1. ALATAN MENUKUL
Jenis-Jenis Alat Menukul
Tukul Kuku Kambing / Tukul Besi Berkuku
Tukul Besi Warrington
Tukul Besi Kepala atau Bonggol Bulat
Gandin
Pembenam Paku
3.Tukul Besi Kepala atau Bonggol Bulat
4.Gandin
5.Pembenam Paku
2. FUNGSI ALATAN
Tukul Kuku Kambing
Mempunyai pemegang yang diperbuat daripada kayu atau besi dan
bahagian bongkolnya bengkok dan terbelah.
Saiznya ditentukan mengikut berat kepala yang biasanya adalah
antara 260 gram hingga 1.2 kg.
Saiz lazim antara .5 kg hingga 0.6 kg.
Digunakan untuk mengetuk atau mencabut paku
3. Tukul Besi Warrington
Mempunyai bongkol berbentuk baji yang melintang.
Bongkol berbentuk baji ini dapat digunakan untuk mengetuk paku
halus yang dipegang di celah jari.
Saiz semua jenis tukul ditentukan oleh berat kepalanya. Saiznya
ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3, beratnya ialah 0.4 kg
adalah merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja-kerja am.
Bongkol ini berfungsi untuk menukul paku yang kecil seperti paku
panel serta menekan kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa di
gam dan bahagian untuk mengetuk paku pada bahagian tepi perabot
yang sempit.
4. Gandin
Digunakan untuk memahat dan memasang atau menanggalkan
tanggam.
Kepala gandin berbentuk kayu silinder atau segi empat.
Gandin diperbuat daripada kayu keras.
5. Pembenam Paku
Digunakan untuk mengetuk / membenam paku pada permukaan.
Caranya ialah dengan meletakkan mata pembenam paku pada kepala
paku dan benamlah sehingga tidak meninggalkan kesan.
7. ALAT MEMUTAR
Jenis-Jenis Alat Memutar
Pemutar Skru Jenis Alur dan Pemutar Skru Philip
Gerudi Tangan, Gerudi Engkol, Gerudi Elektrik
Senggerek
8. FUNGSI ALATAN
Pemutar Skru Jenis Alur dan Jenis Philip
Digunakan untuk memasang / menanggalkan skru.
Matanya diperbuat daripada keluli aloi bentuk bulat dan hujung sama
ada kepala / Philip.
Panjang mata ialah antara 75 mm-30 mm.
Pemegangnya pula diperbuat daripada kayu / plastik
9. Gerudi
Terdiri dariapda gerudi tangan, gerudi engkol serta gerudi elektrik.
Kegunaan gerudi ialah untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan skru.
Terdapat beberapa jenis mata gerudi iaitu :
Mata tengah
Mata terlaras
Mata paku
Mata pulas
Mata Froester
Mata pelubang benam
10. Gerudi Tangan
Digunakan untuk membuat lubang yang berdiameter kurang daripada
8 mm.
Bahagian utama gerudi ini ialah hulu pemegang tepi, tangkai engkol,
piring gear, pinion, bindu, dan rahang.
Gerudi tangan ini digunakan bersama mata gerudi pintal.
Saiz mata gerudi pintal ialah .4 mm - 12.5 mm.
Ia boleh membuat lubang pada kayu dan logam.
Semasa menggerudi, mata gerudi hendaklah diletakkan minyak
supaya ia tidak haus
11. Gerudi Engkol
Digunakan untuk menebuk lubang pada kayu.
Saiznya ditentukan oleh ayunan pemegangnya.
Bahagian utamanya ialah kepala, pemegang, rangka, cincin sesondol,
gear sehala, bindu, dan rahang.
Gerudi engkol digunakan bersama mata gerimit.
Saiz mata gerimit adalah lebih besar jika dibandingkan dengan saiz
mata gerudi pintal.
Gerudi engkol tidak boleh digunakan untuk membuat lubang logam.
12. Gerudi Elektrik
Memudahkan kerja-kerja membuat lubang atau pemasangan skru.
Mempunyai 2 kaedah iaitu menggerudi secara menegak atau
mendatar.
13. Bahagian dan Fungsi Gerudi
Penutup
Melindungi tali sawat dan takal.
Suis
Menghidupkan dan mematikan motor.
Bindu
Memutar mata gerudi.
Mata gerudi
Membuat lubang pada kayu dan logam.
Tuas pemasuk
Menurunkan dan menaikkan bindu.
Motor
Untuk memutar bindu.
Ragum gerudi
Memegang objek ketika menggerudi.
14. Senggerek
Digunakan untuk membuat lubang kecil pada kayu.
Untuk membuat lubang, pusingkan mata senggerek ke kanan dan ke
kiri sambil menekan.