ºÝºÝߣ

ºÝºÝߣShare a Scribd company logo
Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia
Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.
Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud
menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa
pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh
menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh
digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan
sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir
panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan
kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan
tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh
kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik
atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin
tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya,
mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa
dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil
elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat
menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan
kita ditimpa pelbagai masalah.
Fakta-Faedah Menyimpan Wang
Faedah Menyimpan Wang
¡°Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.¡± Itulah pegangan orang yang pandai
berjimat-cermat demi masa depan mereka. Wang amat penting dalam kehidupan
manusia. Dengan wang kita dapat membeli apa sahaja yang diingini.
Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika menggunakan wang. Kita boleh
menyimpanwang di dalam tabung, bank dan pejabat pos. Sungguhpun pada
mulanya wang yang kita simpan itu sedikit, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi
banyak. Dengan wang yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba sedikit
perbelanjaan sekolah seperti membeli buku-buku dan alat tulis.
Setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari wang untuk menyekolahkan
kita. Kita harus memikirkan betapa susahnya mereka mencari wang. Jadi, dengan
menabung, mungkin suatu hari nanti kita dapat membantu pula ibu bapa kita.
Jika kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, wang yang disimpan boleh
digunakan pada saat-saat genting ini. Begitu juga jika kita ingin berniaga. Sudah
tentu kita memerlukan modal yang banyak. Wang simpanan kita akan membantu
kita menyenangkan perbelanjaan. Hari ini amat berbeza dengan zaman dahulu.
Wang adalah segala-galanya untuk kita meneruskan hidup.
Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak faedah. Tabiat ini
haruslah ditanam sejak kecil lagi. Kata pepatah, ¡°kalau melentur buluh, biarlah dari
rebungnya.
KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG
Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat
seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan
payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung.
Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal ini kerana wang
yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan dibayar dividen. Sebagai contoh, jika kita
menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap,kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh
simpanan. Oleh itu,lebih lama wang itu disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh.
Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat
sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuatperbelanjaan.
Oleh itu,dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh,apabila mempunyai wang lebih an,seseorang yang
tidak menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya.
Tegasnya,sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir.
Amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang.
Kita sebenarnya tidak dapatmenjangka hal yang akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita,bak kata orang
malang tidak berbau.Oleh itu,jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh mengguna kan wang
simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru,wang simpanan yang ada dapat
menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang darurat.
Menabung juga dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita menabun g,wang yang
mengalir dalam aktiviti belian adalah kurang.Keadaan ini dapat mengelakkan kenaikan harga barang dalam
pasaran.Apabila harga barang tidak naik,inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu,menabung dapat mengawal inflasi.
Kesimpulannya,kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus digalakkan supaya
menabung sejak kecil lagi. Wang yang disimpan itu mungkin sedikit tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
 Amalan menabung

More Related Content

Amalan menabung

  • 1. Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat. Berjimat-cermat Amalan Mulia Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran. Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita. Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan. Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada membayar bil elektrik yang tinggi. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
  • 2. Fakta-Faedah Menyimpan Wang Faedah Menyimpan Wang ¡°Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.¡± Itulah pegangan orang yang pandai berjimat-cermat demi masa depan mereka. Wang amat penting dalam kehidupan manusia. Dengan wang kita dapat membeli apa sahaja yang diingini. Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika menggunakan wang. Kita boleh menyimpanwang di dalam tabung, bank dan pejabat pos. Sungguhpun pada mulanya wang yang kita simpan itu sedikit, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi banyak. Dengan wang yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba sedikit perbelanjaan sekolah seperti membeli buku-buku dan alat tulis. Setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari wang untuk menyekolahkan kita. Kita harus memikirkan betapa susahnya mereka mencari wang. Jadi, dengan menabung, mungkin suatu hari nanti kita dapat membantu pula ibu bapa kita. Jika kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan, wang yang disimpan boleh digunakan pada saat-saat genting ini. Begitu juga jika kita ingin berniaga. Sudah tentu kita memerlukan modal yang banyak. Wang simpanan kita akan membantu kita menyenangkan perbelanjaan. Hari ini amat berbeza dengan zaman dahulu. Wang adalah segala-galanya untuk kita meneruskan hidup. Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak faedah. Tabiat ini haruslah ditanam sejak kecil lagi. Kata pepatah, ¡°kalau melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
  • 3. KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita peroleh jika kita menabung. Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan. Hal ini kerana wang yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan dibayar dividen. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan tetap,kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh itu,lebih lama wang itu disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh. Amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita akan lebih berhati-hati dalam membuatperbelanjaan. Oleh itu,dapat mengelakkan pembaziran. Sebagai contoh,apabila mempunyai wang lebih an,seseorang yang tidak menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang dikehendakinya. Tegasnya,sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak membazir. Amalan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan kecemasan yang memerlukan wang. Kita sebenarnya tidak dapatmenjangka hal yang akan berlaku kepada diri kita atau keluarga kita,bak kata orang malang tidak berbau.Oleh itu,jika kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh mengguna kan wang simpanan untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru,wang simpanan yang ada dapat menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang darurat. Menabung juga dapat mengawal inflasi. Hal ini demikian kerana apabila kita menabun g,wang yang mengalir dalam aktiviti belian adalah kurang.Keadaan ini dapat mengelakkan kenaikan harga barang dalam pasaran.Apabila harga barang tidak naik,inflasi tidak akan berlaku. Oleh itu,menabung dapat mengawal inflasi. Kesimpulannya,kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus digalakkan supaya menabung sejak kecil lagi. Wang yang disimpan itu mungkin sedikit tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit.