat. Seperti disebut dalam hadis mereka pada hari ini empat dan apabila berlakunya
  • 3. kiamat ditambahkan lagi oleh Allah dengan empat yang lain. Inilah pendapat jumhur. * Lapan saf dan barisan daripada kalangan malaikat yang tidak diketahui jumlah mereka kecuali Allah sahaja. Inilah pendapat Ibn Abbas, Ibn Jubair dan Ikrimah. * Mereka adalah lapan malaikat yang lain dari kalangan Karubiyin yang tidak diketahui bilangan mereka kecuali Allah. Inilah pendapat Muqatil. Syed Qutub berkata: "Kita tidak mengetahui secara pasti apakah hakikat langit yang dimaksudkan dengan kata-kata al-Sama' ini dalam al-Quran. "Namun, ayat-ayat yang seperti ini semuanya menunjukkan bahawa undang-undang yang selama ini mengikat alam buana yang terbentang di hadapan mata akan terlucut, terombak dan terhurai menyebabkan segala-galanya menjadi kacau bilau dan pecah bertaburan." Feb 28, '07 12:06 PM BAGAIMANA BERLAKUNYA HARI KIAMAT for everyone KEJADIAN yang maha dahsyat dan maha pedih akan tetap berlaku seperti yang dijanjikan Allah SWT kepada manusia di dalam Al-Quran. Ia mempunyai berbagai nama yang hebat seperti Al-Haqqah (sesuatu yang pasti datang), Al-Qari'ah (pengegar), Al-Fauzul Akhbar (kegemparan yang maha dahsyat), Al-Zalzalah (gempa kegoncangan bumi), Al-Shaakhkhah (hari yang memekakkan telinga) serta berbagai nama lagi. Semua nama yang diberikan itu sebagai menggambarkan kepada kita betapa dahsyatnya hari kiamat itu. Di saat itu bumi akan bergoncang dengan hebatnya, gunung-ganang berterbangan meletus menjadi abu, terjadi letupan yang luar biasa di langit dan di bumi, kilat dan guruh yang luar biasa tajamnya akan berlaku hingga akan membutakan mata manusia yang ada. Jantung dan hati manusia pula remuk redam dan hancur akibat ketakutan yang amat sangat. Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya kegoncangan pada hari Kiamat itu adalah satu peristiwa yang besar (dahsyat sekali). Pada hari itu engkau semua akan melihat kaum wanita akan melupakan anak susuannya dan semua wanita yang hamil akan melahirkan kandungannya. Juga semua manusia berada
  • 4. dalam kemabukkan padahal sebenarnya mereka itu bukan mabuk melainkan siksa Allah SWT yang sangat besarnya". Surah Al-Haj : Ayat 1 - 2 Tiupan Sangkakala (Nafiri) Setelah sampai waktunya dan Allah SWT telah pasti tentang bahawa kiamat akan berlaku pada masa tersebut, Dia akan memerintahkan Malaikat Israfil supaya meniupkan sangkakala atau disebut juga sebagai Shur yakni terompet berbentuk seakan-akan tanduk dan amat besar sekali saiznya. Tiupan akan dilakukan sebanyak dua kali atas perintah Allah SWT. Tiupan kali pertama adalah sebagai isyarat kepada terjadinya hari Kiamat di mana apabila ia ditiup, bumi akan bergoncang dengan sehebat-hebatnya. Gunung ganang bergoncang dan berpecah belah, sementara matahari, bulan, bintang-bintang dan seluruh planet menjadi kacau bilau dan tidak menentu pergerakan dan perjalanannya. Makhluk lain seperti manusia, binatang dan tumbuhan pula berada dalam ketakutan yang amat sangat hingga ada yang mati kerana terkejut. Ini telah dijelaskan oleh Allah SWT yang bermaksud : "Dan (ingatlah) hari yang akan ditiupkan sangkakala lalu terkejutlah mereka yang berada di langit dan yang berada di bumi kecuali orang- orang yang dikehendaki Allah.Dan tiap-tiap sesuatu akan datang kepadaNya dengan merendahkan diri". Surah An-Naml : Ayat 87 Kemudian dalam keadaan kacau bilau dan huru hara yang tak menentu itu, Allah SWT akan memerintahkan untuk tiupan kali kedua. Tiupan ini akan mematikan semua makhluk yang ada di muka bumi ini. Manusia, haiwan, tumbuhan termasuk jin dan iblis. Semua bintang-bintang dan planet akan berhenti beredar. Semua air di lautan dan celah-celah bukit
  • 5. dan gunung berhenti mengalir.Begitu juga dengan matahari dan bulan semuanya dimatikan cahayanya dan jatuh berguguran ke bumi.Lamanya tempoh masa yang ditetapkan antara dua tiupan itu tidaklah diketahui dengan tepat oleh semua makhluk melainkan Allah SWT. Walaubagaimanapun daripada riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a berkata : "Bahawa lamanya antara dua tiupan itu ialah 40.Ketika ditanyakan orang apakah 40 hari. Abu Hurairah berkata 'aku lupa'. Ketika ditanyakan adakah 40 bulan. Abu Hurairah menjawab 'aku lupa'. Kemudian ketika ditanya adakah 40 tahun.Ia menjawab 'aku lupa'." Ini menunjukkan semua itu tetap menjadi rahsia Allah SWT. Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abu Hurairah r.a : "Bahawa sesudah Malaikat Israfil meniupkan sangkakala dan seluruh isi langit dan isi bumi mati serentak, maka Malaikat Izrail (Malaikat Maut) akan datang kepada Allah SWT dan melaporkan, "Ya Allah, semuanya telah mati melainkan Engkau kerana Engkau zat Yang Maha Hidup, berdiri sendiri dan tidak mati selama-lamanya. Juga yang masih hidup ialah Malaikat-Malaikat yang mendukung Arasy (Hamlatul-Arsy), Jibrail, Mikail dan aku sendiri". Maka Allah SWT memerintahkan supaya dimatikan Jibrail dan Mikail.Lalu matilah kedua malaikat itu.Kemudian Allah SWT memerintahkan pula supaya dimatikan Malaikat Hamlatul-Arsy.Malaikat Izrail lalu mematikannya.Allah perintahkan Arsy supaya merampas sangkakala yang ada di tangan Malaikat Israfil dan mematikannya.Maka matilah Malaikat Israfil. Kemudian Malaikat Izrail akan mengadap Allah SWT dan berkata : "Telah mati semua yang masih hidup kecuali Engkau Zat Yang tetap Hidup dan juga saya".Berkatalah Allah kepada Malaikat Izrail, 'Kamu juga adalah sebahagian dari makhlukKu maka engkau juga harus mati'."Maka matilah Malaikat Izrail.
  • 6. Pada masa itu hanya Allah SWT sebagai Zat Yang Kekal sahaja yang tetap hidup dan akan terus hidup. Lalu Allah SWT akan menggulung bumi dan langit seperti menggulung kertas. Ini seperti yang disebutkan dalam surah Al-Anbiya ayat 104 yang bermaksud : "Pada hari Kami lipat langit seperti melipat daftar buku- buku.Sebagaimana Kami mulai permulaan makhluk, begitu pula Kami mengulanginya.(Itulah) janji Kami.Sesungguhnya Kami (mesti) akan menunaikannya". Apakah yang akan berlaku selepas ini? Demikian pertanyaan Allah SWT yang diulangi sebanyak tiga kali berturut-turut. Kemudian Allah menjawab kepada dirinya sendiri : "Seluruh kekuasaan hari ini adalah dipegang oleh Allah SWT (untuk Allah) Yang Maha Tunggal lagi Maha Perkasa". Surah Al-Mukmin : Ayat 16 Lalu Allah SWT menggantikan bumi yang telah musnah itu dengan bumi yang baru di mana ianya hanya mendatar dan rata sesayup mata memandang tanpa menurun atau menanjak.Begitu juga dengan langit yang dipenuhi dengan planet dan bintang-bintang yang baru belaka. Lalu selepas itu barulah dihidupkan kembali semua makhluk yang lain. Tumbuh-tumbuhan, binatang, jin dan iblis serta seluruh Malaikat dan manusia. Di dalam tafsir As-Sa'laby dinyatakan tentang kebangkitan semula ini bermula dengan hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah mengenai jangka masa tiupan sangkakala selama 40. Mengikut tafsir itu, selepas kematian seluruh isi alam selama 40 tahun, maka Allah akan menurunkan hujan selama 40 hari tanpa hentinya. Ini menyebabkan seluruh permukaan bumi digenangi air sedalam 12 hasta tingginya.Dengan air itu Allah menumbuhkan setiap jasad yang sudah mati beribu-ribu abad lamanya.
  • 7. Selepas itu Allah akan menghidupkan semua malaikat Hamlatul-Arsy, Jibrail, Mikail, Izrail dan Israfil. Apabila Israfil hidup kembali, ia diperintahkan untuk meniupkan sangkakala yang ketiga. Kali ini semua roh-roh akan kembali kepada jasad masing-masing yang sudah tumbuh dengan sempurna. Lalu sempurnalah kebangkitan semua seperti yang Allah SWT janjikan. Bagaimanakah jasad yang sudah hancur dimakan tanah selama berabad- abad itu boleh hidup kembali? Mengikut satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Hibban Adri Abu Said, Rasulullah SAW berkata : "Tanah akan memakan seluruh bahagian dari tubuh manusia selain ujung ekornya".Mereka bertanya, "Apakah itu ya Rasulullah?"Rasulullah SAW menjawab, "Bahagian sebesar biji bayam, dari bahagian itulah kamu akan ditumbuhkan". Jadi kejadian manusia untuk kali kedua seakan-akan sama dengan kejadian awalnya. Daripada satu sel yang kecil yang tidak musnah dan hancur walaupun dikuburkan sekian lama atau dibakar menjadi abu, ia tetap akan hidup dengan kehendak Allah SWT. Kemudian ia akan tumbuh menjadi jasad sebagaimana jasad seseorang itu semasa di dunia dulu. Bayangkan betapa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Pencipta.